Tumpuan Kini Ke Enam Buah Negeri


ULASAN

Sultan Selangor menandatangan
surat pemasyuran pembuburan DUN.PERHATIAN sakalian rakyat khasnya mereka yang minat dunia politik kini ialah kepada pilihan raya di enam buah negeri. Demam pilihan saya sudah pun bermula apabila sudah ada Dun yang dibubar hari ini. 
Hampir semua kerajaan negeri terbabit hari ini sudah bersetuju dan menetapkan tarikh pembubaran dewan undangn negeri masing-masing. Dun Kelantan dibubarkan hari ini setelah mendapat perkenaan Sultan Kelantan.
Dun Selangor akan dibubar besok Jumaat 23 Jun. Tarikh pembubaran itu sudah diperkenankan oleh Sultan. Begitu juga Dun Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Terengganu akan menyusul kemudian. Besar kemungkinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan serentak tarikh penamaan calon dan hari mengundi di enam buah negeri berkenaan.
Pilihan raya di enam buah negeri itu tidak diadakan serentak dengan pilihan raya umum ke -15 lalu atas maslahat dan perkiraan politik pihak berkuasa. Pilihan raya itu dikira penting kerana ia boleh memberi indikator perkembangan politik negara seterusnya. Sejauh manakah keuntungan kepada kerajaan menguasai negeri-negeri itu sebelum ini apabila mereka enggan membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing serentak dengan Piraum ke-15 seperti Melaka, Johor, Pahang, Perli dan Perak sama-sama kita perhati tilik.
Di atas kertas dalam pandangan umum, dari segi penguasaan negeri dua kumpulan akan merebut negeri-negeri itu berada dalam keadaan 50 - 50. Dimana tiga negeri dikuasai oleh parti yang menerajui kerajaan Persekutuan hari ini, yakitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
Manakala tiga negeri Klantan, Terengganu dan Kedah dikuasai oleh pembangkang dikenali PN gabungan Bersatu dan Pas. Sudah pasti dalam pilihan raya nanti PH-BN dan PN akan mendominasi pilihan raya berkenaan, berlaku perlawanan dua penjuru. Kalau pun ada parti-parti lain ikut serta mereka hanya seperti pacat kurus yang cuba bangkit selepas hujan turun sahaja.
Umum melihat pilihan raya itu nanti sengit dan panas. Ini kerana kedua pihak (PH-BN) dan PN terdesak untuk memenangi pilihan raya berkenanan bagi menjaga air muka (maruah) masing-masing. Kalau pun tidak dapat merangkul kesemua negeri, sekurang-kurangnya mereka perlu mempertahankan negeri yang dimiliki kini, mengekalkan status quo. Kejayaan itu dikira sudah memadai.
Penting bagi mereka, baik PH - BN atau PN. Bagi PH-BN kemenangan itu nanti akan menjadi nilai tambah kepada kedudukan kerajaan yang ada hari ini yang mendapat sokong 148 kerusi di parlimen. Kejayaan mereka menguasai kesemua negeri itu menjadikan mereka menang total. Kemenangan di semua negeri menjadikan kerajaan Perpaduan lena tidur dan Anwar Ibrahim senang duduk. 
Selain itu ia memberi impak juga kepada kepimpinan parti masing-masing khasnya Ahmad Zahid Hamidi sebagai presiden Umno dan Anwar Ibrahim sebagai presiden Keadilan dan Perdana Menteri. Sekiranya BN - PH berjaya menguasai Kelantan, Terengganu dan Kedah markah kedua-dua mereka akan menjulang tinggi. Sebaliknya kalau gagal, markah mereka ke bawah.
Namun pendapat para pemerhati politik mengatakan amat mstahil untuk parti memerintah untuk mencapai kejayaan itu. Sukar untuk Zahid memulihkan reputasi dan juga membela maruahnya menerusi pilihan raya berkenaan. Umno hari ini berada dalam keadaan tidak semantap dahulu. Pemulihan dalam Umno angkara pengkhianat dan pendendam belum dapat diatasi.   
Paling-paling hebat pun para pemerhati berpendapat BN dan PH dapat mengekalkan Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sahaja. Sudah tentu kejayaan mengekalkan penguasaan di ketiga negeri itu lebih diperankan oleh PH bukan BN Umno. 
Hal sama juga berlaku kepada pembangkang. PN sangat ghairah untuk menguasai Selangor dan Negeri Sembilan serta mengekalkan Kedah, Kelantan dan Terengganu. PN yakin dapat berbuat demikian terutamanya Kelantan mereka mahu menang di semua 45 kerusi tanpa memberi satu kerusi pun  kepada parti kerajaan. Mereka mahu ulangi kejayaan dalam pilihan raya 15 lalu mereka merangkul semua 14 kerusi parlimen. 
Bagi mereka kejayaan menguasai Seangor dan Negeri Sembilan sambil mengekalkan Kedah, Kelantan dan Terngganu adalah manifestrasi kepada kejayaan dalam pilihan umum lalu.
Pandangan dan persepsi politik umum khasnya dari kalangan Melayu akan berubah hampir seratus peratus kepada PN. Situsi itu tidak mustahil dalam pilihan raya umum ke 16 nanti PN akan menanti dengan penuh bergaya. PN akan menjadikan kejayaan itu kelak sebagai modal untuk merampas Malaysia dalam pilihan raya ke 16.
Bagaimana pun ramai berpendapat harapan dan impian PN untuk menguasai Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang hanya angan-angan Mat Jenin semata-mata. Bukan perkara mudah untuk berbuat demikian. Kalau pun PN dapat mengekalkan momentum pengundian dalam pilihan raya lalu, dimana orang Melayu dikatakan lebih 80 peratus menyokong mereka, mungkin PN dapat menambah satu kerusi saja di Selangor dan Negeri Sembilan, tetapi tidak untuk sampai merampasnya. 
Untuk mencapai itu juga sangat sukar disebabkan ketiga-tiga negeri itu boleh dianggap sebagai kubu parti memerintah apabila Umno kini bergabung dengan PH. Terutamanya di Selangor yang dipimpin Amiruddin Shari cukup disenangi rakyat dengan pelbagai pembangunan dan kebajikan diwujudkan.
Dalam catatan ini saya tidak mahu membuat ulasan terperinci mengenai keputusan pilihan raya di negeri-negeri berkenaan. Terlalu awal untuk berbuat demikian sebelum tiba hari penamaan calon. Selepas selesai penamaan calon barulah suasana sebenar dapat dilihat, pihak atau kumpulan mana menakluki keadaan dan menunjukkan kepaduan dalam menghadapi pilihan raya berkenaan.
Insya-Allah kita jumpa dalam catatan seterus. [wm.kl. 10:25 an 22/06/23]




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2023/06/tumpuan-kini-ke-enam-buah-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Enam Khasiat Unik Buah Durian

Enam Khasiat Unik Buah Durian

papar berkaitan - pada 20/6/2023 - jumlah : 274 hits
Durian si raja buah beraroma tajam yang manis isinya Buah tropika ini kaya dengan fitonutrien antioksidan protein vitamin dan mineral yang baik untuk tubuh Durian menawarkan sejumlah manfaat kesihatan bagi mereka yang memakannya Berikut beb...
Raja Buah Kini Kembali Black Thorn Jadi Sajian Pemenang Teka Amp Menang

Raja Buah Kini Kembali Black Thorn Jadi Sajian Pemenang Teka Amp Menang

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 203 hits
Buah Durian yang berasal daripada beberapa spesies pokok dalam genus Durio adalah buah yang popular dan digemari oleh rakyat Malaysia tak kira apa jua peringkat umur Seperti kebiasaannya setiap tahun penggemar durian yang juga diberi nama j...
Jangan Miskinkan Negeri Kaya Bila Anda Mengundi Pn Mereka Gagal Di 3 Buah Negeri

Jangan Miskinkan Negeri Kaya Bila Anda Mengundi Pn Mereka Gagal Di 3 Buah Negeri

papar berkaitan - pada 19/6/2023 - jumlah : 157 hits
Negeri yang kaya macam Selangor Penang dan N9 Ada berbagai insentif untuk rakyat Yang baru lahir pun dapat simpanan RM500 setahun sampai umur 4 tahun tak silap Golongan pencen pun ada insentif lain Ada banyak skim Ada pula jualan barangan k...
Ump Yayasan Pahang Bakal Buat Kajian Sejarah Kedatangan Islam Di Negeri Ini

Ump Yayasan Pahang Bakal Buat Kajian Sejarah Kedatangan Islam Di Negeri Ini

papar berkaitan - pada 25/6/2023 - jumlah : 147 hits
KUANTAN Universiti Malaysia Pahang bersama Yayasan Pahang bakal menjalankan kajian keabsahan pendokumentasian dan pemuliharaan kesan kesan warisan sejarah kedatangan Islam di negeri ini Kajian oleh Institut Tamadun dan Kajian Strategik UMP ...
State Polls Negeri Sembilan Bn Hopeful For Two Additional Seats

State Polls Negeri Sembilan Bn Hopeful For Two Additional Seats

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 183 hits
BN has requested two additional seats to contest the Negeri Sembilan polls in its negotiations with Pakatan Harapan for the upcoming state election Negeri Sembilan Umno chairman Jalaluddin Alias said BN is hopeful the coalition can be allow...
Senarai Pasar Malam Di Daerah Seremban Negeri Sembilan

Senarai Pasar Malam Di Daerah Seremban Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 27/6/2023 - jumlah : 239 hits
Pasar malam memang tempat yang paling best kalau nak cari pelbagai makanan Aku kalau pergi jer pasar malam penuh plastik kat tangan bawa balik makanan Selain makanan yang selalu orang cari dipasar malam juga jual barang barang basah untuk k...
When How Where Rm450k Linked To Tanjung Batu Rep

Cash And Bank Transfer Rm360k Linked To Tempasuk Rep

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Cops Arrest Duo For Evading Roadblock Seize Drugs After Chase

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Top Attractions In Port Dickson Why Weekday Travel Is Your Best Bet

Empat Cara Mengawal Kemarahan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan


echo '';
One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya


Yahudi Bangsa Dilaknat Yang Membunuh Para Nabi

Chinese Freight Train Pops Another Surprise 6th Generation Jet

New Year Wish A Pm For All Malaysians

G2gchamp 2024

Freeport A Famosa Outlet Melaka

View Point Wang Kelian