Tun Mahathir Saran Penjawat Awam Dan Swasta Bersenam 15 Minit Semasa Bekerja



Kami semua menyambut baik saranan Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau mencadangkan agar kakitangan pejabat kerajaan mahupun swasta memperuntukkan masa selama 15 minit melakukan aktiviti senaman sebagai budaya mengamalkan gaya hidup sihat.

Perdana Menteri berkata kakitangan boleh berbuat sedemikian dengan berehat seketika sekitar pukul 11 pagi di luar pejabat berhawa dingin.

“Saya syorkan semua pejabat kerajaan mahupun swasta pukul 11 pagi berhenti kerja (seketika) dan membuat senaman…kalau boleh di luar bilik penghawa dingin.

“Saya syorkan semua (kakitangan) keluar selama 15 minit buat senaman dan selepas itu balik kerja semula,” katanya ketika berucap melancarkan Kempen Promosi Hidup Aktif atau WALK (When Active Living Kicks) peringkat kebangsaan Kementerian Kesihatan di sini hari ini.

Turut hadir isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Disamping itu, Dr Mahathir juga turut menasihatkan rakyat agar mengamalkan tiga petua untuk kekal sihat iaitu mengelakkan pengambilan makanan berlebihan, tidak merokok dan menghindarkan pengambilan minuman beralkohol. Beliau berkata tiada rahsia yang diamalkannya untuk kekal sihat pada usia 93 tahun kecuali sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat.

“Cara hidup kita mestilah selesa dan sesuai dengan kesihatan tubuh badan kita,” katanya.

Dr Mahathir turut berkongsi petua iaitu berhenti sewaktu sedang enak menjamah makanan kerana kecenderungan makan dan minum terlalu banyak boleh menyebabkan seseorang itu gemuk serta perut buncit.

“Jangan makan terlalu banyak…kalau makanan itu sedap berhenti makan,” katanya.

Dr Mahathir berkata adalah penting untuk mengawal berat badan sebab apabila badan bersaiz kecil, jantung mudah mengepam darah ke seluruh tubuh badan dengan mudah. Beliau turut mengingatkan rakyat Malaysia untuk banyakkan berjalan bagi mengelak penyusutan otot ketika sudah berusia.

“Otot kita kalau tak guna lama-kelamaan menjadi kecut dan lemah. Rumah saya ada lif tapi saya pilih naik tangga,” katanya dan menambah dahulu terdapat banyak pekerjaan yang membuatkan badan menjadi sihat tetapi kini banyak masa dihabiskan di pejabat dengan duduk sahaja dari pagi hingga petang.

Sementara itu, Dr Dzulkefly ketika berucap pada majlis itu berkata menurut hasil Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015, satu daripada tiga orang dewasa adalah tidak aktif.

“Secara perbandingan, golongan wanita adalah kumpulan yang tidak aktif berbanding lelaki. Di samping itu, rakyat Malaysia berumur 60 tahun ke atas juga didapati tidak aktif,” katanya.

Sumber - BERNAMA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.hairanblog.com/2018/11/tun-mahathir-saran-penjawat-awam-dan-swasta-bersenam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Tegur Penjawat Awam Yang Tidak Terima Prinsip Demokrasi

Tun Mahathir Tegur Penjawat Awam Yang Tidak Terima Prinsip Demokrasi

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 374 hits
KOTA BHARU Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur penjawat awam yang tidak menerima prinsip demokrasi sekali gus enggan menerima kepimpinan baharu kerajaan Mahathir berkata sikap sedemikian sama sekali tidak wajar kerana boleh meny...
Patutlah Cina Tak Mahu Menteri Gaji 76 Penjawat Awam Kurang Rm5 000

Patutlah Cina Tak Mahu Menteri Gaji 76 Penjawat Awam Kurang Rm5 000

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 448 hits
KUALA LUMPUR Gaji bagi 76 daripada 1 1 juta penjawat awam dan polis kurang daripada RM5 000 kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong Data Jabatan Akauntan Negara menunjukkan 866 270 daripada 1 146 222 orang yang sedang b...
Terkini Lihat Apa Terjadi Bila Tun Dr Mahathir Hampir Jatuh Di Hotel Shangri La Bangkok

Terkini Lihat Apa Terjadi Bila Tun Dr Mahathir Hampir Jatuh Di Hotel Shangri La Bangkok

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 439 hits
Terkini Lihat Apa Terjadi Bila Tun Dr Mahathir Hampir Jatuh Di Hotel Shangri La Bangkok
Semakan Gaji Elaun Penjawat Awam Akan Dibuat Secara Berhati Hati

Semakan Gaji Elaun Penjawat Awam Akan Dibuat Secara Berhati Hati

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 542 hits
Imej via Google ImageKUALA LUMPUR Kira kira 76 peratus atau 866 270 daripada 1 1 juta kakitangan awam dan anggota Polis Diraja Malaysia menerima gaji kurang RM5 000 sebulan kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong Katany...
Kedah Sasar Juara Piala Tun Sharifah Rodziah Mukhriz Mahathir

Kedah Sasar Juara Piala Tun Sharifah Rodziah Mukhriz Mahathir

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 390 hits
Sidang media Majlis penyerahan jersey oleh YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Dr Mahathir kepada Pasukan Red E girl bagi saingan Piala Tun Sharifah Rodziah 2018 Kedah menyasarkan juara pada saingan pada kali ini setelah beberapa kali menjadi naib...
Tak Guna Bercakap Ketuanan Melayu Kalau Bekerja Sebagai Kuli Orang Tun M

Tak Guna Bercakap Ketuanan Melayu Kalau Bekerja Sebagai Kuli Orang Tun M

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 461 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membidas apa yang disifatkannya sebagai perjuangan berdegar degar yang mempertahankan dan mengangkat isu ketuanan Melayu Saya bagi tahu pada orang Melayu semua tak guna bercakap ketuanan Melayu kalau ...
Tun Mahathir Perdana Menteri Hingga Pru15 Cadang Setiausaha Politik

Tun Mahathir Perdana Menteri Hingga Pru15 Cadang Setiausaha Politik

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 791 hits
BERSATU bahagian Setiawangsa mahu pengerusi parti itu Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan menjadi perdana menteri sehingga pilihan raya umum akan datang Sehubungan itu pada persidangan pertama BERSATU bahagian Setiawangsa semalam mereka memb...
Anwar Mahu Rakyat Kekal Sokong Tun Mahathir Sebagai Pm

Anwar Mahu Rakyat Kekal Sokong Tun Mahathir Sebagai Pm

papar berkaitan - pada 31/10/2018 - jumlah : 405 hits
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat supaya terus menyokong kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri walaupun menurutnya terdapat pelbagai cubaan mengeruhkan hubungan antara mereka berd...
Annuar Ramai Ahli Umno Termasuk Saya Sayang Hormati Tun Mahathir

Annuar Ramai Ahli Umno Termasuk Saya Sayang Hormati Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 25/10/2018 - jumlah : 448 hits
Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata pelawaan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad kepada ahli Umno untuk menyertainya hanya untuk menyelamatkan parti tersebut Satu pelawaan yang mungkin jujur saya kira terutama dengan sit...
Bomboloni Si Donut Montel Yang Jadi Kesukaan Ramai

Perkhidmatan Line Clear Express Yang Mengecewakan

The Colours Of Life Perkongsian 1 Hari 1 Hadis Sedekah Kepada Ahli Keluarga

Should Wisma Putra Debunk Thai General S Claim Of Pmx As American Spy Traitor Hidden Enemy

Trust The Vision Ellaspede Delivers A Radical Honda Cbx750 Caf Racer

Eksplorasi Digital U Pustaka 2025 Latihan Pangkalan Data J Gate

Indonesia Tempat Wisata Menarik Di Bandung

Ayam Perap Mayo Sedap Mudah Resipi Ringkas Menjilat Jari


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tips Berkesan Menjaga Hubungan Jarak Jauh

Lebih Dari Sekadar Kesedihan Memahami Pelbagai Bentuk Gangguan Mental

Jadual Acara Berpasukan Sukan Sea 2025 Thailand Bola Sepak Lelaki Bola Sepak Wanita Bola Jaring Dan Bola Tampar

Cuktech Unveils Smart Charging Essentials For Every Modern Device

Remaja 17 Tahun Suspek Utama Letupan Ketika Solat Jumaat Di Jakarta Polis

Anwar Free Education For Hardcore Poor From Preschool To University Starting Next Year