Tujuh Daripada Sembilan Sistem Utama Bumi Berada Dalam Keadaan Berisiko Laporan Pik


 Tujuh Daripada Sembilan Sistem Utama Bumi Berada Dalam Keadaan Berisiko – Laporan PIK
BERLIN, 25 Sept (Bernama-dpa) — Sebahagian besar fungsi penting planet ini berada dalam keadaan berisiko, menurut laporan baharu yang dikeluarkan pada Rabu oleh Institut Penyelidikan Kesan Iklim Potsdam (PIK), lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Laporan bertajuk Planetary Health Check yang disediakan oleh sekumpulan saintis iklim itu menunjukkan bahawa tujuh daripada sembilan had tekanan kritikal telah melepasi tahap selamat, dengan pengasidan laut kini muncul sebagai kebimbangan baharu akibat penurunan tahap pH air laut.
Kajian itu menilai keadaan semasa Bumi berdasarkan sempadan planet — sembilan proses utama yang mengawal kestabilan, daya tahan dan fungsi penting yang menyokong kehidupan, menurut laporan tersebut.
“Lebih tiga perempat daripada fungsi sistem penting Bumi kini tidak lagi berada dalam had selamat. Manusia sedang meninggalkan ruang operasi yang selamat sekali gus meningkatkan risiko ketidakstabilan planet,” kata Pengarah PIK, Johan Rockström yang juga pengarang bersama laporan itu.
Menurut laporan berkenaan, tujuh had yang telah melepasi tahap selamat ialah perubahan iklim, integriti biosfera, perubahan guna tanah, perubahan sistem air tawar, gangguan kepada kitaran nitrogen dan fosforus, input bahan buatan manusia, serta pengasidan laut.
Penyelidik menyatakan dua had lain masih berada dalam tahap selamat iaitu pendedahan kepada aerosol (pencemaran udara) dan lapisan ozon.
Sebaik sahaja sesuatu had dilepasi, risiko kerosakan kekal terhadap fungsi penting Bumi akan meningkat, selain kemungkinan titik kritikal dicapai yang menyebabkan perubahan menjadi tidak boleh dipulihkan, jelas para penyelidik.
Saintis memantau had tersebut menggunakan penunjuk utama. Berdasarkan laporan Planetary Health Check, punca utama pengasidan laut ialah pembakaran bahan api fosil, yang diperburukkan lagi oleh penebangan hutan dan perubahan guna tanah.
Lautan menyerap sejumlah besar karbon dioksida yang dihasilkan manusia daripada atmosfera, menyebabkan air laut menjadi semakin berasid.
Akibat faktor tersebut, peranan lautan sebagai penstabil sistem Bumi kian berkurangan, menurut pasukan penyelidik itu.
Kesan dapat diperhatikan dengan jelas: terumbu karang air sejuk, terumbu tropika dan ekosistem Artik kini berada di bawah tekanan. Selain itu, wujud kesan negatif terhadap keseluruhan rantaian makanan serta keselamatan makanan, termasuk kepada manusia.
Menurut PIK, siput laut kecil yang dikenali sebagai siput bersayap sudah menunjukkan kerosakan pada cengkerang mereka. Haiwan ini merupakan sumber makanan penting kepada ikan dan paus.
Sumber: BERNAMA-dpa
The post Tujuh Daripada Sembilan Sistem Utama Bumi Berada Dalam Keadaan Berisiko – Laporan PIK appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/25/tujuh-daripada-sembilan-sistem-utama-bumi-berada-dalam-keadaan-berisiko-laporan-pik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keadaan Trafik Di Beberapa Laluan Utama Seluruh Semenanjung Malaysia

Keadaan Trafik Di Beberapa Laluan Utama Seluruh Semenanjung Malaysia

papar berkaitan - pada 22/9/2025 - jumlah : 1323 hits
Keadaan Trafik Di Beberapa Laluan Utama Seluruh Semenanjung Malaysia memaklumkan keadaan trafik di beberapa laluan utama seluruh Semenanjung Malaysia setakat jam 9 51 malam tadi bergerak perlahan khususnya di Lebuhraya Utara Selatan Antara ...
Kapal Perang Israel Hampiri Bot Utama Rosakkan Sistem Komunikasi

Kapal Perang Israel Hampiri Bot Utama Rosakkan Sistem Komunikasi

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 165 hits
KOSMO Tangkap layar video memaparkan sebuah kapal Israel menghampiri konvoi GSF hari ini PETALING JAYA Kapal tentera Israel telah menghampiri misi Global Sumud Flotilla selain membuat ugutan dan merosakkan sistem komunikasi bot bot konvoi b...
Hamidin Berada Di Zurich Kemuka Rayuan Penggantungan Pemain Warisan Negara

Hamidin Berada Di Zurich Kemuka Rayuan Penggantungan Pemain Warisan Negara

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 467 hits
Hamidin Berada Di Zurich Kemuka Rayuan Penggantungan Pemain Warisan Negara Presiden Kehormat Persatuan Bolasepak Malaysia Tan Sri Haji Hamidin Haji Mohd Amin dilaporkan sudah berada di ibu pejabat FIFA di Zurich Switzerland Menurut portal S...
Yb Qazaf Berada Di Luar Kotak Walaun Kata Hebat La Tu Tunggang Macam Macam Dah Satu Habuk Pun Tarak Kat Negeri Kedah

Yb Qazaf Berada Di Luar Kotak Walaun Kata Hebat La Tu Tunggang Macam Macam Dah Satu Habuk Pun Tarak Kat Negeri Kedah

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 2517 hits
Ni bukan berpikir diluar kotak tapi beraksi diluar Katanya aksi ni dibuat sebab nak dekat dengan anak2 muda yg suka remp2 motor tu yg aksi remp2 motor dalam dewan perlu dilakukan Kami dah besa tunggang macam2 isu apalah sangat kalau tunggan...
Sumud Flotilla Aktiviti Dron Meningkat Di Ruang Udara Para Peserta Gsf Dalam Keadaan Sentiasa Berjaga Jaga

Sumud Flotilla Aktiviti Dron Meningkat Di Ruang Udara Para Peserta Gsf Dalam Keadaan Sentiasa Berjaga Jaga

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 205 hits
Menerusi hantaran di Facebook Sumud Nusantara Official memaklumkan konvoi Global Sumud Flotilla kini perlu sentiasa berada dalam keadaan berjaga jaga kerana aktiviti dron di ruang udara semakin meningkat Konvoi GSF yang membawa misi kemanus...
Linda Rafar Tak Sengaja Pakai Begitu Netizen Kena Faham Keadaan Dia Ketika Itu Zamarul Hisham

Linda Rafar Tak Sengaja Pakai Begitu Netizen Kena Faham Keadaan Dia Ketika Itu Zamarul Hisham

papar berkaitan - pada 2/10/2025 - jumlah : 112 hits
Pelakon Zamarul Hisham baru baru ini menyifatkan insiden 8216 baju ketat 8217 yang dipakai oleh kakak iparnya Linda Rafar ketika konsert Elite Live 8217 25 dianggap berlaku secara tidak sengaja Barangkali Linda Rafar gementar Kata Zamarul s...
Kamarul Lily Makhluk Hijau Yang Datang Menakluki Bumi

Kamarul Lily Makhluk Hijau Yang Datang Menakluki Bumi

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 1115 hits
KAMARUL amp LILY MAKHLUK HIJAU YANG DATANG MENAKLUKI BUMI Sapa pulak kamarul amp lily yang datang menakluki bumi ni kan Adakah mereka datang demi koko yang di cari cari Dah la hangpa tak payah suspend sangat Jom la berkenalan siapa kamarul ...
Gempa Bumi 7 4 Skala Richter Landa Timur Jauh Rusia

Gempa Bumi 7 4 Skala Richter Landa Timur Jauh Rusia

papar berkaitan - pada 13/9/2025 - jumlah : 483 hits
Gempa Bumi 7 4 Skala Richter Landa Timur Jauh Rusia ISTANBUL 13 Sept Gempa bumi berukuran 7 4 pada skala Richter melanda wilayah timur jauh Rusia pada 6 37 pagi waktu tempatan Sabtu lapor Anadolu Ajansi memetik Kajian Geologi Amerika Syarik...
Don T Politicise Race Based Aid Anwar Says At Deepavali Celebration

Ums Convocation Ceremony To Start One Day Later To Accommodate Sabah Polling Day

Can Schools Build Karakter

Anwar Gets Invitation To Attend Gaza Conference

Penggunaan Data Angka Main Peranan Penting Bantu Kerajaan Pahang Merancang Dan Membuat Keputusan Berasaskan Fakta

Jenis Jenis Teknik Berkebun Yang Sesuai Di Malaysia

Mata Kerap Kering Dan Pedih Ini Mungkin Tanda Awal Sindrom Sjogren

Pengantin Baru Lepas Potong Kek Kahwin Tiba Tiba Parcel Sampai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bermulalah Pengalaman Pertama Terpilih Proses Cgi Filem Estet Pengarah Arwahyarham Mamat Khalid

Buli Masaalah Disiplin Pelajar Cara Penyelesaian

Pas Yakin Pengalaman Annuar Musa Percaya Mampu Tawan Beberapa Kerusi Prn Sabah

Fattah Amin Terkilan Dengan Tindakan Netizen Boikot Rakan Artis Datang Majlis Kahwin Pun Salah Ke

Ahli Politik Cekik Pekerja Kontrak

Bakar Sofa Buruk