Tudiaa Aneka Kerabu Khas Untuk Akak Akak Cuba Macam Macam Ada
Kalau korang hantu kerabu, nah ini bermacam jenis kerabu yang boleh korang cuba!. Kerabu hidangan pembuka selera dengan rasa masam, pedas dan sedikit manis, Ia memang sedap, dan lebih menggoda bila bahan campurannya segar-segar hinggakan makan begitu sahaja juga sedap. Jangan lepaskan peluang mencuba salah satu dari 10 kerabu yang Rasa sharekan ini.
KERABU BETIK MUDA
BAHAN-BAHAN:
1 biji betik muda | sagat dan celur2 biji cili merah | mayang halus4 biji cili padi | mayang halus1 labu bawang besar | mayang halus2 batang serai muda | mayang halus1 sudu makan perahan limauGaram dan gula secukupnyaKacang tanah panggang cincang secukupnyaCARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.Gaul sebati kesemuanya.Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.Tabur kacang panggang cincang di atasnya. Sedia dinikmati.KERABU CAMPURAN KEKACANG
BAHAN-BAHAN:
5 batang kacang botol | hiris halus5 batang kacang buncis | hiris halus5 batang kacang panjang | hiris halus2 biji cili merah | hiris nipis4-5 biji cili padi | hiris nipis1 labu bawang besar | mayang halus1 batang serai | hiris halus3 sudu makan kelapa parut (putihnya sahaja)2 sudu makan kerisik2 sudu makan ikan bilis | sangai dan tumbuk kasar½ biji limau nipis | perah airnyaGaram dan gula secukup rasaCARA MEMASAK:
Di dalam mangkuk kecil, satukan kelapa dan kerisik. Gaul sebati.Di dalam mangkuk besar, campurkan kesemua bahan lain. Gaul rata.Masukkan campuran kelapa dan kerisik tadi lalu gaul sebati.Tambah perahan limau dan sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan gula secukup rasa. Hidangkan segera.KERABU DAGING LIMAU PURUT
BAHAN-BAHAN:
200gm daging1 biji tomato hijau | hiris1 labu bawang besar | mayang halus1 batang serai muda | mayang halus2 biji cili merah | hiris nipis4-5 biji cili padi | hiris nipis2 biji limau kasturi | perah airnya3 helai daun limau purut | hiris halusGaram dan gula secukupnyaCARA MEMASAK:
Daging direbus empuk dan hiris nipis.Satukan tomato hijau, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.Tambah daging rebus berserta hirisan daun limau purut dan kaup-balikkan sebati.Tambah garam, gula secukup rasa.Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.KERABU JANTUNG PISANG KERISIK
BAHAN-BAHAN:
1-2 biji jantung pisang | rebus empuk dan hiris2 biji tomato | cincang nipis2 biji cili merah | mayang halus4 biji cili padi | mayang halus1 labu bawang besar | mayang halus1 sudu makan kerisik½ sudu makan air asamGaram dan gula secukupnyaCARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.Gaul sebati kesemuanya.Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.Jika suka boleh tabur kacang goreng tumbuk di atasnya.KERABU SOTONG SIAM
BAHAN-BAHAN:
300gm sotong | potong kecil dan celur1 biji tomato | cincang nipis2 biji cili merah |mayang halus4 biji cili padi | mayang halus1 labu bawang besar | mayang halus1 batang serai | mayang halus1 sudu makan cincangan daun ketumbar1 sudu makan air perahan limau nipisGaram dan gula secukupnyaCARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.Gaul sebati kesemuanya.Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.KERABU SUHUN KACANG GAJUS
BAHAN-BAHAN:
200gm suhun | rendam dan celur2 biji cili merah | mayang halus4 biji cili padi | mayang halus1 labu bawang besar | mayang halus2 batang serai muda | mayang halus1 sudu makan perahan limauGaram dan gula secukupnyaCincangan kacang gajus panggang secukupnyaBijan hitam panggang secukupnyaCARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.Gaul sebati kesemuanya.Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.KERABU TAUGE KASAR DAN SOTONG KERING
BAHAN-BAHAN:
200gm tauge kasar5 ekor sotong kering | hiris kecil, rendam dan goreng1 labu bawang besar | mayang halus2 batang kacang panjang | hiris nipis2 biji cili merah |hiris nipis4-5 biji cili padi | hiris nipis2 biji limau kasturi | perah airnya1 sudu makan kelapa parut | panggangGaram dan gula secukupnyaCARA MEMASAK:
Tauge kasar dibersihkan, celur sebentar dan toskan.Satukan tauge kasar, sotong, bawang besar, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.Tambah kelapa panggang dan kaup-balikkan sebati.Tambah garam, gula secukup rasa.Tambah perahan limau kasturi dan gaul. Sedia dihidangkan.KERABU TAUHU UDANG KERING
BAHAN-BAHAN:
4 keping tauhu3 sudu makan udang kering2 biji cili merah | mayang halus4 biji cili padi | mayang halus1 labu bawang besar | mayang halus1 sudu makan kelapa panggang½ sudu makan air perahan limauGaram dan gula secukupnyaCARA MEMASAK:
Tauhu dihiris nipis dan goreng manakala udang kering ditumbuk kasar dan sangai kering.Satukan semua bahan di dalam mangkuk.Gaul sebati kesemuanya.Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.KERABU TOMATO BILIS
BAHAN-BAHAN:
200gm ikan bilis1 biji tomato hijau | hiris1 biji tomato merah | hiris1 labu bawang besar | mayang halus1 batang serai muda | mayang halus2 biji cili merah | hiris nipis4-5 biji cili padi | hiris nipis2 biji limau kasturi | perah airnyaGaram dan gula secukupnyaCARA MEMASAK:
Ikan bilis digoreng garing dan toskan.Satukan tomato hijau, tomato merah, bawang besar, serai, cili merah dan cili padi di dalam mangkuk.Tambah bilis goreng dan kaup-balikkan sebati.Tambah garam, gula secukup rasa.Tambah perahan limau dan gaul. Sedia dihidangkan.KERABU UDANG SERAI
BAHAN-BAHAN:
200gm udang segar | kupas dan celur2 biji cili merah | mayang halus4 biji cili padi | mayang halus1 labu bawang besar | mayang halus2 batang serai muda | mayang halus1 sudu makan perahan lemonGaram dan gula secukupnyaCincangan daun ketumbar secukupnyaCARA MEMASAK:
Satukan semua bahan di dalam mangkuk.Gaul sebati kesemuanya.Sesuaikan rasa dengan menambah garam dan gula secukup rasa.Jika suka boleh tabur bawang goreng di atasnya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://rasanakmasak.blogspot.com/2018/11/tudiaa-aneka-kerabu-khas-untuk-akak.html