Kes Basikal Lajak Jurujual Wanita Kekal Dibebas Dilepaskan


Mahkamah Majistret JB kekal keputusan melepas dan membebaskan jurujual wanita didakwa sebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak 4 tahun lalu.
klik 👉 Follow Telegram BeritaUp2date (large-bt) Pendakwaan akan failkan rayuan keputusan kes jurujual pandu melulu JOHOR BAHRU: Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, mengekalkan keputusan untuk melepas dan membebaskan seorang jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, empat tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret Siti Hajar Ali selepas Sam Ke Ting, 26, diarahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi, Februari lalu.


Keputusan itu diputuskan Siti Hajar, yang membacakan keputusan kes di akhir pembelaan di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini.

Siti Hajar dalam keputusannya berkata, mahkamah memutuskan bahawa adalah tidak selamat baginya untuk mensabitkan tertuduh atas pertuduhan yang dihadapinya.

SAM Ke Ting (kanan) dibebaskan dan dilepaskan dari pertuduhan memandu secara melulu dan menyebabkan kematian 8 remaja basikal lajak empat tahun lalu di Mahkamah Majistret Johor Bahru, Johor. FOTO Nur Aisyah Mazalan
"Selepas meneliti segala keterangan yang dikemukakan dan menimbang semua hujahan Timbalan Pendakwa Raya dan peguam bela tertuduh di akhir kes pembelaan, timbul keraguan munasabah dalam minda saya.

"Maka diputuskan bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah.

"Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan dari pertuduhan di akhir kes pembelaan," katanya.

Siti Hajar berkata, alasan terhadap keputusan itu mengambil kira keterangan tertuduh yang tiada pengetahuan terhadap aktiviti basikal lajak di situ, adalah munasabah.


"Tertuduh menyatakan beliau tidak tahu ada aktiviti basikal lajak pada waktu malam dan tiada sebarang amaran terhadap aktiviti berkenaan di situ.


"Keterangan tertuduh dia berada di lorong paling kiri lokasi kejadian iaitu Jalan Lingkaran Dalam juga bertepatan dengan hasil kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), yang mendapati kenderaan tertuduh sama ada dipandu pada kelajuan 44.5 kilometer sejam atau 75.8 kilometer sejam.

"Lokasi kejadian itu juga mendaki bukit yang berselekoh dengan keadaan yang gelap dan tertuduh menyatakan tidak nampak ada kumpulan basikal lajak yang memenuhi ketiga-tiga lorong jalan iaitu di bahu, tepi dan tengah jalan di sebalik selekoh berbukit itu.

"Terdapat keraguan identiti pemandu sebenar kereta yang didakwa dipandu tertuduh, berikutan terdapat kemungkinan munasabah tertuduh menumpang kereta yang dipandu rakan berikutan terdapat saksi mata kewujudan seorang lelaki Cina di lokasi kejadian yang didakwa rakan tertuduh," katanya.


Mahkamah turut mengarahkan lesen memandu tertuduh yang sebelum ini digantung, dikembalikan semula kepadanya dengan serta-merta.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Muhammad Syafiq Mohd Ghazali dan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman, manakala Ke Ting diwakili Muhammad Faizal Mokhtar.

Terdahulu, Ke Ting yang berbaju kemeja biru putih dan berseluar warna krim, hadir ditemani seorang rakannya tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Johor Bahru, kira-kira jam 11.50 pagi tadi.

Pada 18 Februari lalu, Mahkamah Tinggi di sini, mengarahkan Ke Ting yang dibebas dan dilepaskan daripada tuduhan memandu secara melulu, hingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak, empat tahun lalu, untuk membela diri.

Pesuruhjaya Kehakiman, Dr Shahanaz Sulaiman dilaporkan membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh, sekali gus mengetepikan perintah dibuat Mahkamah Majistret pada Oktober 2019 untuk melepas dan membebaskan Ke Ting.

Pada 28 Oktober dua tahun lalu, Mahkamah Majistret Johor Bahru, melepas dan membebaskan jurujual wanita berkenaan daripada tuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian lapan remaja berbasikal lajak berkenaan.

Majistret Siti Hajar Ali dilaporkan membuat keputusan itu terhadap Ke Ting, tanpa memanggilnya membela diri terhadap pertuduhan dihadapinya, selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie pada akhir kes pendakwaan.

Sepanjang perbicaraan bermula Ogos 2017, 46 saksi pendakwaan dan 214 eksibit dikemukakan di mahkamah.

Pada 10 November tahun lalu, pihak pendakwaan dilaporkan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret yang melepas dan membebaskan jurujual wanita itu.

Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, ketika itu, Amir Nasruddin, dilaporkan berkata, notis rayuan difailkan pihaknya selepas mendapati dan percaya ada merit memfailkan notis terhadap beberapa isu.


Berdasarkan pertuduhan, wanita itu didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, pada 3.20 pagi 18 Februari 2017.

Remaja yang maut ialah Mohamad Azrie Danish Zulkefli, 14; Muhamad Shahrul Izzwan Azzuraimie, 14; Muhammad Firdauz Danish Mohd Azhar, 16; Fauzan Halmijan, 13; Mohamad Azhar Amir, 16; Muhammad Harith Iskandar Abdullah, 14; Muhammad Shahrul Nizam Marudin, 14 dan Haizad Kasrin, 16.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda, selain lesen memandu digantung, sekiranya disabit kesalahan

SOURCE: Berita Harian

Kongsikan artikel ini:

Ikuti kami di Facebook, Twitter, dan Telegram untuk berita terkini setiap hari.
klik 👉 https://t.me/BeritaUp2Date




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://beritaup2date.blogspot.com/2021/10/kes-basikal-lajak-jurujual-wanita-kekal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kes Basikal Lajak Kerajaan Fail Rayuan

Kes Basikal Lajak Kerajaan Fail Rayuan

papar berkaitan - pada 12/10/2021 - jumlah : 156 hits
Kes basikal lajak kerajaan fail rayuan Jabatan Peguam Negara akan memfailkan rayuan berhubung pembebasan seorang jurujual daripada pertuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja berbasikal lajak empat tahun lepa...
Hiburan Joy Revfa Seram Tengok Kes Libatkan Pendakwah Kongsi Tips Elak Wanita Tepis Godaan

Hiburan Joy Revfa Seram Tengok Kes Libatkan Pendakwah Kongsi Tips Elak Wanita Tepis Godaan

papar berkaitan - pada 3/10/2021 - jumlah : 279 hits
Usahawan kosmetik terkenal Joy Revfa sebelum ini ada mendedahkan bahawa dia pernah diganggu lelaki yang menggelarkan diri mereka sebagai pendakwah dan ustaz ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementBerikutan itu Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah M...
Basikal Lajak Pendakwaan Akan Buat Rayuan

Basikal Lajak Pendakwaan Akan Buat Rayuan

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 147 hits
Sam Ke Ting dibebaskan dan dilepaskan Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lapan remaja empat tahun lalu Foto RAJA JAAFAR ALI JOHOR BAHRU Jabatan Pendakwaan Negeri Joho...
Tuduhan Pandu Melulu Sebab Kematian 8 Remaja Jurujual Kekal Bebas

Tuduhan Pandu Melulu Sebab Kematian 8 Remaja Jurujual Kekal Bebas

papar berkaitan - pada 11/10/2021 - jumlah : 215 hits
Tuduhan pandu melulu sebab kematian 8 remaja jurujual kekal bebas Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini mengekalkan keputusan seorang jurujual wanita dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kemat...
Wow Dahsyattt Reviu Van Jenazah Raih Hampir Setengah Juta Views Ramai Puji Ayat Power Jurujual Wanita Cina Ini

Wow Dahsyattt Reviu Van Jenazah Raih Hampir Setengah Juta Views Ramai Puji Ayat Power Jurujual Wanita Cina Ini

papar berkaitan - pada 2/10/2021 - jumlah : 291 hits
Reviu van jenazah raih hampir setengah juta views ramai puji ayat power jurujual wanita Cina ini Mungkin kali ini Tuhan nak belanja saya Video reviu van Jenazah oleh Lisa meraih hampir setengah juta tontonan di TikTok VIDEO memaparkan seora...
Wanita Kahwini Bapa Kekasih

Wanita Kahwini Bapa Kekasih

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 188 hits
Tangkap layar video TikTok seorang gadis mengaku mahu kahwini bapa kekasihnya yang kematian isteri TikTok JAKARTA Luahan hati seorang wanita baru baru ini yang mendedahkan telah berkahwin dengan bapa kepada teman lelakinya sendiri menjadi t...
Wanita Maut Kebakaran Mungkin Ada Elemen Jenayah

Wanita Maut Kebakaran Mungkin Ada Elemen Jenayah

papar berkaitan - pada 9/10/2021 - jumlah : 180 hits
Mayat seorang wanita terlibat kebakaran di Jalan Kerian di George Town dibawa keluar dari lokasi kejadian sebentar tadi Pasukan bomba tidak menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah melibatkan kematian seorang wanita dalam kejadian kebakar...
Nak Pegang Peluk Anak Sekejap Pun Tak Boleh Dituduh Curang Wanita Ini Tampil Cerita Kisah Sebenar

Nak Pegang Peluk Anak Sekejap Pun Tak Boleh Dituduh Curang Wanita Ini Tampil Cerita Kisah Sebenar

papar berkaitan - pada 10/10/2021 - jumlah : 463 hits
Tular satu perkongsian di Facebook apabila seorang wanita mendakwa sudah tiga tahun tidak berpeluang berjumpa anak sendiri Malah dia juga mengatakan dilarang berhubung melalui panggilan telefon atau Whatsapp Setelah hampir 3 tahun tak dapat...
Wanita Guna Nama Tmj Gelaran Datuk Seri Palsu Terbabit Sindiket Forex

Wanita Guna Nama Tmj Gelaran Datuk Seri Palsu Terbabit Sindiket Forex

papar berkaitan - pada 8/10/2021 - jumlah : 337 hits
Polis Johor berkata dokumen palsu yang ditandatangani wanita itu mendakwa mendapat mandat daripada Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk menjalankan urusan tukaran mata wang asing dolar AS kepada ringgit bernilai USD200 bilion hingga USD5 trili...
Absolute Power Corrupts Absolutely

Potensi Pemulihan Ringgit Terancam Jika Data Pekerjaan As Mengejutkan Negatif

Igp Chief Editor Of English Portal To Be Questioned Over Forest City Casino Claim

Overcoming Funding Challenges

Dapatkan Porsche Design Honor Magic6 Rsr Di Honor Experience Store Terpilih Pada 5 Mei

Samsung Knox Empowering Consumer Security In The Galaxy A55 5g

How Often Should You Clean Your Air Ducts A Guide For Laval Homeowners

Chacarita Is Buenos Aires S Quirkiest Neighborhood Get There Soon



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Slot DramaVaganza Astro Ria

5 Amalan Muslim Yang Sering Dijadikan Bahan Lawak di Malaysia

6 Fungsi Kereta Yang Sepatutnya Ada Tapi Tak Dijadikan Standard

5 Perkhidmatan Yang Kini Entah Kenapa Kita Langgan Bulanan


Help Shape Ai With Malaysian Values Says Anwar

Friendly Fire Between Umno Youth Head And Bersatu Counterpart Opens A Can Of Worms

Negeri Sembilan Akan Menaikan Gaji Penjawat Awam

Gaji Mei 2024 Tarikh Pembayaran Gaji Penjawat Awam

Bella Astillah Feat Didi Astillah Bermanja Manja Chord

Perjalanan Mendapat Haji Yang Mabrur