Tujuh Sunnah Sambut Kelahiran Bayi Dalam Islam Bakal Mak Ayah Kena Tahu Ni


Apa persediaan mak ayah untuk menyambut kelahiran si comel? Jangan dilupakan ada amanah yang perlu dilaksana dan ini merupakan sunnah dilakukan oleh bakal ibu bapa ketika menyambut kelahiran anak.

Ikuti panduan ini:
Sesuai dengan firman Allah dalam surah As-Syura, disebutkan bagaimana Allah memberikan anak-anak lelaki dan perempuan sebagai salah satu anugerah kepada siapa yang Dia kehendaki.
(49)لِلَّهِ مُلْكُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۚ يَخْلُقُ مَا يَشَاءُ ۚ يَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ إِنَاثًا وَيَهَبُ لِمَنْ يَشَاءُ الذُّكُورَ
(50)أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا ۖ وَيَجْعَلُ مَنْ يَشَاءُ عَقِيمًا ۚ إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ
Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada siapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.

1. MENGAZANKAN BAYI
Cara azan bayi baru lahir adalah pada telinga kanan bayi lelaki dan perempuan secara sederhana laungannya. Antara manfaat azan adalah menanamkan benih keimanan dalam hati bayi sejak kecil lagi.
Menurut Dr Muhammad Noor, adapun amalan ini sebenarnya dinilai sebagai hadis dhoif, para fuqaha mazhab Syafie, Hambali, dan Hanafi menggalakkan atas dasar sebuah hadis sahih yang menyebutkan bahawa syaitan lari apabila mendengar suara azan.
2. MENTAHNIK
Mentahnik adalah meletakkan kurma yang telah dikunyahkan dan digosokkan ke lelangit bayi baru lahir. Jika tidak mendapati kurma untuk mentahnik, maka boleh digantikan dengan yang makanan lain yang manis seperti madu.
Dari Abu Musa Al-Asy’ari, ia berkata.
“Anak lelakiku baru saja lahir, lantas aku membawanya kepada Rasulullah SAW. Sesampainya di hadapannya, Baginda memberinya nama Ibrahim, lalu mentahniknya dengan kurma dan memohonkan keberkatan baginya, setelah itu menyerahkan kembali bayi itu kepadaku.” (Hadis Riwayat Bukhari Dan Muslim)

3. MENAMAKAN BAYI PADA HARI PERTAMA ATAU KE-7
Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak.
Memberikan nama kepada anak seeloknya dibuat dengan memperhatikan makna dari nama tersebut, bukan sekadar mengikut trend. Nama-nama yang dianjurkan adalah nama-nama malaikat, nama para nabi serta nama-nama mudah dan ringkas agar ia tidak mengelirukan.
4. MENCUKUR RAMBUT
Mencukur rambut sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah. Dari segi kesihatan, ia dapat membersihkan saki baki kotoran pada kepala bayi semasa di dalam rahim. Rambut yang dicukur kemudiannya akan ditimbangkan dan disedekahkan dengan wang emas.
Selalunya majlis kenduri aqiqah diadakan sekali dengan majlis mencukur rambut yang orang kita panggil ‘cukur jambul’.
Perlu diingat, sunnahnya adalah mencukur keseluruhan rambut dan bukanlah menggunting sedikit rambutnya.
Elakkan melakukan amalan adat seperti menggunakan buah kelapa, garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak yang menyerupai budaya Hindu.

5. AQIQAH
Aqiqah adalah ibadah menyembelih haiwan sebagai tanda syukur kepada Allah atas bayi yang baru lahir. Hukumnya adalah sunat muakkad. Bagi yang mampu, bolehlah melakukan ibadah ini buat bayi mereka dengan menyembelihkan 2 ekor kambing bagi bayi lelaki dan 1 ekor kambing bagi bayi perempuan. Ini selari dengan sebuah hadis:
Rasulullah bersabda: “Barangsiapa diantara kalian yang ingin menyembelih (kambing) kerana kelahiran bayi maka hendaklah ia lakukan untuk laki-laki dua kambing yang sama dan untuk perempuan satu kambing.” (Sanadnya Hasan, Hadis Riwayat Abu Dawud)
Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak.
6. BERSUNAT
Terdapat banyak kebaikan bersunat dari segi kesihatan untuk lelaki mahupun perempuan. Antaranya adalah mencegah penyakit berjangkit yang berkaitan dengan organ genital dan melindungi syahwat.
Ada beberapa hadis Nabi S.A.W dan pandangan ulama tentang usia yang sesuai untuk khatankan anak lelaki. Ada sebahagian besar ulama juga berpendapat, khatan wajar dilakukan semasa anak lelaki meningkat umur baligh dan ada juga yang menganjurkan seawal kelahiran. Contohnya:
Dari Saidatina Aisyah berkata: “Sesungguhnya Nabi SAW telah mengkhatankan Hasan dan Husin pada hari ketujuh kelahiran mereka berdua.” (HR; Imam al-Baihaqi dan al-Hakim)
Bagi bayi perempuan pula, kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai. Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang.
Meskipun ianya dikecam di sesetengah negara Barat, kita perlu faham bahawa apa yang disunatkan oleh Islam adalah cara bersunat yang sekadarnya dan bukanlah berlebihan sehingga menyebabkan kesakitan melampau, apatah lagi kecacatan anggota.

7. SUJUD SYUKUR
Melakukan sujud syukur merupakan salah satu tanda kesyukuran kepada Allah apabila dikurniakan sesuatu nikmat atau terlepas daripada bahaya.
Dari Abu Bakar RA, bahawa Nabi Muhammad SAW biasanya apabila menerima berita yang mengembirakan Baginda terus sujud kepada Allah. (Riwayat Abu Dawud)
Mudah-mudahan sedikit perkongsian ini dan berkat doa semua kita dianugerahkan cahaya mata yang menjadi penyejuk hati dan sayang pada agama insyaAllah.
Menarik: Uqasha Senrose Tayang Wajah Anak Selepas Dua Bulan, “Comelnya Macam Ibu”?
Majlis Aqiqah & Kesyukuran Anak Kamal Adli, Uqasha Meriah, Cantik Serba Merah Jambu
Dato Siti Nurhaliza Tak Fokus Hamil Lagi, Mahu Jaga Kesihatan, “Dulu Ada Masalah Uri Melekat”

Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Rugi kalau tak join, penyertaan percuma! Daftar sekarang dengan klik saja di sini 👇🏼https://docs.google.com/forms/d/1ri7TZR7G3fyj2GXVQDHoBaEyhUkdGoF3KZZJt18GmEQ/edit?usp=forms_home&ths=true
Dah daftar terus join Grup Telegram di bawah 👇🏻
https://t.me/+t5RGPHBUsBQ4NTU1  untuk kita kongsikan segala info dan link Webinar!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Kredit: Qurban.com
The post Tujuh Sunnah Sambut Kelahiran Bayi Dalam Islam, Bakal Mak Ayah Kena Tahu Ni! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tujuh-sunnah-sambut-kelahiran-bayi-dalam-islam-bakal-mak-ayah-kena-tahu-ni/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ayah Selalu Puji Mak Orang Baik Tapi Bila Ayah Meninggal Aku Nekad Cari Mak Tapi Mak Halau Aku Ayah Tipu Aku Ke

Ayah Selalu Puji Mak Orang Baik Tapi Bila Ayah Meninggal Aku Nekad Cari Mak Tapi Mak Halau Aku Ayah Tipu Aku Ke

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 136 hits
Aku Linda aku sekarang dah berumur 26 tahun dan aku masih bujang Aku nak buat satu confession about aku yang merupakan anak yang selalu dianggap sebagai pembawa maIang oleh mak aku sendiri iaitu wanita yang menumpangkan rahimnya 9 bulan 10 ...
Disiplinkan Anak Tidur Awal Mak Ayah Boleh Cuba Cara Ini

Disiplinkan Anak Tidur Awal Mak Ayah Boleh Cuba Cara Ini

papar berkaitan - pada 11/7/2024 - jumlah : 215 hits
anak tidur awal mak ayah boleh cuba cara ini Mengatur disiplin untuk anak bukanlah tugas yang mudah jika tidak mengetahui cara yang betul Ramai ibu bapa mengeluh apabila tidak mahu tidur awal malah ada yang masih segar sehingga tengah malam...
Anak Sulung Sangat Istimewa Iqnya Tinggi Mak Ayah Didiklah Cara Betul

Anak Sulung Sangat Istimewa Iqnya Tinggi Mak Ayah Didiklah Cara Betul

papar berkaitan - pada 9/7/2024 - jumlah : 141 hits
Anak sulung sangat intimewa IQnya tinggi Mak ayah didiklah cara betul Anak sulung penghuni pertama yang menghuni rahim seorang ibu Inilah anak yang ditunggu tunggu oleh setiap suami isteri selepas mendirikan rumah tangga Anak Sulung Sangat ...
Mak Ayah Anggap Saya Bodoh Lepas Dapat 5c Dalam Spm Akhirnya Bila Saya Buktikan Buat Mereka Terduduk

Mak Ayah Anggap Saya Bodoh Lepas Dapat 5c Dalam Spm Akhirnya Bila Saya Buktikan Buat Mereka Terduduk

papar berkaitan - pada 8/7/2024 - jumlah : 135 hits
KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia dianggap menjadi penentu hala tuju kehidupan setiap remaja sebelum mereka melangkah ke alam dewasa Di platform X seorang remaja perempuan berkongsi kisahnya yang meraih keputusan 5C 1D dan 1E dalam peperik...
Anak Gayat Bila Tempat Tinggi Tak Duduk Diam Mak Ayah Kena Peka Ini Jangan Abai

Anak Gayat Bila Tempat Tinggi Tak Duduk Diam Mak Ayah Kena Peka Ini Jangan Abai

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 162 hits
Anak bila tempat tinggi tak duduk diam mak ayah kena peka ini jangan abai Rangsang deria vestibular untuk perkembangan emosi sosial dan komunikasi anak Anak anak bawah 5 tahun perlu mahir menggunakan deria badan sebelum menguasai asas pra a...
Anak Mengadu Kena Buli Mak Ayah Jangan Buat Tak Kisah

Anak Mengadu Kena Buli Mak Ayah Jangan Buat Tak Kisah

papar berkaitan - pada 22/7/2024 - jumlah : 103 hits
Semakin anak membesar semakin mencabar tugas dan tanggungjawab ibu bapa terutama ketika mereka bersekolah Salah satu masalah yang sering dipandang biasa adalah kes buli di sekolah Jangan sesekali pandang mudah Ambil kira apa jua aduan dari ...
Permohonan Mykid Dibuka Semula Mak Ayah Jangan Terlambat

Permohonan Mykid Dibuka Semula Mak Ayah Jangan Terlambat

papar berkaitan - pada 25/7/2024 - jumlah : 161 hits
Permohonan MyKid akan dibuka semula di semua Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara mulai 29 Julai ini JPN dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan MyKid sebelum ini ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip ...
Kelas Antenatal Penting Untuk Bakal Ibu Lebih Bersedia Urus Bayi

Kelas Antenatal Penting Untuk Bakal Ibu Lebih Bersedia Urus Bayi

papar berkaitan - pada 18/7/2024 - jumlah : 141 hits
Kelas antenatal bukan sekadar satu trend terkini tetapi ia membekalkan bakal ibu untuk bersedia sepenuhnya untuk menempuh fasa baru Begitu juga dengan bakal bapa Bagi yang tidak tahu kelas antennal juga akan memberikan maklumat berharga sep...
Anak Sakit Gigi Mak Ayah Boleh Cuba Buat Sendiri Rawatan Ini Di Rumah Untuk Legakan Rasa Sakit

Anak Sakit Gigi Mak Ayah Boleh Cuba Buat Sendiri Rawatan Ini Di Rumah Untuk Legakan Rasa Sakit

papar berkaitan - pada 24/7/2024 - jumlah : 141 hits
Anak sakit gigi mak ayah boleh cuba buat sendiri rawatan ini di rumah untuk legakan rasa sakit Setiap kali sakit gigi sudah pasti anda akan terbayang doktor gigi dan klinik gigi yang sangat menakutkan itu Anak Sakit Gigi Mak Ayah Boleh Cuba...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization