Pm Saman Lokman Adam Sebab Fitnah Dirinya Sanggup Jumpa Tun M Berbanding Presiden Umno





Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap Datuk Lokman Noor Adam atas dakwaan menyiarkan kata-kata fitnah menerusi akaun media sosial.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden Umno, selaku plaintif memfailkan saman fitnah itu atas kapasiti peribadinya menerusi Tetuan Kesavan pada 8 September lepas, dengan menamakan Lokman, 49, yang juga ahli Umno selaku defendan tunggal.


Dalam penyataan tuntutan, Ismail Sabri, 62, mendakwa Lokman pada 22 Ogos lepas membuat kenyataan-kenyataan fitnah terhadap plaintif dalam satu video bertajuk "Bila Presiden Umno Panggil Tak Datang! Tapi PM Ada Masa Jumpa Mahathir - Lokman Adam".


Beliau berkata kenyataan-kenyataan berniat jahat, fitnah dan tidak benar berkenaan plaintif dimuat naik menerusi empat akaun media sosial milik defendan iaitu YouTube "Lokman Adam", Facebook "Lokman Noor Adam Official", Instagram "lokmannooradam" dan TikTok "datoklokmanadam".


Menurut plaintif, kata-kata fitnah itu antara lain membawa maksud plaintif sudah berjumpa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan merancang atau berniat untuk merancang dengan bekas perdana menteri itu serta parti-parti politik lain yang bertentangan dengan Umno untuk kekal sebagai perdana menteri dengan membelakangkan dan mengkhianati parti itu.


Ismail Sabri berkata, beliau tidak pernah berjumpa Dr Mahathir dan parti-parti lain dengan membelakangkan atau mengkhianati Umno untuk terus kekal sebagai perdana menteri.


Dakwa plaintif, beliau tidak pernah mengatur langkah-langkah secara tidak berprinsip untuk menghalang pembubaran Parlimen dan seterusnya mengadakan Pilihan Raya Umum untuk kekal sebagai perdana menteri.


Plaintif juga mendakwa beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasanya sebagai perdana menteri untuk mencampur tangan prosiding undang-undang terhadap Datuk Seri Najib Razak bagi memastikan bekas perdana menteri itu disabitkan dan seterusnya dipenjarakan.


Menurutnya akibat kata-kata fitnah itu, reputasinya sebagai seorang ahli Umno, Naib Presiden Umno dan perdana menteri terjejas, membawa kesan buruk kepada kerjaya politiknya dan siaran-siaran fitnah yang dibuat oleh defendan adalah berniat jahat.


Ahli Parlimen Bera itu berkata satu surat tuntutan bertarikh 25 Ogos lepas dikeluarkan supaya defendan memadam video daripada media sosialnya dan mengeluarkan permohonan maaf kepada plaintif namun sehingga kini defendan gagal berbuat demikian.


Oleh itu, plaintif menuntut ganti rugi am, teladan dan tambahan, faedah, kos serta relif lain difikirkan sesuai oleh mahkamah.


Ismail Sabri turut memfailkan permohonan secara ex parte (sebelah pihak) untuk mendapatkan perintah injunksi bagi memaksa defendan memadamkan video di akaun YouTube, Facebook, Instagram serta TikTok miliknya dan injunksi bagi menghalang defendan atau wakilnya daripada membuat kenyataan sama menerusi media sosial yang diuruskan oleh defendan dan permohonan itu akan didengar hari ini di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Roz Mawar Rozain.


Sumber: Bernama


source https://www.thereporter.my/2022/09/pm-saman-lokman-adam-sebab-fitnah.html

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://kongsibro.blogspot.com/2022/09/pm-saman-lokman-adam-sebab-fitnah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ismail Sabri Saman Lokman Adam Fitnah Di Media Sosial

Ismail Sabri Saman Lokman Adam Fitnah Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 12/9/2022 - jumlah : 226 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memfailkan saman terhadap bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Datuk Lokman Noor Adam kerana memuat naik video mengandungi kenyataan berniat jahat fitnah dan tidak benar terhadap Perdana Menteri
Tok Mat Tak Usah Tamak Kj Lebih Merupakan Aset Umno Berbanding Dirinya

Tok Mat Tak Usah Tamak Kj Lebih Merupakan Aset Umno Berbanding Dirinya

papar berkaitan - pada 5/9/2022 - jumlah : 292 hits
Berikutan diminta oleh Timbalan Presiden UMNO merangkap Ketua UMNO Bahagian Rembau Mohamad Hasan untuk memberi laluan kepadanya bertanding di Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin atau KJ mengumumkan beliau mungkin tidak bertanding dalam PRU15 ...
Saman Fitnah Tun M Dakwa Zahid Sengaja Bangkit Isu Perkauman

Saman Fitnah Tun M Dakwa Zahid Sengaja Bangkit Isu Perkauman

papar berkaitan - pada 14/9/2022 - jumlah : 203 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sengaja membangkitkan isu perkauman selain menjatuhkan reputasi bekas perdana menteri itu sebagai tokoh politik yang berpengaruh di mata dunia Dr Mahathir 97 selaku plaintif ...
Pm Ismail Tidak Patut Saman Lokman Nor Adam Kena Terima Kritikan Rakyat

Pm Ismail Tidak Patut Saman Lokman Nor Adam Kena Terima Kritikan Rakyat

papar berkaitan - pada 17/9/2022 - jumlah : 233 hits
Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menyaman seorang ahli Umno Datuk Lokman Nor Adam tidak wajar dilakukan Ini kerana kesemua hakim di negara ini dilantik oleh Yang Dipertuan Agong berdasarkan nasihat perdana menteri kata bekas...
Umno Kemuka Saman Pemula Terhadap 2 Media Keluar Berita Fitnah

Umno Kemuka Saman Pemula Terhadap 2 Media Keluar Berita Fitnah

papar berkaitan - pada 31/8/2022 - jumlah : 217 hits
Asyraf Wajdi Dusuki berkata sudah tiba masanya bertindak lebih agresif melalui saluran undang undang kerana Umno sudah lama bersikap gentleman PETALING JAYA Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki hari ini menghantar surat tuntutan saman pemu...
Lokman Adam Dilayan Macam Binatang

Lokman Adam Dilayan Macam Binatang

papar berkaitan - pada 2/9/2022 - jumlah : 179 hits
LOKMAN Adam membuat tuduhan law of jungle selepas kena tahan polis Tupasal tokmat pesan JANGAN sebok jaga tepi kain orang Anyway LOKMAN kata nak saman Pegawai Polis TU hari apa wait and see Kalau nak jadi pejuang macai kena banyak bersabar ...
Cheaper Riskier More Meaningful Why Malaysians Send Their Korban Abroad For Aidiladha

Malaysians Flock To Thailand For Hari Raya Aidiladha Getaway

Aidil Adha 2025 Rahsia Laksa Johor Dan Kisah Bibik

Back The Yusoff Rawther Anwar Ibrahim Case Does Two Wrongs Make A Right

Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Misteri Banglo Besar Di Sebelah Kerian Valley Resort Kubang Kerian Masih Wujudkah

Kj Tengku Zafrul Kemungkinan Akan Bertanding Di Ampang


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sammy Simorangkir Daripada Menyiksa Diri Chord

Yung Kai Sunkis 88rising Take Me Where The Sunlight Glows Chord

Jenazah Lima Sekeluarga Nahas Di Jerantut Selamat Dikebumikan Dalam Satu Liang Awal Pagi Tadi

Dirty Deeds Done Well A Honda Xl500 Flat Tracker By Gas Oil

Pemberhentian Pekerja Petronas Disebabkan Cabaran Global Bukan Isu Petros Fadillah

Essential Japanese Dining Etiquette And Table Manners