Tun M Disahkan Berada Di Dalam Ccu
Dr Mahathir dirawat di Unit Rawatan Koronari IJN (CCU) Dakwaan kesihatan Tun M merosot, pengamal media berkampung di IJN
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) Keadaan kesihatan Dr Mahathir membimbangkan? Kuala Lumpur: Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) dikatakan membimbangkan.
Perkhabaran itu mula dikongsi orang ramai di media sosial hari ini, namun tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh ahli keluarga mahupun individu terdekat.
Ketika ini, pengamal media mula berkumpul di hadapan IJN di sini, bagi mendapatkan perkembangan kesihatan Ahli Parlimen Langkawi itu.
Pada 7 Januari lalu, Dr Mahathir kali kedua dimasukkan ke IJN bagi menjalani prosedur perubatan elektif dan dilaporkan semakin pulih.
Sebelum itu pada Disember, beliau dilaporkan dimasukkan ke hospital sama sebelum dibenarkan keluar selepas beberapa hari menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut.
Perdana Menteri tiba menaiki kenderaan Toyota Veilfire berwarna putih dengan diiringi kenderaan polis. - Astro AWANI
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan berada di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara pada Sabtu.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh jurucakap bekas perdana menteri itu.
“Ya, beliau berada di CCU,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang timbul berhubung Ahli Parlimen Langkawi itu.
Pengamal media masih menanti di perkarangan IJN sejak jam 1 petang tadi.
Sebelum ini, IJN memaklumkan satu kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat berhubung keadaan Dr Mahathir.
Pada 13 januari, Dr Mahathir dibenarkan pulang ke rumah selepas beberapa hari menerima rawatan di IJN pada jam 3.45 petang Khamis.
Pada 7 Januari lalu, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu sekali lagi dimasukkan ke IJN hanya 16 hari selepas keluar daripada pusat perubatan itu pada Disember.
ISMAIL Sabri Yaakob ketika tiba di IJN kira-kira pukul 5.35 petang tadi. - FOTO/AFIQ RAZALI
PM melawat Dr. Mahathir di IJN KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir di Institut Jantung Negara (IJN) bagi melawat Tun Dr. Mahathir Mohamad, hari ini.
Kenderaan membawa Perdana Menteri dilihat masuk ke pekarangan pusat perubatan ini pada pukul 5.35 petang tadi.
Bekas Perdana Menteri kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), pusat perubatan itu.
Bagaimanapun, menurut sumber terdekat Tun M, keadaan Ahli Parlimen Langkawi itu dikatakan stabil.
Difahamkan, satu kenyataan media dijangka dikeluarkan IJN dalam masa terdekat.
Dr. Mahathir sebelum ini dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lalu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas. – UTUSAN
SOURCE: hmetro.com.my
Kongsikan artikel ini:
Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://beritaup2date.blogspot.com/2022/01/tun-m-disahkan-berada-di-dalam-ccu.html