Adakah Islam Masuk Tanah Melayu Dengan Hudud



Kredit: Ustaz Ali Muda (Abu Mishkat)
1. Sejarah kita mencatatkan bahawa Islam sampai ke Tanah Melayu melalui para pendakwah Arab (khususnya dari Yaman). Ini pendapat terkuat kerana banyak nama orang Melayu ikut nama Arab, tak ikut nama India muslim. Jadi pendapat yang mengatakan Islam datang melalui India muslim mungkin tak berapa kuat.
2. Hal itu berlaku sejak sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi.
Kerana tarikh yang tercatat pada Batu Bersurat Terengganu ialah tahun 1303M, iaitu lebih kurang seratus tahun lebih awal daripada tarikh Parameswara masuk Islam.
3. Kalau 1303M itu orang Islam di Kuala Berang, Hulu Terengganu sudah pandai memahat batu dengan tulisan jawi, sudah tentu orang yang memahat batu itu sudah ada tamadun tertentu.
Kalau orang itu baru masuk Islam, tak mungkin dia sudah pandai memahat tulisan jawi.
Jadi Islam sampai di Tanah Melayu, khususnya Terengganu lebih awal daripada tahun 1303M lagi.
4. Tidak kisahlah pasal itu, bukan saya nak berbahas pasal tarikh kemasukan Islam di Tanah Melayu sebenarnya.
5. Di sini saya ingin mengajak rakyat Malaysia sekalian berfikir bagaimana para pendakwah zaman dulu mengajak orang Melayu yang dikatakan asalnya beragama Hindu (di sekitar Kedah) atau tak beragama (pagan / animist) kepada agama Islam.
6. Adakah para pendakwah dahulu kala mengajak orang Melayu kepada Islam dengan mengatakan kita hendaklah menjalankan hukum hudud?
Tiba2 sahaja datang dengan mengajak buat hudud.
Tak mungkin.
7. Adakah para pendakwah itu mengajak orang Melayu supaya meningggalkan bid’ah, kerana setiap bid’ah itu sesat, dan setiap yang sesat akan masuk neraka?
Tiba2 sahaja ajak tinggalkan bid’ah.
Tak mungkin.
8. Adakah para pendakwah dulu ajak orang Melayu berhimpun dan buat debat antara agama untuk membuktikan Islam sahaja agama yang benar?
Rasanya jauh daripada kemusabahan yang boleh diterima oleh kita semua.
Memang tak berlaku pun begitu.
9. Sejarah membuktikan para pendakwah itu datang sebagai peniaga.
Mereka masuk ke bandar dan kampung2 Melayu menjaja barangan sambil menunjukkan akhlak yang mulia.
Mereka mengajak kepada cinta Rasulullah s.a.w. yang membawa rahmat untuk sekalian alam.
10. Mereka bergaul secara damai dengan masyarakat Melayu (ta’ayusy silmi / peaceful co-existence) dan orang Melayu pun percaya kepada mereka.
Ramai daripada mereka bersemenda dengan orang Melayu dengan mengahwini anak-anak gadis Melayu.
Kalau perangai mereka tak elok, manakan mahu si bapa mengahwinkan anak gadisnya?
11. Ketika itu, sudah tentu ada dalam satu keluarga itu percampuran agama.
Ada bapa yang sudah masuk Islam, anaknya belum.
Atau anaknya sudah masuk Islam, ibu bapanya belum Islam.
Yang pasti orang Melayu ketika itu tidak ditakutkan dengan DAP atau agenda Kristian Evangelist oleh para pendakwah!
12. Berbeza dengan trend dakwah kini.
Pendakwah yang balik dari Timur Tengah khususnya pada tahun 1970an dan 1980an merasakan Islam orang Melayu tak betul, maka mereka hendak membetulkan Islam orang Melayu dengan parti Islam.
13. Mereka mula berdakwah dengan mengkafirkan orang Melayu dalam parti kaum Melayu atas alasan parti Melayu itu bekerjasama dengan parti kaum Cina dan India.
Puluhan tahun mereka berdakwah dengan cara itu.
14. Ditakdirkan pendakwah parti Islam itu dapat jadi sebahagian daripada kerajaan Barisan Nasional 1974-78.
Lenyaplah dakwah takfir seketika.
15. Bila mereka dikeluarkan daripada kerajaan Melayu yang berpaksikan parti Melayu, dakwah takfir hidup semula.
Tetapi dakwah takfir pusingan kedua itu ditambah dengan alasan baru, iaitu Melayu parti kebangsaan kafir kerana tak laksanakan hudud dan mengekalkan perlembagaan penjajah.
16. Kini pendakwah parti Islam dapat rezeki menjadi kerajaan secara tebuk atap bersama Melayu parti kebangsaan.
Memang sejak 3 atau 4 tahun terakhir, tok guru parti Islam sudah membatalkan dakwah takfir dengan dakwah ‘gagasan politik matang dan sejahtera’.
Tiada perubahan apa-apa dalam status quo hudud dan perlembagaan, tapi takfir sudah dihapuskan dengan dikri terbaru tok guru.
17. Di samping dakwah takfir itu, ada satu lagi jenis dakwah yang dibawa balik dari Timur Tengah juga, khususnya Jordan dan Saudi (bukan bermaksud generalisasi, kerana ada juga lepasan Mesir dan IPTA yang terjebak sama).
Mereka itu merasakan orang Melayu tak cukup Islam kerana tak cukup sunnah.
Mereka sahaja yang tepat dan betul Islamnya.
Perbezaan pandangan hampir tak wujud kerana kebenaran hanya satu, iaitu apa yang mereka pegang, yang ikut sunnah.
18. Maka dakwah mereka ialah untuk mensunnahkan orang Melayu dan menjauhkan mereka daripada bid’ah dholalah yang membawa ke neraka, pada fahaman mereka.
Isu2 yang mereka bawa asalnya isu khilaf tahunan (annual disputes) atau amalan furu’ seharian, seperti sambutan Awal Muharram, Ma’al Hijrah, Maulidurrasul, bacaan Yasin malam Jumaat, tahlil untuk orang mati, bacaan talqin, bacaan qunut Subuh dan seterusnya.
Bagi mereka orang Melayu mundur kerana mengamalkan bid’ah2 sesat itu. Bahkan ada di antara mereka yang ekstrim dalam membid’ahkan (tabdi’) semua orang yang berbeza pendapat dengan mereka, dengan gelaran Ahlul Bid’ah.
19. Namun akhir2 ini mereka sudah mencampuri politik. Mungkin mereka mula nampak, dengan pengaruh kuasa politik, projek pensunnahan orang Melayu boleh diberdayakan lagi. Bahawa mereka sangat kelaparan jawatan untuk menguatkan pengaruh sunnah mereka itu sangat menjolok mata masyarakat pada waktu kini.
20. Kedua2 jenis dakwah ini, iaitu takfir dan tabdi’, sangat jauh berbeza dengan dakwah para pendakwah yang mula2 membawa Islam ke Tanah Melayu. Dakwah dulu menyatukan, dakwah takfir dan tabdi’ pula memecahkan orang Islam. Dakwah dulu mengIslamkan orang yang belum Islam, dakwah takfir dan tabdi’ mengeluarkan orang Islam yang sudah Islam daripada Islam, atau paling tidak pun, tuduhan sesat.
Dakwah dulu dakwah rahmatan lil alamin, dakwah takfir dan tabdi’ sama2 anti gagasan rahmatan lil alamin. Dakwah dulu tak takutkan orang Melayu dengan apa2 ancaman, dakwah takfir dan tabdi’ sama2 menakutkan orang Melayu dengan DAP atau agenda Kristian. Hatta 3 negeri Melayu yang tiada sebuah kerusi DAP pun ditakutkan dengan DAP juga. Malangnya 3 negeri Melayu itu paling corot dari segi perkembangan ekonomi. Tak apa, yang penting dapat kerajaan Melayu Islam walaupun secara tebuk atap.
Demikianlah serba sedikit perbezaan dakwah kepada Islam dulu dan kini, sebagai bahan renungan kita bersama.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/27417

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayana Jihye Moon Hari Ini 8 Tahun Yang Lalu Saya Masuk Islam

Ayana Jihye Moon Hari Ini 8 Tahun Yang Lalu Saya Masuk Islam

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 671 hits
Kisah Ayana Jihye Moon dimana dia merupakan seorang gadis Korea Selatan memeluk agama Islam dan berhijrah ke Indonesia beberapa tahun lalu viral dan menjadi bualan hangat warganet Wanita berusia 25 tahun ini juga dikenali sebagai model musl...
Ada Himpunan Ummah Tak Bnm Buat Uturn Ni Melayu Islam Tertindas Dengan Interest Mohon Dalil Kepada Bnm Please

Ada Himpunan Ummah Tak Bnm Buat Uturn Ni Melayu Islam Tertindas Dengan Interest Mohon Dalil Kepada Bnm Please

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 329 hits
Bank Negara Malaysia mengesahkan peminjam bank tidak perlu memohon untuk mendapatkan moratorium dari pihak bank BNM dalam satu kenyataan berkata pelanggan hanya perlu melengkapkan dokumentasi yang diperlukan untuk mengesahkan moratorium ber...
Cubaan Biadab Untuk Mengganggu Titah Yang Di Pertuan Agong Apakah Melayu Islam Tidak Lagi Kisah Bila Raja Raja Dihina

Cubaan Biadab Untuk Mengganggu Titah Yang Di Pertuan Agong Apakah Melayu Islam Tidak Lagi Kisah Bila Raja Raja Dihina

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 377 hits
Kamarul YusoffMaklumat yang berwibawa telah diperolehi mengenai perancangan pihak tertentu untuk mengganggu titah perasmian Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen Ke 14 oleh Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al...
Solat Jumaat Kerajaan Melayu Islam Jadi Bisu Dapat Ghanimah

Solat Jumaat Kerajaan Melayu Islam Jadi Bisu Dapat Ghanimah

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 284 hits
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi seluruh negara sudah menunjukkan angka positif dalam usaha membendung wabak Covid 19 Perak adalah antara negeri bebas kes Covid 19 Hospital di seluruh Perak juga dilaporkan sudah bebas dari pesakit Covid...
Keriau Tak Dapat Glc Ka Mamat Ni Hang Sumbang Apa Kat Umat Melayu Islam

Keriau Tak Dapat Glc Ka Mamat Ni Hang Sumbang Apa Kat Umat Melayu Islam

papar berkaitan - pada 7/5/2020 - jumlah : 336 hits
best la cerita ni DAP BAKAL KEMBALI PERINTAH NEGARA DAN BERKUASA SEMULA DALAM NEGARA PUNCA SEGELINTIR PEMIMPIN UMNO BARU berusia lebih 2 bulan Kerajaan Perikatan Nasional sudah mula nampak goyah dalam ikatan mereka dan menunggu masa untuk t...
Mca Ada Lesen Besar Maki Islam Dan Melayu Sejak Merdeka

Mca Ada Lesen Besar Maki Islam Dan Melayu Sejak Merdeka

papar berkaitan - pada 22/4/2020 - jumlah : 580 hits
Hairan tak Semenjak Merdeka sampai sekarang parti MCA dan Gerakan dibenarkan memaki dan menista Islam semahu mereka dan tiada tindakan yang diambil ke atas mereka UMNO seperti memberi lesen besar kepada MCA menyebar kata nista dan cacian se...
Penjaga Masjid Di Tanah Suci Bawa Berita Gembira Kepada Umat Islam

Penjaga Masjid Di Tanah Suci Bawa Berita Gembira Kepada Umat Islam

papar berkaitan - pada 30/4/2020 - jumlah : 293 hits
Sebelum ini dua masjid suci utama umat Islam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi ditutup ekoran pandemik wabak COVID 19 yang sedang melanda dunia sekarang ini Namun Presiden Ketua Umum Hal ehwal Dua Masjid Suci Sheikh Abdul Rahman As Sudais me...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya