Tubuh Parti Baru Jalan Terbaik Buat Azmin




Walaupun dinafikan oleh Zuraidah Kamaruddin, dakwaan Dr Syed Husin Ali bahawa Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sedang merancang menubuhkan sebuah parti baru bagi meneruskan perjuangan politiknya adalah sesuatu yang logik dan banyak kemunasabahannya.Dilihat daripada pelbagai sudut, itulah satu-satunya pilihan yang ada untuk beliau dan penyokongnya kalau mahu terus hidup dalam politik negara ini.Memilih kekal dalam PKR sudah merupakan “jalan mati” buat Azmin. Segala ruang untuknya bernafas boleh dikira sudah tertutup.Beliau sama ada akan dipastikan kalah dalam pemilihan parti yang seterusnya atau mungkin dalam waktu terdekat ini bakal dipecat daripada PKR berikutan tidak pernah hadir mesyuarat parti sejak November tahun lalu lagi.Peraturan dalam PKR sudah jelas bahawa sesiapa yang tidak hadir mesyuarat sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa sebab boleh menyebabkan seseorang itu gugur jawatannya secara automatik.Kalau Azmin sudah tidak boleh hidup lagi dalam PKR, para penyokongnya juga akan turut mati bersama dan ia tentunya merupakan kerugian dari segi perjuangan dalam usianya yang masih dikira muda ketika ini.Menyertai parti lain, sama ada Bersatu atau Gerakan pula tidaklah semudah yang dilihat di depan mata.Dalam Bersatu, walaupun Azmin mempunyai hubungan baik dengan Tun Mahathir Mohamad, menyertai parti Melayu itu bermakna beliau tidak boleh membawa penyokong bukan Melayunya dalam PKR menyertai parti baru pilihannya itu.Dalam keadaan ini, selain merugikan dirinya yang kehilangan penyokong setia, ia juga dilihat tidak baik bagi imej dirinya sebagai seorang pemimpin.Faktor lain yang menyukarkan Azmin jika memilih Bersatu ialah jawatan apa yang mahu disandangnya dalam parti itu, sedangkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sudah diisi oleh Muhyiddin Yassin dan Mukhriz Mahathir dengan baik dan tiada masalah kepada parti.Memandangkan dalam PKR, Azmin adalah Timbalan Presiden, tentulah tidak munasabah jika beliau memegang jawatan yang lebih rendah dalam Bersatu seperti Naib Presiden dan lain-lainnya.Maka, Bersatu bukanlah pilihan yang wajar buat Azmin.Begitu juga dengan menyertai Gerakan kerana di samping ia dilihat mesra dengan BN, parti tersebut juga terkenal dengan parti yang dikuasai oleh orang Cina, walaupun ia adalah parti berbilang kaum dari segi keahliannya.Tidaklah mudah untuk Azmin mengubah imej parti itu, meskipun jika sekiranya kepimpinan sedia adanya bersetuju menjadikannya Presiden Gerakan yang baru.Menjadi Timbalan Presiden Gerakan dengan Dominic Lau terus kekal sebagai Presiden pula hanya akan menjadikan Azmin terundur kedudukannya kerana parti itu jauh lebih kecil berbanding PKR serta berada di luar kerajaan.Sama seperti Bersatu, menyertai Gerakan bukan pilihan yang mudah buat Menteri Hal Ehwal Ekonomi itu.Akhirnya, dengan PKR sudah merupakan jalan mati baginya, manakala menyertai Bersatu atau Gerakan ternampak tidak munasabah serta lebih banyak susah, pilihan yang tinggal buat Azmin hanyalah menubuhkan sebuah parti baru yang berbilang kaum juga.Dengan parti baru itu nanti, Azmin bukan saja boleh membawa penyokong setianya dalam PKR ketika ini, malah tidak mustahil mampu menarik lebih ramai penyertaan daripada rakyat biasa yang berbilang kaum.Tetapi, Azmin mesti cepat mengusahakan penubuhan parti baru itu iaitu sebelum berlakunya peralihan kuasa daripada Tun Mahathir kepada Anwar.Jika lambat, apa lagi jika setelah Anwar menjadi Perdana Menteri, segala-galanya tidak lagi bermakna bagi perjuangannya mengejar cita-cita menjadi Perdana Menteri. (Shahbudindotcom 09/10/2019)


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2019/10/tubuh-parti-baru-jalan-terbaik-buat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rancangan Tubuh Parti Baru Geng Kartel Semburit

Rancangan Tubuh Parti Baru Geng Kartel Semburit

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 556 hits
Memang sudah diketahui yang mereka ada tiga rancangan sejak dari awal Pertama sertai Bersatu Tetapi kumpulannya ada beberapa orang bukan Melayu dan mereka tidak akan ada tempat dalam Bersatu Kemudian mereka cuba Gerakan dan ada usaha untuk ...
Parti Baru Putra Bakal Bertanding Prk Tanjung Piai

Parti Baru Putra Bakal Bertanding Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 458 hits
Parti Baru PUTRA Bakal Bertanding PRK Tanjung Piai Hajat meletakkan calonnya untuk bertanding merebut kerusi dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai ia tidak memberi kesan besar terhadap pengundi mahupun menggugat parti lain Naib Pre...
Mat Hasan Ajak Dr M Tubuh K Jaan Baru Bersama Bn Pas

Mat Hasan Ajak Dr M Tubuh K Jaan Baru Bersama Bn Pas

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 237 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mempelawa Dr Mahathir Mohamad menubuhkan sebuah kerajaan baru sekiranya perdana menteri itu benar benar ikhlas mahu memulihkan kedudukan orang Melayu dan Islam di negara ini Mohamad berkata kerajaan baru...
Esok Tubuh Kerajaan Baru Kalau Betul Pm Jujur Nak Perkasa Islam

Esok Tubuh Kerajaan Baru Kalau Betul Pm Jujur Nak Perkasa Islam

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 370 hits
Ucapan Tun M di kongres sahkan Islam Melayu terhakis di bawah PHBANGI Kongres Maruah Melayu pada Ahad lalu mengesahkan segala dakwaan UMNO dan PAS selama ini bahawa kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan kepentingan masyarakat Melayu...
Makcik Cleaner Teringin Nak Pakai Jam Kalis Air Warga Twitter Prihatin Kumpul Duit Hadiahkan Tukang Sapu Jam Baru

Makcik Cleaner Teringin Nak Pakai Jam Kalis Air Warga Twitter Prihatin Kumpul Duit Hadiahkan Tukang Sapu Jam Baru

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 418 hits
Dua hari lalu tular satu ciapan yang dimuatnaik oleh Mahathir salah seorang pelajar universiti yang berkongsi kisah mengenai makcik tukang cuci di sana Menurut Mahathir dia begitu terkesan dengan sikap baik makcik itu kepada para pelajar Na...
Mencari Kantor Baru

Mencari Kantor Baru

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 355 hits
Saya sedang mencari ready to use office di kota Yogyakarta Hal ini saya perlukan karena untuk membuat kantor sendiri cukup membutuhkan waktu dan banyak pemikiran dalam instalasinya Padahal sumber daya manusia sudah ada klien juga sudah ada ...
Bandara Terbesar Di Dunia Baru Saja Diresmikan Di China Foto Fotonya Yang Megah Dan Spektakuler

Bandara Terbesar Di Dunia Baru Saja Diresmikan Di China Foto Fotonya Yang Megah Dan Spektakuler

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 351 hits
Bandara berbentuk bintang laut ini luas lahannya 97 kali luas lapangan bola Bisa pusing lah kita kalau di sana
Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah Sambal Jimat Tak Membazir

Cipta Menu Baru Dari Lebihan Kuah Sambal Jimat Tak Membazir

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 300 hits
Rasa sayang nak buang lebihan kuah rendang ayam atau daging sambal ikan atau telur Jadi korang hanya perlu kreatif sedikit cipta menu baru supaya lebihan kuah dan sambal ini boleh dimanfaatkan Secara tidak langsung ia menggelakkan pembazira...
Encouraging Movement From A Young Age Promises A Bright Future

Patut Pun Pn Terkucil Lagi

Ucapan Selamat Hari Tldm Ke 91 Dari Agong Zahir

Pn Tersungkur Analisa Keputusan Prk Ayer Kuning

Deliciious Feat Nakalness Tahan Chord

Ayer Kuning Voters Reject Politics Of Fear And Hatred Says Asyraf

Tribute To 40 Years Of Music What To Look Forward To At Amy Search S Solo Concert This Saturday

Perlukah Tukar Domain Blog Tips Penting Untuk Blogger


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Pantang Larang Orang Dulu Dulu Yang Macam Merepek Tapi Ada Logiknya Juga

Sign Up Money Strategies Turning Bonuses Into Bankable Wins

Lelaki China Melompat Dari Tingkap Hotel Dan Melarikan Diri Selepas Bergaduh Dengan Kekasihnya

Macam Mana Orang Malaysia Boleh Buat Rm10k Sebulan Guna Hanya Satu Pautan

Seorang Jemaah Islam Maut Ditikam 50 Kali Dalam Masjid

11 Tahun Tergendala Pm Anwar Mahu Pembinaan Sekolah Sukan Perlis Disegerakan