Malaysia Kekal Dengan Pendirian Kecam Keganasan Israel


foto sumber internet 
PUTRAJAYA - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sokongan terhadap perjuangan Palestin merupakan satu tanggungjawab moral, dan Malaysia akan kekal dengan pendiriannya mengecam keganasan Israel terhadap rakyat Palestin.

Dr Mahathir mengulangi komitmen terhadap perjuangan Palestin dan berkata Malaysia sentiasa akan berdiri teguh di belakang rakyat negara itu.

Loading...
“Kita tidak akan berdiam diri selagi mana kita melihat keganasan dan ketidakadilan rejim Israel,” katanya pada Majlis Utama Iftar kesembilan bersama dengan komuniti Palestin di Malaysia, anjuran Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM) di sini malam ini.

Beliau berkata kebanyakan rakyat Malaysia sedar dengan penderitaan rakyat Palestin dan turut mengambil bahagian dalam usaha mengetengahkan perjuangan rakyat negara itu di platform antarabangsa.

“Rakyat Malaysia turut bersama dengan mereka yang sependapat dari serata negara di seluruh dunia memprotes kekejaman Israel. Rakyat Malaysia menyertai flotila dan konvoi darat untuk memecahkan pengepungan di Gaza, di samping menyertai lain-lain protes, semuanya dalam usaha mengingatkan komuniti antarabangsa mengenai nasib rakyat Palestin.

“Kebanyakan usaha ini belum membuahkan hasil yang memadai - namun ia telah menjadi peringatan kepada rejim Israel dan negara-negara besar yang menyokongnya, bahawa kita tidak akan menutup mata terhadap ketidakadilan yang ketara ini,” katanya.


Dr Mahathir berkata, Malaysia juga tidak akan berdiam diri terhadap hipokrasi negara-negara asing dalam urusan mereka dengan negara Palestin, dan juga sokongan mereka yang berterusan terhadap jenayah kemanusiaan yang diamalkan Israel.

"Saya sudah berulang kali katakan sebelum ini, satu-satunya peluang untuk mencapai keamanan di dunia ini adalah dengan menyelesaikan isu berkaitan Palestin,” katanya.

"Bagi menyelesaikannya, komuniti antarabangsa perlu mencari penyelesaikan kepada masalah rakyat Palestin yang menjadi pelarian di tanah air sendiri, mengembalikan tanah-tanah yang dirampas Israel secara tidak sah, hentikan penaklukan dan pembunuhan oleh tentera Israel, dan benarkanlah rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka,” katanya.

Dr Mahathir berkata selagi isu itu tidak diselesaikan, dan rakyat Palestin tidak diberikan keadilan, rantau Timur Tengah akan terus berada dalam konflik, yang melahirkan keganasan serta gerakan militan, yang akan merebak ke serata dunia.

"Keganasan dan gerakan militan berpunca daripada keganasan negara yang dilakukan oleh Israel, kenyataan yang sengaja tidak diendahkan atau diketepikan oleh negara kuasa besar barat,” katanya.

Dr Mahathir berkata hari ini juga negara yang bertanggungjawab mewujudkan Israel, masih membawa kerosakan dengan menghadiahkan Jerusalem kepada Israel dengan mengisytiharkan kota itu sebagai ibu negeri Israel.

“Israel terus melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia setiap hari. Penempatan israel dibina setiap hari dan rakyat Palestin dinafikan akses kepada tanah mereka sendiri,” katanya.

Dr Mahathir berkata, PCOM komited kepada perjuangan bagi membebaskan Palestin, dan hari ini ia memainkan peranan penting dalam membina persefahaman merentasi sempadan antara Palestin dan Malaysia, meningkatkan kesedaran mengenai isu-isu Palestin, mengajak para pegawai dan parti-parti politik Malaysia untuk mengembleng sokongan politik terhadap perjuangan menuntut hak-hak rakyat Palestin.- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/malaysia-kekal-dengan-pendirian-kecam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Dr Mahathir Malaysia Akan Terus Kecam Kekejaman Israel

Tun Dr Mahathir Malaysia Akan Terus Kecam Kekejaman Israel

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 462 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata sokongan terhadap perjuangan Palestin merupakan satu tanggungjawab moral dan Malaysia akan kekal dengan pendiriannya mengecam keganasan Israel terhadap rakyat Palestin Dr Mahathir me...
Utusan Trump Kecam Pertemuan Pbb Yang Dipimpin Indonesia Karena Mengkritik Israel

Utusan Trump Kecam Pertemuan Pbb Yang Dipimpin Indonesia Karena Mengkritik Israel

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 848 hits
Utusan Presiden Amerika Serikat Donald Trump untuk Timur Tengah Jason Greenblatt mengecam Dewan Keamanan PBB karena mengulangi pembicaraan yang melelahkan dengan mengkritik permukiman Israel Greenblatt mengomentari pertemuan informal DK PBB...
Indo Presiden Jokowi Bakal Kekal Prabowo Tolak 29 Ditahan Rancang Keganasan

Indo Presiden Jokowi Bakal Kekal Prabowo Tolak 29 Ditahan Rancang Keganasan

papar berkaitan - pada 19/5/2019 - jumlah : 705 hits
ANTARA suspek yang ditahan polis Indonesia dipercayai merancang melakukan serangan keganasan ketika pengumuman keputusan rasmi pemilihan umum pada 22 Mei ini AGENSI29 ditahan rancang keganasan 22 MeiJAKARTA 18 Mei Pada 22 Mei ini Komisi Pem...
Nungsari S Single Operator Poser And Malaysia Airport S Deafening Silence

Nungsari S Single Operator Poser And Malaysia Airport S Deafening Silence

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 292 hits
TTDI 13 May 8 Ramadan On May 1 Mavcom chief Nungsari s interview headlined was published in the local papers The people at Malaysian Airports Holdings Berhad were incensed by it Nungsari drawing comparisons between our airports and the like...
Apa Kata Kerajaan Ph Hapuskan Sjkc Sjkt Demi Semangat Malaysia Yang Baru

Apa Kata Kerajaan Ph Hapuskan Sjkc Sjkt Demi Semangat Malaysia Yang Baru

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 574 hits
Kerajaan juga harus berani hapuskan SJKC maupun Tamil dulu sebelum hapuskan matrikulasi yang mana dikatakan bersesuaian dengan keadaan sekarang dan juga permintaan Gerakan Mana orang Orang Melayu tak nak minta macam macam ka dengan kerajaan...
Polisi Malaysia Tangkap Empat Militan Berencana Serang Non Muslim Salah Satunya Wni

Polisi Malaysia Tangkap Empat Militan Berencana Serang Non Muslim Salah Satunya Wni

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 834 hits
Dalam penangkapan itu polisi juga menyita senjata api dan amunisi serta bahan peledak
4930 Icqs Ppim Akui Terima Laporan Maklumat Utusan Malaysia 13 5 19

4930 Icqs Ppim Akui Terima Laporan Maklumat Utusan Malaysia 13 5 19

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 310 hits
KUALA LUMPUR 12 Mei Masalah ketirisan dan kelemahan keselamatan Kompleks Imigresen Kastam Kuarantin dan Keselamatan bukan perkara baharu yang dihadapi oleh kerajaan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan malah me...
Global Funds Shun Malaysia As Mahathir Reform Euphoria Fades

Global Funds Shun Malaysia As Mahathir Reform Euphoria Fades

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 389 hits
A year after Malaysia s historic election public euphoria surrounding the new government has evaporated And investors are losing patience too Global funds are bypassing the country in favor of other markets Stocks recorded outflows in all b...
23 Rohingya Girls Bound For Malaysia Rescued From Human Traffickers

23 Rohingya Girls Bound For Malaysia Rescued From Human Traffickers

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 512 hits
DHAKA Twenty three Rohingya girls were rescued after being brought from refugee camps to the capital Dhaka to be sent to Malaysia by air Bangladesh police said Sunday Dhaka police also arrested four human traffickers including a Rohingya co...
Kedah Lelaki Baru Dua Hari Kahwin Ditemui Tidak Bernyawa

Bot Bawa 300 Imigran Karam Di Sempadan Thailand Malaysia 11 Mangsa Termasuk Seorang Maut Ditemui Di Langkawi

Doa Malam 9 Nov 2025

Orang Bodoh Bicara Untuk Menang Orang Bijak Bicara Untuk Faham

Talking The Indian Girder Concept With Ola Steneg Rd

Delicious Recipe Beef Marinade Tenderizer

Welcome To The Age Of Autonomy How Ai Is Quietly Taking Over The World

Tiba Tiba Semua Orang Nak Kurus Rahsia Menjadi Sihat Tanpa Diet Dan Senaman


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Late Lunch

From Classic Tools To Smart Innovation What Makes Microsoft Office 2024 Stand Out

Tsmc Menjadi Pelopor Slogan Unleash Innovation Dalam Pendaftaran Hak Cipta

Finding Confidence Through Style My Plus Size Fashion Story

Dendam Cinta Ditolak Wanita Maut Ditikam Rakan Sekelas Suami

Don T Conflate Rm17b Federal Spending With Sabah S 40pct Share Lawyer