Tun M Nak Letak Jawatan Apakah Acah2 Ini Bertujuan Menaikkan Mukhriz Menggantikan Muhyiddin




Hanya kerana tidak puas hati dengan perlantikan dua Exco Johor yang baru, Tun Mahathir Mohamad bukan saja memanggil mesyuarat khas Bersatu secara tergempar, tetapi beliau kemudiannya seperti merajuk dan menawarkan untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Kononnya beliau kecewa kerana keputusan yang sudah dipersetujui dalam Bersatu untuk tidak membuat perubahan dalam barisan Exco, tetapi diingkari oleh Muhyiddin Yassin selaku presiden parti bersama Menteri Besar Johor, Dr. Shahruddin Jamal.

Ehh…ehh…betul ke Tun Mahathir sampai nak letak jawatan kerana perkara itu?

Atau beliau sebenarnya hanya acah-acah saja?

Tun Mahathir, berdasarkan sejarah perjuangannya, beliau bukanlah pemimpin yang mudah kecewa, merajuk dan patah hati.

Jiwanya adalah jiwa kental dan suka melawan. Amerika dan kuasa besar Barat pun tidak pernah membuatnya takut atau gentar untuk berlawan, apatah lagi dengan perkara-perkara lain.

Di dalam negara, jika beliau tidak setuju, semua orang akan dilawannya, tidak kira sama ada mereka itu Perdana Menteri, Sultan atau Raja sekali pun.

Lagi pun, isu perlantikan dua Exco Johor adalah terlalu kecil untuk Tun Mahathir jadi kecewa, patah hati, merajuk dan ingin meletakkan jawatan, kecuali jika sekarang beliau sudah terlalu sensitif kerana faktor usia tua benar-benar sudah melanda jiwanya.

Untuk itu, ramai yang sangsi dan was-was bahawa Tun Mahathir benar-benar serius mahu meletakkan jawatannya.

Bagaimanapun, berikutan ancaman Tun Mahathir mahu meletakkan jawatan itu yang dilihat mengancam masa depan dan sumber rezeki sesetengah pihak, para Ahli MPT Bersatu kemudian bersolidariti menyatakan sokongan penuh terhadap Perdana Menteri.

Sokongan tersebut selepas itu bukan saja membuktikan Tun Mahathir terus mendapat sokongan untuk kekal sebagai Perdana Menteri dan menjadi Pengerusi Bersatu, malah membuatkan munculnya desakan agar Muhyiddin diundurkan daripada jawatannya.

Muhyiddin dilihat bukan lagi gandingan yang terbaik untuk Tun Mahathir, susulan isu perlantikan Exco Johor, baru-baru ini.

Di peringkat awal ini, sudah muncul permintaan agar Tun Mahathir sendiri menjadi Presiden Bersatu mengambil alih tempat Muhyiddin sebagai usaha agar kediktatorannya dalam mengurus parti seperti mengetuai UMNO dahulu dapat diulangi, sekaligus memberi jaminan tiada ada mana-mana perkara yang sudah diputuskan atau dipersetujui, tiba-tiba diengkari oleh pihak lain.

Walaupun terlihat ada yang bersetuju, dari segi logiknya, menjadikan Tun Mahathir sebagai Presiden Bersatu daripada Pengerusi yang dipegangnya sekarang adalah sesuatu yang sukar diterima dan tidak masuk akal.

Ia seperti menukar seorang pengerusi GLC menjadi pengarah urusan saya saja layaknya.

Walaupun pengerusi GLC tiada kuasa eksekutif, pengaruh mereka biasanya lebih besar dan dihormati dan dengan itu tiada yang mahu menjadi pengarah urusan setelah memegang jawatan pengerusi.

Jika pengerusi GLC berlaga angin dengan pengarah urusan, langkah yang biasa diambil ialah menukarnya dengan individu lain yang disenanginya.

Dalam soal Bersatu, Tun Mahathir pada waktu ini jelas sudah ada perasaan tidak senang hati kepada Muhyiddin sebagaimana sebelum ini.

Apakah tindakan Tun Mahathir tiba-tiba merajuk dan mengancam mahu letak jawatan kerana tidak senang dengan Muhyiddin ini sebagai permulaan kepada usahanya untuk menukar Presiden Bersatu itu?

Jika Tun Mahathir mahu menukar Muhyiddi, pengganti paling munasabah tentulah anaknya sendiri, Mukhriz yang ketika ini memegang jawatan Timbalan Presiden Bersatu.

Apakah mustahil untuk menjadikan Mukhriz sebagai Presiden Bersatu dan Tun Mahathir dalam masa yang sama terus kekal sebagai Pengerusinya?

Daripada satu sudut, semua ini tidak mustahil kerana Bersatu adalah umpama Tun Mahathir yang punya dan parti itu akan mengadakan pemilihan pucuk pimpinannya pada hujung tahun ini.

Kalau Tun Mahathir berjaya menjadikan anaknya sebagai Presiden Bersatu, apakah selepas itu Mukhriz akan dijadikan sebagai calon Timbalan Perdana Menteri untuk digandingkan dengan Anwar pula?

Gandingan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri ketika ini ialah MA iaitu Mahathir dan Azizah, apakah tidak mungkin gandingan yang cuba dirancang selepasnya ialah AM – Anwar dan Mukhriz?

Apakah yang lebih menyenangkan hati Tun Mahathir untuk berundur, bersara sepenuh masa dan memberi laluan kepada Anwar untuk mengambil alih tempatnya, selain daripada dapat melihat anaknya sendiri menjadi Timbalan Perdana Menteri, seterusnya terbuka laluan untuk ke kerusi Perdana Menteri kemudiannya? - dialograkyat

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2019/04/tun-m-nak-letak-jawatan-apakah-acah2.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+MalaysiansMustKnowTheTruth+%28Malaysians+Mus

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Mahathir Mahu Letak Jawatan Pm Kerana Johor

Tun Mahathir Mahu Letak Jawatan Pm Kerana Johor

papar berkaitan - pada 25/4/2019 - jumlah : 309 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir mahu meletak jawatan kerana tidak berpuas hati rombakan exco Johor oleh Menteri Besar Sahruddin Jamal Foto The Malaysian Insight Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan marah dan terfikir mahu meletak ...
Muhyiddin Akan Letak Jawatan Pengerusi Bersatu Johor

Muhyiddin Akan Letak Jawatan Pengerusi Bersatu Johor

papar berkaitan - pada 28/4/2019 - jumlah : 300 hits
Muhyiddin akan letak jawatan pengerusi Bersatu Johor Dikemas kini 47 minit yang lalu Diterbitkan pada 28 Apr 2019 8 15PM
Muhyiddin Nama Mb Diserah Selepas Sultan Terima Osman Letak Jawatan

Muhyiddin Nama Mb Diserah Selepas Sultan Terima Osman Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 11/4/2019 - jumlah : 291 hits
April 10 2019 10 19 PMMuhyiddin Yassin PETALING JAYA Presiden PPBM Muhyiddin Yassin berkata Pakatan Harapan akan menyerahkan nama bakal pengganti menteri besar selepas Sultan Johor menerima peletakan jawatan Adun Kempas Osman Sapian Muhyidd...
Orang Kalah Diam Kata Tun M Bila Umno Cadang Muhyiddin Jadi Mb Johor

Orang Kalah Diam Kata Tun M Bila Umno Cadang Muhyiddin Jadi Mb Johor

papar berkaitan - pada 13/4/2019 - jumlah : 410 hits
Tun Dr Mahathir menolak gesaan Umno Johort supaya memilih Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Besar menggantikan Osman Sapian Foto TMI Tun Dr Mahathir Mohamad menolak cadangan Umno Johor yang mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebaga...
Apakah Tun M Mahu Kurangkan Kuasa Raja2 Sekali Lagi

Apakah Tun M Mahu Kurangkan Kuasa Raja2 Sekali Lagi

papar berkaitan - pada 23/4/2019 - jumlah : 348 hits
Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad mendedahkan kerajaan masih belum mendapat jawapan daripada Yang Dipertuan Agong berhubung calon Ketua Hakim Negara yang dipersembahkan kepada baginda Saya selalu bayangkan bahawa Agong adalah orang yang ...
Macam Mana Anwar Nak Tolak Jawatan Menteri Kewangan Ph Pun Tak Tawarkan Apa Apa

Macam Mana Anwar Nak Tolak Jawatan Menteri Kewangan Ph Pun Tak Tawarkan Apa Apa

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 380 hits
Penganalisa Politik tempatan Azizi Safar membidas kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya beliau akan menolak jawatan Menteri Kewangan sekiranya ditawarkan atas alasan kekangan ekonomi negara yang tidak menentu Jelas beliau...
Kamu Tahu Mana Nak Cari Saya Kronologi Perang Dingin Tun Mahathir Tmj Mengenai Statut Rom

Kamu Tahu Mana Nak Cari Saya Kronologi Perang Dingin Tun Mahathir Tmj Mengenai Statut Rom

papar berkaitan - pada 10/4/2019 - jumlah : 409 hits
Kamu Tahu Mana Nak Cari Saya Kronologi Perang Dingin Tun Mahathir TMJ Mengenai Statut Rom Keputusan Malaysia menarik diri daripada menyertai Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai Perdana Ment...
Muhyiddin Ditawar Jawatan Pm Lepas Pru14 Setpol

Muhyiddin Ditawar Jawatan Pm Lepas Pru14 Setpol

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 218 hits
News Diterbitkan Hari ini 7 06 malamMuhyiddin Yassin ditawarkan jawatan perdana menteri selepas pilihan raya umum ke 14 lalu menurut setiausaha politiknya Marzuki Mohamad Bagaimanapun presiden Bersatu menolak tawaran itu atas dasar menghorm...
Presiden Sudan Omar Al Bashir Letak Jawatan

Presiden Sudan Omar Al Bashir Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 12/4/2019 - jumlah : 281 hits
KHARTOUM 11 April Presiden Sudan Omar al Bashir meletak jawatan dan beliau bersama pengawal peribadinya kini berada dalam tahanan rumah demikian menurut sumber tentera pada Khamis lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan Sementara...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat