Meluat Abdullah Sani Ingatkan Mahathir Henti Berlagak Lupa Ingatan



 
SEORANG Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat mengingatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad supaya berhenti untuk berlagak seperti orang hilang ingatan.
Ahli Parlimen Kapar Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, sejak kebelakangan ini Ahli Parlimen Langkawi itu begitu aktif menafikan peletakan jawatannya sebagai perdana menteri menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan tumbang hampir setahun lalu.
“Hantaran beliau di facebook dan laman blognya berkali-kali membuat penafian dan penjelasan tentang apa sebenarnya yang berlaku. Nasihat saya kepada Tun Mahathir berhentilah berlagak seperti orang lupa ingatan.
“Selepas beliau meletakkan jawatan, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution telah menghubungi beliau untuk menyertai mesyuarat PH bagi membincangkan calon perdana menteri yang baru tetapi jemputan tersebut ditolak oleh Mahathir sendiri.
“Maka PH membuat keputusan secara konsesus melalui mesyuarat menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri,” kata Abdullah Sani.
Beliau mendakwa, hanya selepas menyedari Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin akan dilantik sebagai perdana menteri baharu Dr. Mahathir mahu bersama semula dengan Pakatan Harapan.
Katanya, Dr. Mahathir tidak pernah menceritakan perkara tersebut dalam sebarang penafian dan penjelasan berhubung kejatuhan Kerajaan Pakatan Harapan berikutan tindakan beliau meletakkan jawatan.
“Setelah undian dibuat melalui undian persendirian ahli Parlimen, jelas Mahathir jauh ketinggalan dengan hanya mendapat 62 undi berbanding Anwar Ibrahim yang memperoleh 92 undi. Kenapa yang dapat 92 undi kena ikut orang yang kalah?

“Mahathir tidak pernah berhenti menyalahkan Anwar atas kejatuhan PH. Mahathir sepatutnya muhasabah diri atas apa yang berlaku semua ini adalah dari tindakan beliau sendiri,” kata Abdullah Sani.
Dr. Mahathir meletakkan jawatan sebagai perdana menteri dan pengerusi Bersatu pada 24 Februari tahun lalu. Peletakan jawatan Dr. Mahathir menyebabkan Kabinet yang beliau tubuhkan turut terbubar.
Peletakan jawatan itu susulan beberapa peristiwa termasuk parti Bersatu yang dipimpin Muhyiddin  mengumumkan keluar daripada Pakatan Harapan.
Beberapa pemimpin PKR juga mengumumkan keluar daripada parti itu dan tidak mahu bersama dengan Pakatan Harapan sekaligus menyebabkan PH tidak lagi mempunyai majoriti untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.
Dalam beberapa siri penjelasan, termasuk terbaharu semalam, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak faham mengapa peletakan jawatannya sebagai perdana menteri sukar difahami.
Menurut Dr. Mahathir dia dilantik menjadi Perdana Menteri (PM) kerana memegang jawatan sebagai Pengerusi Bersatu.
“Apabila saya tidak lagi jadi Pengerusi Bersatu, saya tidak lagi layak jadi Perdana Menteri. Maka saya pun terpaksa letak jawatan sebagai Perdana Menteri.
“Walaupun saya minta supaya Bersatu tangguh keputusan keluar dari PH, tetapi pada malam 23 Februari 2020 (Ahad) Bersatu telah ada majlis makan malam bersama PAS dan UMNO, iaitu gabungan parti-parti yang dirancang oleh Muhyiddin untuk menjadi Kerajaan apabila PH jatuh.
“Saya jatuh bersama dengan kejatuhan PH. Tidak munasabah saya terus jadi Perdana Menteri apabila PH tidak lagi jadi Kerajaan,” kata Dr. Mahathir.-SM

The post Meluat! Abdullah Sani ingatkan Mahathir henti berlagak lupa ingatan appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/02/06/meluat-abdullah-sani-ingatkan-mahathir-henti-berlagak-lupa-ingatan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=meluat-abdullah-sani-ingatkan-mahathir-henti-berlaga

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun M Berhenti Berlagak Seperti Orang Hilang Ingatan Kata Abdullah Sani

Tun M Berhenti Berlagak Seperti Orang Hilang Ingatan Kata Abdullah Sani

papar berkaitan - pada 6/2/2021 - jumlah : 194 hits
Tun Dr Mahathir Mohamad diingatkan supaya berhenti menafikan bahawa beliau bukan punca utama jatuhnya Kerajaan Pakatan Harapan selepas tindakannya sendiri yang meletakkan jawatan Perdana Menteri pada Februari tahun lalu Ahlli Majlis Pimpina...
Ingatkan Mahathir Yang Dapat Anwar No 26 Dunia

Ingatkan Mahathir Yang Dapat Anwar No 26 Dunia

papar berkaitan - pada 1/2/2021 - jumlah : 192 hits
RINA HAMZAHIngatkan madeylah yang dapattttt Al maklumlah madeykan pernah kata DSAI ni liberal Dia tahu tak maksud liberal tu Anak anak DSAI Tak ada pula berniaga meniaga arak macam anak kutty betul tak Aurat anak anak perempuan tutup isteri...
Usah Masuk Campur Urusan Saya Fokus Tuduhan Di Mahkamah Mahathir Ingatkan Najib

Usah Masuk Campur Urusan Saya Fokus Tuduhan Di Mahkamah Mahathir Ingatkan Najib

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 173 hits
February 10 2021 5 09 PMPETALING JAYA Bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mahukan Najib Razak tidak masuk campur dalam urusannya sebaliknya memberi tumpuan kepada kes kes mahkamah yang dihadapi Ahli Parlimen Pekan itu Saya rasa Najib ...
Mahathir Is No Good Mahathir Is Good Mahathir Is No Good Again

Mahathir Is No Good Mahathir Is Good Mahathir Is No Good Again

papar berkaitan - pada 30/1/2021 - jumlah : 191 hits
DAP and Pakatan Harapan cannot make up their minds who they want as Prime Minister Every Prime Minister is no good until they leave office then they become good again They only know who they do not want as Prime Minister They do not know wh...
Pengkhianatan Teruk Tun Dr Mahathir Kini Terdedah

Pengkhianatan Teruk Tun Dr Mahathir Kini Terdedah

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 319 hits
Menarik sekali pendedahan mantan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas di dalam buku My Story Justice in the Wilderness terbitan SIRD yang mula berada di pasaran semalam Paling menarik bagi saya tentulah pendedahan Tan Sri Tommy mengenai peran...
Muhyiddin Mahu Pengganas Ltte Didakwa Tommy Tomas Dan Mahathir Putus Sebaliknya

Muhyiddin Mahu Pengganas Ltte Didakwa Tommy Tomas Dan Mahathir Putus Sebaliknya

papar berkaitan - pada 31/1/2021 - jumlah : 389 hits
Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dikatakan bertegas mahu 12 individu yang dikaitkan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelan didakwa kata Tommy Thomas Mendakwa sebegitu dalam memoirnya bekas peguam negara berkenaan menambah Muhyiddin...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran

No Malaysians Involved In Kazakhstan Plane Crash