Tukar Presiden Atau Gerakan Jadi Usang Selamanya


MALAYSIAKINI
Bekas ketua pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo menggesa presiden parti Dominic Lau disingkir dan digantikan kerana telah "memalukan dan merosakkan" parti.
Dalam surat terbuka yang ditujukan kepada calon-calon pusat Gerakan yang dikongsi di Facebook, Loo menyebut Lau sebagai "bodoh" serta menyifatkan Lau sebagai gila publisiti.
Loo yang juga merupakan ketua Cabang Gerakan Jalan Muntri berkata ini menjadikan usaha menghidupkan kembali parti sia-sia.
"Tukar presiden sekarang atau Gerakan akan menjadi parti usang selamanya.
"Hentikan kegilaan publisitinya sekarang kerana dia telah memalukan parti secara terbuka.
"Dia tidak memiliki ketajaman politik. Dia tidak mempunyai hala tuju politik. Dia tidak mempunyai pertimbangan politik. Dia tidak mempunyai rancangan. Dia tidak mempunyai strategi. Dia tidak ada idea,” kata Loo.
"Dia membuang banyak masa yang diperlukan untuk kebangkitan semula Gerakan. Kita tidak boleh membuang masa kita kepadanya,” tambahnya.
Bercakap kepada News Straits Times, Loo menyifatkan Lau sebagai "oportunis" yang ingin meminta bantuan daripada pemimpin semasa.
"Kebelakangan ini, dia dipandang sebagai oportunis dengan berusaha mendapatkan sokongan bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dengan mengundangnya sebagai tetamu kehormat di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Gerakan, menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim di Pilihan Raya Kecil Port Dickson, menawarkan Mohamed Azmin Ali tempat di Gerakan semasa 'Langkah Sheraton' dan yang terbaru, menyatakan sokongan terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.
"Seseorang tidak boleh menjadi terlalu tidak berprinsip dalam politik tetapi Lau berjaya melakukannya.
"[...] Kepemimpinan sekarang gagal memenuhi harapan pendirian Gerakan. Mereka hanya mengejar kepentingan diri," katanya.
Sedangkan, kata Loo, pemimpin parti itu sebelum ini - Syed Hussein Alatas, Lim Chong Eu dan Lim Keng Yaik - merupakan individu yang mempunyai visi dan reformis.
Lau mengambil alih jawatan presiden Gerakan pada November 2018 setelah parti itu kalah kesemua kerusi dalam pilihan raya umum ke-14 dan seterusnya meninggalkan gabungan BN.
Susulan pertukaran kerajaan baru-baru ini, Gerakan di bawah kepimpinan Lau, telah mengumumkan sokongan terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Muhyiddin kini memimpin kerajaan Perikatan Nasional, yang juga terdiri daripada parti komponen BN.
Lau juga menyorot bahawa Gerakan tidak menolak kemungkinan bekerjasama dengan parti politik lain "demi kepentingan rakyat".


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/05/tukar-presiden-atau-gerakan-jadi-usang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pastikan Umno Sebagai Peneraju Kerajaan Atau Ditalqinkan Selamanya Khairy Kj

Pastikan Umno Sebagai Peneraju Kerajaan Atau Ditalqinkan Selamanya Khairy Kj

papar berkaitan - pada 12/5/2020 - jumlah : 393 hits
EMPENA dengan ulangtahun ke 74 UMNO sekarang berada di persimpangan jalan yang akan menentukan masa depan parti siasah yang paling besar bersejarah dan berpengaruh di Malaysia Halatuju yang kita bakal putuskan bersama boleh melihat kembalin...
Muhammadiyah Sebar Edaran Tak Ada Sholat Idul Fitri Di Masjid Atau Lapangan

Muhammadiyah Sebar Edaran Tak Ada Sholat Idul Fitri Di Masjid Atau Lapangan

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 451 hits
Pimpinan Pusat Muhammadiyah mengeluarkan Surat Edaran berkaitan dengan Tuntunan Shalat Idul Fitri Dalam Kondisi Darurat Pandemi Covid 19 Surat Edaran bermomor 04 EDR I 0 E 2020 tertanggal 14 Mei 2020 itu berisi tentang darurat Corona hingga...
Buat Janji Temu Online Sebelum Ke Jpn Daftar Kelahiran Kematian Atau Mohon Ic

Buat Janji Temu Online Sebelum Ke Jpn Daftar Kelahiran Kematian Atau Mohon Ic

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 1775 hits
Sebelum ini seperti yang diumumkan oleh Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob urusan pendaftaran kelahiran dan kematian bagi warganegara Malaysia dilanjutkan selama 90 hari sejurus tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ditamatkan ARTIKE...
Mui Tetapkan Hukum Salat Idul Fitri Di Rumah Boleh Berjamaah Atau Sendiri

Mui Tetapkan Hukum Salat Idul Fitri Di Rumah Boleh Berjamaah Atau Sendiri

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 455 hits
Majelis Ulama Indonesia mengeluarkan panduan Salat Idul Fitri 2020 bertepatan dengan masa pandemi Covid 19 Ketua Komisi Fatwa MUI Hasanuddin menyarankan masyarakat melaksanakan Salat Idul Fitri di rumah masing masing baik secara mandiri mau...
Cara Check Bil Elektrik Tanpa Register Atau Install Application Tnb

Cara Check Bil Elektrik Tanpa Register Atau Install Application Tnb

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 829 hits
Dah check ke bil api bulan ni kena berapa Terasa macam tak banyak guna elektrik bulan ni berbanding bulan sudah Janganlah dibuatnya bil melambung tinggi sudahlah Tapiii bil elektrik bulan ni pun tak sampai lagi Nak tunggu staff TNB datang a...
Oven Atau Ketuhar Yang Mana Sesuai Ya

Oven Atau Ketuhar Yang Mana Sesuai Ya

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 543 hits
KONGSI TIPS TENTANG KETUHAR Ketuhar yang mana sesuai ya Masya allah Ramai betul yang merasa sangat gembira bila saya berkongsi tips tentang suhu pembakaran kek dan biskut semalam Terharu saya kerana ramai yang sudi mendoakan kesejahteraan s...
9 Desain Rumah Type 36 Yang Cocok Untuk Pasutri Anyar Bisa Ada Musalanya Atau Dibikin 2 Kamar

9 Desain Rumah Type 36 Yang Cocok Untuk Pasutri Anyar Bisa Ada Musalanya Atau Dibikin 2 Kamar

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 378 hits
Kalau rezekinya baru cukup untuk beli rumah type 36 nggak masalah Toh yang penting pintar ngatur desainnya
Jangan Buat Perangai Boikot Atau Drama Murah 18 Mei Ini

Jangan Buat Perangai Boikot Atau Drama Murah 18 Mei Ini

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 481 hits
Muktamad 18 Mei ini hanya titah diraja sahaja tiada sidang selepas itu Friday May 15 2020 Kita minta ahli ahli parlimen 1 Jangan tunjuk keras kepala sabotaj atau boikot Itu kurang ajar dan menghina DYMM Agong namanya 2 Tolong jaga sedikit m...
Macc Arrests Former Agency Staff Suspected Of Misusing Zakat Funds Meant For 28 Recipients

Umno Pkr Leaders Mock New Ipr Coalition As Symbol Of Pn S Disunity

Quit Cabinet Post If Agc Files Appeal On Sabah Revenue Ruling Ewon Told

Dap Faces Uphill Battle To Hold Sabah S Chinese Vote Amid Growing Sabah For Sabahan Sentiment

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai

Pas Leaves It To Police To Probe Viral Audio Resembling Perlis Mb

Happy Deepavali 2025

Mic Ready To Move Forward With Or Without Bn


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Marjeena Cafe Parit Buntar

Sunyi Sepi Jam 2 00 Pagi Bahagia Klik Blog

Best Middle Eastern Braised Beef Recipe

Apocalypse Now Motorcycles To Outrun The Undead

Baby Shima X Mimpi Pap Pap Chord

Monolog Jiwa Khas Di Puncak Yang Tak Kembali