Tun M Hilang Naluri Kepimpinan




oleh Ab Jalil Backer
BEBERAPA hari lalu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menulis surat terbuka kepada pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai mendakwa parti lawan memainkan politik perkauman dan perpecahan.
Menurut Dr Mahathir, permainan politik perkauman itu didalangi mereka yang terdesak kerana berhadapan dengan tindakan undang-undang akibat ketamakan dan keangkuhan mereka ketika berkuasa.
Sungguhpun tidak menyatakan parti mana yang dimaksudkan, sesiapa sahaja yang membaca bait-bait tulisan tersebut akan faham sasaran beliau adalah Barisan Nasional (BN).
Tulis Dr Mahathir lagi: “Mereka tidak peduli jika perbuatan mereka itu boleh mengakibatkan tercetusnya pertembungan di antara kaum kerana bagi mereka jika berlaku kekacauan, kemungkaran yang telah mereka lakukan akan dipinggir.
Kerana itu, tuan-tuan dan puan-puan perlu memperlihat bahawa kita tidak terpengaruh dengan politik sempit untuk kepentingan diri segelintir mereka.”
Benar Malaysia berada dalam keadaan menuju perpecahan dan ‘disintegrate’. Itu realiti yang perlu kita persetujui. Sebahagian orang Melayu mencurigai kaum bukan Melayu.
Sebahagian kaum bukan Melayu pula mula merasai inilah peluang mereka merubah segala-gala status quo bumiputera dan agama Islam.
Namun menuduh BN atau UMNO sebagai pencetus perpecahan adalah tidak masuk akal dan menunjukkan Dr Mahathir telah hilang naluri kepimpinan yang cekap.
Bagaimana BN yang telah meletak calon Cina di kawasan majoriti Melayu/Islam atas semangat perkongsian kuasa dan persefahaman antara kaum selama berpuluh tahun dituduh berkempen berasaskan perkauman sempit?
Sebenarnya tulisan Dr Mahathir mengenai parti lawan menggunakan perkauman dan tafsiran Islam sempit adalah naratif 1980-an yang diulang guna bila beliau menjadi PM semula.
Dulu tuduhan tersebut masuk ke dalam naratifnya kerana musuh beliau ketika itu ialah DAP (cauvinis) dan Pas (Islam ortodoks).
Hari ini, musuh beliau ialah BN, sebuah ikatan pelbagai kaum dan agama yang telah memerintah negara ini dengan aman selama lebih 60 tahun manakala Pas juga sudah lama berubah daripada Pas pada 1980-an.
Namun, dakwaan Dr Mahathir mengenai perpecahan itu ada benarnya. Ya! Dari sudut perpaduan, integrasi nasional dan nasionalisme, negara ini sedang berantakan dan berpecah-belah.
Punca
Apa yang tidak disedari oleh Dr Mahathir, perpecahan itu berpunca dari dalam kerajaan sendiri.
PKR dan DAP, dua parti terbesar Pakatan Harapan (PH), terkenal dengan gerakan menghasut semangat kenegerian di kepulauan Borneo.
Rakyat boleh ‘merasai’ pembabitan mereka secara tidak langsung dalam kempen-kempen politik anti-Semenanjung melalui ‘Sabah for Sabahan’ dan ‘Sarawak for Sarawakian’.
Hari ini parti pemerintah negeri Sarawak berhadapan sentimen kenegerian ciptaan PKR dan DAP turut mengambil langkah-langkah agak membimbangkan dan tidak mustahil boleh menjejaskan Persekutuan Malaysia pada masa hadapan.
Kerajaan Sarawak membuat pelbagai syarat baharu dalam usaha cari gali minyak dengan tidak lagi mengambil kira kedudukan syarikat Petroleum Nasional (Petronas) dan kepentingan nasional.
Sarawak juga telah mengisytiharkan mulai tahun depan sekolah di Sarawak akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam pengajaran pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik.
Ini adalah tindakan ‘membakulsampahkan’ Dasar Pendidikan Nasional.
Demikian juga di Sabah, parti Warisan memainkan sentimen kenegerian sehinggakan para pemimpin UMNO negeri tidak lagi berupaya memberi pandangan berdasarkan kepentingan nasional.
Mereka sentiasa berhati-hati dan sentiasa melihat isu dari segi emosi tempatan berbanding kepentingan nasional.
Kerajaan PH tidak mampu berbuat apa-apa kerana mereka sendiri yang menyebabkan keadaan itu berlaku.
Mereka mendidik, menghasut dan mengasak penduduk di Borneo membenci Persekutuan dan akhirnya kini mereka merasai akibatnya.
Pemimpin Hindraf yang menjadi sebahagian kerajaan hari ini juga terkenal dengan tohmahan di luar negara yang mendakwa kerajaan Melayu (baca BN) menindas dan menzalimi penganut agama Hindu.
Ini bukan sahaja tidak benar tetapi juga menimbulkan kecurigaan orang Melayu terhadap kerajaan hari ini.
DAP pula sudah diketahui umum sentiasa mempunyai dua set pandangan mengenai antara kaum.
Dalam kalangan orang Cina, mereka mendakwa hanya menggunakan pemimpin Melayu bagi memenuhi tujuan kaum Cina. Pada pentas nasional mereka bercakap soal keadilan kaum dan rasuah pemimpin BN.
Ruang yang kecil itu tidak mampu menukilkan semua fakta mengenai perpecahan.
Cukuplah jika dikatakan bahawa jika Mahathir mahu menyelamatkan negara ini daripada perpecahan (disintegrate) beliau perlu membetulkan dari dalam partinya terlebih dahulu.
Sinar




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2019/11/18/tun-m-hilang-naluri-kepimpinan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Azmin Kata Ada Pemimpin Umno Hilang Parti Tun M

Azmin Kata Ada Pemimpin Umno Hilang Parti Tun M

papar berkaitan - pada 24/11/2019 - jumlah : 394 hits
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media pada Majlis Perasmian Konvensyen Alumni Malaysia Future Leaders School di Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi Selangor foto IQBAL BASRI BANGI Tun Dr Mahathir Mohamad telah ...
Nidzam Akur Hilang Empat Tonggak

Nidzam Akur Hilang Empat Tonggak

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 380 hits
PENGENDALI Felda United FC Mohd Nidzam Jamil terkilan kerana tidak dapat menahan penghijrahan empat tonggak utama kelab itu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan Bekas pemain kebangsaan itu berkata empat pemain itu ditawarkan l...
Gagal Baca Sentimen Rakyat Punca Ph Hilang Sokongan

Gagal Baca Sentimen Rakyat Punca Ph Hilang Sokongan

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 354 hits
1 Pilihan Raya Kecil Tg Piai telah melaburkan tirai dengan kemenangan besar berpihak pada calon MCA dan calon PPBM pula gagal mempertahankan kerusi 2 Selepas PRU14 setakat ini sudah ada 9 kali PRK peringkat DUN dan Parlimen 7 daripadanya me...
Kalau Kau Rasa Dah Sampai Kau Hilang Okey Penat Melompat Pocong Tumpang Kereta Orang Awam

Kalau Kau Rasa Dah Sampai Kau Hilang Okey Penat Melompat Pocong Tumpang Kereta Orang Awam

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 403 hits
Viral di media sosial sejak malam tadi video penampakan kelibat makhluk halus yang menumpang kereta pengadu Mohd Hairul Anuar Safar berkata kejadian itu berlaku pada malam tadi ketika di dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seremban Kalau...
Ibu Bapa Kena Rajin Cium Anak Kalau Nak Rasa Tenang Dan Hilang Stress

Ibu Bapa Kena Rajin Cium Anak Kalau Nak Rasa Tenang Dan Hilang Stress

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 448 hits
Peranan seorang bapa atau ayah sangat mustahak dalam perkembangan anak Nak mudah mendidik perlu ada bonding yang kuat antara bapa dan anak Memeluk dan mencium anak banyak faedahnya kepada ibu dan ayah Bagi ibu adalah normal untuk memeluk da...
Ph Hilang Fokus Ditenggelami Populariti Bossku

Ph Hilang Fokus Ditenggelami Populariti Bossku

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 282 hits
Keputusan Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai menunjukkan isyarat pola perubahan selera politik Malaysia boleh berubah dari semasa ke semasa Penganalisis politik Md Shukri Shuib berkata Pakatan Harapan dilihat seolah hilang fokus setelah menang...
Dah Naik Tiba Tiba Hilang Lelaki Kongsi Video Detik Tumpangkan Lembaga Putih

Dah Naik Tiba Tiba Hilang Lelaki Kongsi Video Detik Tumpangkan Lembaga Putih

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 408 hits
Unsur mistik sememangnya wujud di dalam persekitaran kita seperti yang diceritakan di internet dan orang disekeliling kita Terdapat pelbagai pengalaman yang dikongsikan di media sosial dan ianya sememangnya memberikan kesan takut kepada keb...
Lepas 1 000 Hari Hilang Polis Masih Belum Beri Petunjuk Kata Isteri Pastor

Lepas 1 000 Hari Hilang Polis Masih Belum Beri Petunjuk Kata Isteri Pastor

papar berkaitan - pada 17/11/2019 - jumlah : 263 hits
Lepas 1 000 hari hilang polis masih belum beri petunjuk kata isteri pastor Dikemas kini 56 minit yang lalu Diterbitkan pada
Tata Cara Sholat Hajat Agar Barang Hilang Cepat Kembali

Tata Cara Sholat Hajat Agar Barang Hilang Cepat Kembali

papar berkaitan - pada 15/11/2019 - jumlah : 246 hits
Dalam sebuah hadis disebutkan bahwa ketika kita kehilangan barang agar barang tersebut segera dikembalikan oleh Allah Maka kita dianjurkan untuk shalat sunnah Menurut para ulama shalat sunnah ini berupa shalat hajat dua rakaat Berikut tata ...
Cultural Reasons Make Malaysians Target For Human Trafficking Says Firm

Makan Steamboat Dapat Henna Free

Cops Probing Into Foreigner S Death In Custody At Klia

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

15 Cozy Christmas Wreath Designs For A Warm Welcome

Is Tiong China S Tourism Minister Or Malaysia S Asks Wan Fayhsal

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Goatbet678

Olahraga Terbaik Untuk Penderita Diabetes Tipe 2

Leveraging Zero Click Searches

Ibu Bapa Elak Pilih Kasih Dengan Anak Anak

Senarai Calon Top 5 Festival Filem Malaysia Ke 33

Resipi Sambal Goreng Jawa Paling Sedap Cara Masak Pun Mudah Je