Tubuh Segera Rci Tabung Haji


oleh Ab Jalil Backer
SEJAK beberapa minggu lalu Tabung Haji (TH) telah menjadi sasaran pendedahan demi pendedahan yang tampak bertujuan memburukkan kepimpinan lama.
Kerajaan boleh sahaja menjalankan siasatan secara senyap dan terperinci sebelum mendedahkan hasil dapatan kepada umum. Namun mereka memilih untuk membuat beberapa pendedahan yang dilihat sebagai terburu-buru dan menjejaskan imej badan berkenaan sebagai sebuah badan pengurusan kewangan umat islam.
Justeru kerajaan perlu mempertimbangkan usul Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 9 Disember lalu supaya menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi meneliti pelbagai percanggahan laporan mengenai TH. Cadangan ini telah mendapat sokongan pemimpin Islam lain seperti Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.
Penubuhan RCI ini wajar kerana orang Islam melihat ada kegopohan dan sikap semberono Menteri Hal-Ehwal Agama Islam, Dr Mujahid Yussuf, dalam menyerang pengurusan TH yang lepas sehingga menjejaskan imej badan itu sendiri.
Adalah sangat menyedihkan melihat kegopohan membuat pelbagai pendedahan tanpa siasatan mendalam terlebih dahulu bukannya kerana iltizam mahu memperbaiki pengurusan kewangan TH. Jika kita perasan, pendedahan demi pendedahan ini dibuat menjelang himpunan membantah hasrat kerajaan Malaysia untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
Seminggu sebelum Himpunan Bantah ICERD, pengurusan TH membuat laporan polis dan kemudiannya membuat kenyataan media mendakwa wang Yayasan Tabung Haji (YTH) telah disalahgunakan. Anehnya ini dibuat tanpa melakukan inkuiri dalaman terlebih dahulu.
Berantakanlah dalam kalangan orang Islam kononnya wang TH telah diselewengkan. Apa yang tidak dijelaskan kepada umum ketika itu ialah dana YTH bukanlah seratus peratus wang dari TH. Dari RM22 juta dana YTH hanya RM7 juta dari TH sendiri. Manakala selebihnya adalah sumbangan daripada korporat dan orang perseorangan.
Pendedahan seperti laporan mengenai Yayasan Tabung Haji digunakan sebagai alat politik adalah sesuatu yang sangat melucukan dan bertujuan mengelirukan orang ramai. Faktanya apa? Adakah ada penerima bantuan Yayasan TH dari kalangan orang kaya? Adakah kepada kalangan ahli parti politik tertentu sahaja? Jika bantuan sampai kepada mereka yang layak tanpa diskriminasi politik ia bukanlah masalah walaupun programnya diadakan bersama parti politik mana pun.
Kemudiannya Mujahid mendedahkan pula kononnya pengurusan lama melanggar Akta Tabung Haji apabila membayar hibah (dividen) kepada pendeposit Tabung Haji ketika aset TH kekurangan RM4 bilion berbanding wang pendeposit.
Memang Akta Tabung Haji menyatakan tiada hibah sepatutnya diberi jika nilai aset lebih rendah berbanding nilai pendeposit. Namun kena ingat pemberian hibah ini bukan kepada Umno atau Azeez Rahim. Ia pemberian hibah kepada semua pendeposit Tabung Haji.
Apa yang tidak dinyatakan ialah TH masih membuat keuntungan walaupun nilai aset mereka jatuh. Ada beza antara nilai aset dan keuntungan. Aset Tabung Haji boleh sahaja meningkat dan susut dalam sesuatu masa bergantung kepada pelaburan dan perniagaan mereka ceburi.
Misalnya jika RM10 bilion wang TH dilaburkan kepada Bursa Malaysia, tiba-tiba saham-saham ini jatuh maka nilai aset TH pun akan jatuh. Namun ini tidak bermakna TH tidak mendapat keuntungan daripada pelaburan mereka di Bursa Malaysia.
TH tidak boleh menyimpan tunai semua wang pendeposit yang berjumlah lebih RM74 bilion itu. Ia mesti dilaburkan atau TH tidak boleh membayar dividen dan memberi subsidi kepada jemaah haji. Justeru jika ada tahun-tahun tertentu aset tabung haji susut nilai berbanding jumlah wang pendeposit ia bukan bermakna pengurusan curi wang pendeposit.
TH adalah antara institusi orang Islam yang terbesar di negara ini. Jika siasatan mendapati ada keperluan pendakwaan maka buatlah pendakwaan. Namun jika anda baca laporan-laporan mengenai TH sehari dua ini ia bukanlah sesuatu telah konklusif sebagai penyelewengan wang. Ia hanya perbezaan falsafah pengurusan kewangan.
Lebih mengelirukan segala hiruk-pikuk menyerang TH ini bertentangan dengan Laporan Ketua Audit Negara yang meletakkan TH sebagai agensi dalam kategori “Pendapat Tanpa Teguran”. Ini merupakan kategori teratas dalam laporan audit negara.
Sesiapa sahaja yang waras akan bersetuju bahawa jika ada penyelewengan dalam institusi berkaitan Islam maka tindakan tegas harus diambil tidak pedulilah, sama ada membabitkan pemimpin Umno atau tidak.
Jangan kata Tabung Haji, tabung masjid sekali pun harus diurus dengan jujur dan amanah. Namun tindakan harus dibuat mencerminkan keadilan sebenar bukannya sekadar alat permusuhan politik antara kerajaan dengan Umno.
Tabung Haji tidak boleh dijadikan kambing hitam politik mana-mana pihak, apatah lagi membenarkan menteri berkenaan bersikap marahkan nyamuk dibakarnya kelambu.
* Penulis ialah Presiden Angkatan Karyawan Nasionalis (Akar)
Sinar


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2018/12/17/tubuh-segera-rci-tabung-haji/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kj Tubuh Rci Tabung Haji Ambil Kira Amaran Bank Negara

Kj Tubuh Rci Tabung Haji Ambil Kira Amaran Bank Negara

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 367 hits
Diterbitkan 11 Dis 2018 9 54 malam Sambil menyokong gesaan supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk menyiasat isu Lembaga Tabung Haji bekas ketua Pemuda Umno berkata pelbagai fakta terdahulu mesti diambil kira Kata Khairy Jamalud...
Siasat Segera Dakwaan Tabung Haji Bayar Dividen Haram Dr Asyraf

Siasat Segera Dakwaan Tabung Haji Bayar Dividen Haram Dr Asyraf

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR 10 Dis Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap isu Tabung haji tidak dijadikan alasan untuk menutup kelemahan Kerajaan Pakatan Harapan yang selama ini masih gagal menstabilkan pasaran saham dan modal ...
Rci Rci Rci Tabung Haji

Rci Rci Rci Tabung Haji

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 297 hits
NAK SANGAT TENGOK SIAPA YANG KENA DAN YANG BANGANG Pak Karamu Umno sokong siasatan terhadap THRidauddin Daud12 Disember 2018 AddThis Sharing ButtonsKhaled Nordin KUALA LUMPUR Umno menyokong penuh sebarang siasatan dan usaha untuk membongkar...
Umno Veep Backs Call For Rci Into Tabung Haji S Finances

Umno Veep Backs Call For Rci Into Tabung Haji S Finances

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 313 hits
Umno vice president Mohamed Khaled Nordin is backing the call for the establishment of a Royal Commission of Inquiry to investigate the real financial status of Lembaga Tabung Haji Khaled said in a statement today that this is because the p...
Rci Untuk Tabung Haji

Rci Untuk Tabung Haji

papar berkaitan - pada 11/12/2018 - jumlah : 398 hits
JANGAN JADI ISU GST PUNG PANG PUNG PANG AKHIRNYA NAJIB BN FREE TIADA KOMPROMI SOAL TABUNG HAJI ITU RAKYAT MARHAIN PUNYA MENTERI JANGAN BANYAK BUAT KENYATAAN AKHBAR PUNG PANG PUNG PANG BERTINDAK SEGERA JANGAN JADI MACAM GST SEBAB TAK TAHU BU...
Pas Wants Royal Probe On Alleged Tabung Haji Fraud

Pas Wants Royal Probe On Alleged Tabung Haji Fraud

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 330 hits
A royal commission of inquiry should be convened to fully investigate the allegation that Lembaga Tabung Haji was unlawfully paying out dividends while in deficit said Datuk Seri Abdul Hadi Awang The PAS president insisted that such a venue...
Luahan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji

Luahan Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 391 hits
Terima kasih kepada yang prihatin kes Tabung Haji Ini menunjukkan kita sayang kepada organisasi ni Secara ringkas saya simpulkan Lembaga Pengarah baru telah melantik Pricewaterhouse Cooper iaitu sebuah firma audit antarabangsa yang bebas po...
Tabung Haji Dibawah Bnm Ini Pandangan Ustaz Zaharuddin

Tabung Haji Dibawah Bnm Ini Pandangan Ustaz Zaharuddin

papar berkaitan - pada 12/12/2018 - jumlah : 574 hits
BAGUSKAH TABUNG HAJI DISELIA BNM Saya berpandangan agar kita tidak terlalu berlebihan berpolitik dalam hal Tabung Haji ini kerana institusi TH ini menuntut tadbir urus yang professional lagi kemas melangkaui kepentingan politik kepartian Ia...
Skandal Tabung Haji Salah Siapa

Skandal Tabung Haji Salah Siapa

papar berkaitan - pada 13/12/2018 - jumlah : 405 hits
Skandal Tabung Haji 30 Nov 20181 Lembaga Tabung Haji buat 2 laporan polis terhadap beberapa bekas pengurusan kanannya melibatkan dana berjumlah lebih RM22 juta 2 Salah nyata dan sembunyikan maklumat penting libatkan penjualan saham TH pada ...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu

Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching