Tukang Gunting Rambut Gembira Dapat Bernafas Semula




KUALA TERENGGANU, 7 Jun — Keputusan kerajaan membenarkan perkhidmatan gunting rambut beroperasi semula mulai Rabu ini ternyata memberi kegembiraan kepada tukang gunting kerana mereka dapat ‘bernafas semula’ setelah tiada pendapatan hampir tiga bulan.
Pengasas Matt Barber Shop, Mohd Yusof Taib, 38, berkata meskipun prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan agak ketat berbanding sektor lain, beliau tetap bersyukur kerana sekurang-kurangnya seramai 60 pekerjanya dapat kembali bekerja.
“Saya kasihankan para pekerja kerana pendapatan mereka memang terjejas teruk. Segala SOP seperti perlu memakai apron pakai buang dan sarung tangan baharu untuk setiap pelanggan akan dipatuhi asalkan mereka boleh kembali bekerja.
“Bagi pihak saya pula walaupun sepanjang PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tiada sebarang pendapatan tetapi terpaksa menanggung lebih RM30,000 sebulan termasuk kos sewa premis, bil internet dan sebagainya. Sehinggakan terpaksa membuat pinjaman kerana simpanan yang ada mulai menyusut,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini, hari ini.
Namun, Mohd Yusof mengakui akan menaikkan caj sebanyak RM5 untuk setiap perkhidmatan di 10 cawangan kedai guntingnya di Terengganu dan Kuantan, Pahang bagi menampung kos penyediaan peralatan pematuhan SOP seperti membeli cecair pembasmi kuman, apron pakai buang dan sarung tangan.
“Hendak buka semula kedai pada Rabu ini pun lebih kurang RM2,000 terpaksa diperuntukkan untuk setiap cawangan bagi membeli peralatan keselamatan dan kos upah untuk operasi nyahkuman. Tukang gunting juga terpaksa tukar apron pakai buang dan sarung tangan untuk setiap pelanggan.
“Semua peralatan seperti gunting dan pisau cukur perlu dinyahkuman setiap kali bertukar pelanggan dan kita terpaksa menggunakan cecair pembasmi kuman yang berkualiti dan sedikit mahal bagi memastikan peralatan tidak mudah berkarat. Jadi, kita harap pelanggan faham kenapa caj tambahan terpaksa dikenakan,” katanya.
Selain itu, Mohd Yusof berkata pihaknya menjangkakan akan hanya menerima sehingga 70 pelanggan dalam sehari berbanding lebih 100 sebelum ini berikutan terpaksa mengurangkan jumlah pelanggan dalam satu-satu masa bagi mematuhi jarak antara kerusi tukang gunting, sekurang-kurangnya dua meter.
Semua pekerja akan diberikan taklimat secara berperingkat mulai esok bagi memastikan mereka betul-betul memahami dan mematuhi segala SOP yang ditetapkan.
Dalam pada itu, Mohd Yusof menyeru kepada semua pemilik kedai gunting rambut supaya mematuhi SOP yang diberikan bagi memastikan kebenaran untuk beroperasi ini tidak akan ditarik semula.
“Memang SOP agak ketat tetapi kita kena patuhi. Bayangkan kalau kita tidak ikut (SOP) dan kes COVID-19 meningkat semula atau wujudnya kluster gunting rambut, kita terpaksa tutup kedai dan tanggung kerugian lagi,” katanya.
Sementara itu, Ahmad Tarmizi Abdul Rashid, 36, yang mempunyai dua cawangan kedai gunting rambut di sekitar Kuala Terengganu berkata pihaknya tidak mahu tergesa-gesa membuka kedai pada Rabu ini dan akan hanya kembali beroperasi pada 15 Jun nanti.
Hal ini kerana beliau mahu betul-betul memahami SOP menggunting rambut pelanggan yang dikenakan dan ingin melihat terlebih dahulu kaedah keselamatan dan kebersihan yang diamalkan oleh kedai gunting rambut yang lain.
“Saya tengok SOP agak ketat jadi saya mahu ‘study’ (kaji) dahulu sebab takut kalau kita tidak ikut SOP bukan sahaja kena saman tetapi berisiko berlakunya penyebaran COVID-19. Malah, ada juga pekerja saya yang masih risau akan keselamatan diri apabila kembali bekerja,” katanya.
— BERNAMA




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/06/07/tukang-gunting-rambut-gembira-dapat-bernafas-semula/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tukang-gunting-rambut-gembira-dapat-bernafas-semula

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Melaka Larang Kedai Gunting Rambut Pasar Malam Beroperasi Semula

Melaka Larang Kedai Gunting Rambut Pasar Malam Beroperasi Semula

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 430 hits
Sulaiman Md Ali berkata pembukaan sektor ekonomi khususnya pasar pagi malam dan bazar ria melibatkan kumpulan besar pada satu satu masa jadi ia perlu dirancang dan dilaksana secara terperinci agar Covid 19 dapat dikekang MELAKA Melaka belum...
Kedai Gunting Rambut Pasar Terbuka Pasar Pagi Pasar Malam Dan Bazaria Dibuka Semula Dengan Sop Ketat

Kedai Gunting Rambut Pasar Terbuka Pasar Pagi Pasar Malam Dan Bazaria Dibuka Semula Dengan Sop Ketat

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 708 hits
Kerajaan akan membenarkan pasar terbuka pasar pagi pasar malam serta bazaria beroperasi mulai 15 Jun 2020 dengan SOP yang ketat Menurut Menteri Kanan YB Dato Sri Ismail Sabri Yaakob waktu operasi pasar pasar ini juga turut telah ditetapkan ...
Kkm Sahkan Tukang Gunting Rambut Warga Asing Positif

Kkm Sahkan Tukang Gunting Rambut Warga Asing Positif

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 338 hits
Sebelum ini ada berita mengatakan seorang tukang gunting rambut didapati positif Covid 19 dan hari ini pihak Kementeri Kesihatan Malaysia telah mengesahkan perkara itu Dari apa yang dimaklumkan dipercayai tukang guntung rambut itu adalah wa...
Tambah Rm5 Tukang Gunting Rambut Harap Pelanggan Faham

Tambah Rm5 Tukang Gunting Rambut Harap Pelanggan Faham

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 347 hits
Pengusaha kedai gunting rambut akan menaikkan caj sebanyak RM5 untuk setiap perkhidmatan Foto oleh Miera ZulyanaKUALA TERENGGANU 7 Jun Keputusan kerajaan membenarkan perkhidmatan gunting rambut beroperasi semula mulai Rabu ini ternyata memb...
Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Semula Mengikut Sop Bermula 10 Jun

Kedai Gunting Rambut Dibenarkan Beroperasi Semula Mengikut Sop Bermula 10 Jun

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 518 hits
Sejak mula Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan dapat dilihat sejumlah besar kedai serta premis terpaksa ditutup dalam usaha untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID 19 Hampir tiga bulan dijalankan nampaknya PKP dan PKPB sudah mul...
Tukang Gunting Rambut Warga Pakistan Positif Covid 19 40 Kontak Rapat Dikenal Pasti

Tukang Gunting Rambut Warga Pakistan Positif Covid 19 40 Kontak Rapat Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 437 hits
Seramai 40 orang kontak rapat bagi seorang tukang gunting rambut warga Pakistan positif COVID 19 yang bekerja di sebuah kedai gunting rambut di Kuala Lumpur telah dikenal pasti Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ...
Sop Kedai Gunting Rambut Dan Pasar Malam Apa Yang Anda Perlu Tahu

Sop Kedai Gunting Rambut Dan Pasar Malam Apa Yang Anda Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 2140 hits
Sejak kes convid19 mula mereda di Malaysia kerajaan telah mula membenarkan beberapa lagi sektor ekonomi untuk beroperasi Terbaru adalah sektor kecantikan dan penjaja pasar malam dan pagi dengan SOP yang ketat perlu di ikuti oleh peniaga dan...
Perkhidmatan Gunting Rambut Amp Kecantikan Dibenar Operasi Mulai 10 Jun

Perkhidmatan Gunting Rambut Amp Kecantikan Dibenar Operasi Mulai 10 Jun

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 300 hits
Selepas dua bulan permasalahan disuarakan rakyat sejak tempoh Perintah Kawalan Pergerakan perkhidmatan menggunting rambut dan kecantikan dibenarkan untuk beroperasi bermula 10 Jun ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ber
Millennium Hotels And Resorts Marks Three Decades In Hospitality

Risiko Asteroid Hentam Bumi Meningkat Nasa

Pac Urges Govt To Tap Local Firms To Cut Healthcare Costs

Online Presence Is Critical For Business

Sambal Tempe Kangkung Buat Pedas Lagi Sedap

Tekanan Perasaan Masalah Kewangan Punca Lelaki Bunuh Isteri

Huawei Mate Xt Dengan Inovasi Tri Fold Mencuri Tumpuan Di Pavilion Kuala Lumpur

Gummy Eyeball Bawa Maut Mak Ayah Minta Haramkan Penjualan Jajan Merapu


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Pgzeed42 Bonuses Promotions Your Ticket To Jackpot Success

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob Tak Sedarkan Diri Dikejarkan Ke Hospital

Ura Kekalkan Ambang Persetujuan 100 Peratus Pemilik Tanah Akmal

Ura Jangan Sampai Sudah Terhantuk Baru Terngadah