Pkr Jangan Jadi Macam Laksa Tak Sedap


Manzaidi Mohd AminPerwakilan Kedah, Datuk Zulkifli Mohamad berbahas pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ke-13 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINAL 
SHAH ALAM – PKR jangan jadi macam laksa, banyak bahan tetapi tidak sedap dimakan, tegas pembahas dari Kedah, Datuk Zulkifli Mohamad.

Beliau yang mengambil bahagian dalam perbahasan usul menyokong Ucapan Dasar Presiden PKR hari ini berkata, begitu juga dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) berjanji 60 perkara, tetap pelbagai alasan digunakan apabila gagal mengotakan janji.

Ucapan beliau yang mendapat tepukan gemuruh para perwakilan turut menjelaskan kepada kepimpinan PKR dan kerajaan PH umumnya, pemimpin akar umbi hilang hala tuju apabila berdepan dengan desakan rakyat,

“Sebanyak 60 janji ditaburkan dalam Manifesto PH. Rakyat tertunggu-tunggu janji itu. Bila kita di kalangan pemimpin akar umbi tanya, pimpinan atasan memberi alasan hutang tak habis lagi, hutang tak habis lagi.

“Mampuih (mampus) kita di kampung nak beri penjelasan pada rakyat. Menteri, Timbalan menteri tak apalah, duk pulun (dapat) gaji puluh ribu sebulan, mereka tak berdepan dengan rakyat.

“Kita hak bawah ni nak jawab apa pada nelayan, pekebun getah, petani dan pekerja kilang yang elaun mereka dipotong,” katanya pada sesi perbahasan usul menyokong Ucapan Dasar Presiden pada Kongres Keadilan Nasional di Pusat Konvensyen Idea Shah Alam (IDCC) di sini, hari ini.

Zulkifli merayu, jika kerajaan PH tidak dapat tunaikan 10 daripada 60 janji itu, kotakan enam atau tujuh janji pun sudah memadai di awal tempoh mengambil alih kerajaan Persekutuan ini.

Katanya, pemimpin perlu ingat, kerana rakyatlah mereka dapat memegang jawatan tinggi dalam kerajaan dan disebabkan undi mereka juga pemimpin PH menerima gaji antara RM50,000 ke RM60,000 sebulan.

“Tangan merekalah yang undi kita, yang beri gaji pada kita RM50,000, RM60,000 sebulan

“Ambillah kisah akan suara dan penderitaan rakyat seperti petani dan nelayan. Bertindaklah segera sebagaimana usul Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengulas mengenai nasib golongan itu di Dewan Rakyat baru-baru ini,” katanya.

Beliau turut meminta team Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan team Rafizi Ramli bersatu demi pengukuhan parti serta melupakan persengketaan yang berlaku sepanjang tempoh pemilihan PKR baru-baru ini.

“Cantum semula team AA (Azmin Ali) dan team RR (Rafizi Ramli),” katanya

Sementara itu, perwakilan dari Sabah, Mohd Amin Min menuntut dua perkara dari kerajaan Persekutuan PH, iaitu kembalikan 20 peratus royalti minyak dan 40 peratus cukai kepada negeri itu serta Sarawak.
Perwakilan Sabah, Mohd Amin Min berbahas pada Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ke-13 di Pusat Konvensyen IDCC Shah Alam, Selangor. foto HAZROL ZAINALBeliau berkata, biar kerajaan Sabah sendiri menguruskan pembangunan fizikal di negeri itu dengan perolehan dari royalti dan cukai.

Katanya, masalah yang dihadapi rakyat kedua-dua negeri berkenaan yang tidak pernah selesai ialah rangkaian jalan raya yang baik menghubungkan mereka ke satu-satu tempat.

“Pembangunan fizikal ini perlukan perhatian dan pembelaan. Masalah jalan raya yang menghubungkan rakyat, bekalan elektrik dan air bersih adalah masalah utama yang dihadapi sejak kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita harapkan apabila PH sudah mengambil alih Sabah, masalah ini akan dapat diselesaikan, bukan jadi seperti kerajaan BN yang terdahulu,” katanya. – MalaysiaGazette




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/pkr-jangan-jadi-macam-laksa-tak-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jangan Mudah Dibeli Tauke Kata Azmin Kepada Ahli Pkr

Jangan Mudah Dibeli Tauke Kata Azmin Kepada Ahli Pkr

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 306 hits
Jangan mudah dibeli lsquo tauke rsquo kata Azmin kepada ahli PKR Dikemas kini 1 jam yang lalu middot Diterbitkan pada 7 No
Pemilihan Pkr Jangan Dibeli Tauke Pesan Azmin

Pemilihan Pkr Jangan Dibeli Tauke Pesan Azmin

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 381 hits
Anggota PKR Sarawak yang akan melaksanakan pemilihan parti minggu ini diingatkan supaya tidak mudah dibeli oleh tauke sebaliknya mempertahankan parti itu yang ditegakkan atas agenda reformasi Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin A...
Jangan Berkira Bercuti Masa Anak Kecil Macam Macam Ragam Kenangan Ni Akan Di Ingat Selalu

Jangan Berkira Bercuti Masa Anak Kecil Macam Macam Ragam Kenangan Ni Akan Di Ingat Selalu

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 690 hits
Biasanya alasan yang selalu diberikan bila nak bawa anak kecil bercuti susah nak urus Lagi lagi dengan macam macam ragam Kalau nak diikutkan rugi sangat berkira bercuti dengan anak atas sebab leceh melayan kerenah dia orang Ini kerana kita ...
Jangan Layan Saya Macam Budak Sekolah Aliff Syukri

Jangan Layan Saya Macam Budak Sekolah Aliff Syukri

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 446 hits
Meen TahrinAliff Syukri PENAJA utama Gegar Vaganza musim kelima Datuk Seri Aliff Syukri sebentar tadi meluahkan perasaan kecewa di Instagramnya Sukar saya ungkapkan perasaan terhina Kalau saya tahu macam ini tak payah nyanyi lagu biarapaorg...
Jangan Tunduk Desakan Ultra Kiasu India

Jangan Tunduk Desakan Ultra Kiasu India

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 401 hits
30 Safar 1440H Khamis Pendakwah bebas Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah menempelak tindakan Parti Hak Minoriti yang menegur Universiti Kebangsaan Malaysia kerana merancang menganjurkan forum mengenai Polemik Penghijrahan Masyarakat India ke Tana...
Kalau Nak Anak Bijak Jangan Buat 4 Perkara Yang Boleh Halang Perkembangan Positifnya

Kalau Nak Anak Bijak Jangan Buat 4 Perkara Yang Boleh Halang Perkembangan Positifnya

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 426 hits
Semua ibu bapa mahu anak masing masing membesar dengan bijak Tolong elakkan daripada buat perkara perkara yang boleh menghalang perkembangan positifnya Tanpa kita sedar sikap kita sendiri yang menyebabkan perkembangan anak untuk bereksplora...
Jangan Sesekali Lepaskan Anak Main Hujan Ada Sebabnya Kenapa Doktor Larang

Jangan Sesekali Lepaskan Anak Main Hujan Ada Sebabnya Kenapa Doktor Larang

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 473 hits
Dulu masa kita kecil mandi hujan adalah aktiviti yang paling menyeronokkan Langsung kita tak pernah terfikir soal demam dan sebagainya Tapi betul ke kalau kena hujan terus akan demam Menurut perkongsian keadaan kita tidak sama macam dahulu ...
Start Your Property Journey Here Malaysia S Real Estate Trends And Opportunities

We Re In Business As Usual Says Sapura Energy

Tiada Sebab Klinik Swasta Farmasi Dapat Keistimewaan Sinar Harian 08 05 2025

Anwar Abang Jo To Finalise Key Principles For Petronas Petros Talks

Aktivis Saran Bekukan Aset Penceroboh Haram Musang King Raub Kembalikan Hasil Kepada Kerajaan Pahang

Tak Perlu Tunggu Anniversary 10 Hadiah Yang Buat Suami Rasa Dihargai

Casa En La Laguna By A4estudio A Sculptural Retreat Overlooking Laguna Blanca

Makan Santai Siakap Penyet Dan Mee Jawa Secukup Rasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tpfx Pontianak Selenggarakan Table Talks Kedua Di Kota Singkawang

Pelajar Parah Didakwa Dibelasah Beramai Ramai

Kes Faisal Halim Bukan Perkara Kecil Menteri Kbs Harap Siasatan Diteruskan

Beli Game Ps5 Lebih Mudah Dengan Apple Pay Kini Tersedia Di Malaysia

Senarai Syarikat Menawarkan Latihan Industri Panduan Untuk Pelajar Malaysia

Free Ferry Services In Penang For Wesak Day