Tuduhan Terhadap Zahid Tak Bermotif Politik Kata Saksi




KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan tuduhan jenayah terhadap Ahmad Zahid Hamidi selepas pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018 “bermotif politik”.
Pegawai penyiasat SPRM, Khairudin Kilau memberitahu Mahkamah Tinggi, pertuduhan yang disyorkannya kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap bekas timbalan perdana menteri itu berdasarkan keterangan berdokumentar dan saksi yang dikumpul semasa siasatan dijalankan.
“Saya tidak setuju pertuduhan difailkan kerana perubahan kerajaan,” katanya menjawab soalan peguam Hisyam Teh Poh Teik semasa perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu hari ini.
Zahid berdepan 47 tuduhan pecah amanah jenayah melibatkan dana Yayasan Akalbudi, pengubahan wang dan menerima rasuah berkaitan pelbagai projek semasa menjadi menteri dalam negeri di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).
Hisyam kemudian menyoal pegawai berkenaan sama ada semua 47 pertuduhan, termasuk 12 kes pecah amanah jenayah yang dikendalikan olehnya (Khairudin) “tidak berasas”.
Peguam itu berkata, Zahid didakwa di Mahkamah Sesyen pada 19 Okt 2018 selepas dipilih sebagai presiden Umno.
Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi membantah haluan soalan itu dengan berkata, ia “mengejutkan”.
Sebagai respons, Hisyam berkata, “Saya perlu mengetengahkan kes pembelaan kepada saksi pendakwaan”.
Hakim Colin Lawrence Sequerah membenarkan peguam itu meneruskan soalannya kerana ia berkaitan kes pembelaan.
Hisyam: Adakah anda bersetuju reputasi seseorang akan rosak selepas pertuduhan jenayah terhadapnya?
Khairudin: Tidak setuju.
Pegawai itu bagaimanapun bersetuju dengan Hisyam yang Zahid merupakan “ahli politik pertama berdepan 47 pertuduhan” selepas perubahan kerajaan.
Kes pendakwaan tamat
Dalam pada itu, susulan pemeriksaan balas, pihak pendakwaan menyudahkan kesnya terhadap Zahid.
Perbicaraan kes Zahid bermula 18 Nov 2018 dan didengar selama 52 hari dalam tempoh dua tahun.
Timbalan Pendakwa Raya, Raja Rozela Raja Toran memberitahu Sequerah, pihak pendakwaan memanggil 99 saksi untuk memberi keterangan.
“Pendakwaan kini menamatkan kesnya.
“Kami menawarkan 37 saksi kepada pihak pembelaan, sekiranya tertuduh dipanggil membela diri,” katanya.
Antara saksi yang ditawarkan kepada pihak pembelaan ialah isteri Zahid, Hamidah Khamis; anak perempuannya, Nurulhidayah; adik lelakinya, Mohamad Naseaa; ahli perniagaan, Khalid Jiwa dan bekas pegawai kerajaan lain.
Hisyam berkata, pihak pembelaan memerlukan dua bulan untuk menyediakan penghujahan, sementara Rozela berkata, pihaknya memerlukan sebulan untuk membuat persediaan.
Sequerah memerintahkan pihak pembelaan dan pendakwaan memfailkan penghujahan bertulis mereka sebelum 28 Mei dan jawapan balas masing-masing pada 11 Jun.
Kedua-dua pihak akan kembali ke mahkamah untuk penghujahan lisan bermula 28 Jun hingga 2 Julai.
“Saya akan mengosongkan tarikh keputusan mahkamah sehingga saya mendengar penghujahan kedua-dua pihak,” kata Sequerah.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2021/03/tuduhan-terhadap-zahid-tak-bermotif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Terima Cek Rm6 Juta Serah Pada Lewis Co Kata Pegawai Penyiasat

Zahid Terima Cek Rm6 Juta Serah Pada Lewis Co Kata Pegawai Penyiasat

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 334 hits
March 6 2021 Perbicaraan terhadap Zahid Hamidi masuk hari ke 46 hari ini KUALA LUMPUR Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Ahmad Zahid Hamidi menerima dua keping cek berjumlah RM6 juta daripada Timbalan Pengarah Urusan Datasonic Group...
Anwar Berunding Dengan Zahid Dan Najib Kata Dap

Anwar Berunding Dengan Zahid Dan Najib Kata Dap

papar berkaitan - pada 22/3/2021 - jumlah : 316 hits
malaysiatoday On Mar 22 2021 Pengarah Biro Pendidikan Politik Kebangsaan DAP Liew Chin Tong mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim berunding dengan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Raz...
Azmin Ahli Politik Paling Jahat Abad Ini Kata Syed Badli

Azmin Ahli Politik Paling Jahat Abad Ini Kata Syed Badli

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 589 hits
Malaysiakini Timbalan Ketua Pemuda PKR Syed Badli Shah Syed Osman melabelkan bekas timbalan presiden parti itu Mohamed Azmin Ali sebagai ahli politik paling jahat abad ini Sehubungan itu katanya Azmin tidak layak untuk berbicara mengenai mo...
Najib Sindir Guan Eng Jadi Saksi Kes Saya Terhadap Lhdn

Najib Sindir Guan Eng Jadi Saksi Kes Saya Terhadap Lhdn

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 214 hits
PETALING JAYA Bekas perdana menteri Najib Razak meminta Lim Guan Eng memberi keterangan dalam kes mahkamahnya terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas setiausaha agung DAP itu mengkritik pusingan U dalam program pengampunan agensi keraja...
Jadi Saksi Kes Saya Terhadap Lhdn Najib Razak Sindir Guan Eng

Jadi Saksi Kes Saya Terhadap Lhdn Najib Razak Sindir Guan Eng

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 322 hits
Bekas perdana menteri Najib Razak meminta Lim Guan Eng memberi keterangan dalam kes mahkamahnya terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas setiausaha agung DAP itu mengkritik pusingan U dalam program pengampunan agensi kerajaan itu Terdahu...
Pemimpin Kluster Mahkamah Adalah Pejuang Umno Kata Zahid

Pemimpin Kluster Mahkamah Adalah Pejuang Umno Kata Zahid

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 355 hits
March 7 2021 2 06 PMPresiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha untuk memulihkan parti itu selepas dilanda badai fitnah pada pilihan raya umum ke 14 bukanlah kerja mudah PETALING JAYA Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mendakwa terdapat se...
Saksi Zahid Terlibat Pengeluaran Rm17 9 Juta Dari Yayasan Akalbudi

Saksi Zahid Terlibat Pengeluaran Rm17 9 Juta Dari Yayasan Akalbudi

papar berkaitan - pada 6/3/2021 - jumlah : 321 hits
31 total views 31 views today Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa terdapat penglibatan Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam pengeluaran wang Yayasan Akalbudi milik bekas timbalan perdana menteri itu berjumlah RM17 9 juta yang dig...
Saksi Cerita Bagaimana Adik Zahid Terima Rm5 9 Juta Yayasan Akalbudi Beli Dua Banglo

Saksi Cerita Bagaimana Adik Zahid Terima Rm5 9 Juta Yayasan Akalbudi Beli Dua Banglo

papar berkaitan - pada 9/3/2021 - jumlah : 263 hits
M Fakhrull HalimMahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bagaimana wang RM5 9 juta daripada Yayasan Akalbudi milik Ahmad Zahid Hamidi digunakan untuk membeli dua unit lot banglo untuk Yayasan Al Falah yang dipengerusikan adiknya Mohamad Nasa...
Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Send Unlimited Emails With 100 Delivery

Hp Elitebook 840 G5 Randomly Disconnecting From Wi Fi

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Shandy Pagalla Aku Ikhlas Melepaskanmu Chord

Ipank Mutiara Chord

Planner Islamic 2025 The Wife Co

Mcmc Selesai Siasat Kwong Wah Sin Chew Isu Jalur Gemilang

Hiburan Marissa Tuduh Reka Cerita Tak Benar Abby Abadi Hilang Sabar Nasib Takde Video Atau Gambar Kalau Ada

Pmx Selamat Sampai