Macam Mana Nak Jadi Penulis Blog


Saya ada baca beberapa perkongsian saudara di internet. Dalam banyak-banyak artikel yang pernah saya baca, saya tertarik dengan cara saudara menjana pendapatan di internet melalui medium blog. Tapi saya masih agak keliru, macam mana sebenarnya nak jadi penulis blog? 
 
Boleh tolong terangkan dengan lebih lanjut?

Ok. Macam mana nak jadi penulis blog?
Sebenarnya bukannya susah sangat nak jadi penulis blog. Setahu saya, tiada sebarang peraturan mahupun pra-syarat untuk anda jadi seorang penulis blog.
 
Kalau anda nak tahu, satu ketika dulu, semasa laman web seperti facebook, twitter dan instagram menjadi popular seperti sekarang ini, blog adalah satu medium yang digunakan oleh pengguna internet untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan bersosial.
 
Ya, blog adalah satu platform sosial media pada zaman tersebut. Kemudian, apabila laman facebook mula mendapat tempat dihati pengguna internet, sedikit demi sedikit, pengguna laman blog mula meninggalkan medium blog untuk beralih kepada medium facebook yang lebih up to date.
 
Akhirnya laman blog yang ada, satu per satu mula hilang, dek kerana pemiliknya dah tak membayar yuran untuk menggunakan domain dan hosting. Melainkan kalau blog yang dibina menggunakan servis percuma dari blogspot mahupun wordpress.com. Yang tu kebanyakkannya masih ada sampai sekarang.
 
Apa yang saya cerita ini, kebanyakkannya berlaku pada sekitar tahun 2011 ke 2012 macam tu. Saya pun tak berapa pasti, masa dan tahun yang tepat. Tapi waktu tersebut memang banyak juga kawan-kawan penulis blog yang terus beralih kepada medium media sosial, sebabnya lebih mudah nak buat duit kalau guna facebook.
 
Tapi sekarang ini, bila keadaan disana mula tepu, bila dah wujud terlalu banyak fanpage, dengan kegiatan copy paste yang berleluasa, lagi satu FB sendiri kerap kali merubah algorithma yang mereka gunakan, kini nak buat duit dengan fanpage tidak semudah dulu.
 
Kalau nak gunakan FBAds sebagai medium iklan berbayar pun tak semurah satu ketika dulu. Mujurlah, saya masih lagi setia menulis di blog. Alhamdulillah, walaupun income dari blog ada turun dan naik, setidak-tidaknya saya masih boleh jana income dari blog setiap hari.
 
Jadi, soalannya sekarang, macam mana nak jadi penulis blog ya? 
Sebelum nak terus masuk dalam bidang ini, saya berpendapat eloklah sekiranya anda tanyakan pada diri anda sendiri, adakah anda betul-betul mempunyai minat yang mendalam dalam bidang ini, atau setakat nak cuba-cuba?
 
Kalau anda seorang yang mempunyai minat yang mendalam, saya percaya, walau apa bentuk gangguan dan cabaran yang bakal anda lalui satu masa nanti, ianya tetap tidak melunturkan semangat anda untuk terus menulis di blog. Ya, ini yang saya pelajari dari pengalaman saya menulis di blog hampir 10 tahun.  
 
Apabila saya sentuh tentang minat, saya sebenarnya sedang merujuk kepada minat kepada aktiviti penulisan itu sendiri. Ada beberapa individu yang pernah beritahu saya, yang dia tak pandai nak menulis blog sebab tak berapa pandai bab IT.
 
Tak pandai nak buat blog, tak pandai nak buat kerja-kerja programming. Entahlah… sampai satu tahap, saya rasa semua tu cuma alasan semata-mata.
 
Saya berpendapat, kalau individu tersebut ada minat yang mendalam dalam bidang penulisan, dia sebenarnya boleh survive dalam bidang penulisan blog ini. Syarat untuk mempunyai blog yang berjaya, adalah mampu untuk hasilkan konten yang banyak dalam blog miliknya. Tak kiralah sama ada konten tersebut dalam bentuk artikel (text), video, audio (podcast) atau kombinasi antara yang saya sebutkan.
 
Even blog yang kebanyakkan kontennya adalah gambar-gambar semata-mata, juga masih ada peluang untuk berjaya dalam arena ini.
 
Memang betul, sampai satu tahap kita akan rasa macam dah tak tau nak tulis apa dalam blog kita sendiri. Rasa seperti semua benda dah ada yang tulis. Tapi itu tak menjadi masalah, malahan ia tak sepatutnya dijadikan sebagai satu alasan untuk melemahkan kita dari terus menulis.
 
Dalam bidang ini, minat menulis dan skil penulisan itu lebih utama berbanding kepakaran dalam bidang IT. Saya sendiri tak berapa pandai dalam bab-bab IT ini. Tapi, dengan sedikit kemahiran menulis yang saya ada, saya masih tetap boleh terus menulis di blog.
 
Hakikatnya, walaupun kemahiran dalam bidang IT itu memang penting, namun skil penulisan itu lebih utama.
 
“Saya tak ada bakat menulis, macam mana nak jadi penulis blog?”
Bakat tu penting. Tapi pada saya, skil penulisan ini kita boleh gilap dan jika kita menulis setiap hari, kita juga akan jadi mahir dalam menulis. Tak perlu harap kita ada bakat menulis secara semulajadi.
 
Practise make perfect.
 
Mulakan dengan langkah paling penting, iaitu bina blog anda sendiri. Peringkat permulaan ini, biasanya memang agak luar biasa, kalau kita nak tunggu peluang ada orang lain yang tawarkan kita job sebagai blogger. Sebaliknya, kalau kita minat nak jadi blogger, kita sendiri yang kena cipta peluang tu.
 
Tapi jangan risaulah, sebabnya proses untuk hasilkan blog sendiri sangatlah mudah. Anda boleh rujuk posting yang saya buat sebelum ni.
Baca disini: Memasang blog WordPress Self Hosted pada hosting
 
Memang terdapat banyak platform yang anda boleh pilih bagi menghasilkan laman blog anda sendiri. Ada juga yang percuma dan ada juga yang berbayar. Saranan saya, jika ianya adalah untuk projek jangka masa panjang, gunakanlah yang berbayar dan pilih wordpress self hosted.
 
Kemudian apabila anda sudah ada blog sendiri, fikirkan satu topik dan seterusnya fokus untuk hasilkan konten yang berkaitan dengan topik tersebut. Berkenaan dengan pemilihan topik blog, anda mungkin boleh pilih salah satu daripada topik yang saya bincangkan dalam posting ini untuk dijadikan sebagai salah satu topik utama dalam blog anda.
Baca disini: 10 Niche blog terbukti mampu untuk buat duit online
 
Jadikan kerja-kerja penulisan dan kemaskini blog anda sebagai satu rutin harian, dan In Shaa Allah, dari hari ke hari, blog anda akan berkembang dan terus berkembang. Berikan masa yang secukupnya, dan satu hari nanti, blog anda akan dikenali serata dunia.
 
Apa pun, saya ucapkan selamat datang dalam bidang ini, dan saya doakan semoga anda juga berjaya! In Shaa Allah.
 
 
The post Macam mana nak jadi penulis blog? appeared first on Soal Jawab .MY.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://soaljawab.my/macam-mana-nak-jadi-penulis-blog/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Macam Mana Nak Tahu Minyak Enjin Tiruan

Macam Mana Nak Tahu Minyak Enjin Tiruan

papar berkaitan - pada 3/11/2018 - jumlah : 676 hits
Harga minyak enjin terlalu murah sehingga membuatkan anda curiga jika ia adalah minyak palsu atau tiruan Jika anda bimbang bahawa mereka meletakkan minyak enjin yang digunakan di dalam kereta anda bukannya minyak enjin asli anda boleh menge...
Video Bapa Rantai Leher Anak 11 Tahun Dengan Anjing Sebab Dah Tak Tahu Macam Mana Nak Ajar

Video Bapa Rantai Leher Anak 11 Tahun Dengan Anjing Sebab Dah Tak Tahu Macam Mana Nak Ajar

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 544 hits
Lain orang lain caranya nak didik anak ada yang menggunakan ketegasan dan ada juga yang gunakan kaedah psikologi Tapi cara bapa ini ajar anaknya memang pelik Tergamak bapanya merantai anak leelaki yang berumur 11 tahun bersama anjing peliha...
Macam Mana Cara Nak Buat Kerja Dari Rumah

Macam Mana Cara Nak Buat Kerja Dari Rumah

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 470 hits
Macam mana nak buat kerja dari rumah ni Boleh bagi tunjuk ajar Saya betul betul perlukan pendapatan lebih untuk famili Soalan tentang macam mana nak buat kerja dari rumah ini merupakan salah satu soalan yang kerap saya terima Saya pun seben...
Abam Macam Nak Lari Menjerit Isteri Dah 3 Bulan Hamil

Abam Macam Nak Lari Menjerit Isteri Dah 3 Bulan Hamil

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 443 hits
PERNAH berasa kecil hati apaboila kerap ditaya bila isetri nak hamil pelawak Abam akhirnya berkongsi berita gembira dia bakal menjadi bapa Abam atau Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan 30 berkata isterinya Siti Norhidayah Mohd Ali disahkan ...
Tiada Mood Nak Update Blog

Tiada Mood Nak Update Blog

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 450 hits
Tiada Mood Nak Update Blog Iya bila sesekali datang tiada mood nak update apa apa dekat blog ataupun tiada mood nak buat apa apa Macam inilah jadinya Blank Blur juga jadinya Tak tau nak buat apa haha Maaflah korang tiba tiba ketandusan idea...
Allah Temukan Kita Dengan Macam Macam Orang Kerana Allah Nak Kita Kuat

Allah Temukan Kita Dengan Macam Macam Orang Kerana Allah Nak Kita Kuat

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 472 hits
AssalamualaikumTertutup mata Mendengar nada dan suara Mereka berbicara yang kadang melunak jiwa dan kadang membinasakan bagaikan dihunus pedang Kita tak mampu untuk tutup semua mulut mereka kita hanya mampu senyum dan teruskan berjalan Pert...
Macam Mana Yer

Macam Mana Yer

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 380 hits
Sempat selfie di katil HTFAssalamualaikum dan salam sehati sejiwa semua Dah habis cuti raya yer Kalau dah mula kerja tu selamat bekerja yer Kalau masih cuti tu jangan memalas pulak yer Hari ni Zumal just nak membawang jer Macam mana yer Kal...
Apa Dap Nak Bagi Je Sokong Je Biar Malaysia Jadi Macam Singapore

Apa Dap Nak Bagi Je Sokong Je Biar Malaysia Jadi Macam Singapore

papar berkaitan - pada 12/11/2018 - jumlah : 381 hits
MALAYSIA NI ELOKLAH JADI MACAM SINGAPORE JADI REPUBLIC PAKAI PRESIDEN RAJA RAJA HAPUS SULTAN JUGA HAPUS DAN TAK PERLU DIPERTAHANKAN DEMIKIAN KEHENDAK ORANG BERBANGSA MELAYU TERKINI SAMALAH MACAM MALAYSIA TERKINI ATAU MALAYSIA BARU DENGAN BE...
Harta Vs Ilmu Yang Mana Nak Pilih

Harta Vs Ilmu Yang Mana Nak Pilih

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 458 hits
Di antara HARTA atau ILMU yang manakah pilihan Anda ILMU Peninggalan para Anbiya HARTA Peninggalan Firaun Qarun kuncu2nya ILMU Memelihara kita HARTA Terpaksa dipelihara HARTA Banyak harta banyaklah musuh ILMU Akan lebih banyak rakan taulan ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Jadual Cuti Panjang 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025