Tujuh Anak Rebah Mulut Berbuih Berdarah Selepas Makan Cendawan Beracun


Seorang ibu hanya mampu melihat tujuh anaknya rebah seorang demi seorang dalam keadaan mulut berbuih dan berdarah kurang sejam selepas menikmati sayur cendawan goreng yang dipercayai beracun dalam kejadian pada Isnin minggu lalu di kediamannya mereka di Kampung Nyiur, Dungun, Terengganu.
Menurut laporan Sinar Harian, ibu kepada lapan anak, Nurul Musfirah Ghazali, 32, itu berkata, dia langsung tidak tahu cendawan yang tumbuh di kebun di sekitar rumahnya adalah spesies cendawan beracun.
Spesies cendawan yang dipercayai beracun yang sering tumbuh di kawasan kebun rumah mangsa.- Foto ihsan keluarga Dia memetik cendawan tersebut sebelum digoreng bersama sayur kangkung dan kacang sebagai salah satu menu makanan tengah hari mereka sekeluarga.
“Tidak sampai sejam, saya rasa seperti ada yang tidak kena, terasa seolah-olah hendak terbakar di dalam perut, rasa panas semacam dan pada masa sama saya muntah berdarah termasuklah, suami, Muhammad Nurhadi, 36.
”Dalam keadaan tidak bermaya, kami mampu melihat seorang demi seorang anak tergolek, ada yang mulut berbuih dan keluar darah. ALLAH saja yang tahu perasaan saya pada masa itu,” katanya.
Menurutnya, semua yang ada di dalam rumahnya menjamah menu tersebut kecuali anak yang paling bongsu, berusia setahun sebulan.
Menurut Nurul Musfirah, sebelum ini dia memang pernah ternampak spesies cendawan berkenaan yang tumbuh di kebun sayurnya, namun tidak pernah terlintas untuk memetiknya.
Bagaimanapun, pada hari kejadian, dia langsung tidak rasa ragu-ragu, lalu memetik dan memasaknya.
Beritahunya lagi, dalam keadaan lemah dan muntah-muntah, suaminya tetap menggagahkan diri memandu van membawa mereka sekeluarga ke klinik Kesihatan Paka, di sini untuk mendapat rawatan.
Sementara itu, menurut kakak kepada Nurul Musfirah, Nurul Annisa Ghazali, 41, tujuan asalnya dia berkongsi kejadian yang menimpa keluarga adiknya itu di laman sosial sebagai peringatan untuk orang ramai.
Salah seorang anak mangsa yang menerima rawatan Dia hanya mengetahui kejadian menimpa keluarga adik perempuannya selepas dimaklumkan oleh bapa mereka.
Nurul Musfirah turut menghantar sekeping gambar cendawan tersebut kepada keluarga mereka.
“Sejurus ayah melihat gambar cendawan itu, dia sangat terkejut dan terus memaklumkan cendawan itu beracun, memang tak boleh makan.
“Saya pun agak pelik dengan adik kerana sebelum ini dia memang akan tanya kami sebelum nak makan sayur yang dia tak biasa makan, tetapi kali ini tidak,” ujarnya.
Kesemua anak-anak mereka yang berusia antara 13 hingga empat tahun sudah dibenarkan pulang ke rumah tetapi masih perlu mendapatkan rawatan susulan.
Kredit: Sinar Harian

Teruja nak dapat baby, tapi masih banyak persiapan yang perlu dibuat. Mental dan fizikal pun kena mantap sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang cara-cara menguruskan bayi baharu lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma : A-Z Uruskan Newborn Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/urus-newborn-baby-a-z/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
 
The post Tujuh Anak Rebah, Mulut Berbuih & Berdarah Selepas Makan Cendawan Beracun appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/tujuh-anak-rebah-mulut-berbuih-berdarah-selepas-makan-cendawan-beracun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tujuh Anak Halau Bapa Kandung Selepas Dapat Harta Lebih Rm4 Juta

Tujuh Anak Halau Bapa Kandung Selepas Dapat Harta Lebih Rm4 Juta

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 266 hits
Hati mana yang tidak luluh apabila anak kandung yang dibesarkan dengan penuh kasih sayang ditatang bagaikan minyak yang penuh bertindak mencemuh dan menyisihnya daripada hidup mereka Bukan sahaja kepercayaan yang diberi si ayah dipersiakan ...
Nasib Malang Sembilan Beranak Masuk Hospital Gara Gara Makan Cendawan Beracun

Nasib Malang Sembilan Beranak Masuk Hospital Gara Gara Makan Cendawan Beracun

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 338 hits
Cendawan merupakan antara tanaman yang sering menjadi pilihan untuk dimasak Selain cendawan tiram ada juga cendawan lain yang tumbuh di dalam hutan dan boleh dimakan Namun dalam memilih cendawan yang boleh dimakan perlu lebih berhati hati k...
Selepas Kes Siakap Kedai Makan Ini Pulak Jadi Perhatian Netizen Kerana Hidang Nasi Bertimbun

Selepas Kes Siakap Kedai Makan Ini Pulak Jadi Perhatian Netizen Kerana Hidang Nasi Bertimbun

papar berkaitan - pada 8/11/2021 - jumlah : 257 hits
Sebuah restoran menjadi perhatian netizen selepas tularnya video yang dimuat naik seorang pengguna TikTok amirulrahinxyon Dalam video berkenaan beliau bersama beberapa orang lagi dilihat sedang bersedia untuk makan Namun kuantiti hidangan s...
Bapa Selamatkan Anak Sebelum Bunuh Teman Lelaki Selepas Tahu Anaknnya Dijual Kepada Sindiket Pemerdagangan Seks

Bapa Selamatkan Anak Sebelum Bunuh Teman Lelaki Selepas Tahu Anaknnya Dijual Kepada Sindiket Pemerdagangan Seks

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 329 hits
Washington Demi kasih seorang bapa di Amerika Syarikat sanggup membunuh teman lelaki kepada anaknya yang menjual gadis itu kepada sindiket pemerdagangan seks John Eisenman 60 ditahan dan didakwa melakukan pembunuhan tahap pertama selepas ma...
Rugi Tak Bagi Anak Makan Ikan Banyak Khasiatnya Untuk Otak Mereka

Rugi Tak Bagi Anak Makan Ikan Banyak Khasiatnya Untuk Otak Mereka

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 281 hits
Pemakanan ibu hamil amat dititikberatkan sepanjang fasa kehamilan bagi memastikan bekalan tenaga yang mencukupi untuk tubuh yang lebih sihat Selain untuk kesihatan ibu hamil pemakanan yang baik seperti ikan juga amat penting untuk tumbesara...
Kurang Jaga Kebersihan Mulut Punca Mulut Berbau Keradangan Pada Gusi Anak

Kurang Jaga Kebersihan Mulut Punca Mulut Berbau Keradangan Pada Gusi Anak

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 332 hits
Sedang anda berborak bersama si kecil anda perasan bahawa mulut anak berbau Apakah punca nafas berbau busuk pada si manja anda Ini satu keadaan yang disebut sebagai halitosis Nak tahu apakah ia Baca ini Apakah halitosis Halitosis adalah kea...
Ajar Anak Makan Oren Sekali Empulur Putih Bahagian Ini Bagus Banyak Khasiat

Ajar Anak Makan Oren Sekali Empulur Putih Bahagian Ini Bagus Banyak Khasiat

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 263 hits
Buah oren antara yang menjadi kegemaran ramai Buah ini dikategorikan sebagai buah sitrus sama seperti buah lemon limau nipis limau mandarin dan lain lain Dalam sebiji buah itu ia kaya dengan serat vitamin C folat kalium dan antioksidan sert...
Ajar Anak Rasa Semua Makanan Baru Tak Memilih Dr Fatin Liyana Kongsi Tip Anak Susah Makan

Ajar Anak Rasa Semua Makanan Baru Tak Memilih Dr Fatin Liyana Kongsi Tip Anak Susah Makan

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 370 hits
Berdepan dengan masalah anak tidak mahu makan memang mencabar Bermacam cara kreatif sudah dicuba mama tapi hasilnya tetap tidak menjadi anak masih tidak mahu makan malah menjadi pemilih makanan Pening dibuatnya Namun bagi personaliti media ...
Ayahku Kekasihku Kisah Benar Ayah Bercinta Dengan Anak Sendiri Sehingga Hamil Haruan Makan Anak

Ayahku Kekasihku Kisah Benar Ayah Bercinta Dengan Anak Sendiri Sehingga Hamil Haruan Makan Anak

papar berkaitan - pada 24/11/2021 - jumlah : 276 hits
KUALA LUMPUR Kes haruan makan anak bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina 21 yang dijadikan kekasi...
Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Go Small And Deregulate To Spur Economic Growth

Zakir Naik Speaks English At Perlis Sunnah Convention

As Ismail Sabri S Name Re Surfaces As 2nd Term Pm The Macc Swoops In All Too Convenient

Selamat Datang 2025

Training Bahasa Indonesia Untuk Expat Jepang Memahami Efisiensi Energi Dan Kebijakan Hemat Listrik

Day Trip Dari Kuantan Pahang Ke Kuala Terengganu