Tun Mahathir Sudah Tepu Undur Awal Bawa Lebih Kebaikan Kepada Negara




Dalam satu temubual dengan Bloomberg beberapa hari lalu, Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan beliau akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri sebelum tempoh dua tahun sebagaimana yang telah ditetapkan.


Bagaimanapun, kata Presiden PKR itu, sehingga tempoh peralihan kuasa tersebut berlaku, Tun Mahathir Mohamad harus diberikan sokongan agar dapat memimpin kerajaan dengan efektif.


"Sudah tentu (peralihan kuasa) bukan dalam tempoh lima tahun kerana Tun Mahathir telah menjelaskan tempohnya memegang jawatan tidak akan melebihi dua tahun," jelas Anwar lagi.


Mesej yang jelas daripada kata-kata Anwar ini ialah Tun Mahathir tidak harus lupa mengenai janji peralihan kuasa yang telah dipersetujuinya itu.


Malah, ia juga suatu isyarat kepada pendokong Tun Mahathir agar jangan cuba-cuba mengheret Perdana Menteri ke arah perlanjutan tempoh khidmatnya melebihi daripada dua tahun.


Realitinya, selagi semua janji dipatuhi dan tidak cuba diengkari, kedudukan PH akan terus stabil serta kekal menjadi pilihan rakyat.


Lagi pula, melihat kepada kedudukan kerajaan sejak sembilan bulan lalu yang dipimpin Tun Mahathir yang semakin hari semakin jauh daripada hati rakyat - jujur cakap - sebenarnya adalah lebih baik jika beliau sedia memberi laluan lebih awal lagi kepada Anwar.


Tun Mahathir dilihat sudah jadi pemimpin yang tepu dan tidak mampu pergi lebih jauh lagi. Tun Mahathir sekarang bukan lagi Tun Mahathir yang dulu.


Auranya sebagai pembangkang dan alat ketika mahu menumbangkan Najib Razak mungkin diperlukan, tetapi apabila sudah mengetuai kerajaan, situasinya sudah jadi berbeza.


Kegagalan beliau mengurus kerajaan dengan baik sehingga pelbagai kekecamukan berlaku dengan sendirinya menjadikan auranya telah meluntur.


Di sebalik pemotongan segala macam kemudahan kepada rakyat dengan alasan kerajaan tiada wang, ideanya untuk mewujudkan kereta nasional ketiga dan mengembalikan perlumbaan F1 misalnya, tidak lebih menunjukkan Tun Mahathir masih dengan gaya pemikiran lama atau seperti era 80-an lagi.


Dunia kini sudah banyak berubah dan lebih memerlukan industri baru yang sesuai dengan perkembangan teknologi maya, mesra alam serta mampu menjana lebih peluang pekerjaan dan pendapatan. Dua syarikat kereta yang sedia ada pun tercungap-cungap, menambah lagi kepada tiga bukanlah keputusan yang bijak dalam suasana ekonomi semasa yang muram ketika ini.


Ketepuan itu jugalah yang dalam waktu yang singkat saja telah menjadikan Najib lebih dikerumuni rakyat sejak akhir-akhir ini. Dulu, ke mana saja Tun Mahathir pergi, pasti berkerumun orang ramai mahu bersalam, bergambar dan berselfie dengannya.


Namun, kebelakangan ini nampaknya beliau tidak lagi dipedulikan sebagaimana dahulu. Ketika singgah ke Terminal Bas Bersepadu di Bandar Tasik Selatan dan minum pagi di Kelana Jaya baru-baru ini misalnya, ternampak tiada lagi yang ghairah mahu mendekatinya.


Sebaliknya aura itu sudah berpindah kepada Najib. Ke mana saja Najib pergi, sambutan hangat yang Tun Mahathir biasa terima sebelum ini sudah berpindah kepada anak Tun Razak itu.


Rakyat, terutama anak-anak muda mengerumuni Najib hanyalah untuk menunjukkan protes mereka terhadap kerajaan dan kepimpinan Tun Mahathir yang jelas telah gagal memberi khidmat lebih baik berbanding BN dahulu.


Untuk itu, dalam keadaannya yang sudah tepu itu, selagi Tun Mahathir ada, keadaan negara tidak mungkin jadi bertambah baik. Beliau semakin tersisih daripada hati rakyat.


Tun Mahathir juga tidak perlu lagi terus atau terlalu ghairah mahu mencatur kuasa dalam usianya sekarang ini. Dapat menjadi Perdana Menteri buat kali kedua sudah merupakan sebesar-besar rahmat buatnya.


Jangan lagi sibuk-sibuk mahu menentukan pemimpin lain selain Anwar sebagai penggantinya. Tumpu saja bekerja untuk negara. Tun Mahathir harus ingat kepada pengakuannya sendiri yang beliau selama ini tidak pernah betul dalam memilih penggantinya.


Tun Abdullah Badawi dan Najib adalah dua pengganti yang dipilih dan diusahakannya sehingga berjaya, tetapi akhirnya begitu mengecewakannya sehingga bertukar menjadi musuhnya.


Maka itu, Tun Mahathir perlu menitikkan noktah dalam soal ini. Penggantinya sudah ada. Anwar sebagai pengganti yang dipilih dan dipersetujui Majlis Presiden PH harus diterima dengan sepenuh hati tanpa keraguan oleh Tun Mahathir. 


Hanya itu yang dapat menjamin PH akan kekal stabil dan negara tidak terjerumus ke dalam kancah ketidaktentuan yang berpanjangan. (ShahbudinHusin 16/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/tun-mahathir-sudah-tepu-undur-awal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Sedia Tukar Parti Jika Ada Pemimpin Ph Belot Tidak Setia Pada Negara

Tun Mahathir Sedia Tukar Parti Jika Ada Pemimpin Ph Belot Tidak Setia Pada Negara

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 312 hits
Foto oleh Berita HarianPerdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berseloroh bersedia tukar parti lain sekiranya mendapati ada anggota parti gabungan dalam Pakatan Harapan membelot Saya dahulu parti UMNO Kini saya bersama DAP PKR serta Parti A...
Tun Mahathir Tidak Ikhlas Mahu Pulihkan Negara Keutamaannya Hanya Nak Ketepikan Anwar

Tun Mahathir Tidak Ikhlas Mahu Pulihkan Negara Keutamaannya Hanya Nak Ketepikan Anwar

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 521 hits
Hari demi hari apa yang nyata di depan mata ketika ini ialah sokongan rakyat terhadap kerajaan dan PH semakin merosot dan berkurangan Bukan saja rakyat biasa atau atas pagar yang makin kecewa malah pengundi PH sendiri ramai yang patah hati ...
Demi Bersatu Dan Tun Mahathir Marzuki Wajar Undur Diri Atau Jika Enggan Beliau Wajib Diundurkan

Demi Bersatu Dan Tun Mahathir Marzuki Wajar Undur Diri Atau Jika Enggan Beliau Wajib Diundurkan

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 382 hits
Setiausaha Agung Bersatu merangkap Timbalan Menteri Luar Negeri Marzuki Yahya akhirnya mengakui beliau tidak memiliki ijazah atau merupakan graduan lepasan Universiti Cambridge London Sebaliknya Ahli Dewan Negara itu menjelaskan ijazah pent...
Tun Mahathir Disabotaj Orang Dalam Pakatan

Tun Mahathir Disabotaj Orang Dalam Pakatan

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 327 hits
JELAPANG ingin bertanya 1 Benarkah cakap cakap orang ada PIHAK dalam Pakatan mahu Bersatu TEWAS di pilihanraya kecil SEMENYIH untuk memberi TEKANAN kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya meletakkan jawatan dan memberi laluan kepada orang ter...
Presiden Pas Kunjungi Tun M Politik Matang Pas Lebih Terbuka

Presiden Pas Kunjungi Tun M Politik Matang Pas Lebih Terbuka

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 401 hits
Politik tanah air riuh rendah seketikaRIUH rendah seketika suasana politik tanah air ekoran kunjungan hormat YB Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS ke pejabat YAB Tun Mahathir baru baru ini Budaya politik matang dan sejahtera yang digagaskan o...
Ekonomi Dan Kewangan Negara Jauh Lebih Baik Kini Berbanding Pada Zaman Bn

Ekonomi Dan Kewangan Negara Jauh Lebih Baik Kini Berbanding Pada Zaman Bn

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 276 hits
Menteri Kewangan Lim Guan Eng yakin bahawa ekonomi negara akan bertambah baik pada tahun ini berdasarkan keyakinan pelabur luar dan pengguna tempatan yang semakin meningkat Beliau berkata menurut kajian Keyakinan Pengguna dan Keinginan Untu...
Pas Nafi Dakwaan Tun Mahathir All Out Bantu Bn Di Semenyih Takiyuddin

Pas Nafi Dakwaan Tun Mahathir All Out Bantu Bn Di Semenyih Takiyuddin

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 355 hits
Setiausaha Pas Pusat Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan bahawa perjumpaan Pas bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad langsung tidak menyebut berkaitan pilihan raya Malah jelas beliau bukti surat yang dikatakan oleh Tun itu sebenar...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya