Tuduhan Pandu Melulu Sebab Kematian 8 Remaja Jurujual Kekal Bebas



Tuduhan pandu melulu sebab kematian 8 remaja, jurujual kekal bebas
Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini mengekalkan keputusan seorang jurujual wanita dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja menaiki basikal lajak, empat tahun lalu.
Menurut laporan Utusan Malaysia, Majistret Siti Hajar Ali membacakan keputusan kes di akhir pembelaan, selepas tertuduh diarahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi pada Februari lalu.
Tertuduh, Sam Ke Ting, 26, sebelum ini dilepas dan dibebaskan Mahkamah Majistret tanpa dipanggil membela diri, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan pada 28 Okt 2019.
Siti Hajar yang membuat keputusan itu sebelum ini, sekali lagi memutuskan pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir kes pembelaan serta keterangan diberikan tertuduh ketika membela diri adalah munasabah dan bukan penafian atau rekaan semata-mata.
“Setelah mendengar keterangan dikemukakan dan menimbang hujah pendakwaan serta pembelaan di akhir kes pembelaan, adalah tidak selamat untuk menyabitkan kesalahan ke atas tertuduh.
“Ini selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah. Tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan,” katanya.
Katanya, mahkamah membuat keputusan itu selepas mengambil kira keterangan tertuduh tidak ada pengetahuan terhadap aktiviti basikal lajak di lokasi kejadian pada 3 pagi adalah munasabah.
“Tertuduh yang dalam perjalanan pulang daripada perarakan dewa Pesat Chingay menyatakan beliau tidak tahu ada aktiviti basikal lajak pada waktu itu dan tiada sebarang amaran terhadap keberadaan kumpulan basikal lajak di situ.
“Keterangan tertuduh yang dia memandu di bawah had laju dan lorong paling kiri lokasi kejadian, iaitu Jalan Lingkaran Dalam juga bertepatan hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), yang mendapati kenderaan tertuduh sama ada dipandu pada kelajuan 44.5km sejam atau 75.8km sejam.”
Beliau berkata, faktor permukaan lokasi kejadian yang mendaki bukit, berselekoh dan dalam keadaan gelap menyebabkan tertuduh tidak nampak kumpulan basikal lajak itu di bahu, tepi dan tengah jalan di sebalik selekoh berbukit itu.
“Terdapat juga keraguan identiti sebenar pemandu kereta yang didakwa dipandu tertuduh.
“Ini berikutan kewujudan seorang lagi lelaki berbangsa Cina di lokasi kejadian dan terdapat kemungkinan munasabah tertuduh menumpang kereta yang dipandu rakan itu.
“Timbul keterangan saksi lain yang mencetuskan persoalan gagal dijelaskan. Oleh itu, tertuduh tidak boleh dihukum atas kegagalan pegawai penyiasat melaksanakan tanggungjawab beliau dalam menyiasat kes dengan sempurna.”
Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu jurujual wanita itu yang digantung sepanjang perbicaraan, dikembalikan semula kepadanya serta-merta.
Pendakwaan dikendalikan Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Pengarah Pendakwaan Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman, manakala Sam diwakili peguam Muhammad Faizal Mokhtar.
Pada 18 Feb lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Sam membela diri atas tuduhan memandu secara melulu sehingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak pada 18 Feb 2017, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Mengikut pertuduhan, Sam yang ketika kejadian berusia 22 tahun didakwa memandu kereta bernombor pendaftaran JQB 9984 di Jalan Lingkaran Dalam secara melulu atau dengan berbahaya hingga menyebabkan kematian lapan penunggang basikal pada 3.20 pagi.
Kelapan-lapan mangsa terlibat ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14 (ketika kejadian); Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16. FMT
Tuduhan pandu melulu sebab kematian 8 remaja, jurujual kekal bebas
Baca Artikel Menarik :
Anak menteri India ditahan langgar mati petani tunjuk perasaan [VIDEO] Akibat rintihan, Mila Jirin dipanggil hadap menteri? Isteri Shuk Sahar ‘mengadu’ di media sosial sudah penat pertahankan rumah tangga Disuntik dadah dan diperkosa Rakan baik di sekolah jadi ibu tiri Saya tak minta nyawa dengan DAP – Rauf Kenapa Tak Boleh Sidai Baju Basah Dalam Rumah Sebabnya.. Cara cetak sijil vaksin di MySejahtera Bantulah pakcik, susah sangat hidup ini Titik panas cetus Perang Dunia Ketiga Resepi Mee Kari Kerang Lazat Sungguh Layari Laman Facebook MYKMU
Bapa kudung rogol anak OKU dipenjara 15 tahun

The post Tuduhan pandu melulu sebab kematian 8 remaja, jurujual kekal bebas appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/10/11/tuduhan-pandu-melulu-sebab-kematian-8-remaja-jurujual-kekal-bebas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ahmad Maslan Bebas Tuduhan Gagal Isytihar Rm2 Juta Beri Penyataan Palsu

Ahmad Maslan Bebas Tuduhan Gagal Isytihar Rm2 Juta Beri Penyataan Palsu

papar berkaitan - pada 29/9/2021 - jumlah : 172 hits
Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan dilihat di mahkamah di Kuala Lumpur pada 24 Ogos Foto Bernama Ahmad Maslan dibebaskan dengan tuduhan gagal mengisytiharkan RM2 juta kepada LHDN dengan membuat kenyataan palsu kepada SPRM KUALA L...
Kes Basikal Lajak Jurujual Wanita Kekal Dibebas Dilepaskan

Kes Basikal Lajak Jurujual Wanita Kekal Dibebas Dilepaskan

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 185 hits
Mahkamah Majistret JB kekal keputusan melepas dan membebaskan jurujual wanita didakwa sebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak 4 tahun lalu Pendakwaan akan failkan rayuan keputusan kes jurujual pandu melulu JOHOR BAHRU Mahkamah Majistret...
Sanggup Korban Nyawa Selamatkan Warga Emas Dalam Kebakaran Kematian Remaja 15 Tahun Buat Ramai Sebak

Sanggup Korban Nyawa Selamatkan Warga Emas Dalam Kebakaran Kematian Remaja 15 Tahun Buat Ramai Sebak

papar berkaitan - pada 5/10/2021 - jumlah : 340 hits
Hebat kisah Ali Landi Nama terus jadi sebutan walaupun sudah menemui PENCIPTA NYA BARANGKALI nama Ali Landi kurang dikenali ramai namun percayalah pengorbanan remaja berusia 15 tahun itu cukup besar Meskipun usia pemuda beragama Islam itu m...
Malaysia Boleh Untuk Kayangan Bebas Tuduhan Jenayah

Malaysia Boleh Untuk Kayangan Bebas Tuduhan Jenayah

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 155 hits
HAMZAH RIE NATakdirr Malaysia Boleh Tips mudah golongan kayangan lepas bebas kes jenayah di mahkamah kasi kawtim bayar balik juta juta jer Dah boleh bebas BN ke PN ke dua kali lima lima kali dua sama jer SR
Inspektor Polis Bebas Tuduhan Tukar Dadah Kepada Gula Batu

Inspektor Polis Bebas Tuduhan Tukar Dadah Kepada Gula Batu

papar berkaitan - pada 15/10/2021 - jumlah : 177 hits
Juliana Shamsuddin didakwa menukar barang rampasan membabitkan 15 paket plastik lut sinar berisi bahan disyaki dadah kepada gula batu sebelum dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dengan niat melindungi seorang individu daripada hukuma...
Saya Puji Bekas Isteri Dia Ibu Yang Bagus Datuk Eizlan Kekal Baik Demi Masa Depan Anak

Saya Puji Bekas Isteri Dia Ibu Yang Bagus Datuk Eizlan Kekal Baik Demi Masa Depan Anak

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 264 hits
Demi anak walaupun sudah mempunyai haluan masing masing pelakon Datuk Seri Eizlan Yusof masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isterinya Vie Shantie Haroon Khan Menurut Eizlan dia percaya bahawa kasih sayang terhadap anak anak tidak w...
Kadang Jaga Pantang Makan Sampai 2 Tahun Kuat Berpantang Petua Ozlynn Wati Kekal Slim

Kadang Jaga Pantang Makan Sampai 2 Tahun Kuat Berpantang Petua Ozlynn Wati Kekal Slim

papar berkaitan - pada 7/10/2021 - jumlah : 208 hits
Melihatkan kelincahan isteri kepada penyampai radio Johan iaitu Ozlynn pastinya ada rahsia yang diamalkan oleh Ozlynn biarpun sudah beranak enam Ozlynn sentiasa kekal sihat dan aktif malah berjaya mengekalkan kerampingannya Rupanya ibu kepa...
Bunuh Tunang Mahu Kahwin Lelaki Lain Hukuman Mati Pembantu Kedai Kekal

Bunuh Tunang Mahu Kahwin Lelaki Lain Hukuman Mati Pembantu Kedai Kekal

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 207 hits
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap Muhammad Irshaduddin kerana membunuh tunangnya PETALING JAYA Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan hukuman mati terhadap seorang bekas pembantu kedai tayar kerana membunuh bekas tun...
Pejuang Kekal Parti Melayu Dan Bersih Anti Rasuah

Pejuang Kekal Parti Melayu Dan Bersih Anti Rasuah

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 193 hits
ITU akan jadi pertaruhannya di PRU15 yang berdepan dengan 3 4 PENJURU Sukar untuk menang walau 1 kerusi tetapi mampu mengganggu calon umno yang berdepan PAS BERSATU dan calon Melayu PH Bersih rasuah dan anti rasuah tidak mampu mendapat soko...
Biasa Dari Negeri Yang Tak Pernah Lihat Kepesatan Negeri Yang Lebih Maju Dia Nampak Kedai Proses Ayam Ja

Why Pm Anwar Rafizi Steven Sim Should Be Worried About World Bank S Report On M Sian Education

This Five Cylinder Puch Proves There S No Replacement For Displacement

Drama Framed Lakonan Mimi Lana Meerqeen

Adab Tu Kena Ada Walaun Tak Dak Adab Ke Tak Sekolah

Ceramah Pn Tidak Dapat Sambutan Di Kuala Kubu Baharu Pas Boikot Calon Bersatu Prk Kkb

Mesyuarat Negara Negara Asean Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Kuantum

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


7 2567 1 Top 100 By Darlene Ssru Ac Th

Slotxo 3 2567 Xo Slot 24 Top 75 By Tonja Slotxo24hr Win

Rajabhat University 1 Top 73 By Shawnee Ssru Ac Th 8 67

Turning Raw Data Into Stunning Presentations With One Click

Kurangkan Saiz Produk Tanpa Maklum Pembeli Boleh Kena Denda Rm35 000

Kes Pemerasan Rm1 25 Juta 3 Pegawai Kanan Polis Ditahan