Hamidin Berada Di Zurich Kemuka Rayuan Penggantungan Pemain Warisan Negara


Hamidin Berada Di Zurich, Kemuka Rayuan Penggantungan Pemain Warisan Negara
Presiden Kehormat Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Haji Hamidin Haji Mohd Amin dilaporkan sudah berada di ibu pejabat FIFA di Zurich, Switzerland.
Menurut portal Stadium Astro, Hamidin yang juga merupakan Ahli Majlis FIFA tiba untuk menghadiri mesyuarat badan induk tersebut, sekaligus mengemukakan rayuan penggantungan pemain warisan negara.
Menurut portal Stadium Astro, khabar terbaru ini dikongsikan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dalam satu hantaran X.
“Presiden Kehormat FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin yang juga ahli Majlis FIFA difahamkan sudah berada di ibu pejabat FIFA di Zurich untuk mesyuarat sekaligus mengemukakan rayuan kes pemain warisan,” katanya di X.
Jawatankuasa Tatatertib FIFA baru-baru ini dilaporkan menggantung tujuh pemain warisan negara, iaitu Gabriel Felipe Arrocha, Facundo Garces, Rodrigo Holgado, Imanol Machuca, Joao Figueiredo, Jon Irazabal Iraurgui dan Hector Alejandro Hevel Serrano atas dakwaan pemalsuan dokumen.
https://x.com/zulhelmizainal1/status/1972190536871354448
Sebelum ini, SK melaporkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memaklumkan bahawa pihaknya akan mengadakan perbincangan bersama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang membabitkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bersama tujuh pemain kebangsaan.
Katanya, siasatan akan dijalankan mengenai isu yang diklasifikasikan sebagai ‘public domain’ itu sekiranya terdapat kesalahan jenayah.
“Saya akan menghantar pegawai saya secepat mungkin daripada bahagian siasatan yang diketuai oleh pengarah dan bahagian siasatan Datuk Zainul Darus untuk berjumpa ataupun berkomunikasi dengan pihak FIFA untuk mengetahui apa sebenarnya isunya.
“Sekiranya kita mendapati ada berlakunya sebarang kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa kami, SPRM akan menjalankan siasatan.
” Oleh kerana perkara ini timbul dalam media dan saya lihat ini satu perkara yang melibatkan kepentingan awam.
“Tidak ada laporan tetapi SPRM melihat ini dalam kenyataan media yang keluar, jadi dia menjadi satu kenyataan umum ataupun dalam domain public.
“Bila menjadi dalam satu public domain, SPRM kita tidak menunggu sebarang aduan rasmi dibuat, kita boleh mengambil tindakan kerana masyarakat sudah mengetahui tentang perkara ini.” katanya.
Terdahulu, FAM telah dikenakan sekatan dan denda oleh Jawatankuasa Tatatertib FIFA selepas didapati melakukan pelanggaran babitkan Artikel 22 Kod Disiplin FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Susulan itu, badan induk bola sepak berkenaan diarahkan membayar denda sebanyak CHF 350,000 (RM1.8 juta) manakala tujuh pemain berkenaan dikenakan denda CHF2,000 (RM10,000).
BACA: Bank Terbesar Jepun Wajibkan Cuti Paterniti Selama Sebulan Sumber: Stadium Astro
The post Hamidin Berada Di Zurich, Kemuka Rayuan Penggantungan Pemain Warisan Negara appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/28/hamidin-berada-di-zurich-kemuka-rayuan-penggantungan-pemain-warisan-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Siaran Media Fam Akan Membuat Rayuan Terhadap Keputusan Fifa Berhubung Pemain Warisan

Siaran Media Fam Akan Membuat Rayuan Terhadap Keputusan Fifa Berhubung Pemain Warisan

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1573 hits
Persatuan Bolasepak Malaysia mengesahkan bahawa pihak kami telah menerima keputusan rasmi daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa berkaitan kes pemain warisan FAM ingin menegaskan bahawa para pemain terbabit dan FAM sendiri telah berti...
Fam Didenda Fifa 7 Pemain Warisan Digantung Kemuka Dokumen Palsu

Fam Didenda Fifa 7 Pemain Warisan Digantung Kemuka Dokumen Palsu

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 866 hits
FAM Didenda FIFA 7 Pemain Warisan Digantung Kemuka Dokumen Palsu KUALA LUMPUR Persekutuan Bolasepak Antarabangsa mengambil tindakan terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia dan tujuh warisan Harimau Malaya selepas didapati melanggar Artikel 22...
Iskandar Mahu Revolusi Fizikal Pemain Perseorangan Wanita Negara

Iskandar Mahu Revolusi Fizikal Pemain Perseorangan Wanita Negara

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 411 hits
Iskandar mahu revolusi fizikal pemain perseorangan wanita negara ISKANDAR Zulkarnain mengendalikan sesi latihan pemain wanita BAM di ABM Bukit Kiara hari ini FOTO ASWADI ALIAS Kuala Lumpur Ketua jurulatih perseorangan wanita negara Iskandar...
Proses Kewarganegaraan Pemain Warisan Ikut Perlembagaan Persekutuan Saifuddin Nasution

Proses Kewarganegaraan Pemain Warisan Ikut Perlembagaan Persekutuan Saifuddin Nasution

papar berkaitan - pada 28/9/2025 - jumlah : 402 hits
Proses Kewarganegaraan Pemain Warisan Ikut Perlembagaan Persekutuan Saifuddin Nasution Kementerian Dalam Negeri tampil memberikan penjelasan berhubung isu kewarganegaraan pemain naturalisasi susulan kembali mencuri perhatian dunia bola sepa...
Amat Memalukan Fam 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan Didenda Fifa

Amat Memalukan Fam 7 Pemain Warisan Digantung 12 Bulan Didenda Fifa

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 1164 hits
Buletin TV3 nbsp KUALA LUMPUR Persekutuan Bolasepak Antarabangsa menjatuhkan hukuman terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia dan tujuh pemain susulan pelanggaran Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA yang berkaitan dengan pemalsuan dan penyalahgunaa...
Pemberian Kerakyatan Pemain Warisan Tak Ikut Syarat Peguam

Pemberian Kerakyatan Pemain Warisan Tak Ikut Syarat Peguam

papar berkaitan - pada 1/10/2025 - jumlah : 452 hits
Malaysiakini nbsp Seorang peguam hak asasi manusia mempersoalkan kesahihan proses pemilikan kewarganegaraan yang membolehkan tujuh pemain bola sepak kelahiran luar negara dari Argentina Brazil dan Sepanyol dianugerahkan kerakyatan Malaysia ...
Fam Kini Menunggu Keputusan Penghakiman Fifa Sebelum Kemuka Rayuan

Fam Kini Menunggu Keputusan Penghakiman Fifa Sebelum Kemuka Rayuan

papar berkaitan - pada 29/9/2025 - jumlah : 882 hits
FAM Kini Menunggu Keputusan Penghakiman FIFA Sebelum Kemuka Rayuan Persatuan Bolasepak Malaysia kini sedang menunggu keputusan penghakiman penuh daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa sebelum mengambil tindakan mengemukakan rayuan meng...
Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Kebangsaan

Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Kebangsaan

papar berkaitan - pada 27/9/2025 - jumlah : 948 hits
Berita baik Hari Sukan Negara 2025 kembali lagi dengan pelbagai aktiviti terbuka untuk semua Pelbagai program dan aktiviti menanti anda di seluruh negara bermula 11 Oktober 2025 Tahukah anda apakah itu Hari Sukan Negara dan mengapa ia disam...
Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Trust Legal Process Says Ex Rep After Ewon S Premature Resignation

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Rinduuu Blogging

Aktiviti Konvensyen Seni Silat Melayu Antarabangsa 2025 Ppim 09 11 2025

Lirik Lagu Jamilah Jamal Mirdad

Adakah Selamat Makan Coklat Putih Rahsia Di Sebalik Fenomena Chocolate Bloom

Sunda Woles Mojang Priangan Chord

Showstoppers The 5 Most Viewed Custom Motorcycles Of October