Tun Mahathir Mesti Benarkan Dirinya Jadi Calon Pm Sekali Lagi


 
Tun Mahathir Mohamad semalam mendakwa, ramai orang masih mahukannya kembali sebagai Perdana Menteri dan menerajui negara.
Bagaimanapun, tambahnya, beliau belum membuat sebarang keputusan lagi mengenainya.
“Saya tak bersedia tapi banyak orang suruh, jadi waktu ini saya tak buat keputusan apa-apa.
“Saya tak tolak, saya tak terima,” katanya.
Tidak kira berapa sedikit sekali pun yang mahu beliau kembali sebagai Perdana Menteri sebagaimana dakwaannya itu, Tun Mahathir tidak harus menolaknya kali ini.
Beliau mesti menerima dan bersedia untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi, biar pun ini merupakan kali yang ketiga dan sesetengah orang mungkin mempersenda – takde orang lain lagi ke, asyik-asyik dia saja nak jadi Perdana Menteri!
Tun Mahathir mesti gigih mempersetankan semua persendaan itu kerana walaupun dulu ada orang beri nasihat, kita mesti berhenti makan sebelum kenyang, tetapi selagi masih ada rasa lapar, teruskanlah melahap makanan selagi nafsu makan masih ada.
Kalau makanan adalah rezeki, jawatan Perdana Menteri lebih lagi merupakan rezeki, bahkan ramai orang boleh menumpang makan daripadanya.
Maka, boleh jatuh berdosa kalau menolak permintaan untuk jadi Perdana Menteri sekali lagi.
Lagi pula, persaingan untuk menjadi Perdana Menteri dalam PRU15 akan datang ini adalah paling meriah dan lebih meriah daripada PRU-PRU sebelum ini.
Dalam hal ini, takkan Tun Mahathir mahu jadi penonton dan bertepuk di luar gelanggang saja?
Tambah-tambah lagi, baik Perdana Menteri sedia ada, Ismail Sabri Yaakob atau calon-calon pencabarnya iaitu Anwar Ibrahim dan Mahiaddin Md Yasin, semuanya dianggap tidak layak dan bukan pemimpin yang baik di mata Tun Mahathir sendiri.
Lalu, Tun Mahathir mestilah sedia mencalonkan diri sekali lagi, lantaran hanya Tun Mahathir sajalah Perdana Menteri yang paling sesuai dan memenuhi semua citarasa yang dikehendaki oleh Tun Mahathir sendiri.
Tetapi, sebelum itu, Tun Mahathir kenalah pastikan mampu menang terlebih dahulu di kerusi Parlimen Langkawi yang dimenanginya pada PRU14 lalu atas tiket PH dan menggunakan simbol PKR.
Kalau tak menang di Langkawi dan GTA pun tak mampu menang walau satu kerusi Parlimen yang lain, itu nanti sudah jadi kekalahan yang berganda namanya.
Kekalahan berganda, walaupun pahit untuk diterima, ia barangkali baik untuk Tun Mahathir lalui dalam menutup sejarah perjalanan politiknya yang panjang yang tak reti-reti mahu jadi orang pencen.
Sebab itu, Tun Mahathir mesti setuju mencalonkan dirinya sekali lagi sebagai Perdana Menteri supaya sejarah sendiri akan memencenkannya dengan titik yang dinamakan kekalahan. – ShahbudinHusin 17/09/2022.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/09/tun-mahathir-mesti-benarkan-dirinya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cukuplah Ini Bukan Zaman Tun Ini Zaman Kami Anak Muda Makin Celik Politik Ketua Puteri Umno Sound Mahathir

Cukuplah Ini Bukan Zaman Tun Ini Zaman Kami Anak Muda Makin Celik Politik Ketua Puteri Umno Sound Mahathir

papar berkaitan - pada 7/9/2022 - jumlah : 194 hits
The ReporterSemalam bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata parti UMNO masih dicemari budaya rasuah meskipun bekas presiden UMNO Najib Razak dipenjarakan Ahli Parlimen Langkawi itu berkata budaya rasuah yang berleluasa dalam p...
Pm Saman Lokman Adam Sebab Fitnah Dirinya Sanggup Jumpa Tun M Berbanding Presiden Umno

Pm Saman Lokman Adam Sebab Fitnah Dirinya Sanggup Jumpa Tun M Berbanding Presiden Umno

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 220 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap Datuk Lokman Noor Adam atas dakwaan menyiarkan kata kata fitnah menerusi akaun media sosial Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno selaku plaintif memfailkan saman ...
Tun Mahathir Kata Tak Sesuai Pru Tahun Ini Perubahan Cuaca Bakal Datangkan Musibah Besar

Tun Mahathir Kata Tak Sesuai Pru Tahun Ini Perubahan Cuaca Bakal Datangkan Musibah Besar

papar berkaitan - pada 21/9/2022 - jumlah : 309 hits
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tidak sesuai untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke 15 ketika musim tengkujuh yang diramal berlaku hujung November nanti Memetik laporan Malaysia Gazette Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga...
Tun Mahathir Gerakan Tanah Air Akan Bergerak Berasingan Pada Pru15

Tun Mahathir Gerakan Tanah Air Akan Bergerak Berasingan Pada Pru15

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 177 hits
SERDANG Gerakan Tanah Air akan bergerak berasingan pada Pilihan Raya Umum ke 15 kata Pengerusi Penaja GTA Tun Dr Mahathir Mohamad Beliau berkata GTA juga tidak akan bekerjasama dengan mana mana parti yang terlibat rasuah ataupun terlibat me...
Siapa Benarkan Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah Digondolkan Sebelum Penyahwartaan

Siapa Benarkan Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah Digondolkan Sebelum Penyahwartaan

papar berkaitan - pada 6/9/2022 - jumlah : 214 hits
Semalam Menteri Besar Selangor Amirudin Shari dilaporkan berkata jika tidak meneruskan menyahwartakan itu kerajaan negeri akan berdepan saman sebab syarikat berkenaan akan kehilangan peluang perniagaan yang telah diluluskan kerajaan negeri ...
Malaysia Cipta Sejarah Speaker Dewan Rakyat Benarkan Banduan Hadir Sidang Parlimen

Malaysia Cipta Sejarah Speaker Dewan Rakyat Benarkan Banduan Hadir Sidang Parlimen

papar berkaitan - pada 9/9/2022 - jumlah : 278 hits
https www freemalaysiatoday com category bahasa tempatan 2022 09 08 najib kekal ahli parlimen hingga proses pengampunan semakan kehakiman selesai kata azhar HARI ini teringin nak tanya satu soalan kepada Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun Neg...
Terkini Kwsp Wajar Benarkan Pencarum Keluar Simpanan Untuk Keperluan Peribadi

Terkini Kwsp Wajar Benarkan Pencarum Keluar Simpanan Untuk Keperluan Peribadi

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 235 hits
Baru baru ini Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Selangor mencadangkan kerajaan supaya membenarkan pengeluaran wang khas daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mengikut kategori dan keperluan bagi mengurangkan beban kehidupan sekarang Penge...
Lampu Isyarat Merah Pemuda Sempat Cari Pahala Beri Anjing Makan Anak Buah Ded4h Siapa Dirinya Sebenar

Lampu Isyarat Merah Pemuda Sempat Cari Pahala Beri Anjing Makan Anak Buah Ded4h Siapa Dirinya Sebenar

papar berkaitan - pada 13/9/2022 - jumlah : 237 hits
BERBUAT baik tak kira di mana sahaja termasuk di persimpangan lampu isyarat Sementara menunggu lampu hijau seorang penunggang motosikal memberi makan kepada seekor anjing yang sedang berkeliaran di pembahagi jalan Menerusi satu video yang d...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Didie Alias Datang Lawat Amyza Aznan Beri Semangat Rai Hari Jadi Ke 19 Andre Di Wad

Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya