Tun Mahathir Kempen Kerajaan Perpaduan Lagi



Ketika krisis politik melanda negara, nampaknya bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan sedang membuat kempen agar Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua pihak dibentuk.
(Malaysia Dateline) – Ia dibayangkan melalui satu posting yang dibuat oleh kelab penyokong beliau, Kelab Che Det dengan palang pagar, #Kerajaan Perpaduan.
Dalam posting itu, pengendali kelab itu menulis “Ketika Negara diuji, Kerajaan Perpaduan adalah formula terbaik.”
“Parti politik perlu diketepikan buat masa sekarang dan sebaliknya hanya kepentingan Negara sahaja yang diutamakan. Ini juga menyambut baik saranan YDP Agong supaya berhenti berpolitik.
“Jika penubuhan kerajaan perpaduan berlaku, diharap ia bukan sahaja membela kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia berbilang kaum, malah boleh memberi fokus kepada usaha pemulihan ekonomi negara yang semakin mencabar kesan akibat pandemik Covid-19, pergolakan politik dan kedudukan ekonomi global yang tidak tentu,” .
Turut disertakan bersama posting itu adalah gambar tiga pemimpin yang menemui Tun Dr Mahathir iaitu ahli parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pada 26 Oktober, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama)  Datuk Dr Zulkifli Al Bakri pada 27 Oktober dan Presiden AMANAH, Haji Mohamad Sabu pada 28 Oktober (Rabu).
Cadangan ini mendapat sambutan yang baik dari penyokong beliau dalam komen-komen mereka selepas posting itu disiarkan.
Arib Samsuri menulis, “Kerajaan perpaduan adalah kerajaan yang memerintah tanpa mengira fahaman politik. Diwaktu Covid-19 sedang melanda negara, itulah kerajaan yang rakyat perlukan. Tolong ketepikan fahaman politik masing2!!! Walaupun untuk seketika sahaja.”
Selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan, Tun Mahathir juga berusaha menubuhkan kerajaan perpaduan ketika beliau dilantik menjadi perdana menteri interim.
Beliau bercadang mahu membentuk kerajaan perpaduan dengan cara beliau memilih pemimpin yang beliau yakini untuk dilantik sebagai menteri bukan berdasarkan kedudukan dalam parti masing-masing.
Namun cadangan beliau ditolak oleh semua pihak termasuk rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan sendiri ketika itu dengan alasan, “Tun Mahathir seolah-olah mahu membuat keputusan sendiri tanpa mengambil kira sokongan terhadap parti. Ia akan mendekati diktator”.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mencadangkan kerajaan perpaduan pada tahun 2009 lalu ketika negara panas dengan politik dan pilihan raya kecil demi pilihan raya kecil.
Ia dicetuskan Hadi dalam wawancara beliau dengan wartawan Mingguan Siasah dan laman Malaysian Insider ketika itu.
Muka depan Siasah (gambar) keluaran itu memuatkan berita utama bertajuk “Negara Tanpa Pembangkang”, yang menyusuli siri tumpuan kepada “politik damai” yang dicadangkan oleh Siasah.
Dalam wawancara itu, Abdul Hadi menerangkan cadangan kerajaan perpaduan dengan mengambil contoh Indonesia di bawah bekas Presiden BJ Habibie.
Jelas Abdul Hadi, kerajaan perpaduan ini akan melibatkan semua parti politik menjadi sebahagian kerajaan, dan bukan hanya melibatkan Pas dengan Umno sahaja.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/10/30/tun-mahathir-kempen-kerajaan-perpaduan-lagi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mahathir Sibuk Dengan Idea Bodoh Kerajaan Perpaduan

Mahathir Sibuk Dengan Idea Bodoh Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 235 hits
Khabarnya Mahathir nak try buat kerajaan perpaduan pula Dia dulu dalam umno pernah haramkan umno dan buat umno baru Dalam umno baru kemudiannya dia keluar untuk lawan dan musnahkan umno baru Mahu lawan umno bersendirian tak terdaya orang tu...
Dr Mahathir Jumpa Ku Li Dan Pemimpin Lain Bincang Kerajaan Perpaduan Sumber

Dr Mahathir Jumpa Ku Li Dan Pemimpin Lain Bincang Kerajaan Perpaduan Sumber

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 327 hits
1 131 total views 1 131 views today Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dikatakan mengadakan perbincangan dengan beberapa pemimpin politik mengenai cadangan membentuk kerajaan perpaduan Sumber dari pejabat Mahathir mengesahkan bahawa ...
Ku Li Mat Sabu Jumpa Mahathir Sumber Dakwa Bincang Isu Kerajaan Perpaduan

Ku Li Mat Sabu Jumpa Mahathir Sumber Dakwa Bincang Isu Kerajaan Perpaduan

papar berkaitan - pada 29/10/2020 - jumlah : 341 hits
October 29 2020 6 23 PMSumber mendakwa Dr Mahathir Mohamad mengutarakan cadangan kerajaan perpaduan dalam pertemuan dengan Tengku Razaleigh Hamzah dan Mohamad Sabu PETALING JAYA Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dikatakan masih beru...
Tun Mahathir Sengaja Sabotaj Kerajaan Ph

Tun Mahathir Sengaja Sabotaj Kerajaan Ph

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 190 hits
Bekas Naib Presiden Amanah Senator Datuk Husam Musa mendakwa kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan dirancang sejak hari pertama menjadi kerajaan Ia dapat dilihat melalui indikator daripada apa yang berlaku sejak awal dan beliau sudah banyak ka...
Tun Mahathir Had 80 Ahli Parlimen Kerajaan Di Dakwa Cuba Untuk Mengambil Jalan Mudah

Tun Mahathir Had 80 Ahli Parlimen Kerajaan Di Dakwa Cuba Untuk Mengambil Jalan Mudah

papar berkaitan - pada 6/11/2020 - jumlah : 337 hits
PETALING JAYA Pejuang membantah langkah mengehadkan hanya 80 daripada 222 ahli Parlimen menghadiri sidang Dewan Rakyat pada satu satu masa mulai esok dan mendakwa kerajaan mengambil jalan mudah tanpa mengadakan prosiding dalam talian Tun Dr...
Tun Mahathir Anwar Diharap Ketepikan Perbezaan Politik Demi Negara Khalid Samad

Tun Mahathir Anwar Diharap Ketepikan Perbezaan Politik Demi Negara Khalid Samad

papar berkaitan - pada 17/10/2020 - jumlah : 313 hits
3 total views 3 views today AIPOH Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara Khalid Samad hari ini meluahkan harapan agar Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetepikan perbezaan politik demi kepentingan negara Katanya kedua...
Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

Belanjawan 2021 Agong Hargai Permuafakatan Kerajaan Pembangkang

papar berkaitan - pada 4/11/2020 - jumlah : 397 hits
YANG di Pertuan Agong menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan dan parti parti politik di atas semangat bipartisan dan permuafakatan yang ditunjukkan dalam Belanjawan 2021 Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah turut menzahir...
Tun Mahathir Dakwa Tiada Justifikasi Darurat Pasaran Saham Jatuh Hanya Untungkan Pm

Tun Mahathir Dakwa Tiada Justifikasi Darurat Pasaran Saham Jatuh Hanya Untungkan Pm

papar berkaitan - pada 24/10/2020 - jumlah : 208 hits
nbsp KUALA LUMPUR Perdana Menteri paling lama berkhidmat di negara ini Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan berhubung isu darurat dengan berkata tiada justifikasi untuk itu dan menyifatkan ia hanya mengakibatkan pasaran saham jatuh Dalam sa...
Kenyataan Dap Bukti Tun Mahathir Masih Kuasai Ph

Kenyataan Dap Bukti Tun Mahathir Masih Kuasai Ph

papar berkaitan - pada 27/10/2020 - jumlah : 322 hits
NORMAN RAZDUAN DAP Hidung tak mancung pipi tersorong sorong AZMIN DIBENCI KIRI DAN KANAN Selepas Anwar bertemu YDPA politik tanahair kembali bergocak Siang dan malam PN BN dan UMNO bermesyuarat Ugut mengugut antara mereka berlaku Dlm suasan...
Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Honor Lancar Empat Peranti Baharu Honor Pad 9 5g Honor X7b 5g Honor Magicbook X 16 Honor Band 9

Pm Political Stability Making Malaysia Valued Investment Destination

Either You Are For The Working Class Or Against It Anwar You Can T Both Run With The Foxes And Hunt With The Hounds

Persatuan Hotel Bajet Sarankan Penggunaan Pekerja Asing Untuk Industri Perhotelan

Kkb Polls Respect Mca S Decision To Boycott Campaign



8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik


Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Update Daftar Link 50 Anggota Aktif Komunitas Blogger Pontianak

Time Crunched Car Care How Mobile Washes Save The Day

Semakin Ramai Kanak Kanak Masuk Hospital Akibat Vape E Rokok

Home Detention Najib Keputusan Lembaga Pengampunan Atau Bukan

Mainkan Peranan Anda Dan Gunakan Semangat Pasukan Untuk Menaikkan Piala Thomas