Tumpahan Minyak Hitam Cemar Pesisir Pantai Pulau Pinang




GEORGETOWN: Pesisir pantai sepanjang kira-kira dua kilometer berhampiran Bangsal Nelayan Paramount di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini, dicemari dengan tumpahan minyak berwarna hitam.
Kejadian itu disedari nelayan tempatan ketika hendak turun ke laut, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.
Nelayan, S Selvarraju, 63, berkata dalam kegelapan awal pagi itu dia tidak menyedari mengenai tumpahan berkenaan, sebaliknya menyangka bau kuat minyak di situ disebabkan kebocoran tangki bot nelayan berhampiran.
Katanya, kira-kira jam 7 pagi barulah dia terlihat tompokan minyak berwarna hitam sejauh 200 meter menganjur ke laut dan kira-kira dua kilometer di sepanjang kawasan pantai.
"Ketika itu keadaan minyak terbabit sangat pekat dan baunya amat tidak menyenangkan.
"Beberapa jam kemudian ketika air pasang, minyak terbabit hanyut ke kawasan pesisir pantai dan mendap ke dalam pasir," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Mengulas lanjut Selvarraju berkata, berikutan itu, dia bersama enam rakan nelayan tidak dapat ke laut hari ini kerana kesan minyak terbabit turut melekat pada bot mereka.
Katanya, apabila keadaan itu berlaku, ikan juga mati dan dikhuatiri menyebabkan kepupusan beberapa spesis kerangan di kawasan itu yang menjadi punca pendapatan nelayan.
"Kesan minyak itu dijangka akan hilang sebulan lagi dan kami juga tidak tahu bilakah kami dapat turun semula ke laut.
"Kesan minyak ini mendap ke dalam pasir setebal kira-kira tiga sentimeter dan kesannya boleh dilihat dengan jelas.
"Kami tidak mahu menuduh sesiapa dan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa secepat mungkin bagi mengambil tindakan," katanya yang menjadi nelayan di kawasan itu sejak 15 tahun lalu.
Tinjauan di tempat kejadian mendapati, kesan hitam minyak terbabit sudah mendap ke dalam pasir.
Beberapa ekor ikan mati juga dilihat terdampar di tepi pantai manakala kerangan yang mudah diperoleh di persisir pantai juga sudah lenyap.
Sementara itu, NSTP masih cuba menghubungi beberapa agensi termasuk Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh bagi mendapatkan penjelasan berhubung kejadian itu.
Kredit BH Online / Harian Metro


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/11/tumpahan-minyak-hitam-cemar-pesisir.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Maqis Pulau Pinang Rampas Daging Kerbau Sejuk Beku Bernilai Lebih Rm1 Juta

Maqis Pulau Pinang Rampas Daging Kerbau Sejuk Beku Bernilai Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 442 hits
BUTTERWORTH Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Pulau Pinang merampas 83 988 kilogram daging kerbau sejuk beku dari India bernilai lebih RM1 juta kerana tidak mematuhi syarat permit import dalam pemeriksaan di Pelabuhan ...
Pengalaman Servis Kereta Sedut Minyak Hitam Dari Atas

Pengalaman Servis Kereta Sedut Minyak Hitam Dari Atas

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 488 hits
Minggu lepas saya menghantar kereta di bengkel untuk servis biasa Jadi saya ingin berkongsi pengalaman berkaitan menukar minyak enjin atau minyak hitam kereta Memang menukar minyak hitam kereta adalah suatu yang biasa namun cara menukarnya ...
Lagi Sindiket Edar Dadah Di Pulau Pinang Perak Tumpas

Lagi Sindiket Edar Dadah Di Pulau Pinang Perak Tumpas

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 319 hits
Gambar HiasanGEORGE TOWN Polis sekali lagi berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah selepas menahan 10 lelaki termasuk dalang utama dalam beberapa serbuan berasingan di sini dan Perak selama dua hari mulai Ahad lalu...
Kenyataan Media Amanah Pulau Pinang

Kenyataan Media Amanah Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 325 hits
Sabtu 28 November 2020 1 Politik itu satu marathon yg punyai pelbagai halangan Adapun halangan marathon itu menguji ketahanan dan kecekalan mental dan fizikal pemainnya Marathon Politik itu satu perjalanan atau perjuangan yg panjang ada mas...
Tinjauan Rakyat Pulau Pinang Mahu Projek Lrt Komtar Bayan Lepas Diteruskan

Tinjauan Rakyat Pulau Pinang Mahu Projek Lrt Komtar Bayan Lepas Diteruskan

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 380 hits
Rata rata penduduk di negeri ini sependapat mengenai peri pentingnya perkhidmatan Transit Aliran Ringan sebagai mod pengangkutan awam yang efisien bagi Pulau Pinang pada masa kini dan akan datangDatuk Finn Choong Khuat Seng Naib Presiden De...
7 Masakan Tradisional Pulau Pinang Popular Yang Susah Nak Lupa

7 Masakan Tradisional Pulau Pinang Popular Yang Susah Nak Lupa

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 1071 hits
7 Masakan Tradisional Pulau Pinang Popular yang Susah Nak Lupa Salam semua setiap negeri di Malaysia mempunyai identiti tersendiri yang mewakili negeri masing masing Ini termasuklah dengan jenis makanan yang ada lebih lagi masakan tradision...
Pkpb 1 000 Kenderaan Guna Jambatan Pulau Pinang Ke Tanah Besar Setiap Jam

Pkpb 1 000 Kenderaan Guna Jambatan Pulau Pinang Ke Tanah Besar Setiap Jam

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 320 hits
GEORGE TOWN Secara purata kira kira 1 000 kenderaan menggunakan Jambatan Pulau Pinang dari pulau ke tanah besar setiap jam pada hari bekerja sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat menurut seorang anggota polis yang meng...
Pas Pulau Pinang Komited Jayakan Kerjasama Dengan Umno Bersatu

Pas Pulau Pinang Komited Jayakan Kerjasama Dengan Umno Bersatu

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 334 hits
GEORGETOWN Pas Pulau Pinang komited dalam mempertahankan kerjasama bersama UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia di negeri ini sama ada menerusi Muafakat Nasional atau Perikatan Nasional Pesuruhjaya Pas negeri Muhammad Fauzi Yusof berkata...
Pulau Pinang Menyasarkan Menjadi Bandar Gigabit Seawal 2022

Pulau Pinang Menyasarkan Menjadi Bandar Gigabit Seawal 2022

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 327 hits
Kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk menjadi negeri pertama dengan sokongan penuh internet gigabit Terbaru berkongsi lanjut mengenainya dan kerajaan negeri mengatakan mereka menyasarkan Pulau Pinang menjadi...
Pm Hargai Sumbangan Pengorbanan Penjawat Awam

Anti Bully Centre Dilancar Ppim Ngo Bersatu Perangi Budaya Buli Harapan Daily 15 08 2025

Kes Penyakit Kulit Meningkat Di Gaza Akibat Gelombang Haba

Pegawai Awam Lanjut Pengajian Akan Dapat Insentif Hpa Anwar

Menu Sihat Sesuai Untuk Sarapan Pagi

Pernah Tak Travel Dengan Beg Plastik Kotak2

Servis Cetak Table Name Tag Untuk Semua Jenis Majlis Keraian

Kerusakan Moral Di Era Modern Sebab Sebab Dan Bahayanya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


En590 Lng Lpg Jp54 Espo Etc Available

Anakanda Sultan Perak Raja Azlan Muzaffar Shah Curi Tumpuan Dengan Wajah Tampan

Kotak Packaging Kosmetik Custom Investasi Kecil Untuk Pulangan Besar Dalam Bisnes

Masak Nasi Lemak Simple

Pelbagai Negara Optimis Prestasi Ekonomi China Cgtn

Kesal Mjol Tercicir Aim Bukan Sebab Tak Layak Tewas