Tun M Berhenti Berlagak Seperti Orang Hilang Ingatan Kata Abdullah Sani



(Malaysia Gazette) – Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya berhenti menafikan bahawa beliau bukan punca utama jatuhnya Kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas tindakannya sendiri yang meletakkan jawatan Perdana Menteri pada Februari tahun lalu.
Ahlli Majlis Pimpinan Keadilan , Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid sebaliknya mencabar Dr Mahathir menceritakan perkara sebenar selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dinamakan sebagai calon Perdana Menteri ke-8.
“Nasihat saya kepada Tun Mahathir berhentilah berlagak seperti orang lupa ingatan. Selepas beliau meletakkan jawatan, Setiausaha Agung Keadilan, Datuk Seri Saifuddin Nasution telah menghubungi beliau untuk menyertai mesyuarat PH.
“Ia bagi membincangkan calon Perdana Menteri baharu tetapi jemputan tersebut ditolak oleh Dr Mahathir sendiri.
“Maka PH membuat keputusan secara konsesus melalui mesyuarat menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.
“Menyedari Pagoh (Ahli Parlimen) akan dilantik sebagai Perdana Menteri, barulah beliau mahu bersama PH ketika itu dan meminta namanya dicalonkan. Mengapa kisah ini tidak diceritakan dalam penafian dan penjelasan beliau sendiri?” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Semalam, Dr Mahathir menafikan tindakan beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri menjadi punca kejatuhan Kerajaan PH pada Februari 2020.
Sebaliknya beliau berkata, PH jatuh kerana memilih Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri semasa membuat pengakuan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dr Mahathir mengulas buku ditulis bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas bertajuk ‘My Story: Justice in the Wilderness’ yang berpendapat bahawa peletakan jawatan Perdana Menteri sebagai ‘surrender of power’, penyerahan balik kuasa yang sukar difahami.
Sementara itu, Abdullah Sani yang juga ahli Parlimen Kapar mempersoalkan tindakan Dr Mahathir yang berterusan menyalahkan Anwar kerana kejatuhan Kerajaan PH sedangkan jelas ahli Parlimen Langkawi tidak mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen.
“Setelah undian dibuat melalui undian persendirian ahli Parlimen, jelas Dr Mahathir jauh ketinggalan dengan hanya mendapat 62 undi berbanding Anwar yang memperoleh 92 undi. Kenapa yang dapat 92 undi kena ikut orang yang kalah?
“Dr Mahathir tidak pernah berhenti menyalahkan Anwar Ibrahim atas kejatuhan PH. Mahathir sepatutnya muhasabah diri atas apa yang berlaku semua ini adalah dari tindakan beliau sendiri,” katanya lagi.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/02/06/tun-m-berhenti-berlagak-seperti-orang-hilang-ingatan-kata-abdullah-sani/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Meluat Abdullah Sani Ingatkan Mahathir Henti Berlagak Lupa Ingatan

Meluat Abdullah Sani Ingatkan Mahathir Henti Berlagak Lupa Ingatan

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 299 hits
SEORANG Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat mengingatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berhenti untuk berlagak seperti orang hilang ingatan Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid berkata sejak kebelakangan ini ...
Heboh Jenazah Covid 19 Tanpa Bola Mata Diduga Hilang Akibat Penjualan Organ Begini Kata Polisi

Heboh Jenazah Covid 19 Tanpa Bola Mata Diduga Hilang Akibat Penjualan Organ Begini Kata Polisi

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 427 hits
Heboh jenazah positif Covid 19 tanpa bola mata Kejadian ini menghebohkan warga di Probolinggo saat menerima jenazah Ketika dibuka warga histeris bola mata keluarganya tersebut diduga hilang Video berdurasi 10 detik yang menunjukkan mayat ya...
Zahid Sudah Hilang Kredibiliti Kata Setiausaha Akhbar Annuar Musa

Zahid Sudah Hilang Kredibiliti Kata Setiausaha Akhbar Annuar Musa

papar berkaitan - pada 24/1/2021 - jumlah : 304 hits
by on 1 24 2021 09 11 00 AmSHAH ALAM Presiden UMNO Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah hilang kredibilti selepas percubaan untuk membawa UMNO menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal beberapa kali Timbalan Ketua UMNO Bahagia...
Budaya 1mdb Ikut Arahan Atau Berhenti Kata Bekas Ceo

Budaya 1mdb Ikut Arahan Atau Berhenti Kata Bekas Ceo

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 285 hits
148 total views 114 views today KUALA LUMPUR Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa budaya kerja di syarikat tersebut adalah perlu mengikut arahan atau berhenti kerja P...
Najib Yang Campuri Hal Kehakiman Tun Kata

Najib Yang Campuri Hal Kehakiman Tun Kata

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 273 hits
Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menolak dakwaan beliau mencampuri badan kehakiman sebaliknya menuduh Najib Razak yang berbuat demikian Bekas perdana menteri itu sering dikaitkan dengan dakwaan campurtangan susulan pemecatan Salleh Abas seba...
Sering Pelupa Ketahui Sebab Hilang Ingatan Dan Cara Mengatasinya

Sering Pelupa Ketahui Sebab Hilang Ingatan Dan Cara Mengatasinya

papar berkaitan - pada 27/1/2021 - jumlah : 1198 hits
Masalah lupa atau hilang ingatan adalah satu keadaan kegagalan atau kesukaran untuk mengingat sesuatu Ia adalah gejala gangguan memori yang berlaku pada seseorang yang menyebabkan otak individu itu gagal mengimbas sesuatu perkara atau kejad...
Pakai Kata Gue Saat Menampik Isu Capres Moeldoko Dapat Kritikan Pedas

Pakai Kata Gue Saat Menampik Isu Capres Moeldoko Dapat Kritikan Pedas

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 233 hits
Menegaskan dirinya tidak mempunyai keinginan menjadi capres di 2024 dengan cara mengkudeta pimpinan di Partai Demokrat Moeldoko mendapat kritikan pedas dari Demokrat Kritikan ditujukan pada penggunaan bahasa kepala Kantor Staf Presiden ters...
Saya Malu Tak Dapat Buat Sebanyak Ebit Lew Kata Annuar

Saya Malu Tak Dapat Buat Sebanyak Ebit Lew Kata Annuar

papar berkaitan - pada 5/2/2021 - jumlah : 429 hits
February 5 2021 12 33 AMAnnuar Musa berkata pemimpin kerajaan perlu mempunyai perasaan malu kerana ada kuasa tetapi tidak dapat melakukan secukupnya untuk rakyat KUALA LUMPUR Saya rasa malu sebab saya wakil rakyat dan saya tidak dapat buat ...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole

Pendapatan Usdt Automatik Solusi Realistik Untuk Kewangan Masa Kini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia