Ekonomi Dan Kewangan Negara Jauh Lebih Baik Kini Berbanding Pada Zaman Bn



Menteri Kewangan Lim Guan Eng yakin bahawa ekonomi negara akan bertambah baik pada tahun ini berdasarkan keyakinan pelabur luar dan pengguna tempatan yang semakin meningkat.

Beliau berkata menurut kajian Keyakinan Pengguna dan Keinginan Untuk Berbelanja Global oleh Nielsen, Malaysia mencatatkan kenaikan 24 mata kepada 118 mata pada 2018 berbanding 94 mata pada 2017.

“Ini menunjukkan bukan sahaja keyakinan pelabur luar, dengan menaikkan pelaburan luar negara sebanyak 250 peratus, malah dari segi keyakinan pengguna tempatan juga telah meningkat paling tinggi berbanding semua negara.

“Kenaikan paling tinggi ini meletakkan Malaysia di kedudukan ketujuh di dunia. Sungguhpun kedudukan nombor tujuh tapi ia adalah kenaikan paling besar di antara semua negara di dunia,” katanya.

Menurut laporan dari portal Bernama, Lim juga menafikan dakwaan bahawa kerajaan kini tidak mempunyai wang sehingga perlu menyekat perbelanjaan yang disalurkan kepada pelbagai kementerian.

Beliau berkata kerajaan hanya mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan setiap perbelanjaan dibuat secara berhemat dan bertanggungjawab.

“(Langkah berhati-hati) Itu adalah untuk pastikan bahawa kita tidak berbelanja lebih. Kalau ia satu projek puluhan bilion yang kita tak mampu, saya rasa kalau kita berhati-hati itu adalah sikap yang bertanggungjawab dan berhemat…yang penting biarlah kita pastikan rakyat dapat bantuan. Itu saya rasa lebih penting.

“Kalau belanja lebih, belanja tanpa kawalan nanti jadi macam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pula. Itu yang kita tak mahu lihat (berlaku),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran Pusat Khidmat Kawasan Dewan Undangan Negeri Air Itam, di sini hari ini.

Lim yang juga anggota Parlimen Bagan berkata kedudukan kewangan negara berada dalam keadaan baik dan ini terbukti apabila kerajaan mampu menyediakan bayaran khas RM500 kepada penjawat awam pada akhir tahun lepas.

“Apabila kita bayar bayaran khas (penjawat awam), kita bayar pada tahun sama. Kita tidak lewatkan satu tahun kemudian. Itu menunjukkan apabila kita membuat perbelanjaan ia dilaksanakan berdasarkan perancangan yang ditetapkan.

“Saya rasa mungkin ada masalah dari segi (kelewatan) pembayaran, walaupun Kementerian Kewangan telah mengeluarkan pembayaran, masalahnya mungkin dari segi pegawai tertentu (yang menyebabkan kelewatan), tapi bukan semua. Ini yang mungkin menyusahkan kerajaan. Kita harap semua pegawai kerajaan boleh jalankan kerja ikut arahan,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.utaranews.com/2019/02/ekonomi-dan-kewangan-negara-jauh-lebih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
8 Alasan Matte Lipstick Mulai Nggak Zaman Kini Bibir Mengilap Basah Lebih Digilai Para Beauty Influencer

8 Alasan Matte Lipstick Mulai Nggak Zaman Kini Bibir Mengilap Basah Lebih Digilai Para Beauty Influencer

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 261 hits
Matte lipstick memang menawan dan bikin ketagihan tapi bibir basah lagi naik daun nih Bibir lebih penuh nggak kering segar dan bikin awet muda saat bibirmu beralih ke moist atau glossy lipstick
Putri Ungkap Alasan Alm Yusuf Supendi Ke Pdip Lebih Baik Dakwah Di Kandang Banteng

Putri Ungkap Alasan Alm Yusuf Supendi Ke Pdip Lebih Baik Dakwah Di Kandang Banteng

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 245 hits
Daripada berdakwah di kandang sapi lebih baik berdakwah di kandang banteng daripada ujungnya di Sukamiskin kata Azmah menirukan ucapan ayahnya
Vivo U1 Dilancarkan Siri U Pertama Dan Spesifikasi Sedikit Lebih Rendah Berbanding Y95

Vivo U1 Dilancarkan Siri U Pertama Dan Spesifikasi Sedikit Lebih Rendah Berbanding Y95

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 337 hits
Vivo adalah pengeluar telefon pintar dari China yang terkenal dengan penawaran telefon pintar kelas pertengahan dan penggunaan mikro USB pada hampir semua peranti mereka Mereka mempunyai beberapa siri yang dikenali seperti Y V dan peranti m...
Syamsuar Edi Dilantik Presiden Alfedri Yakin Riau Bakal Lebih Baik

Syamsuar Edi Dilantik Presiden Alfedri Yakin Riau Bakal Lebih Baik

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 303 hits
Selama menakhodai Negeri Istana kata Alfedri H Syamsuar telah meletakkan pondasi pembangunan Kabupaten Siak menjadi daerah destinasi pariwisata unggulan di Riau
Kalau Ada Jodoh Kita Ada La Tapi Kalau Awak Berjumpa Dengan Orang Yang Lebih Baik Silakan

Kalau Ada Jodoh Kita Ada La Tapi Kalau Awak Berjumpa Dengan Orang Yang Lebih Baik Silakan

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 318 hits
Kalau ada jodoh kita ada la Tapi kalau awak berjumpa dengan orang yang lebih baik silakan Tak baik kau cakap macam ni kalau dah lama berkawan dengan anak dara orang Selama berkawan tu dah banyak kau tabur janji Kau bawa dia pergi sana sini ...
Lebih Baik Dap Keluar Ph Daripada Desak Tun M Letak Jawatan

Lebih Baik Dap Keluar Ph Daripada Desak Tun M Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 20/2/2019 - jumlah : 321 hits
20 Februari 2019 12 44 PMRAHMAD ISAHAK PULAU PINANG 20 Feb Adalah lebih baik untuk DAP mengisytiharkan keluar daripada gabungan Pakatan Harapan berbanding mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Pandangan...
Kewujudan Negara Haram Sebagai Punca Utama Kejahatan Akhir Zaman 9160

Kewujudan Negara Haram Sebagai Punca Utama Kejahatan Akhir Zaman 9160

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 357 hits
Tentu mereka semua sudah tak bernyawa sekarang dan tanggunglaa azab kubur kepada yang bersungguh dan yang bersubahat di tahun 1948 mewujudkan negara haram dengan merampas Bumi Palestin dan menzalimi warganegaranya Nauzubillahminzalik Ketika...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya