Tinjauan Rakyat Pulau Pinang Mahu Projek Lrt Komtar Bayan Lepas Diteruskan




Rata-rata penduduk di negeri ini sependapat mengenai peri pentingnya perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) sebagai mod pengangkutan awam yang efisien bagi Pulau Pinang pada masa kini dan akan datang
Datuk Finn Choong Khuat Seng.
Naib Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang (PCCC), DATUK FINN CHOONG KHUAT SENG berkata, inisiatif membangunkan projek LRT adalah perancangan jangka panjang untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas dan menggerakkan Pulau Pinang ke arah bandar bertaraf dunia.


“Kita tidak boleh hanya melihat kepada LRT semata-mata tetapi harus secara holistik bersama-sama komponen yang lain seperti pelebaran jalan, penambakan dan penggunaan tanah serta lain-lain lagi.


“Pandangan saya adalah inisiatif ini sangat penting jika kita mahu menjadi bandar bertaraf dunia yang sebenar dan bukannya hanya sekadar nama.


“Pulau Pinang sebenarnya boleh menerbitkan bon sendiri untuk membiayai projek LRT yang mana pelabur atau orang awam boleh membeli bon tersebut dan ia dapat membantu membiayai projek pertama ini.


“Langkah ini merupakan salah satu cara untuk menyediakan dana alternatif setelah Putrajaya memutuskan untuk membatalkan jaminan pinjaman,” ulasnya ketika dihubungi hari ini.




Muazim Shuhaimi.
MUAZIM SHUHAIMI, pula menyatakan bahawa perkhidmatan LRT Komtar ke Bayan Lepas adalah penting sebagai salah satu alternatif untuk mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di negeri ini.


“Bukan sahaja untuk mengatasi kesesakan lalu lintas tetapi saya yakin perkhidmatan LRT juga dapat memberi banyak manfaat lain kepada rakyat seperti menjimatkan masa dan wang.


“Sebagai contoh sebelum ini saya hanya menggunakan kenderaan sendiri untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang tetapi sekiranya ada perkhidmatan LRT sudah tentu saya akan memilih untuk menaiki LRT kerana lebih mudah.


“Justeru, adalah diharapkan agar Kerajaan Negeri dapat mencari penyelesaian terbaik bersama-sama Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan projek ini demi manfaat rakyat di negeri ini,” katanya.




Wan Noruzila Wan Zulkifli.
Bagi WAN NORUZILA WAN ZULKIFLI, LRT merupakan pengangkutan awam yang baik untuk masa depan Pulau Pinang yang sedang bergerak ke arah sebuah negeri maju dan bertaraf antarabangsa.


Selain itu, katanya, sebagai sebuah negeri perindustrian, Pulau Pinang bukan hanya menerima impak daripada segi pertumbuhan ekonomi malah turut mengalami pertambahan kepadatan penduduk dan bilangan kenderaan.


“Sekiranya langkah untuk mengatasi kesesakan lalu lintas tidak dibuat sekarang kita bimbang keadaan kesesakan di negeri ini akan bertambah parah pada masa akan datang.


“Jadi, pada saya projek pembangunan LRT adalah tepat pada masanya yang mampu memberi lebih banyak limpahan ekonomi dan peluang pekerjaan kepada penduduk di negeri ini.


“Cuma apa yang kita harapkan adalah stesen LRT perlu dibina di kawasan yang mudah diakses oleh pengguna,” jelasnya.




Benji Ang Ming Quan.
Sementara itu, BENJI ANG MING QUAN berpendapat bahawa LRT sewajarnya menjadi salah satu pertimbangan untuk membolehkan Pulau Pinang mempunyai perancangan sistem pengangkutan yang lengkap dalam usaha menuju ke arah negeri maju.


Beliau berkata, data dikeluarkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) menunjukkan bahawa kira-kira 1.13 juta kenderaan persendirian atau komersial telah didaftarkan di negeri ini.


“Bagi laluan LRT Komtar – Bayan Lepas, saya rasa perlu. Lagipun, Komtar adalah salah satu mercu tanda utama Pulau Pinang yang menempatkan pejabat pentadbiran kerajaan.


“Namun, saya rasa Kerajaan Negeri juga perlu mempertimbangkan untuk menjadikan stesen bas Bayan Lepas – Sungai Nibong sebagai stesen pemindahan supaya dapat mengintegrasikan pengguna ke pelbagai kawasan dengan berkesan.


“Sebagai anak jati Pulau Pinang, saya rasa Kerajaan Persekutuan dan Negeri perlu mengetepikan perbezaan politik dan memberi tumpuan kepada pembangunan negara secara menyeluruh,” katanya lagi.




Pathmanathan.
PATHMANATHAN, turut menyatakan sokongan penuh terhadap projek LRT demi manfaat rakyat terbanyak.


“Ini merupakan projek khusus untuk manfaat rakyat yang mana mereka boleh mengelakkan kesesakan lalu lintas serta menjimatkan wang untuk mengisi petrol.


“Kerajaan Negeri harus menerajui projek ini walaupun tidak mendapat peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan dengan mengambil langkah alternatif untuk membiayai kos pembinaan projek LRT Komtar ke Bayan lepas ini,” tegasnya.


Terdahulu, Menteri Kewangan berkata bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan memberi jaminan kepada permohonan pinjaman RM2.04 bilion oleh kerajaan Pulau Pinang bagi projek LRT Komtar ke Bayan Lepas.


Bagaimanapun, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Chow Kon Yeow dalam kenyataan media hari ini memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri akan meneruskan projek tersebut walaupun Kerajaan Persekutuan menolak permohonan Pulau Pinang untuk mendapatkan pinjaman dan jaminan berjumlah RM2 bilion.


“Kerajaan Negeri tidak akan berputus asa, sebaliknya bakal meneruskan usaha melaksanakan projek LRT berkaitan (kerana) umumnya mempunyai beberapa opsyen kewangan lain bagi membiayai projek-projek di bawah Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP),” ujarnya sebagai dipetik.
Kredit Buletin Mutiara
Teks & Gambar : SUNARTI YUSOFF


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.penangkini.com/2020/12/tinjauan-rakyat-pulau-pinang-mahu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lrt Komtar Bayan Lepas Kerajaan Negeri Tak Putus Asa

Lrt Komtar Bayan Lepas Kerajaan Negeri Tak Putus Asa

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 240 hits
GEORGETOWN Kerajaan negeri tidak akan berputus asa dan akan meneruskan pelaksanaan projek transit aliran ringan Komtar Bayan Lepas di sini seperti dirancang Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata ini kerana kerajaan negeri mempunyai beberapa p...
Lagi Sindiket Edar Dadah Di Pulau Pinang Perak Tumpas

Lagi Sindiket Edar Dadah Di Pulau Pinang Perak Tumpas

papar berkaitan - pada 25/11/2020 - jumlah : 263 hits
Gambar HiasanGEORGE TOWN Polis sekali lagi berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran pelbagai jenis dadah selepas menahan 10 lelaki termasuk dalang utama dalam beberapa serbuan berasingan di sini dan Perak selama dua hari mulai Ahad lalu...
Maqis Pulau Pinang Rampas Daging Kerbau Sejuk Beku Bernilai Lebih Rm1 Juta

Maqis Pulau Pinang Rampas Daging Kerbau Sejuk Beku Bernilai Lebih Rm1 Juta

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 388 hits
BUTTERWORTH Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia Pulau Pinang merampas 83 988 kilogram daging kerbau sejuk beku dari India bernilai lebih RM1 juta kerana tidak mematuhi syarat permit import dalam pemeriksaan di Pelabuhan ...
Pulau Pinang Menyasarkan Menjadi Bandar Gigabit Seawal 2022

Pulau Pinang Menyasarkan Menjadi Bandar Gigabit Seawal 2022

papar berkaitan - pada 22/11/2020 - jumlah : 268 hits
Kerajaan negeri Pulau Pinang sebelum ini telah menyatakan hasrat untuk menjadi negeri pertama dengan sokongan penuh internet gigabit Terbaru berkongsi lanjut mengenainya dan kerajaan negeri mengatakan mereka menyasarkan Pulau Pinang menjadi...
Dadah Bernilai Rm 8 1 Juta Dirampas Di Pulau Pinang

Dadah Bernilai Rm 8 1 Juta Dirampas Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 396 hits
Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah bernilai RM8 1 juta selepas menahan enam suspek termasuk isteri dan ibu kepada ketua sindiket terbabit dalam empat siri serbuan di negeri ini semalam Suspek berusia 28 hingga 59 tahun itu dib...
10 Menu Vegetarian Di Pulau Pinang Untuk Mereka Yang Tak Makan Daging

10 Menu Vegetarian Di Pulau Pinang Untuk Mereka Yang Tak Makan Daging

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 643 hits
Walaupun rata rata menu daging merupakan antara menu yang sering mendapat sambutan tapi tak semua orang suka makan daging Malah ada yang sama sekali tak makan daging dan lebih kepada makanan laut ataupun sayur sayuran Corak pemakanan seseor...
Pulau Pinang Lanjutkan Fi Hotel Hingga Jun 2021

Pulau Pinang Lanjutkan Fi Hotel Hingga Jun 2021

papar berkaitan - pada 19/11/2020 - jumlah : 320 hits
GEORGE TOWN Kerajaan negeri Pulau Pinang memutuskan untuk melanjutkan pengecualian Fi Hotel hingga 30 Jun 2021 kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Pulau Pinang Yeoh Soon Hin Beliau berkata lanjutan tempoh selama enam...
Pulau Pinang Pertimbang Potong Gaji Adun Bantu Tangani Covid19

Pulau Pinang Pertimbang Potong Gaji Adun Bantu Tangani Covid19

papar berkaitan - pada 20/11/2020 - jumlah : 248 hits
Kerajaan negeri Pulau Pinang sedia mempertimbangkan saranan pemotongan gaji ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi menangani cabaran berdepan pandemik COVID 19 Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kerajaan ...
Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Tattoos Raised And Itchy

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Haram Guna Dan Jual Vape Dewan Pemuda Pas Pahang Zahir Sokongan Penuh Terhadap Titah Sultan


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Mixology Vape S Commitment To Quality Crafting The Best Vape Flavours Nz

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Tiada Masalah Pas Ketuai Pn Tapi Bincang Dulu Kata Pemimpin Bersatu

Cek Pertama Dari Google Adsense