Tukar Pm Segera Atau Boleh Dikemudiankan
Shakira Buang 
    Penyerahan kuasa perdana menteri daripada Dr Mahathir Mohamad kepada  Presiden PKR, Anwar Ibrahim, harus berlaku dalam penggal ini, kata  penganalisis politik jika PH mahu benar-benar bersedia menghadapi  pembangkang dapam PRU akan datang.
Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani  dari Universiti Utara Malaysia berkata, ia juga perlu dilakukan  sekurang-kurangnya dua tahun sebelum tarikh PRU ke-15 diadakan.
Menurutnya,  tempoh itu dirasakan perlu kerana Anwar - sebagai perdana menteri -  memerlukan masa mempersiapkan PH bagi mendapatkan keyakinan dan mandat  rakyat negara ini terus menjadi kerajaan.
"Peralihan kepemimpinan  harus berlaku dalam penggal ini dan untuk lebih adil kepada Anwar, ia  perlu berlaku sekurang-kurangnya dua tahun sebelum PRU ke-15.
"Tempoh  itu perlu agar Anwar memperkuatkan PH dan pada masa sama meneruskan  agenda Mahathir memantapkan ekonomi dan politik negara," katanya kepada Malaysiakini.
Azizudin  berkata demikian sebagai mengulas isu kewajaran Mahathir perlu  dikekalkan sebagai perdana menteri sehingga habis penggal kali ini.  Mengikut perlembagaan mandat kerajaan PH akan berlanjutan sehingga 2023.
Bagaimanapun, menjadi kebiasaan bagi kerajaan sebelum ini mengadakan PRU sebelum mandat tersebut berakhir secara automatik.
Tidak  seperti kebanyakan negara lain, kerajaan setakat ini tidak mengumumkan  tarikh PRU lebih awal, sebaliknya diumumkan pada saat-saat akhir,  menjadikan kerajaan semasa memiliki kelebihan mengadakan persiapan  berbanding pembangkang.
Mungkin ada perjanjian Menteri  Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali, sebelum ini berkata Mahathir perlu diberi  peluang memimpin negara hingga ke penggal semasa berakhir bagi menjamin  kestabilan, kesinambungan dan ketuntasan dasar-dasar kerajaan.
Timbalan  Presiden PKR itu berkata demikian bagi mengalu-alukan kenyataan  Presiden PAS Abdul Hadi Awang yang menegaskan pendirian parti itu dan  sekutunya Umno kepada Mahathir.
Untuk rekod, kenyataan itu dibuat ketika pertembungan dalaman PKR di antara kumpulan Anwar dan Azmin semakin menghangat.
Gambar failPada  masa sama Mahathir berulang kali menegaskan beliau akan menepati janji  untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar seperti yang dipersetujui sebelum  PRU ke-14 tahun lalu.
Mengulas lanjut, Azizudin berkata  pertukaran kepemimpinan kerajaan seperti yang dibayangkan PAS dan Azmin  adalah tidak selari dengan perjanjian asal PH.
"Menunggu sehingga  habis tempoh penggal kerajaan sebenarnya menjelaskan tidak berlakunya  peralihan kuasa kerana peralihan berlaku melalui pilihan raya yakni PRU  ke-15.
"Ini saya rasa mungkin tidak selari dengan wisdom penjanjian peralihan kuasa.
"Saya  rasa perdana menteri dan Anwar mungkin ada perjanjian antara mereka.  Paling awal pun saya rasa adalah tahun depan," katanya.
Lebih faham berbanding orang lain Ditanya  kesesuaian keadaan politik semasa negara bagi menjayakan peralihan  kuasa itu, ini jawab Azizudin: "Secara umum, negara kita wujud keadaan  yang stabil sekiranya dibandingkan dengan negara lain. Faktor kesesuaian  juga amat subjektif. Paling penting ialah kesepakatan dalam PH yang  akan menentukanmasa paling sesuai untuk melakukan peralihan kuasa  tersebut."
Sementara itu, Pensyarah Sosiologi Politik Universiti  Sains Malaysia Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata Mahathir boleh terus  kekal sebagai perdana menteri selagi beliau berasakan ia perlu berbuat  demikian.
Menurut Sivamurugan, hal itu kerana pemimpin berusia 94 tahun itu lebih arif dengan masa yang diperlukannya.
Sivamurugan"Mahathir  menyatakan mahu memulihkan beberapa keadaan (negara) supaya pengganti  beliau (dapat) ambil alih kerajaan yang sudah diurus dengan baik.
"Keputusan  tempoh (peralihan kuasa) boleh diputuskan oleh beliau sama ada habis  penggal kerana beliau arif masa yang diperlukan," katanya kepada  Malaysiakini.
Malah, kata Sivamurugan sebagai orang yang dekat  dengan perdana menteri, Anwar pastinya memahami Mahathir lebih daripada  orang lain.
Baca Amirudin: Saya tak hadir kerana terperangkap dalam trafik
"Barangkali  perbincangan agenda negara diteruskan dan beliau bersama Mahathir  membina negara secara berterusan. Transisi perlu berlaku licin dan  lancar iaitu apabila kedua-duanya sudah bersedia untuk pertukaran baton  kepimpinan," katanya.
Isu peralihan kuasa antara Mahathir kepada  Anwar terus dipersoalkan dengan beberapa pihak tampil menyatakan  sokongan agar Mahathir kekal sehingga habis penggal, sementara pihak  lain mempersoalkan tempoh peralihan kuasa.
Terbaru, tiga Adun Selangor menyatakan sokongan dengan cadangan Azmin agar Mahathir kekal sehingga habis penggal.
Timbalan  Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, pula menggesa semua parti politik  supaya mendukung Mahathir sebagai perdana menteri hingga pembubaran  parlimen atau akhir penggal.
Katanya, ini kerana supaya semua pihak terutama sektor swasta kembali yakin dengan kestabilan politik negara. 
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/tukar-pm-segera-atau-boleh-dikemudiankan.html