Siapa Benarkan Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah Digondolkan Sebelum Penyahwartaan



Semalam, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dilaporkan berkata, jika tidak meneruskan menyahwartakan itu, kerajaan negeri “akan berdepan saman sebab syarikat berkenaan akan kehilangan peluang perniagaan yang telah diluluskan kerajaan negeri terdahulu”.
Oleh itu, katanya, kerajaan negeri tiada pilihan kecuali bersedia membayar ganti rugi.
Peguam, Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh Sohanpal yang mewakili beberapa pertubuhan yang memohon semakan kehakiman terhadap keputusan kerajaan negeri menghapuskan perlindungan hutan simpan daripada sebahagian tanah di Bukit Cherakah mempersoalkan kenapa projek telah dimulakan sebelum penyahwartaan dilakukan.
“Sekalipun kerajaan negeri meneruskan penyahwartaan, ini tidak akan menghalalkan projek yang telahpun dimulakan sebelum penyahwartaan dilakukan,”
Mereka berkata, kehilangan dana atau risiko disaman tidak sepatutnya menjadi pertimbangan kerana negeri itu sudah diberikan pampasan untuk tanah itu.
Mereka turut menegaskan, Amirudin sepatutnya menyiasat kenapa kelulusan “haram” diberikan dan pegawai awam mana yang terlibat.
Seorang aktivis alam sekitar turut mempersoalkan sama ada Amirudin yakin tiada rasuah atau penyalahgunaan kuasa ketika kelulusan itu diberikan.
Laporan berkaitan..
SHAH ALAM: Hutan Simpan Kekal Bukit Cerakah (HSKBC) tidak berhenti diancam pembersihan dan menerusi pewartaan terbaharu pada 5 Mei lalu, kawasan tersebut sudah 22 kali dinyahwarta sejak 1924.
Keluasan HSKBC kali terakhir dilaporkan sebelum pewartaan nyahwarta terbaharu adalah sekitar 2,601.319 hektar, namun kini semakin mengecil dipercayai berbaki hanya 2,139 hektar.
Nyahwarta terbaharu membabitkan kawasan seluas 406 hektar tetapi membimbangkan apabila tinjauan melihat satu lagi kawasan berhampiran Bukit Bayu membabitkan kawasan seluas kira-kira 56.6 hektar turut dibersihkan.
Warta Kerajaan Negeri bernombor 1645 bertarikh 14 April 2022 itu menandakan kawasan seluas 406 hektar yang sebahagiannya termasuk dalam blok berlabel Kompartmen 35 bersebelahan Persiaran Mokhtar Dahari kini boleh ‘digondolkan’ secara sah.
Namun, timbul tanda tanya kenapa nyahwarta tersebut hanya diwartakan selepas 22 tahun keputusan dibuat dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pada tahun 2000.
Nyahwarta terbaharu yang membabitkan kawasan tersebut dipecahkan kepada lima lot dan ‘diagih-agih’ kepada pemilik-pemiliknya dikhuatiri akan terus `membotakkan’ HSKBC sebaik menerima ‘lampu hijau’ pihak berkuasa.
TERTUMPU  Selain kawasan dinyahwarta itu, tinjauan di sekitar Puncak Perdana turut tertumpu kepada kawasan yang dilabel sebagai Kompartment 32 seluas kira-kira 56.6 hektar yang sudah digondolkan sejak Julai 2018.
Pembersihan di Kompartment 32 itu turut mencetuskan persoalan apabila terdapat sepucuk surat bahawa laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) daripada sebuah syarikat kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor hanya dikeluarkan pada 2016 iaitu 16 tahun selepas MMKN Selangor meluluskan nyahwarta di kawasan terbabit pada tahun 2000.
Seorang aktivis Persatuan Rimba Komuniti Shah Alam (SACF), Dr. Lim Teck Wyn berkata, cubaan pihaknya untuk mengetahui pewartaan di Kompartment 32 tidak menemui maklumat berkaitan kawasan tersebut selepas carian dilakukan.
“Kawasan tersebut tidak termasuk dalam 406 hektar yang disiarkan wartanya pada Mei lalu, namun sudah dibersihkan dan terletak berhampiran dengan Taman Botani Shah Alam.
“Justeru, kami percaya kawasan tersebut mengalami nasib serupa seperti blok lain iaitu digondolkan sebelum dinyahwarta. Tetapi, bukan isu warta dibangkitkan, sebaliknya nasib satu-satunya hutan di bandar itu yang semacam tidak lagi selamat,” katanya kepada Utusan Malaysia.
SERIUS  Nyahwarta yang dilakukan berterusan menggambarkan kerajaan negeri tidak serius mempertahankan baki hutan simpan 30 peratus di negeri itu.
Lebih merisaukan apabila nyahwarta itu tidak dinyatakan kawasan baharu untuk diwarta sebagai hutan simpan kekal yang baharu.
Malah, nyahwarta tersebut dilihat bertentangan dengan kenyataan Exco Pelancongan dan Alam Sekitar, Hee Loy Sian pada 24 September 2021 yang menyatakan nyahwarta tersebut dilakukan pada 2006 iaitu sebelum pindaan enakmen mengikut Akta Perhutanan Negara 1985 pada 2011.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam (Peka), Damien Thanam Divean berkata, kawasan Kompartment 32 bersebelahan dengan Bukit Bayu kini terbiar dan bersemak sedangkan kawasan asal merupakan hutan semula jadi yang berkualiti dengan pokok-pokoknya bersaiz besar.
“Kini Kompartmen 32 dibiar lapang tanpa pemulihan. Syarikat asal membuat pembersihan sejak 2018, malah ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2020 mereka masih menjalankan kerja-kerja pembersihan. Malah, pembersihan juga dipercayai memasuki 11 hektar di kawasan Taman Botani Negara Shah Alam dan pernah mendapat perhatian kerajaan negeri,” katanya ketika meninjau kawasan tersebut baru-baru ini.
DINYAHWARTA Menurut beliau, kerajaan negeri digesa menghentikan pembangunan di kawasan tersebut serta 406 hektar yang dinyahwarta seperti dalam perintah injunksi interim, kerana tidak wajar menguatkuasakan keputusan MMKN yang sudah 22 tahun berlalu.
Pada 11 Ogos lalu, SACF dan Peka berjaya mendapatkan perintah injunksi interim dari Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi menghentikan kerja-kerja pembinaan dan pembersihan 406 hektar hutan tersebut.
Perintah berkenaan menyebut, sebagai hasil langsung daripada keputusan MMKN bertarikh 5 Mei lalu untuk menyahwartakan HSKBC melalui ‘Warta Kerajaan Negeri Selangor No.1645’ bertarikh 14 April 2022 digantung sehingga permohonan untuk kebenaran semakan kehakiman diputuskan.
Meskipun perintah Hakim Dr. Shahnaz Sulaiman itu sudah tiga minggu dikeluarkan, namun kerja-kerja pembersihan hutan dan pembinaan didakwa terus berjalan.
Sehubungan itu, kata Damien, jika berlaku proses pemberian tanah yang mencurigakan sebelum keputusan MMKN pada tahun 2000, kerajaan negeri digesa menyiasat dan melaporkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), bukan sebaliknya menguatkuasakan nyahwarta selepas 22 tahun.
“Jika ada isu perundangan sekali pun yang menghalang pihak berkuasa daripada membatalkan keputusan MMKN pada tahun 2000, patut dipersoalkan bagaimana tanah tersebut diserahkan kepada syarikat swasta?
“Terdapat sembilan entiti menjadi pemilik kepada sembilan kawasan dalam HSKBC tidak termasuk Kompartmen 32. Lima daripadanya masih hijau dan belum disentuh. Sementara yang lain seperti Kompartmen 35 di sebelah Persiaran Mokhtar Dahari sudah dibersihkan,” tegasnya.
MENGECIL   Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia pernah melaporkan HSKBC semakin mengecil apabila dalam tempoh 96 tahun sejak 1924 hingga 2020 mengalami penyahwartaan sebanyak 21 kali membabitkan kawasan seluas 12,892.48 hektar.
Meskipun semakin mengecil, HSKBC adalah hutan semula jadi masih menyimpan khazanah alam yang unik seperti 19 jenis haiwan dan lebih 400 spesis tumbuhan herba menerusi penemuan yang berjaya dirakamkan penyelidik daripada SACF
Menurut seorang penduduk di Perdana Heights yang enggan dikenali berkata, kerja-kerja pembinaan masih diteruskan termasuk dia adakala mendengar dentuman bom dari atas bukit berhampiran Persiaran Mokhtar Dahari.
“Kontraktor terus melakukan kerja di kawasan berkenaan dan meletupkan bom antara pukul 12 tengah hari hingga 3 petang pada setiap hari Isnin hingga Khamis. Letupan tersebut dilakukan sejak tahun lalu.
“Keadaan itu menyebabkan berlaku gegaran kecil namun merosakkan rumah seperti berlaku keretakan pada dinding dan lantai. Meskipun kontraktor bertanggungjawab terhadap kerosakan tersebut, namun kerja-kerja pembersihan dan letupan terus berlarutan,” ujarnya.
Kata penduduk itu lagi, pembersihan hutan itu turut mengakibatkan berkalu konflik antara hidupan liar dengan penduduk di kawasan tersebut apabila mereka bimbang dengan kemunculan tapir dan babi hutan di kawasan rumah yang dibimbangi mengancam keselamatan penduduk.- UTUSAN
Persoalannya sekarang ialah siapakah Mamat yang telah memberikan kelulusan haram itu?.. takkan Pak Guard kot? atau Tea Lady?.. mungkin juga tidak.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.anaksungaiderhaka.com/2022/09/siapa-benarkan-hutan-simpan-kekal-bukit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ngo Bukit Cerakah Degazettement Driving Away Migratory Birds

Ngo Bukit Cerakah Degazettement Driving Away Migratory Birds

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 224 hits
Thousands of migratory bird species have stopped flocking to the Bukit Cerakah Forest Reserve due to the deforestation of the area an environmental NGO said Malaysia Partners of Environment Organisation president Abdul Malek Yusof pointed o...
Menengok Warga Gusuran Bukit Duri Mulai Huni Kampung Susun Cakung

Menengok Warga Gusuran Bukit Duri Mulai Huni Kampung Susun Cakung

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 181 hits
Menengok Warga Gusuran Bukit Duri Mulai Huni Kampung Susun Cakung Gubernur DKI Jakarta Anies Baswedan hari ini meresmikan Kampung Susun Produktif Tumbuh Cakung yang hanya dikhususkan untuk warga eks Bukit Duri yang terkena dampak gusuran pr...
Museum Of Illusions Bukit Bintang Kuala Lumpur

Museum Of Illusions Bukit Bintang Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 26/8/2022 - jumlah : 230 hits
Hi Korang Ayuh kita bersiaran lagik di belog chomey akak kesayangan korang ni kan Memang yang tau Bukit Bintang merupakan tempat membeli belah dan lokasi outing yang hebat di hujung minggu tak kira bersama keluarga kawan kawan mahupun yang ...
Pengalaman Hiking Ke Kebun Che Mah Dusun Tok Lee Bukit Pau Banyak Aktiviti Menarik Boleh Explore

Pengalaman Hiking Ke Kebun Che Mah Dusun Tok Lee Bukit Pau Banyak Aktiviti Menarik Boleh Explore

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 425 hits
Salam to all readers Pengalaman Hiking ke Kebun Che Mah Dusun Tok Lee Bukit Pau Banyak Aktiviti Menarik Boleh Explore Pengalaman sesat di Bukit Sawa Negeri Sembilan bukanlah halangan bagi kami untuk serik hiking lagi malah membuat rasa hati...
Tarikan Terbaharu Mesti Dikunjungi Di Bukit Bintang Museum Of Illusions

Tarikan Terbaharu Mesti Dikunjungi Di Bukit Bintang Museum Of Illusions

papar berkaitan - pada 25/8/2022 - jumlah : 141 hits
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan rakan yang dikasihi sekalian Bukit Bintang bukan lagi tempat yang biasa biasa yer Di tengah tengah kesibukan kota itu ada banyak perkara yang menarik boleh...
Bukit Aman Panggil Hadi Berkait Ucapan Kebencian

Bukit Aman Panggil Hadi Berkait Ucapan Kebencian

papar berkaitan - pada 29/8/2022 - jumlah : 149 hits
freemalaysiatoday com August 28 2022 9 11 PMAbdul Hadi Awang disiasat mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 PETALING JAYA Bukit Aman akan memanggil Presiden PAS Abdul Hadi Awang berhubung k...
Jdt Juara Piala Fa 2022 Rupanya Ada Benda Yang Tmj Bagi Pinjam Sebelum Perlawanan Berlangsung Buat Ramai Respek

Jdt Juara Piala Fa 2022 Rupanya Ada Benda Yang Tmj Bagi Pinjam Sebelum Perlawanan Berlangsung Buat Ramai Respek

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 350 hits
Johor Darul Ta zim terus membuktikan mereka layak digelar sebagai raja bola sepak nusantara apabila membenam Terengganu FC 3 1 pada aksi final Piala FA sebentar tadi
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba