Ayahku Kekasihku Kisah Benar Ayah Bercinta Dengan Anak Sendiri Sehingga Hamil Haruan Makan Anak



KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. 
Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.
“SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu. Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya diserahkan kepada ayah.
Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri.Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah tinggal di Kuala Lumpur.Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak lama, antara dua hingga tiga bulan saja.
Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana ‘auntie’ (kekasih),ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru.
Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya tiada jodoh.
Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana menurut nenek, rupa saya ‘sebiji’ (sama) dengan ibu. Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan lima.Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.
Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan saya dengan lelaki. Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya kerana ada saja yang tidak kena baginya.Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang ‘pakar psikologi’. Diapandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga ada ramai kekasih.
Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin bercinta kepada pelajar yang tekun. Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik untuk saya kerana saya satu-satu anaknya. Bagaimanapun, saya mula berasa hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.
Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya,sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.
Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.
Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.
Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan hadiah.
Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan kepada saya dalam bahasa puitis.Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.
Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta. Ayah melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.
Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam dirumah ayah di Kuala Lumpur.
Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal menyebabkan saya hamil empat kali.
Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak dating dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.
Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya anak tunggal.
Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar,kandungan berusia enam bulan.
Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain,tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman lelaki.
Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak mahu dia tahu di mana saya sekarang.
Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya.
Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan cinta terhadapnya masih kuat.
Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan terkutuk dengan ayah.Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin menjadi anak, bukan kekasih ayah.
Kredit : tawaurians

Hantarkan luahan kisah anda di sini ==> lamanqaseh/borang


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://lamanqaseh.blogspot.com/2017/07/ayahku-kekasihku-kisah-benar-ayah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Benar Kubur Bercahaya Semasa Kebumi

Kisah Benar Kubur Bercahaya Semasa Kebumi

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 187 hits
Kisah ini berlaku di Perak yang mana arwah telah kembali kepada Pencipta pada 20 4 2014 jam 8 52am Moga kita mengambil iktibar dari peristiwa ini dan membaiki amalan kita Allahyarhamah Adzlin Lin Halimi dikebumikan di Batu 8 Changkat Jering...
Demi Harta Rumah Mewah Anak Yang Juga Pegawai K Jaan Tergamak Fail Saman Terhadap Ibu Sendiri

Demi Harta Rumah Mewah Anak Yang Juga Pegawai K Jaan Tergamak Fail Saman Terhadap Ibu Sendiri

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 289 hits
Seorang wanita yang bekerja sebagai pegawai kerajaan di Aceh Tengah Indonesia dilaporkan nekad memfailkan saman terhadap ibu kandungnya sendiri demi harta pusaka yang merupakan sebuah rumah mewah Kes tersebut diketahui melalui sebuah video ...
Video Disangka Ibu Susuan Penjaga Tulus Sayang Ayash Affan Bak Anak Sendiri

Video Disangka Ibu Susuan Penjaga Tulus Sayang Ayash Affan Bak Anak Sendiri

papar berkaitan - pada 19/11/2021 - jumlah : 280 hits
Siapa yang tidak kenal Pelawak dan usahawan yang terkenal iaitu Shuib yang telah kehilangan isteri tercinta pernah tular sebelum ini Kini keluarga shuib menjadi perhatian sekali lagi susulan beberapa buah video yang telah dimuatnaik oleh Sh...
Kisah Saidina Umar R A Dan Seorang Anak Derhaka

Kisah Saidina Umar R A Dan Seorang Anak Derhaka

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 221 hits
Seringkali kita mendengar anak anak sekarang makin ramai yang derhaka kepada ibubapa TAPI pernahkah kita sebagai Ibubapa mengkaji dan merenung sejenak KENAPA anak anak pada hari ini semakin nakal jahat dan menderhakai kepada ibubapa mereka ...
Agensi Konfirmasi Istri Chen Exo Hamil Anak Kedua Penggemar Siap Punya Keponakan Baru

Agensi Konfirmasi Istri Chen Exo Hamil Anak Kedua Penggemar Siap Punya Keponakan Baru

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 194 hits
Masih menjalani wajib militer para fans tak menyangka jika sebentar lagi personel EXO satu ini akan jadi bapak dua anak
Kisah Benar Seorang Mualaf Chicago

Kisah Benar Seorang Mualaf Chicago

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 219 hits
Assalamualaikum Ia adalah kisah tentang seorang lelaki bernama Muhammad Abdullah atau Smith yang telah convert ke Islam daripada Krist ian Cerita ini disampaikan oleh Mohamad A Joban Imam di Masjid Ar Rahmah di Washington USA Smith berasal ...
Kisah Anak Derhaka Belikan Ibunya Daging Babi Untuk Berbuka Puasa

Kisah Anak Derhaka Belikan Ibunya Daging Babi Untuk Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 11/11/2021 - jumlah : 185 hits
Assalamualaikum sahabat 2 Tadi sebelum solat jumaat ada Tazkirah di Masjid Dalam tazkirah tersebut ada menceritakan satu kisah yang sangat menyentuh perasaan dan ingin saya kongsikan pada sahabat 2 semua semoga ianya menjadi Tauladan pada k...
Selalu Tengok Tapi Tak Mampu Beli Anak Hadiahkan Jam Tangan Mahal Reaksi Ayah Buat Ramai Sebak

Selalu Tengok Tapi Tak Mampu Beli Anak Hadiahkan Jam Tangan Mahal Reaksi Ayah Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 30/11/2021 - jumlah : 239 hits
Sering kali kita dengar anak anak merupakan anugerah terindah buat insan yang bergelar ibu dan bapa Namun tanpa kita sedar apabila seeorang anak itu semakin membesar ibu dan bapa ini juga merupakan sebuah amanah buat mereka
Bangun 5 Pagi Untuk Masak Bekal Sekolah Anak Ayah Ini Kongsi 30 Idea Bekal Anak Ke Sekolah Terbaikk

Bangun 5 Pagi Untuk Masak Bekal Sekolah Anak Ayah Ini Kongsi 30 Idea Bekal Anak Ke Sekolah Terbaikk

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 241 hits
Pasti ada ibu bapa di luar sana yang ingin menerapkan sikap membawa bekal ke sekolah dalam diri anak anak Selain lebih jimat ia juga jauh lebih berkhasiat dan selamat dimakan apabila dimasak dari rumah Kebiasaannya golongan ibu lebih sinoni...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

60 Of Our Biggest Ai Announcements In 2024

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon