Tumpah Darah Selepas Caesarean Boleh Terjadi Jika Ibu Mempunyai Hb Yang Rendah Ketahui 7 Lagi Keadaan Yang Berisiko


Kelahiran terutama secara pembedahan mempunyai risiko yang tinggi untuk terjadinya pendarahan? Dr Mastura Mohd Mokhtar, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, KPJ Selangor akan mengupas mengenai komplikasi ini.

Tumpah darah merupakan salah satu komplikasi yang biasa terjadi semasa proses kelahiran. Terdapat beberapa keadaan yang meningkatkan kebarangkalian terjadinya tumpah darah ini. Ia berkait rapat dengan uri, tahap kesihatan ibu dan permasalahan yang timbul semasa proses kelahiran berlangsung.
Pendarahan semasa proses kelahiran menerusi pembedahan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Lazimnya bagi wanita hamil, darah akan dihasilkan 50% lebih banyak daripada biasa. Justeru, pendarahan yang normal terjadi semasa pemisahan uri dan dinding rahim atau episiotomi ialah sesuatu yang dijangkakan.

Bagi kelahiran secara caesarean, pendarahan yang lebih banyak dijangkakan akan berlaku. Bagi mempersiapkan diri menghadapi kelahiran, ibu-ibu perlu memahami faktor yang meningkatkan risiko terjadinya pendarahan berlebihan atau tumpah darah. Lebih-lebih lagi bagi kelahiran secara pembedahan caesarean.
Terdapat lapan keadaan yang boleh meningkatkan risiko terjadinya pendarahan selepas kelahiran;
Uri bawah (placenta previa) yang hanya akan disahkan apabila kandungan tujuh bulan ke atas. Keadaan ini terbahagi kepada empat tahap. Hal ini boleh berlaku sekiranya ibu-ibu yang mempunyai parut pada dinding rahim akibat pembedahan, prosedur D&C, kehamilan hasil kaedah IUI atau IVF, ibu mempunyai sejarah uri bawah pada kehamilan sebelum ini atau mempunyai radang pada rahim (endometrisis). Uri lekang (placenta abruptio) di mana uri lekang dari dinding rahim lebih awal daripada waktu sepatutnya iaitu hanya dua atau tiga minit sebelum kelahiran. Ia sering terjadi pada ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi semasa hamil, mengalami trauma pada perut, sejarah uri lekang, air ketuban kurang atau pecah awal. Uri melekat (placenta accreta/increta/percreta) berlaku apabila berlaku lekatan uri ke dalam otot rahim hingga ada kalanya sehingga pundi kencing dan ia tidak boleh dikeluarkan secara normal selepas bersalin. Ibu yang mempunyai tahap HB yang rendah mempunyai risiko pendarahan kerana rahim tidak kuat dan kurang upaya untuk mengecut dengan cepat. Ibu yang bersalin anak kelima dan ke atas kerana otot rahim kurang elastik dan kuat untuk mengecut kembali. Pengembangan rahim yang lebih daripada normal sama ada disebabkan oleh kehamilan kembar, polihidramnion iaitu air ketuban terlalu banyak, atau bayi terlalu besar (4kg ke atas). Ibu menghidapi hemofilia atau trombofilia yang menyebabkan kegagalan darah membeku atau berhenti. Rahim merekah (uterine rupture) semasa proses bersalin bagi ibu yang melahirkan anak kelima ke atas, pernah melalui caesarean, jarak caesarean kurang daripada 18 bulan atau bayi tidak memasuki pelvis ibu semasa bersalin (obstructed labour). Prolonged labour di mana proses kelahiran berlangsung lebih daripada 12 jam (kecuali anak pertama). Ia disebabkan oleh pelvis ibu yang kecil atau bayi terlalu besar dan bukaan serviks yang perlahan. Keadaan ini juga boleh menyebabkan rahim tidak mengecut atau uterine atony selepas bersalin. Rawatan bagi ibu tumpah darah semasa bersalin
Bagi setiap kelahiran, rahim akan segera mengecut selepas bayi dan uri dikeluarkan. Pengecutan yang kuat ini bertindak menutup salur darah yang terbuka di mana uri bersambung. Namun bagi ibu yang menghadapi tumpah darah, salur darah yang terbuka tidak tertutup kerana rahim yang tidak mengecut.

Bagi keadaan rahim yang tidak mengecut sejurus selepas kelahiran (uterine atony) doktor akan mengambil langkah untuk mempercepatkan proses rahim kembali kepada asal dan menghentikan pendarahan dengan beberapa langkah.
Mengurut bahagian atas rahim. Memberikan suntikan Menyusukan bayi secepat mungkin. Bagi kes pendarahan yang teruk, pembedahan dilakukan secepat mungkin. Rahim akan diikat supaya ia mengecut lebih cepat. Jika usaha ini tidak berjaya menghentikan pendarahan yang boleh mengancam nyawa ibu, pembedahan untuk membuang rahim (hysterectomy) terpaksa dilakukan. Persediaan bagi ibu berisiko tinggi
Bagi ibu yang menghadapi komplikasi kesihatan sepanjang kehamilan dan mempunyai risiko tinggi untuk mengalami tumpah darah, mereka perlu sentiasa berwaspada. Ambil langkah awal untuk menghadapi proses kelahiran dengan persediaan daripada segi mental dan fizikal.
Mendapatkan rawatan, pemeriksaan dan pemantauan daripada pakar perbidanan dan sakit puan. Memastikan paras hemoglobin adalah pada tahap optimum atau sekurang-kurangnya 11g/dl. Bersalin di hospital yang mempunyai kelengkapan dewan bedah yang lengkap dan bank darah. Tahukah anda? Tumpah darah atau postpartum hemorrhage boleh berlaku kepada 6 wanita bagi setiap 100 kelahiran.
The post Tumpah Darah Selepas Caesarean Boleh Terjadi Jika Ibu Mempunyai HB Yang Rendah! Ketahui 7 Lagi Keadaan Yang Berisiko appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/tumpah-darah-selepas-caesarean-boleh-terjadi-jika-ibu-mempunyai-hb-yang-rendah-ketahui-7-lagi-keadaan-yang-berisiko/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Pandang Ringan Masalah Tumpah Darah Ibu Boleh Undang Maut Ketika Bersalin

Jangan Pandang Ringan Masalah Tumpah Darah Ibu Boleh Undang Maut Ketika Bersalin

papar berkaitan - pada 30/11/2018 - jumlah : 492 hits
Kita selalu mendengar istilah tumpah darah selepas bersalin tanpa mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku Masalah tumpah darah sebenarnya satu dari penyebab utama kematian ibu di Malaysia dan juga di negara yang sedang membangun Jadi jang...
Pendarahan Teruk Hingga Hilang 5 Liter Darah Selepas Bersalin Caeser Ibu Ini Reda Rahim Terpaksa Dibuang

Pendarahan Teruk Hingga Hilang 5 Liter Darah Selepas Bersalin Caeser Ibu Ini Reda Rahim Terpaksa Dibuang

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 528 hits
Pendarahan yang eruk sehingga kehilangan 5 liter darah selepas pembedahan caeseran ibu ini berkongsi cerita kisah kelahiran bayi keempatnya yang membawa kepada hysterectomy iaitu pembedahan pembuangan rahim bagi menghentikan pendarahan Peng...
Ada 5 Ciri Ini Anda Dah Berjaya Jadi Ibu Bapa Penyabar Tak Susah Pun Jika Boleh Control

Ada 5 Ciri Ini Anda Dah Berjaya Jadi Ibu Bapa Penyabar Tak Susah Pun Jika Boleh Control

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 360 hits
Mendidik anak ni sangat memerlukan kesabaran tinggi Tak kira tempat situasi atau masa Kadang kadang anak buat sesuatu tak ikut waktu pun Sebab itu ibu bapa kena sentiasa bersedia Bab bersedia ini ada masanya kita boleh bertukar jadi singa s...
Kaki Bengkak Sebelah Atau Kedua Dua Masa Hamil Hati Hati Boleh Jadi Darah Beku Risiko Maut

Kaki Bengkak Sebelah Atau Kedua Dua Masa Hamil Hati Hati Boleh Jadi Darah Beku Risiko Maut

papar berkaitan - pada 4/12/2018 - jumlah : 1045 hits
Masa mengandung ni kaki bengkak tu agak biasa Ramai yang pernah mengalaminya Tapi pernah tak terfikir kenapa kaki boleh bengkak masa pregnant ni Masa pregnant especially masa baby dah agak besar rahim yang besar itu akan menekan organ organ...
Tekanan Boleh Ganggu Pengeluaran Susu Ibu Cuba Amalkan 10 Makanan Ini Untuk Tingkatkan Susu Ibu

Tekanan Boleh Ganggu Pengeluaran Susu Ibu Cuba Amalkan 10 Makanan Ini Untuk Tingkatkan Susu Ibu

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 433 hits
Galactagogue adalah bahan yang terdiri daripada makanan atau herba yang boleh membantu anda meningkatkan penghasilan susu ibu Ramai ibu menyusu menggunakannya apabila diri berhadapan dengan masalah bekalan susu merudum Selain daripada menga...
Susu Ibu Boleh Merawat Atau Menyebabkan Bayi Kuning Panduan Ini Boleh Membantu Para Ibu

Susu Ibu Boleh Merawat Atau Menyebabkan Bayi Kuning Panduan Ini Boleh Membantu Para Ibu

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 317 hits
Jaundis atau kekuningan pada kulit dan mata adalah perkara biasa bagi bayi baru lahir Kira kira 60 peratus bayi mengalami jaundis dalam masa beberapa hari selepas kelahiran Kebiasaannya apabila bayi baru lahir didapati mengalami jaundis dok...
Dia Ni Pemalu Sangat Budaknya Ayat Yang Biasa Ibu Bapa Guna Boleh Membuatkan Anak Kurang Keyakinan Diri

Dia Ni Pemalu Sangat Budaknya Ayat Yang Biasa Ibu Bapa Guna Boleh Membuatkan Anak Kurang Keyakinan Diri

papar berkaitan - pada 2/12/2018 - jumlah : 375 hits
Anak yang pemalu ini biasanya apabila orang dewasa suka berlebih lebihan ketika memuji sehingga ada yang mencubit kegeraman Justeru dia rasa malu dan terancam setiap kali berjumpa dengan orang dewasa kerana sudah menjangkakan apa yang akan ...
Menantu Rentung Selepas Bakar Ibu Mentua

Menantu Rentung Selepas Bakar Ibu Mentua

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 265 hits
The ReporterLelaki yang rentung dalam kebakaran rumahnya semalam dipercayai bertindak menyimbah petrol dan membakar ibu mentuanya sebelum kediamannya di Taman Cegar Simpang Ampat di sini musnah terbakar Ketua Polis Daerah Seberang Perai Sel...
Letak Bayi Depan Tv Boleh Menyebabkan Bayi Susah Tidur 4 Perkara Lagi Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

Letak Bayi Depan Tv Boleh Menyebabkan Bayi Susah Tidur 4 Perkara Lagi Yang Wajib Ibu Bapa Tahu

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 500 hits
Pernah tak ada hari anak anda susah sangat nak tidur Kadang kadang sampai 3 4 pagi dan menggangu waktu tidur anda Sebagai ibu bapa kita harus periksa rutin harian anak anak supaya tidak menggangu waktu tidurnya Ada beberapa perkara yang mun...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Berjalan Bersama Pengguna Inovasi Pengalaman Interaktif Zuhyx

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Fahmi Fadzil Perlu Beri Penjelasan Bukan Beri Alasan

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Prof As Dakwa Tak Selamat Kunjungi Malaysia Selepas Sebar Propaganda Sokong Zionis



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


What Is The Lifespan Of Vinyl Windows And How Can You Prolong It

Brauninhas House By Pablo Lanza Arquitetura In Itu Brazil

Banteras Isu 3r Manivanan Cadang 10 Langkah Percepat Siasatan Polis

Analysis Harapan S Uphill Battle To Defend Kuala Kubu Baharu

Kkb By Election Will Be A Confidence Vote For The Anwar Administration

Azmin Pledges To Tell All On May 11