Tular Video Audio Empat Anak Maut Kerana Campuran Susu Ubat Ini Penjelasan Pegawai Farmasi


Beberapa hari lalu, tular video dan audio yang mengatakan seorang ibu memberikan empat anaknya ubat di dalam susu dan ia menyebabkan anak-anak tersebut maut. Walau pun kisah-kisah ini yang tidak dapat disahkan kesahihannya, ia sedikit sebanyak membuka mata masyarakat tentang perlunya memberikan bayi dan kanak-kanak dengan cara yang betul, tidak boleh sambil lewa dan asal boleh sahaja.
Menurut Encik Mohd Dziehan Mustapa, Pegawai Farmasi, Medical Mythbusters Malaysia (M3) cerita audio terbabit menimbulkan banyak persoalan berdasarkan beberapa fakta. Selain itu, beliau turut berkongsi tip pemberian ubat berbentuk cecair atau sirap kepada bayi.

Bolehkah ubat-ubatan diberikan kepada kanak-kanak dengan mencampurkan dengan susu? Ikuti perkongsiannya ini.
TULAR VIDEO & AUDIO MENGISAHKAN CAMPURAN MAUT SUSU & UBAT
ULASAN TENTANG CERITA AUDIO YANG TULAR Cerita audio itu adalah seperti berikut :
[ Seorang ibu ada 4 orang anak yang batuk. 
Ibu ini campurkan ubat batuk dan ubat selesema dalam susu. Sebab anak tak mahu makan ubat. Untuk mudahkan anak minum. Maka 4orang anaknya itu pun tidur. Kemudian suaminya balik ke rumah, dia tanya apa itu di atas meja dan si ibu jawab ia adalah balance susu tadi. Suaminya test minum dan terus muntah. Suami tanya kenapa susu rasa semacam? Kemudian si ibu tadi kata dia campur ubat dalam susu itu. Si suami terus pergi lihat anak-anaknya untuk dikejutkan daripada tidur, sekali lihat semua dah meninggal. Kemudian mereka bawak pergi hospital dan doktor sahkan apa-apa ubat jika campur dengan susu boleh jadi ‘poison’. So take note jangan campur ubat dengan susu formula sebab kita tak tahu nanti jadi apa ]
Sekali dengar dan lihat video seolah-olah macam meyakinkan . Namun melalui cerita ini boleh timbul banyak persoalan.
4 orang anak itu berapa umur mereka? Berapa banyak si ibu campur ubat batuk dan selesema itu ke dalam susu formula itu? Bagaimana cara anak dia minum susu itu?guna cawan atau botol susu Adakah susu tersebut habis diminum? Adakah suami muntah lepas minum balance susu itu disebabkan ia beracun atau sebab rasa tak best sehingga boleh muntah? Jika rasa susu semacam dan tak best sebab campur 2 jenis ubat, bagaimana 4 orang anak itu boleh minum? Suami kejutkan anak tapi semua sudah meninggal… Jika sudah meninggal kenapa bawak pergi hospital? Kemudian audio itu berkata doktor sahkan apa-apa ubat dicampur dengan susu formula boleh bertukar menjadi racun… Hmm bagaimana doktor tersebut mengesahkannya?
ULASAN TENTANG CERITA KLIP VIDEO YANG TULAR Kemudian keluar penafian oleh pihak polis di Bera, Pahang bahawa klip video yang tular pada hari ini adalah kes lain dan bukan kononnya kes kematian 4 orang anak.
Maka siapalah punya angkara kisah tular audio dan video ini hari ini? Ramai rakan-rakan yang bertanya kepada saya benarkah semua ini?
Betul ke cerita ini?
Entahlah , saya pun tidak mengetahuinya. Tapi melalui penafian pihak polis berkaitan video itu, kemungkinan juga file audio yang ditularkan juga boleh dipersoalkan. 
PENJELASAN TENTANG PENCAMPURAN UBAT  OK mari kita bincang sikit beberapa perkara.
Bab ubat bercampur susu jadi poison…. Saya cuba cari kajian jika ada, tapi tiada yang dijumpai. Yang dijumpai adalah fakta yang memberitahu bahawa resapan besi (iron) dan kalsium boleh dipengaruhi apabila diambil bersama-sama. Resapan ubat yang berbeza atau terganggu…Namun tiada pula dinyatakan campuran boleh menjadi poison.
Seterusnya ubat batuk dan selesema daripada kumpulan Antihistamine memang dilarang pemberiannya kepada kanak-kanak berusia bawah 2 tahun kerana boleh menyebabkan “respiratory depression”.
Namun dalam kisah ini kita tidak tahu umur semua kanak-kanak yang terlibat dan daripada audio itu juga tidak diberitahu berapakah dos 2 jenis ubat itu telah dicampurkan dalam susu tersebut.
BOLEHKAH MENCAMPURKAN UBAT KE DALAM SUSU BAYI? Oleh itu boleh ke tidak boleh campur ubat dengan susu formula?
Saya pun tidak tahu jawapannya. Tetapi saya mungkin nak bagi tips lain untuk atasi situasi ini.
OK, kenapa nak campur ubat dalam susu?
Memang tujuan untuk sorokkan rasa pahit atau tidak sedap ubat agar mudah ubat kanak-kanak mengambil ubat tersebut.

5 TIPS PEMBERIAN UBAT CECAIR ATAU SIRAP KEPADA BAYI Jika begitu, berikut adalah
TIPS PEMBERIAN UBAT CECAIR / SIRAP KEPADA BAYI
(Rujuk Infografik)
#1. Jika bayi meronta-ronta ketika hendak diberikan ubat, membedung bayi boleh membantu mengurangkan pergerakkan bayi seterusnya memudahkan pemberian ubat.
#2. Gunakan picagari untuk membantu menyukat dos ubat dalam bentuk cecair dan sirap dengan tepat dan memudahkan pemberian ubat kepada bayi.
#3. Dukung bayi agar berkedudukan sendeng (tidak mengambil atau berbaring) dan masukkan picagari ke dalam mulut bayi.
#4. Halakan picagari ke arah bahagian dalam pipi bayi, kemudian tekan picagari secara lembut dan perlahan-lahan. Masukkan dos ubat sedikit demi sedikit.
#5. Elakkan mencampurkan ubat ke dalam susu bayi kerana jika bayi tidak menghabiskan susunya maka pemberian dos ubat menjadi kurang tepat.
**Teknik no.3 & 4 itu penting. Sebab kita pancutkan ubat melalui picagari ke bahagian dalam pipi bayi dan di hujung adalah kerana kawasan tersebut bukan kawasan deria rasa pahit pada lidah… dan di bahagian hujung sebelah dalam untuk memudahkan ubat mengalir dan bayi terus menelannya. 

TEKNIK & SUKATAN MESTI TEPAT Oleh itu, tidak perlu pun sampai nak campurkan ubat ke dalam susu mahupun ke dalam apa-apa makanan seperti pisang. Yang penting teknik pemberian dan sukatan dos kena tepat.
Mungkin boleh jarakkan juga pemberian ubat dan minum susu kerana ditakuti jika diambil bersama-sama menyebabkan proses resapan ubat terganggu.
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, boleh hubungi Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan di talian 1800886722 (8am-5pm Isnin-jumaat). Gunakan perkhidmatan yang telah disediakan oleh KKM ini. Elakkan bertanyakan soalan kepada penjual produk.
Sumber: Mohd Dziehan Mustapa, Pegawai Farmasi, Medical Mythbusters Malaysia (M3)
The post Tular Video & Audio Empat Anak Maut Kerana Campuran Susu & Ubat, Ini Penjelasan Pegawai Farmasi appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/tular-video-audio-empat-anak-maut-kerana-campuran-susu-ubat-ini-penjelasan-pegawai-farmasi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baru Semalam Main Bersama Hari Ini Kena Tengok Anak Ditanam Budak Meninggal Dunia Akibat Diberi Ubat Cirit Orang Dewasa

Baru Semalam Main Bersama Hari Ini Kena Tengok Anak Ditanam Budak Meninggal Dunia Akibat Diberi Ubat Cirit Orang Dewasa

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 570 hits
Baru semalam main bersama hari ini kena tengok anak ditanam Budak meninggal dunia akibat diberi ubat cirit orang dewasaSegelintir ibu bapa mengambil sikap mudah dengan hanya membeli ubat ubatan di farmasi kerana malas membawa anak ke klinik...
Video Sebak Seorang Guru Dibuat Anak Muridnya

Video Sebak Seorang Guru Dibuat Anak Muridnya

papar berkaitan - pada 29/11/2018 - jumlah : 479 hits
Ini adalah saat saat dimana seorang juruterbang daripada sebuah syarikat penerbangan di Turki menzahirkan penghargaan kepada bekas gurunya Selahattin Onan Selahattin Onan merupakan seorang tenaga pengajar juruterbang di syarikat penerbangan...
Polis Nafi Kes Kanak Kanak Mati Di Beri Susu Dan Ubat Batuk

Polis Nafi Kes Kanak Kanak Mati Di Beri Susu Dan Ubat Batuk

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 408 hits
KUANTAN Polis Pahang hari ini menafikan klip video berserta rakaman suara yang tular mengenai penangkapan seorang wanita di daerah Bera yang kononnya telah menyebabkan kematian empat orang anaknya setelah memberi mereka minum susu bercampur...
Jika Betul Ko Anak Kandung Aku Minum Susu Dari Badan Aku Aku Sumpah Akan Keluar Balik Susu Dari Mulut Engkau

Jika Betul Ko Anak Kandung Aku Minum Susu Dari Badan Aku Aku Sumpah Akan Keluar Balik Susu Dari Mulut Engkau

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 682 hits
Jika betul ko anak kandung aku minum susu dari badan aku aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau Jika betul ko anak kandung aku minum susu dari badan aku aku sumpah akan keluar balik susu dari mulut engkau
Video Bapa Rantai Leher Anak 11 Tahun Dengan Anjing Sebab Dah Tak Tahu Macam Mana Nak Ajar

Video Bapa Rantai Leher Anak 11 Tahun Dengan Anjing Sebab Dah Tak Tahu Macam Mana Nak Ajar

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 544 hits
Lain orang lain caranya nak didik anak ada yang menggunakan ketegasan dan ada juga yang gunakan kaedah psikologi Tapi cara bapa ini ajar anaknya memang pelik Tergamak bapanya merantai anak leelaki yang berumur 11 tahun bersama anjing peliha...
Ada Sebabnya Kenapa Perlu Elakkan Sarapan Tinggi Gula Pada Anak Pakar Dietetik Beri Penjelasan

Ada Sebabnya Kenapa Perlu Elakkan Sarapan Tinggi Gula Pada Anak Pakar Dietetik Beri Penjelasan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 500 hits
Ada dikalangan anak anak kita yang tidak suka mengambil sarapan pagi Mengajar anak untuk mengambil sarapan setiap pagi sebenarnya bermula daripada mama dan papa sendiri Pastikan anak anak wajib diberikan sarapan namun jangan pula diberikan ...
Diana Nasir Kongsi Video Berpisah Dengan Anak Kembarnya Sebelum Bersalin Tangisan Darleena Darleesa Buat Netizen Sebak

Diana Nasir Kongsi Video Berpisah Dengan Anak Kembarnya Sebelum Bersalin Tangisan Darleena Darleesa Buat Netizen Sebak

papar berkaitan - pada 23/11/2018 - jumlah : 330 hits
Ibu mana yang boleh berpisah dengan anak walau pun sesaat Tambahan lagi di saat anak anak masih kecil Diana Nasir kakak kepada aktres Anzalna berkongsi momen perpisahan dengan anak kembarnya Anggun Darleena Anggun Darleesa ketika bersalinka...
Anak Terlalu Obses Dengan Susu Formula Sehingga Menolak Makanan Pepejal Panduan Ini Mungkin Membantu Ibu Bapa

Anak Terlalu Obses Dengan Susu Formula Sehingga Menolak Makanan Pepejal Panduan Ini Mungkin Membantu Ibu Bapa

papar berkaitan - pada 27/11/2018 - jumlah : 522 hits
Apa yang boleh dilakukan oleh ibu bapa apabila anak terlalu obses dengan susu formula sehingga enggan makan makanan pejal Apabila dipujuk untuk makan makanan seperti nasi sup atau roti anak tetap enggan Apatah lagi buah buahan dan sayur mem...
Ini 3 Punca Anak Selalu Sembelit Najis Keras Ini Penjelasan Pediatrik Mak Ayah Sila Take Note

Ini 3 Punca Anak Selalu Sembelit Najis Keras Ini Penjelasan Pediatrik Mak Ayah Sila Take Note

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 494 hits
Ini 3 Punca Anak Selalu Sembelit Najis Keras Ini Penjelasan Pediatrik Mak Ayah Sila Take Note Memang kesian bila lihat anak selalu menangis susah nak buang air besar sebab sembelit dan najis keras Seringkali mak ayah tertanya tanya apa punc...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord

Terima Kasih Allah Kerana Menjadi Satu Satunya Harapanku Khaby Lame Tunai Ibadah Umrah Di Mekah