Tumpang Tidur


Cerita bulan November lalu, iaitu bulan pertama saya berhijrah ke negeri paling utara di Semenanjung Malaysia. 
KISAH 1 | Seawal malam hari pertama saya dan Encik Suami tiba di kediaman baru kami, sudah ada sepasang burung yang menumpang tidur pada besi di bumbung beranda rumah. Saya tak pasti entah apa fungsi besi tersebut, tapi yang pasti ia jadi tempat tidur bagi sepasang burung layang-layang

Setelah lebih 3 bulan, sepasang burung ini masih lagi menetap di sini. Menjelang malam, burung-burung ini datang dan serentak beredar bila langit mulai terang. Setakat ini kami tak ada masalah dengan kehadiran burung-burung ini kecuali perlu menyediakan bekas najis dan membasuhnya setiap hujung minggu. Macam membela burung pulak ya 😄

KISAH 2 | Ini pula burung yang paling comel gaya tidurnya 😀. Masa ni kami tinggalkan rumah satu malam sebab bermalam di rumah PP untuk kerja mengemas dan pindah barang. Malam berikutnya kami balik, dalam kelam cahaya saya nampak satu objek bulat besar di atas selipar yang diletakkan berhampiran pintu masuk. Bila buka lampu, Ya Allah ada burung sedang tidur di atas selipar saya 😂
Entah apa nama burung ini. Kepalanya disorokkan dibalik sayap. Comel sangat. Geram saya sampai rasa nak pegang tapi nanti mengganggu tidurnya pulak. Tambah lucu, burung ni nampaknya tidur mati. Kami berulang-alik keluar masuk pintu rumah angkut barang (lalu betul-betul di sebelah selipar) sambil berborak agak kuat, tapi burung ni sedikit pun tak terganggu

Esok paginya sekitar pukul 6 lebih pagi, saya tengok burung ni masih lena tidur. Bila dah siang, burung ni pun menghilang


KISAH 3 | Ada satu malam tu saya hidupkan lampu kecil di luar rumah. Saya pun jenguklah di balik cermin sliding door untuk memastikan saya tak silap hidupkan lampu. Tapi terkejut saya bila nampak ada seekor burung sedang tumpang tidur 😄. Kesian pulak tidur lampu terang, jadi saya matikan lampu tersebut. Saya perasan ada beberapa malam burung ni tidur di atas lampu


Beginilah bila tinggal di suasana yang begitu dekat dengan alam semula jadi. Macam-macam pengalaman baru yang saya lalui. Ini salah satunya. Saya belum lagi mencatat kisah ular di tingkap rumah dan ‘serangan’ cacing besar di luar rumah









Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ujieothman.blogspot.com/2024/02/tumpang-tidur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bilik Tidur Aaisyah Anak Kesayangan Che Ta Dekorasi Mewah Macam Bilik Hotel 5 Bintang

Bilik Tidur Aaisyah Anak Kesayangan Che Ta Dekorasi Mewah Macam Bilik Hotel 5 Bintang

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 140 hits
Bilik tidur Aaisyah Dhia Rana anak perempuan selebriti terkenal Rozita Che Wan memang cantik Penampilan bilik tidur si cilik ini terlihat cukup mewah Anak dara Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta ini benar benar punya ci...
Hasto Sebut Ada Intimidasi Kades Kalau Masih Mau Tidur Sama Istri Dukung Pasangan 02

Hasto Sebut Ada Intimidasi Kades Kalau Masih Mau Tidur Sama Istri Dukung Pasangan 02

papar berkaitan - pada 6/2/2024 - jumlah : 127 hits
Hasto pun menyatakan informasi ini benar adanya dan bahkan ia berani mempertanggungjawabkan ucapannya ini di jalur hukum
Mama Papa Elak Bermain Agah Bayi Bawah 3 Bulan Rutin Tidur Anak Tetapkan Masa Dalam Pantang

Mama Papa Elak Bermain Agah Bayi Bawah 3 Bulan Rutin Tidur Anak Tetapkan Masa Dalam Pantang

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 184 hits
Mama dan papa mesti suka bermain agah kesayangan anda bukan Hentikan kebiasan ini sebaliknya mulalah mengatur rutin ketika masih dalam pantang lagi Jika tidak nanti akan bermata pandalah mama dan papa bila si kecil suka berjaga malam Bayang...
Jamalliah Saya Tidak Lena Tidur Selagi Tiada Penjelasan Polis

Jamalliah Saya Tidak Lena Tidur Selagi Tiada Penjelasan Polis

papar berkaitan - pada 5/2/2024 - jumlah : 160 hits
Hamzah Osmanam hmetro com myJAMALLIAH Sarimah dan Salwana menunjukkan gambar arwah Mohd Hafiz dan laporan polis yang dibuat FOTO Hamzah OsmanLangkawi Saya tidak lena tidur selagi belum mendapat penjelasan daripada polis berkaitan kejadian s...
Khai Bahar Terlupa Ibu Sudah Tiada Mamai Bangun Tidur Telefon Nombor Arwah

Khai Bahar Terlupa Ibu Sudah Tiada Mamai Bangun Tidur Telefon Nombor Arwah

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 185 hits
Semoga Khai Bahar terus kuat ya yang pernah rasa je pasti tahu rasa kosong dan kehilangan tu macam mana
Anda Tak Ada Rumah Besar Tapi Masih Boleh Tidur Lena

Anda Tak Ada Rumah Besar Tapi Masih Boleh Tidur Lena

papar berkaitan - pada 14/2/2024 - jumlah : 158 hits
Anda tidak ada rumah yang besar Tetapi masih tidur nyenyak Anda masih tidak ada pasangan Tetapi masih beruntung dapat menjaga ibu bapa Anda belum ada rezeki anak Tetapi di kelilingi dengan orang yang baik Fikirkan sejenak apa nikmat depan m...
Anak Kuat Meragam Berjaga Malam Mama Rajin Rajinlah Urut Supaya Selesa Tidur Lena

Anak Kuat Meragam Berjaga Malam Mama Rajin Rajinlah Urut Supaya Selesa Tidur Lena

papar berkaitan - pada 23/2/2024 - jumlah : 269 hits
Bila dan selalu tentunya membuatkan mama dan papa Apa kata lakukan pada bayi Urutan boleh membuatkan bayi kurang meragam dan Mama dan papa kena rajin urut Hanya lima minit diperlukan Langkahnya pun mudah Pasti si kecil suka dan masalah suka...
Jaga Bapa Sakit Wanita Maut Tidur Dalam Kereta Tak Buka Tingkap

Jaga Bapa Sakit Wanita Maut Tidur Dalam Kereta Tak Buka Tingkap

papar berkaitan - pada 21/2/2024 - jumlah : 236 hits
BernamaKetua Polis Ipoh Yahaya Hassan berkata penemuan mayat wanita dalam kereta diklasifikasikan mati mengejut IPOH Wanita ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci di kawasan parkir berhadapan Klinik Pakar Hospital Raja Perma...
Diseksa Tidur Dalam Tandas

Diseksa Tidur Dalam Tandas

papar berkaitan - pada 19/2/2024 - jumlah : 166 hits
Skuad Khas Harian Metroam hmetro com myRAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan suspek dipercayai memukul pelajar madrasah Kuala Lumpur Pukul dan paksa pelajar tidur di dalam tandas Itu antara perbuatan melampau tenaga pengajar sebuah madr...
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Keutamaan Dan Buah Dari Shalat Malam

Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Jika Ruu Ura Dilaksana Orang Melayu Mungkin Akan Kembali Pulang Ke Kampung Noh Omar

Senarai Pasar Malam Di Pasir Gudang


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


30 Soalan Deep Talk Boleh Ditanya Bersama Pasangan

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Filem Wantugo

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Syukur Fasa 1 Tujuan Pelaksanaan Syarat Kelayakan Tarikh Bayaran

Cerita Hari Ini