Serangan Ke Atas Fb Dewan Ulama Melambangkan Kemarahan Rakyat Yg Semakin Membuak2
Sejurus selepas PC Steven Sim, maka rakyat Malaysia telah mengutuk dan menista Dr Kamarul Professor Kangkung. FB beliau dihujani dgn kata2 kesat dan nista ke atas beliau di atas sikap beliau yang dianggap amat buruk dan tidak waras ke atas usaha Steven Sim.
Percubaan beliau, pada mulanya memperlekehkan usaha Steven Sim, dan kemudiaanya cuba menuduh Steven Sim hanya berlakon sahaja dan sebenarya tiada pembelian apa-apa motor kepada sesiapa pun
Akhirnya, Steven Sim memanggil sidang akhbar dan "budak Foodpanda" itu sendiri hadir menjelaskan kepada ramai apa yang telah berlaku. Segala tuduhan Dr Kamarul disangkal satu persatu
Orang ramai terutama orang Melayu sudah tidak dapat menahan rasa benci dan meluat mereka lagi. Di waktu masing-masing tengah susah akibat Covic19 ini, sepatutnya kita berganding bahu dan membantu sesama sendiri. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing, bak kata pepatah
Tapi Professor Kangkung (seperti yg ramai memanggilnya) telah mengambil jalan nista dan jalan caci hanya semata kerana Steven Sim itu seorang Kristian dan seorang ahli parlimen DAP. Maka, segala bantuan Steven itu diperlekehkan
Kemarahan rakyat Malaysia yang kepada tindakan Kamarul ini diterjemahkan dengan serangan bertubi-tubi ke atas Kamarul sehinggakan pihak FB telah menutup FB beliau.
Selepas itu, pihak UUM pula menjadi mangsa kemarahan rakyat Malaysia. Apa yang asalnya hanyalah ucapan Selamat Nuzul Quran oleh UUM dijadikan forum membantai dan mengkeji Dr Kamarul serta panggilan2 utk UUM memecat Kamarul secara segera berkumandang dengan galaknya. Sehingga pihka UUM terpaksa memadam ucapan Nuzul Quran itu sekaligus mematikan laman FB UUM itu sendiri kerana tidak tahan dihujani kejian dan nistaan ke atas mereka kerana tidak memecat Kamarul
Selepas itu, rakyat Malaysia telah menumpukan serangan kepada FB Dewan Ulama PAS pula yang telah mengkritik IGP atas tindakan IGP mengkritik kerajaan PN yang ada sekarang terutamanya Menteri Dalam Negeri. Sekali lagi hujan batu dan api telah diturunkan kepada Dewan Ulama PAS Pusat yang selama kewujudan mereka, tidak pernah dikecam sebegitu dahsyat sekali.KENYATAAN MEDIA Dewan Ulamak PAS Pusat 19 RAMADAN
1442 l 1 MEI 2021 TUAN HAMID : KERJA MESTI BERINTEGRITI 1. Dewan...
Posted by Dewan Ulamak PAS Pusat on Friday, April 30, 2021Semua ini adalah petanda rakyat Malaysia telah muak dan meluat dengan penggunaan politik perkauman yg digunakan menutup kelemahan parti dan pemimpinnya. Misalnya, Dr Kamarul yang giat mengutuk Steven Sim sedangkan beliau tidak diketahui pun samada ada menolong melayu miskin yang lain untuk menghadapi kesukaran hidup. Hanya pandai berkata-kata tapi aksinya tiada
Keadaan ekonomi yang semakin meruncing sekarang ini tidak nampak apa-apa langkah konkrit yang boleh dilakukan kerajaan untuk menyelamatkan ekonomi negara. Kamarul pula sudah dilihat sebagai lidah tidak rasmi PAS menjadikan bukan sahaja Kamarul yang dibenci tetapi membawa sekali kepada membenci PAS itu sendiri.
PRU depan ini bukan semudah yang disangka oleh UMNO, PAS mahupun PN. Rakyat Malaysia sudah mampu menilai dan mengukur siapa yang hanya pandai bercakap dan siapa yang benar benar mampu memerintah.
TULANG BESI
www.malaysiawaves.net tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial dan halaman komen blog ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian blog iniAnd here is the rest of it.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.malaysiawaves.net/2021/05/serangan-ke-atas-fb-dewan-ulama.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+malaysiawaves%2FzpEb+%28Tulang+Besi%40Malaysiawaves%29