Tukar Kad Debit Maybank Di Kiosk Cepat Dan Mudah
Tukar kad debit Maybank di kiosk, cepat dan mudah.
Bulan 8 yang lepas ada dapat SMS dari pihak Maybank, remind saya untuk tukar kad debit/ ATM Maybank yang akan tamat tempoh pada bulan 10/2022. Mujurlah ada SMS reminder ni, kalau tak pakat lupa lah nampaknya.
Walau pun setiap hari guna kad tu, kadang-kadang tak membelek juga tempoh sah kad situ.
Memang semua maklum kan, selain guna online di maybank2u, kita pun boleh pergi ke kiosk Maybank untuk buat penukaran kad. Pada saya cara ni lagi cepat dan pantas sebab boleh dapat kad baru on the spot. Berbanding buat permohonan kad secara online, kad akan diterima dalam masa 9 hari bekerja.
Senarai lokasi kiosk Maybank setiap negeri
Sebelum tu, sila semak senarai cawangan Maybank yang ada perkhidmatan kiosk ini di lokasi ini. Bila dah tau lokasi yang ada khidmat kiosk ni, lagilah mudah korang nak settlekan pertukaran kad.
Nampaknya urusan saya tukar kad ni pun cepat je sebab lengang takde orang pun. Takdelah kita pun jadi nervous sebab yelah first time nak guna kan. Biasa bolehla refer orang depan, tapi ikutkan mudah je caranya. Kat kiosk tu pun ada arahan.
BACA -> Semak Akaun Tabung Haji di Maybank2U
Dokumen apa yang perlu bawa?
Ok, pastikan sebelum korang pergi ke mana-mana kiosk Maybank yang ada kemudahan ni, sila bawa bersama Kad ATM/ Debit yang ada bersama dengan kad pengenalan. Sebab 2 dokumen ni amat perlu sewaktu kita nak berurusan di kiosk tu.
Sewaktu saya sampai di Maybank Sunway Giza Kota Damansara, memang takde orang pun yang sedang beratur di kiosk ni. Memang waktu tu sempatlah saya baca arahan dan ianya sangat mudah difahami dan diikuti.
Jangan risau, walau pun first time guna, boleh ikuti je arahan di skrin yang terpapar. Memang senang!
Kat sini perlu masukkan kad pengenalan dan thumbprint juga
Antara pilihan kad debit yang ada
Langkah-langkah tukar kad Maybank di kiosk
Yang pasti, mula-mula touch skrin dan pilih menu Debit Card Replacement.
Kemudian, kita kena masukkan kad ATM yang lama dan selepas tu masukkan no pin.
Selepas masukkan no pin, pilih kad apa yang korang nak. Kad ni adalah spesifikasi setiap kad tu. Antaranya pilihan kad Visa atau Master. Platinum atau debit biasa. Kalau ikutkan perbezaan adalah dari segi limit penggunaan.
Selepas kad dipilih, masukkan pula Kad pengenalan korang dan sila thumb print kat tempat sedia ada.
Kad baru akan diproses dan taraaaa!!! Kad baru pun dah siap sedia di print dan boleh pakai terus.
Kad lama kita tu takkan dapat semula ya, memang akan diambil terus di mesin tu.
Happy dapat kad baru hhahah
Pertukaran kad Debit/ ATM maybank secara online
Macam yang saya bagitau tadi, kalau nak buat pertukaran kad Maybank secara online pun boleh. Mudah juga dan kad baru akan dihantar dalam masa 9 hari bekerja. Cara-caranya boleh rujuk di bawah ni ya.
How do I apply for a Maybank Debit Card replacement via Maybank2u?
Step 1: Log in to Maybank2u (www.maybank2u.com.my)
Step 2: Go to ‘SETTINGS’ and select ‘CARDS’
Step 3: Under ‘Manage Debit Cards’, go to ‘Debit Card – Replace, Activate & Block’ and select ‘Replace Card’
Step 4: Follow instructions to complete steps and click ‘Submit’
Kalau ikutkan tiada caj yang akan dikenakan untuk pertukaran kad yang baru. Tapi kebiasaannya akan ada yearly caj yang akan ditolak terus dari akaun Maybank kita.
Apa yang patut dibuat selepas dapat kad baru?
Bila dah selesai pertukaran kad ATM/ Debit Maybank di kiosk ni, saya tak perlu buat apa-apa activation di Maybank2U. Boleh terus guna je untuk pembelian.
Ok dah settle tukar kad baru sebelum tarikh tamat tempoh. Pada yang nak buat pertukaran kad, semoga entri Tukar kad debit Maybank di kiosk ini menjadi panduan.
The post Tukar kad debit Maybank di kiosk, cepat dan mudah appeared first on Ajumohit.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.ajumohit.com/2022/09/tukar-kad-debit-maybank-di-kiosk-cepat-dan-mudah.html