Tun Mahathir Sengaja Mahu Pn Kalah Prn






 Beberapa tulisan Tun Mahathir Mohamad kebelakangan ini, jika diteliti dengan jelas membawa maksud mengajak orang Melayu memusuhi orang bukan Melayu, selain melakukan serangan kepada DAP yang disokong oleh 90 peratus pengundi bukan Melayu dengan dakwaan mahu menguasai negara ini.
Kalau diperhatikan pula, tulisan yang menggambarkan pendirian terbarunya sejak hilang deposit dan sejak Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekarang ini begitu jauh berbeza dengan pendirian ketika beliau menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan kemudian ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 bulan lagi melalui sokongan PH pada 2018-2020 yang lalu.


Sebagaimana poket yang berubah boleh menjadikan manusia berubah, hilang kuasa, hilang deposit dan sakit hati kepada musuh yang kini menjadi Perdana Menteri, rupa-rupanya turut mengubah hampir sebahagian besar pendirian Tun Mahathir antara dahulu dan sekarang.
Jika dulu beliau benar-benar dilihat sebagai pemimpin berjiwa Malaysia dengan tiada masalah langsung terhadap kemajmukan kaum di negara ini sambil sering mengajak perpaduan antara kaum, kini semuanya sudah berubah.
Pernah menerima sokongan DAP untuk menjadi Perdana Menteri buat kali kedua, kemudian tanpa segan memuji DAP lebih baik daripada MCA kerana bermesyuarat dalam bahasa Melayu serta menyanyikan lagu kebangsaan, kini tuduhan beliau ialah DAP dan kaum pendatang kononnya mahu menguasai negara ini, ingin Malaysia menjadi negara berbagai kaum dan agama rasmi Islam diganti dengan negara sekular – negara yang tidak ada agama rasmi.
Orang Melayu yang tertutup dan terhad pergaulannya barangkali akan mudah terpengaruh serta seronok dengan tulisan Tun Mahathir yang seiring dengan perjuangan Proklamasi Orang Melayu yang kini dilaung-laungkannya itu, tetapi orang Melayu yang terbuka, malah anak-anaknya sendiri yang menjalin perniagaan dengan orang bukan Melayu untuk menjadi kaya, boleh jadi secara diam-diam turut ragu-ragu dengan keikhlasan beliau.
Soalan paling mudah ialah kenapa hanya baru sekarang beliau ternampak cukup prihatin tentang nasib dan kedudukan orang Melayu di negara ini?
Ketika berkuasa selama 22 tahun dan campur lagi 22 bulan, kenapa tidak berbuat sesuatu yang konkrit mengenai nasib orang Melayu melalui kuasa sebagai Perdana Menteri yang ada dalam tangannya?
Kenapa ketika berkuasa asyik-asyik melabel Melayu sebagai malas dan seumpamanya?
Di sebalik menjadikan DAP sebagai sasarannya dan menunjukkan kecenderungan bermusuh dengan bukan Melayu, Tun Mahathir dalam waktu yang sama mengumumkan keinginan untuk bekerjasama dan membantu PN dalam PRN enam negeri yang akan datang ini.
Setelah mengumumkan kesediaan bekerjasama dengan Mahiaddin Md Yasin dan ia kemudian disambut positif oleh Pengerusi PN itu, Tun Mahathir baru-baru ini berkata, kedua-dua mereka akan bertemu selepas Aidil Adha nanti.
Dalam hal ini, ada kemungkinan minggu ini atau minggu depan mereka akan bertemu.
PN dalam PRN akan datang ini, selain ingin mengekalkan penguasaan di Kelantan, Terengganu dan Kedah, juga bercita-cita besar untuk menawan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Bermusuh dengan bukan Melayu mungkin tidak menjejaskan peluang PN di Kelantan, Terengganu dan Kedah, tetapi bagaimana dengan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan yang banyak dapat kerusi-kerusi campuran?
Bagaimana pengundi bukan Melayu mahu menyokong PN yang disokong oleh Tun Mahathir yang jelas bermusuh dengan mereka?
Tidakkah dengan PN menerima sokongan daripada Tun Mahathir akan menjadikan pengundi bukan Melayu lebih menjauhi gabungan tersebut?
Tidakkah juga serangan dan api permusuhan yang dimarakkan oleh Tun Mahathir akan menjadikan pengundi bukan Melayu lebih kuat mendakap DAP dan tidak sama sekali menyokong Gerakan, satu-satunya komponen dalam PN untuk segmen pengundi bukan Melayu?
Ataukah Tun Mahathir memang sengaja bersikap lebih rasis dan bermusuh dengan bukan Melayu, sambil menyokong PN kerana tidak mahu PN menang di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan disebabkan masih ada dendam tersemat dalam hati kecilnya terhadap Mahiaddin yang pernah menjatuhkannya sebagai Perdana Menteri melalui Langkah Sheraton dan kemudian memecatnya daripada Bersatu sebelum ini? – ShahbudinHusin 04/07/2023.








Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/07/tun-mahathir-sengaja-mahu-pn-kalah-prn.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Ambil Mahathir Sekali Doakan Kematian Haji Hadi Tun M Pmx Gesa Individu Mohon Maaf Dengan Segera

Hiburan Ambil Mahathir Sekali Doakan Kematian Haji Hadi Tun M Pmx Gesa Individu Mohon Maaf Dengan Segera

papar berkaitan - pada 2/7/2023 - jumlah : 232 hits
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa kesal dengan tindakan seorang pengguna Twitter yang mendoakan kematian Presiden PAS Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang Menerusi ciapan Anwar dia mengarahkan individu itu untuk memo...
Mahathir Dah Kalah Hilang Deposit Di Langkawi Anwar

Mahathir Dah Kalah Hilang Deposit Di Langkawi Anwar

papar berkaitan - pada 10/7/2023 - jumlah : 203 hits
Kenyataan Dr Mahathir Mohamad bahawa tindakan kerajaan untuk mempromosikan Malaysia sebagai negara berbilang kaum adalah melanggar perlembagaan merupakan cubaan terdesak terakhirnya untuk kelihatan relevan dalam politik masa kini kata Perda...
Prn Kedah Mukhriz Mahathir Calon Menteri Besar Kedah Perikatan Nasional

Prn Kedah Mukhriz Mahathir Calon Menteri Besar Kedah Perikatan Nasional

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 249 hits
KECOH dua tiga hari minggu ini bahawa Sanusi bakal mengakhiri jawatan Menteri Besar Kedah dan akan diserahkan kepada Mukhriz anak Mahathir jika menang PRN pada Ogos ini Bisik bisik orang PAS Kedah mengesahkan bahawa kepimpinan PAS Pusat sud...
Mca Mic Tak Tanding Prn Ini Mungkin Penamat Bn Kata Shahril Hamdan

Mca Mic Tak Tanding Prn Ini Mungkin Penamat Bn Kata Shahril Hamdan

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 257 hits
satuberita myBy July 8 2023Pemimpin tertinggi BN meraikan kemenangan parti tu dalam Pilihan Raya Negeri Johor apabila pada 12 Mac 2022 KEPUTUSAN MCA dan MIC tidak bertanding pilihan raya negeri bulan depan mungkin menjadi titik permulaan ke...
Benarkah Prn Kali Ini Umno Bakal Tertiarap

Benarkah Prn Kali Ini Umno Bakal Tertiarap

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 175 hits
Shahbudin Husin PRN DAN TANDA2 BAHAYANYA KEPADA UMNOApabila Zahid Hamidi tampil membuat gesaan kepada penyokong Najib Razak agar menyokong calon calon yang mewakili kerajaan perpaduan pada PRN akan datang ini ia secara tidak langsung member...
Prn Selangor Prm Umum Ezam Md Noor Bakal Bertanding Dun Pelabuhan Klang

Prn Selangor Prm Umum Ezam Md Noor Bakal Bertanding Dun Pelabuhan Klang

papar berkaitan - pada 11/7/2023 - jumlah : 251 hits
KUALA LUMPUR Timbalan Presiden Parti Rakyat Malaysia Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor antara empat calon parti itu yang akan bertanding dalam PRN Selangor pada 12 Ogos ini Tiga lagi calon yang akan mewakili PRM ialah Naib Presiden S Manikavasaga...
Gula Gula Prn Tapi Tak Pernah Pun Warga Felda Dapat Macam Ni Sebelum Ini

Gula Gula Prn Tapi Tak Pernah Pun Warga Felda Dapat Macam Ni Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 9/7/2023 - jumlah : 219 hits
Kerana PMX sedar betapa Felda itu adalah majoriti besar melayu masihkah kalian menganggap PMX tidak perjuangjan bangsa melayu
Nasib Mb Negeri Sembilan Pada Prn Anwar Masih Berteka Teki

Nasib Mb Negeri Sembilan Pada Prn Anwar Masih Berteka Teki

papar berkaitan - pada 8/7/2023 - jumlah : 872 hits
MalaysiakiniPerdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun telah membuktikan kredibilitinya sepanjang lima tahun menerajui kerajaan negeri menerusi pelbagai pencapaian yang berkaita...
Prn Mood Bukan Melayu Lebih Kepada Kerajaan Perpaduan Prof Azizuddin

Prn Mood Bukan Melayu Lebih Kepada Kerajaan Perpaduan Prof Azizuddin

papar berkaitan - pada 7/7/2023 - jumlah : 161 hits
Menjelang Pilihan Raya Negeri pada Ogos ini terutama di sebelah utara Semenanjung Malaysia mood pengundi bukan Melayu dilihat lebih cenderung ke arah menyokong Kerajaan Perpaduan Hal itu dinyatakan oleh Profesor Politik dan Hubungan Antarab...
Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Bertolak Ansurlah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel