Tun Dr Mahathir Malaysia Akan Terus Kecam Kekejaman Israel



PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sokongan terhadap perjuangan Palestin merupakan satu tanggungjawab moral, dan Malaysia akan kekal dengan pendiriannya mengecam keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Dr Mahathir mengulangi komitmen terhadap perjuangan Palestin dan berkata Malaysia sentiasa akan berdiri teguh di belakang rakyat negara itu.

“Kita tidak akan berdiam diri selagi mana kita melihat keganasan dan ketidakadilan rejim Israel,” katanya pada Majlis Utama Iftar kesembilan bersama dengan komuniti Palestin di Malaysia, anjuran Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) di sini malam ini.


Beliau berkata kebanyakan rakyat Malaysia sedar dengan penderitaan rakyat Palestin dan turut mengambil bahagian dalam usaha mengetengahkan perjuangan rakyat negara itu di platform antarabangsa.

“Rakyat Malaysia turut bersama dengan mereka yang sependapat dari serata negara di seluruh dunia memprotes kekejaman Israel. Rakyat Malaysia menyertai flotila dan konvoi darat untuk memecahkan pengepungan di Gaza, di samping menyertai lain-lain protes, semuanya dalam usaha mengingatkan komuniti antarabangsa mengenai nasib rakyat Palestin.

“Kebanyakan usaha ini belum membuahkan hasil yang memadai - namun ia telah menjadi peringatan kepada rejim Israel dan negara-negara besar yang menyokongnya, bahawa kita tidak akan menutup mata terhadap ketidakadilan yang ketara ini,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Malaysia juga tidak akan berdiam diri terhadap hipokrasi negara-negara asing dalam urusan mereka dengan negara Palestin, dan juga sokongan mereka yang berterusan terhadap jenayah kemanusiaan yang diamalkan Israel.

"Saya sudah berulang kali katakan sebelum ini, satu-satunya peluang untuk mencapai keamanan di dunia ini adalah dengan menyelesaikan isu berkaitan Palestin,” katanya.

"Bagi menyelesaikannya, komuniti antarabangsa perlu mencari penyelesaikan kepada masalah rakyat Palestin yang menjadi pelarian di tanah air sendiri, mengembalikan tanah-tanah yang dirampas Israel secara tidak sah, hentikan penaklukan dan pembunuhan oleh tentera Israel, dan benarkanlah rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka,” katanya.

Dr Mahathir berkata selagi isu itu tidak diselesaikan, dan rakyat Palestin tidak diberikan keadilan, rantau Timur Tengah akan terus berada dalam konflik, yang melahirkan keganasan serta gerakan militan, yang akan merebak ke serata dunia.

"Keganasan dan gerakan militan berpunca daripada keganasan negara yang dilakukan oleh Israel, kenyataan yang sengaja tidak diendahkan atau diketepikan oleh negara kuasa besar barat,” katanya.

Dr Mahathir berkata hari ini juga negara yang bertanggungjawab mewujudkan Israel, masih membawa kerosakan dengan menghadiahkan Jerusalem kepada Israel dengan mengisytiharkan kota itu sebagai ibu negeri Israel.

“Israel terus melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia setiap hari. Penempatan israel dibina setiap hari dan rakyat Palestin dinafikan akses kepada tanah mereka sendiri,” katanya.

Dr Mahathir berkata, PCOM komited kepada perjuangan bagi membebaskan Palestin, dan hari ini ia memainkan peranan penting dalam membina persefahaman merentasi sempadan antara Palestin dan Malaysia, meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu Palestin, mengajak para pegawai dan parti-parti politik Malaysia untuk mengembleng sokongan politik terhadap perjuangan menuntut hak-hak rakyat Palestin. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://feedproxy.google.com/~r/blogspot/LWFdy/~3/cAqDVJ1FVZs/tun-dr-mahathir-malaysia-akan-terus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Malaysia Kekal Dengan Pendirian Kecam Keganasan Israel

Malaysia Kekal Dengan Pendirian Kecam Keganasan Israel

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 219 hits
foto sumber internet PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sokongan terhadap perjuangan Palestin merupakan satu tanggungjawab moral dan Malaysia akan kekal dengan pendiriannya mengecam keganasan Israel terhadap rakyat Pa...
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia Yab Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia Yab Tun Dr Mahathir Bin Mohamad

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 566 hits
Sambutan Hari Guru Kebangsaan Ke 48 Teks Ucapan Perdana Menteri Malaysia YAB Tun Dr Mahathir Bin Mohamad Berikut merupakan pautan teks ucapan alu aluan untuk rujukan kita bersama terbaeekkk kipidap mknaceunlimited mknace blogger photography...
Beliau Sebenarnya Adiwira Rakyat Malaysia Chef Wan Bela Tun Mahathir

Beliau Sebenarnya Adiwira Rakyat Malaysia Chef Wan Bela Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 525 hits
Chef Selebriti terkenal Chef Wan tidak peduli dengan cakap cakap sesetengah pihak yang jelas tidak senang dengan pemerintahan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad malah sebaliknya berkata tokoh itu sebenarnya wajar disanjung kerana usaha...
Setahun Malaysia Baharu 39 01 Janji Ph Dicapai Tun Mahathir

Setahun Malaysia Baharu 39 01 Janji Ph Dicapai Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 401 hits
PUTRAJAYA Genap setahun Malaysia Baharu hari ini kerajaan Persekutuan memaklumkan prestasi pencapaian Janji Kerajaan Pakatan Harapan bagi tempoh 10 Mei 2018 sehingga 30 April 2019 adalah sebanyak 39 01 peratus Perdana Menteri Tun Dr Mahathi...
Hari Nakbah Kekejaman Zionis Dan Penubuhan Negara Haram Israel

Hari Nakbah Kekejaman Zionis Dan Penubuhan Negara Haram Israel

papar berkaitan - pada 16/5/2019 - jumlah : 455 hits
Hari Nakbah yang bermaksud hari kecelakaan adalah merujuk kepada hari bagi memperingati pencerobohan dan pemusnahan lebih 500 bandar dan kampung di Palestin oleh tentera Israel yang menyebabkan lebih 750 000 warga Palestin menjadi pelarian ...
Gaza Terus Dibombardir Israel 1 Juta Rakyat Palestina Terancam Kelaparan Gaza Di Ambang Bencana Kemanusiaan

Gaza Terus Dibombardir Israel 1 Juta Rakyat Palestina Terancam Kelaparan Gaza Di Ambang Bencana Kemanusiaan

papar berkaitan - pada 12/5/2019 - jumlah : 396 hits
Gaza tengah berada di ambang bencana kemanusiaan Pejabat PBB mengungkapkan anggaran Badan Pengungsi Palestina bakal habis dalam waktu sebulan dan berada dalam situasi darurat untuk mendapat dana tambahan PBB juga peringatkan bahwa satu juta...
Pemansuhan Tol Jadi Janji Tidak Tercapai Tun Mahathir

Pemansuhan Tol Jadi Janji Tidak Tercapai Tun Mahathir

papar berkaitan - pada 9/5/2019 - jumlah : 359 hits
dan Astro Awani Dr Mahathir berkata janji pemansuhan tol gagal ditunaikan selepas menyedari kos tinggi yang terpaksa ditanggung kerajaan seandainya isu itu dilaksanakan Gambar BERNAMA PUTRAJAYA Pemansuhan tol menjadi antara janji Manifesto ...
Kit Siang Says Mahathir S Financial Scandals Cost Malaysia Rm100 Billion

Kit Siang Says Mahathir S Financial Scandals Cost Malaysia Rm100 Billion

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 406 hits
In February 2013 Lim Kit Siang said Tun Dr Mahathir Mohamad s financial scandals cost Malaysia RM100 billion and that if Pakatan captures Putrajaya then a RCI must be set up to investigate Mahathir s financial scandals in his 22 years as Pr...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi