Tuduh Rakyat Selangor Tiada Rumah Pas Mengarut




Menjelang Pilihan Raya Negeri pada Julai ini, Pas Selangor mula melancarkan serangan ke atas kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor yang memerintah negeri sejak 3 penggal lalu.
Serangan terbaharu datangnya dari Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor, Roslan Shahir Mohd Shahir yang mendakwa kononnya anak Selangor tiada rumah, tiada tanah sendiri walau sekangkang kera terutama golongan B40.
Bagi Ketua Angkatan Muda KEADILAN Negeri Selangor, Izuan Kasim, propagada Roslan itu seumpama orang mengigau atau datang dari planet lain yang tiba tiba memimpin Pas negeri.
Katanya, hujah tersebut amat keterlaluan dalam membodohkan rakyat dengan tidak mengambil kira program rumah Selangorku yang telah berjaya membina puluhan ribu rumah mampu milik sejak sedekad lalu.
“Sehingga kini 29,822 unit Rumah Selangorku telah pun diserahkan kunci kepada para pembeli yang layak manakala 18,039 unit rumah sedang dalam peringkat pembinaan dan baki 168,069 unit rumah pula masih dalam proses perancangan.
“Kerajaan Negeri Selangor juga telah memperuntukkan RM 3 juta pada tahun 2023 untuk Program Bina Baru dan Baikpulih Rumah Kerajaan Prihatin, dana tersebut memberi peluang kepada keluarga-keluarga daif di kawasan kampung memperbaiki keadaan rumah mereka melalui peruntukan Kerajaan Negeri,” kata Izuan dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut membidas satu lagi tuduhan yang dilemparkan oleh Roslan kononnya Selangor memberi suntikan dana bantuan kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC). Katanya pemimpin Pas Selangor itu seolah olah tidak langsung membaca belanjawan negeri 2023.
Dokumen tersebut, katanya, mencatatkan sebanyak RM26.5 juta telah diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan, ini bermaksud semua sekolah kebangsaan menerima peruntukan yang sama melalui dana Kerajaan Selangor.
“Jika SJKC mempunyai infrastruktur yang lebih berbanding sekolah kebangsaan, ianya adalah melalui sumbangan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) yang disalurkan secara sukarela.
“Malah Kerajaan Selangor ternyata memberi perhatian khusus kepada pembangunan sekolah aliran agama apabila memperuntukkan RM 5 juta untuk meringankan beban ibu bapa dengan pemberian subsidi yuran Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain Integrasi (KAFAI).
“Bagaimana boleh wujud tuduhan Kerajaan Negeri Selangor memberi peruntukan yang lebih banyak kepada SJKC ini?” tanyanya.
Tuduhan air percuma hanya dinikmati oleh 50% penduduk negeri kerana kelemahan pentadbiran juga, kata Izuan, perlu dirujuk kepada Belanjawan 2023 Kerajaan Negeri.
Katanya, had layak bantuan air percuma 11 meter padu telah pun dinaikkan kepada pendapatan isi rumah RM 5,000 dan ke bawah. Hal itu meningkat daripada jumlah pendapatan RM3,000 sebelum ini.
“Keadaan ini dilihat masuk akal kerana rakyat Negeri Selangor yang berpendapatan melebihi RM 5,000 mempunyai lebihan pendapatan untuk membayar bill air secara penuh.
“Sebaiknya peruntukan air percuma ini diberikan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan, perhatian khusus ini diberikan memandangkan rakyat dalam lingkungan status B40 mempunyai cabaran kewangan yang lebih berbanding golongan T20,” katanya.
Manakala dakwaan tidak wajar Selangor diurus oleh pemimpin berasal dari negeri lain pula amat remeh dan mengarut.
Hal itu, katanya kerana PN pun sedang cuba membawa masuk pemimpin politik dari Negeri Sembilan seperti Khairy Jamaluddin dan dari Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim untuk bertanding di Selangor.
“Tiada logiknya melihat kewibawaan kepimpinan melalui tempat asal kelahiran pemimpin. Secara kesimpulannya segala tuduhan yang dilemparkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan Pas Negeri Selangor satu cubaan terdesak untuk mencalarkan imej Kerajaan Negeri Selangor yang kini cemerlang mentadbir dan memakmurkan Negeri Selangor,” katanya lagi.
Izuan juga membidas bahawa kepimpinan Pas seakan-akan lupa kelemahan pentadbiran Kerajaan Negeri yang mereka kuasai. Misalnya isu kelemahan pengurusan air di Negeri Kelantan dan Kedah yang tidak menunjukkan terdapat tanda tanda penyelesaian sebagaimana masalah di Selangor yang diselesaikan dengan baik.
The post Tuduh rakyat Selangor tiada rumah, Pas mengarut first appeared on Suara Pakatan Daily.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/36347?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tuduh-rakyat-selangor-tiada-rumah-pas-mengarut

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Dan Pas Ni Dengar Ka Suara Rakyat Rakyat Keriau Nak Air Hangpa Dengar Ka

Pn Dan Pas Ni Dengar Ka Suara Rakyat Rakyat Keriau Nak Air Hangpa Dengar Ka

papar berkaitan - pada 30/4/2023 - jumlah : 235 hits
Amat menggelikan hati bila Ketua Penerangan PAS kata PH akan tewas PRN kerana tak dengar suara rakyat Tewas atau tidak itu soal kedua Tapi yang aku nak sentuh tu dia kata tak dengar suara rakyat Macamlah PN dan PAS dengar suara rakyat Cuba ...
Kj Tiada Dalam Senarai Calon Prn Pas Selangor

Kj Tiada Dalam Senarai Calon Prn Pas Selangor

papar berkaitan - pada 1/5/2023 - jumlah : 187 hits
FMT ReportersPETALING JAYA PAS Selangor mengesahkan nama bekas ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin tiada dalam senarai calon parti itu pada PRN nanti Setiausahanya Roslan Shahir berkata pihaknya hanya menyenaraikan dan mempertimbangkan indi...
Jemputan Rumah Terbuka Malaysia Madani Buat Seluruh Rakyat Aidilfitri 2023

Jemputan Rumah Terbuka Malaysia Madani Buat Seluruh Rakyat Aidilfitri 2023

papar berkaitan - pada 23/4/2023 - jumlah : 1074 hits
Jemputan Rumah Terbuka Malaysia Madani Buat Seluruh Rakyat Aidilfitri 2023 Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani bersama Perdana Menteri akan diadakan untuk pertama kalinya di tiga negeri iaitu Kedah Kelantan dan Terengganu Majlis ini adalah...
Minta Dijauhi Pas Memerintah Selangor

Minta Dijauhi Pas Memerintah Selangor

papar berkaitan - pada 28/4/2023 - jumlah : 446 hits
Dahlan MaamorPAS memang handal dalam mencari salah orang tapi tidak cermin diri bila berkata kata Hanya untuk memenangi hati rakyat menjelang pilihan raya negeri akan datang parti itu sanggup menggunakan apa saja isu walaupun menyimpang dar...
Sebelum Pas Pn Memerintah Rakyat Kedah Kena Kalih

Sebelum Pas Pn Memerintah Rakyat Kedah Kena Kalih

papar berkaitan - pada 3/5/2023 - jumlah : 267 hits
Sebelum PAS memerintah masalah air tak kritikal seperti sekarang Nampaknya Kedah telah jadikan sebagai model Penduduk Penang Selangor dan Negeri Sembilan kena ambil perhatian Perkara sama mungkin akan berlaku kepada anda Masa PRN nanti kala...
Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Atas Tanah Sendiri

Cara Memohon Rumah Mesra Rakyat Atas Tanah Sendiri

papar berkaitan - pada 24/4/2023 - jumlah : 328 hits
Cara memohon Rumah Mesra Rakyat atas tanah sendiri Bagi membantu golongan yang memerlukan kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri telah memperkenalkan pelbagai jenis bantuan kewangan khusus Antaranya ialah Program Rumah Mesra Rakyat ya...
Selangor Kaya Rakyat Susah

Selangor Kaya Rakyat Susah

papar berkaitan - pada 27/4/2023 - jumlah : 299 hits
Tidak syak lagi Selangor sebuah negeri yang kaya dan paling maju di Malaysia Setakat penghujung November 2022 ia merekodkan hasil sebanyak RM2 304 bilion Satu angka yang besar berkat limpahan rezeki dari Allah S W T Di Selangor ada KLIA Pel...
Selangor Pas Confirms Receiving Applications From Big Names To Join Party

Selangor Pas Confirms Receiving Applications From Big Names To Join Party

papar berkaitan - pada 8/5/2023 - jumlah : 209 hits
Selangor Pas confirms receiving applications from former political leaders from other parties to join the party Selangor Pas Commissioner Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi said these big names in politics will be announced soon He said the politic...
Petua Nenek Tentang Aloe Vera Yang Masih Relevan Sampai Hari Ini

Momen Yang Tidak Akan Terhilang

Bullying Case Expulsions A Lesson For Mara College Students Says Asyraf

Pos Malaysia Drops Fossil Stamps To Celebrate Dino Era Finds

Man City Bergaya Bedal Juventus

Be A Critic But Don T Be Lazy With Your Facts Hannah Yeoh S Pol Sec Lambasts Mca Youth S Neow Over Fam Issue

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

The Traffic School That Works Around Your Life Not The Other Way Around


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Autoimmune Disease

Hassle Free Estate Liquidation Let Us Handle The Heavy Lifting

Dikecam Gara Gara Halau Lelaki Dari Surau Jmb Halaman 11 Akhirnya Bersuara Itu Video Lama Perkara Tu Dah Selesai

Hiburan Kieda Crepe Akui Bisnes Terjejas Tak Sangka Video Peribadi Undang Kritikan Saya Lupa Saya Influencer

21 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Hutan Melintang

Anwar Gagal Kawal Kes Serangan Seksual