Tun M Perlahan Lahan Menambah Kekuatan Anwar Jangan Takut Untuk Melawan




Tun Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Bersatu hari ini menerima kemasukan enam bekas Ahli Parlimen UMNO ke dalam parti itu di suatu majlis ringkas di Putrajaya.


Mereka yang sekaligus diberikan kad keahlian itu ialah Hamzah Zainuddin (Larut), Shabudin Yahya (Tasek Gelugor), Ikmal Hisham Abdul Aziz (Tanah Merah), Rosol Wahid (Hulu Terengganu), Latif Ahmad (Mersing) dan Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam).


Sebelum ini, tiga rakan mereka daripada UMNO - Mustapa Mohamad (Jeli), Mas Ermiayati Shamsuddin (Masjid Tanah) dan Nor Azami Ghazali (Bagan Serai) telah pun lebih dulu diterima menyertai Bersatu.


Dicampur dengan 13 Ahli Parlimen Bersatu sedia ada, bermakna parti itu kini mempunyai jumlah 22 Ahli Parlimen kesemuanya.


Apakah tujuan Tun Mahathir secara perlahan-lahan menambah bilangan Ahli Parlimen ke dalam Bersatu ini?


Bukankan sebelum ini Tun Mahathir ada menyebut bahawa mereka yang meninggalkan UMNO perlu menjadi wakil Bebas untuk suatu tempoh tertentu terlebih dahulu sebelum boleh diterima menyertai Bersatu?


Mengapakah tempoh enam bekas Ahli Parlimen UMNO itu menjadi Bebas hanya kira-kira sebulan lebih saja, kemudian terus diterima masuk menyertai Bersatu?


Adakah langkah ini untuk segera memperkuatkan Bersatu dan melumpuhkan UMNO?


Apakah ia juga bertujuan untuk PH memiliki bilangan majoriti dua pertiga di Parlimen bagi memudahkan pindaan perlembagaan dan reformasi undang-undang dilakukan?


Atau kemasukan ini untuk “menyailang” Anwar Ibrahim dan mengelakkan Tun Mahathir daripada menunaikan janji menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Presiden PKR itu?


Tanyalah siapa pun juga yang faham politik, lebih-lebih lagi yang kenal putar belit Tun Mahathir dalam UMNO sebelum ini, rata-ratanya percaya kemasukan ini tidak lain ialah bertujuan untuk menyekat kemaraan Anwar.


Tun Mahathir tidak perlu menerima kemasukan bekas Ahli-Ahli Parlimen UMNO itu jika mahu menguatkan Bersatu kerana tindakan tersebut tidak menjamin PH boleh menang selesa di kawasan yang mereka wakili sekarang ini dalam pilihanraya akan datang nanti.


Kesemua mereka malah belum pasti dapat dipilih bertanding semula mewakili Bersatu dalam pilihanraya akan datang kerana pemimpin Bersatu tempatan tidaklah semudah itu menerima mereka yang dalam pilihanraya lalu bertanding atas tiket BN, tapi di masa akan datang mahu diletakkan melalui tiket PH pula.


Lagi pula, untuk menguatkan Bersatu, yang penting ialah menambah ahli dengan jumlah yang ramai, bukan sekadar sembilan Ahli Parlimen saja.


Setakat bekas Ahli Parlimen UMNO itu membawa hanya diri mereka saja tanpa ada seorang penyokong pun yang ikut serta, apa jadahnya mereka dapat menguatkan Bersatu?


Begitu juga untuk meminda undang-undang di Parlimen, majoriti dua pertiga sebenarnya tidaklah relevan 100 peratus bagi tujuan itu.


Dengan jumlah kerusi sedia ada yang dimiliki oleh PH saja pun, kiranya pindaan undang-undang itu sesuatu yang baik untuk rakyat, Ahli Parlimen UMNO dan Pas sekalipun tentu tidak ada masalah untuk  memberikan sokongan mereka.


Menambah jumlah Ahli Parlimen ke dalam Bersatu hanya betul-betul bermanfaat untuk Tun Mahathir menjadikannya sebagai senjata dalam memungkiri janji penyerahan kuasa terhadap Anwar.


Tidak ada tujuan lain yang relevan dalam membawa bekas musuh ke dalam Bersatu, melainkan untuk menumbangkan musuh yang lagi satu dan demi menjadikan Tun Mahathir dapat terus berkuasa dengan lebih lama.


Mahu tidak mahu, dengan perkembangan ini, Anwar harus lebih berwaspada dan awas selalu mulai sekarang. 


Hanya sehari selepas Tun Mahathir mencicirkan nama Anwar dan Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam Majlis Tindakan Ekonomi yang baru ditubuhkannya, beliau nampaknya mengorak selangkah lagi dengan terus menambah Bersatu melalui kemasukan bekas Ahli Parlimen UMNO.


Jika perlu melawan, Anwar perlu melawan kali ini. Kalau perlu merampas kerusi Perdana Menteri itu daripada Tun Mahathir, beliau tidak harus teragak-agak melakukannya. Lawan tetap lawan.


Tun Mahathir mesti disedarkan bukan saja tentang janji, tetapi juga tentang hakikat bahawa Pakatan Harapan ini atau dulunya Pakatan Rakyat dan reformasi adalah perjuangan yang diasaskan dengan darah dan airmata oleh Anwar sejak 1998 lagi.


Anwar bersama PKR, DAP dan Amanah telah berjaya membawa baton perjuangan itu sehingga ke jarak 90 meter, manakala Tun Mahathir hanya menyudahkan 10 meter terakhir saja sebelum ke garisan penamat pada 9 Mei 2018 lalu.


Maka, setelah mendapat kerusi empuk yang realitinya hanyalah sementara, Tun Mahathir tidak harus lupa menyerahkannya semula kepada yang berhak dan  sebagaimana termetrai dalam perjanjian. (ShahbudinHusin 12/02/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://shahbudindotcom.blogspot.com/2019/02/tun-m-perlahan-lahan-menambah-kekuatan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Game Over Untuk Anwar Jika Tun M Berjaya Kukuhkan Bersatu Di Sabah Dan Sarawak

Game Over Untuk Anwar Jika Tun M Berjaya Kukuhkan Bersatu Di Sabah Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 402 hits
Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka melalui jalan sukar untuk mengambil tampuk kepemimpinan negara daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad Setiausaha Otai Reformis 1998 Abdul Razak Ismail berkata tindakan Parti Pribumi Bersatu Malays...
Satu Lagi Janji Dimungkiri Lalu Apa Mustahilnya Jika Janji Kepada Anwar Juga Bakal Tun M Engkari

Satu Lagi Janji Dimungkiri Lalu Apa Mustahilnya Jika Janji Kepada Anwar Juga Bakal Tun M Engkari

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 567 hits
Salah satu kepakaran dan kehebatan Tun Mahathir Mohamad yang tidak ada pada mana mana pemimpin lain sama ada di Malaysia juga di dunia ialah keupayaannya memungkiri janji serta mencipta alasan bagi menghalalkan tindakan itu Ketika bersara p...
Inkues Adib Pemandu Trak Bomba Takut Perusuh Jerit Pergi Balik Jangan Padam

Inkues Adib Pemandu Trak Bomba Takut Perusuh Jerit Pergi Balik Jangan Padam

papar berkaitan - pada 11/2/2019 - jumlah : 454 hits
Diterbitkan Hari ini 2 01 tengahariSeorang pemandu trak bomba yang ditugaskan ke kuil Sri Mahamariamman pada bulan November lalu memberitahu inkues hari ini bahawa beliau mengundurkan kenderaannya dalam keadaan panik selepas dihalau sekumpu...
Tun Mahathir Tidak Ikhlas Mahu Pulihkan Negara Keutamaannya Hanya Nak Ketepikan Anwar

Tun Mahathir Tidak Ikhlas Mahu Pulihkan Negara Keutamaannya Hanya Nak Ketepikan Anwar

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 558 hits
Hari demi hari apa yang nyata di depan mata ketika ini ialah sokongan rakyat terhadap kerajaan dan PH semakin merosot dan berkurangan Bukan saja rakyat biasa atau atas pagar yang makin kecewa malah pengundi PH sendiri ramai yang patah hati ...
Jangan Mengata Orang Takut Dosa Awak Lagi Teruk

Jangan Mengata Orang Takut Dosa Awak Lagi Teruk

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 480 hits
Pernah berdepan episod hitam apabila menghidap tumor otak baru baru ini Nazim Othman ada memuat naik foto mengimbas kembali ketika dia menjalani rawatan The post appeared first on
Bukti Tun M Sudah Isytihar Perang Dengan Anwar

Bukti Tun M Sudah Isytihar Perang Dengan Anwar

papar berkaitan - pada 14/2/2019 - jumlah : 389 hits
Calon Barisan Nasional N 49 Sungai Kandis Datuk Lokman Noor Adam foto SYAFIQ AMBAKKUALA LUMPUR Penerimaan tujuh ahli Parlimen UMNO ke dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia menandakan Tun Dr Mahathir Mohamad secara tersirat mengisytiharkan pe...
Tun M Jangan Gunakan Identiti Kaum Sebagai Pengukur Kekayaan Kemiskinan

Tun M Jangan Gunakan Identiti Kaum Sebagai Pengukur Kekayaan Kemiskinan

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 291 hits
GEORGETOWN Identiti kaum tidak boleh dijadikan kayu pengukur untuk menilai kejayaan ekonomi kerana semua rakyat berpeluang untuk meraih kemajuan kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini Beliau berkata kerajaan sedang berusaha u...
Melawan Fenomena Malu Apa Bossku Yang Dibawa Najib Rasanya Tun M Perlu Turun Sama Berkempen Di Semenyih

Melawan Fenomena Malu Apa Bossku Yang Dibawa Najib Rasanya Tun M Perlu Turun Sama Berkempen Di Semenyih

papar berkaitan - pada 19/2/2019 - jumlah : 614 hits
Tiada siapa dapat menafikan populariti Najib Razak begitu melonjak tinggi ketika ini Beliau yang dulunya dibenci sehingga dijatuhkan pengundi kini lebih popular berbanding dulunya Ke mana saja beliau pergi sekurang kurangnya ratusan malah a...
Dengar Cakap Saya Jangan Takut Untuk Berhijrah Zul Yahya

Dengar Cakap Saya Jangan Takut Untuk Berhijrah Zul Yahya

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 1043 hits
Selepas meninggalkan dunia lakonan nampaknya Zul Yahya giat mendirikan perniagaannya Zul mempunyai butiknya sendiri yang diberi nama ZulYahya Selain itu zul mempunyai kedai makannya Selain daripada giat dalam berniaga Zul Yahya juga mendeka...
Maggi Pes Perapan Air Fryer

Back To School Just Got A Banana Powered Boost

Drama Pasca Kau Pergi

The Acquittal Of Yusoff Rawther Of Drug Trafficking And Possession Of Fake Pistols Points To Massive Police Frame Up

Hari Lautan Sedunia Bahtera Bidong Dalam Sorotan Kajian Saintifik Dan Sejarah Maritim Nusantara

No You Re Not Crazy Setting Boundaries With Your Spouse S Family

15 Resipi Jus Beetroot Dan Manfaat Kesihatan Untuk Diamalkan

Detik Detik Pesawat Air India Terhempas Nasib 242 Penumpang Dalam Tanda Tanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


F N Magnolia And Illumination S Minions Unleash Banana Fuelled Mischief Across Malaysia

Kegagalan Enjin Semasa Berlepas Punca Utama Kemalangan Pesawat

Topeng Simpati Wasapa Pada Lembut Yang Beracun

Nasi Kerabu

Masa Yang Korang Tunggu Dah Tiba Syasya Rizal Bakal Umum Sesuatu Yang Besar Tidak Lama Lagi

Patutkah Kami Terima Keadaan Begini Atuk Mengadu Penat Jaga 4 Orang Cucu Hanya Terima Rm400 Sebulan