Rancangan Tubuh Parti Baru Geng Kartel Semburit


“Memang sudah diketahui yang mereka (Azmin dan kemnya) ada tiga rancangan sejak dari awal. Pertama, sertai Bersatu. Tetapi kumpulannya ada beberapa orang bukan Melayu dan mereka tidak akan ada tempat dalam Bersatu.

"Kemudian mereka cuba Gerakan dan ada usaha untuk menimbang Gerakan. Tetapi parti itu terlalu rapat dengan BN dan ada di kalangan mereka tidak gembira dengan itu.

"Saya ada maklumat peribadi berkenaan siapa yang buat rundingan. Dan saya juga ada maklumat peribadi yang pimpinan Gerakan mahu berjumpa Anwar untuk membincangkan perkara itu, tetapi Anwar enggan bertemu mereka," katanya lagi sambil menambah seorang pemimpin kanan dalam kem Azmin telah bertemu Gerakan dan parti itu sendiri mengakuinya.

Kata Syed Husin lagi, rancangan ketiga ialah untum menubuhkan parti sendiri dan pada satu tahap "Azmin serius tentangnya".

"Ramai di kalangan kami berkata jika mereka tubuh parti baru, itulah penamatnya, pengakhiran kepada kemnya," katanya lagi.

Ahli politik veteran itu yakin Azmin dan kemnya juga merancang untuk membuat provokasi dengan tidak menghadiri mesyuarat parti, agar mereka dipecat dan akan dilihat sebagai "wira". - f/bk


Syed Husin perlu bertindak sesuai dengan kedudukannya...

Saya rasalah daripada memberi kronologi apa yang sudah dan sedang dilakukan oleh Azmin Ali dan gengnya yang membawa keruntuhan kepada Keadilan sekaligus boleh ganggu konsensus pelan peralihan jawatan daripada Dr Mahathir kepada Anwar, elok kalau Timbalan Pengerusi Lembaga Penasihat Keadilan, Tuan Syed Husin Ali berusaha untuk menenangkan keadaan.

Pantas kalau Tuan Syed bertindak menjadi orang tua dalam Keadilan sesuai dengan kedudukan selaku Timbalan Pengerusi Lembaga Penasihat. Fungsi itu yang patut dilaksanakan secara berhemah. Dan peranan ini tidak ramai dalam Keadilan dan juga dalam parti-parti lain menyebabkan perjalanan parti dan gelagat pemimpin semacam tidak ada penasihat.

Cara dilakukan Tuan Syed itu mendedah kronologi serta membuat andaian dan telahan lebih menimbulkan kekeruhan apabila memberi input-inputan dalaman bersifat spekulasi begitu, khususnya terhadap Azmin. Dengan kedudukannya yang kini terjempik dan lorong laluannya sempit, elok kalau Azmin diberi pencerahan dan nasihat. Tenangkan jiwanya, kurantinkan minda dan nafsu politiknya.

Mungkin untuk mengajak beliau datang, tidak mustahil kerana umum tahu material hati seorang Azmin. Apa lagi Tuan Syed yang pernah hendak dilanggarnya. Tetapi ia masih boleh dilakukan dengan membuat pendekatan secara psikologi, siulan dari jauh, bak memanggil si sita liar di awan. Mana tahu kalau ia terdengar siulan yang mendayu menyentuh perasaannya ia boleh terbang menghampiri kita. Saat itu nanti ia boleh dielus, digosok dan disangkarkan semua.


Itu sebaik-baiknya daripada terus mendedahkan kronologi dan cerita bersifat spekulasi, di mana cerita itu akan diecer dan diheret pula oleh media dan pelayar media sosial (musuh) yang mana ia tidak memberikan apa-apa keuntungan dan kebaikan pun. - mso

Apabila timbul cakap-cakap bahawa penerbitan versi cetak akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo milik syarikat Utusan Melayu Malaysia Berhad (Utusan) akan diberhentikan Ogos lalu kerana kehabisan modal maka dikatakan berduyun-duyunlah orang Melayu menderma bagi menyelamatkannya.

Maka parti Melayu yang memiliki Utusan dan yang menjadi punca akhbar ikonik itu ditolak oleh pembaca, iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar) pun menyuntik RM1.6 juta. Tetapi sebagai seorang yang pernah terlibat dengan penerbitan akhbar dan majalah, saya tahu jumlah sebanyak itu untuk sebuah pertubuhan media yang besar seperti Utusan, ia tidak lebih daripada tahi hidung.

Terbaru, timbul berita mengatakan kakitangannya telah diarahkan supaya mengosongkan kerusi mereka mulai hari ini. Khabar lain pula mengatakan pemilik sekarang mungkin mengambil tindakan mengisytiharkannya muflis. Secara ringkas dan “brutal” (kejam), saya terpaksa katakan bahawa Utusan telah hilang momentum dan dinamik perniagaan.

Maksudnya tahap kebolehpercayaan telah jatuh dengan teruk sehingga tidak lagi menarik minat pembaca dan penjualan yang rendah menyebabkan pengiklan menarik diri. Apabila pembaca tidak membeli sesebuah akhbar maka tidak adalah sebab pengkilan hendak terus mengiklan. Tidak ada surat khabar, besar atau kecil, yang boleh hidup tanpa iklan.

Pendapatan daripada jualan akhbar tidak pernah mencukupi untuk menampung kos apatah lagi membuat keuntungan. Keuntungan dibuat dengan menjual ruang akhbar kepada pengiklan. Dari dulu lagi Utusan tidak sekuat New Straits Times atau Star dari segi sokongan iklan. Salah satu sebabnya adalah pembaca akhbar Melayu dianggap tidak mempunyai kuasa membeli yang sama kuat dengan pembaca akhbar Inggeris dan Cina.

Ini tidak bermakna Utusan tidak pernah untung. Di puncak pengedarannya pada tahun 1990-an dan awal abad ke-21, Utusan untung tetapi itu pun kerana dibantu oleh kegiatan bukan percetakan. Umno membantu Utusan dengan berbagai-bagai cara, termasuk memberi saham IPO dan lesen penyiaran yang akhirnya habis dijual.

Penjualan akhbar di Malaysia, termasuk dari Kumpulan Utusan, memuncak sekitar tahun peralihan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi, iaitu 2003. Waktu itu penjualan Utusan Malaysia melebihi 300,000 naskhah sehari dan Mingguan Malaysia lebih setengah juta. Ada laporan mengatakan edaran Utusan Malaysia pernah mencecah 350,000 naskhah sehari.

Tetapi tidak lama selepas itu, penjualan akhbar mula turun dan salah satu puncanya adalah pelantikan muka-muka baru untuk mengetuai jabatan pengarang media berkaitan Umno dan campur tangan kerajaan yang melampau dalam pemberitaan.




Budak Tingkat 4

Di sini, apa yang digelar sebagai “fourth floor boys” (budak-budak tingkat empat) di Jabatan Perdana Menteri pada zaman pemerintahan Abdullah terpaksa dipersalahkan. Mereka inilah yang berkuasa ke atas media massa berkaitan Umno, khasnya dan media massa arus perdana, amnya.

Campur tangan mereka yang berlebihan dan tidak profesional menyebabkan pembaca menghidu bahawa akhbar, televisyen dan radio milik syarikat-syarikat berkaitan Umno tidak lagi berkecuali dan kurang kredibiliti. Salah satu kesilapan paling besar mereka adalah menggunakan media massa untuk mematikan legasi Dr Mahathir dan menonjolkan Abdullah.

Itulah permulaan kepada kemerosotan mutu kewartawanan dan kemerosotan penjualan akhbar Kumpulan Utusan dan NSTP. Hal ini diburukkan lagi oleh perkembangan pesat teknologi digital dan kegagalan sistem pendidikan nasional mengekalkan minat membaca di kalangan pelajar.

Berbalik kepada Utusan Melayu (jawi) dan Utusan Malaysia (rumi), dua akhbar itu adalah roh orang Melayu. Bagi majoriti orang Melayu, khususnya selepas kemerdekaan, dua akhbar itu adalah pelengkap kehidupan seharian mereka. Malah pada beberapa tahun selepas Merdeka, kalau di utara Semenanjung, kita akan dengar ungkapan seperti “jom pi kedai kopi baca Utusan” atau “hang dah baca Utusan hari ni?”

Saya membesar dengan hidangan minda Utusan Melayu kerana itulah akhbar langganan tetap Almarhum ayah saya. Sekali-sekala dia membeli Warta Negara (juga jawi) terbitan Pulau Pinang dan saya membeli New Sunday Times setiap Ahad. Utusan Melayu akhirnya terkubur (pada tahun 2006) kerana orang Melayu generasi baru tidak lagi tahu membaca dan menulis jawi.

Itulah antara kegagalan besar sistem pendidikan kita. Jadi sebab itulah saya tidak berapa berselera cakap kosong mengenai maruah Melayu atau tulisan khat. Macam kata P. Ramlee, masuk angin keluar asap. Kalau “budak-budak tingkat empat” era Abdullah memulakan proses penghapusan profesionalisme kewartawanan media berkaitan Umno, “budak-budak tingkat empat” zaman Najib lagi teruk.

Dengan bantuan “perunding” dari dalam dan luar negara yang diwakili oleh nama-nama seperti Habibul Rahman Kadir dan Paul Stadlen, mereka melakukan proses pugar dan bakar (slash and burn) ke atas media arus perdana. Kesudahannya, akhbar utama seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan New Straits Times serta stesen televisyen TV3 ditolak oleh pembaca dan penonton.

Ironinya, semua akhbar ini dan kumpulan yang menerbitkannya “dimalaysianisasikan” (Malaysianised) pada zaman Almarhum Tun Abdul Razak Hussein, pelopor pemikiran dan maruah Melayu. Kini semuanya bernyawa ikan akibat kebebalan anaknya, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib, bekas Perdana Menteri.



Cabaran Pemulihan

Saya tidak nampak jalan bagaimana Utusan boleh diselamatkan melainkan muncul pemilik baru yang komited kepada idealisme kewartawanan era baru dan mempunyai poket yang dalam.

Usahawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary telah mengambil alih kawalan ke atas Media Prima Berhad (pemilik New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro dan TV3) daripada proksi Umno.

Beliau dipercayai akan turut menyelamatkan Utusan di mana beliau sudah pun memegang saham yang banyak untuk beberapa tahun.

Pengambilan alih oleh Syed Mokhtar atau sesiapa saja yang mempunyai kemampuan kewangan pasti memberi nafas baru kepada Media Prima dan Utusan, tetapi jawapan mutakhir terletak di tangan para pengarang dan wartawan.

Kalau mereka berjaya mengembalikan keyakinan orang ramai dengan mengamalkan kewartawan yang profesional dan bermutu tinggi, harapan menyemarakkan semula pembacaan akhbar adalah lebih cerah dan modal baru yang disuntik oleh pemilik baru tidak sia-sia. - A.Kadir Jasin

Kadir blames ‘4th-floor boys’ for Utusan Malaysia’s demise

What has the Malay Dignity 
Congress achieved?...
Ironic isn’t it? That the Malay Dignity Congress was held a day after the unveiling of the Shared Prosperity Vision 2030. SPV is designed to address issues faced by Malaysians of all races and religions. Hence the term “shared prosperity”.

The irony is that the “concerns” of the organizers of the Malay Dignity Congress were, more or less, the very same ones the SPV is seeking to address, including issues pertaining to the Malays. So can it be said holding the congress a day after SPV was made known would render it “redundant”?

Anyway, the organizers somehow saw it right to go ahead with the congress. Perhaps they had planned it much earlier without knowing SPV would be unveiled a day before their event.

Perhaps they felt the congress must be held because according to head of the event’s secretariat Professor Datuk Dr Zainal Kling, “the congress is a response to challenges against the Malays”. And he went on to say there are many questions which not only “belittle Malays but also question the Malays’ bumiputra rights, the position of the royalty as well as question Islam and cultural issues such as the national language”.

Zainal did not say who had asked such questions but later told MalaysiaKini he was referring to “certain non-Malays”. And to kick off the congress he presented a hardline speech full of emphasis on the sovereignty and special position of the Malay race, that is putting it rather mildly. But I don’t intend to repeat it word for word as many already know what he had said.

Many non-Malays were and are still hurt and angry. Rightly so. But while I feel for the non-Malays, it must be said that the action of “certain non-Malays” had made it easier for the likes of Zainal to come up with such rhetoric. Perhaps they had their reasons for doing so or maybe it’s a case of tic for tac. But it somehow gave Zainal and Co the “bullets to shoot at them.” In short, give them excuses to do what they do.


Story di sini...

Whatever it is, the congress as we know came up with resolutions which in a nutshell is seen by non-Malays as not being fair to them. Again this is putting it mildly. And I must say the non-Malays do have valid points.

Hence the earlier concerns of non-Malays that the congress would be all about racial sentiment and the “strengthening” of Ketuanan Melayu or Malay supremacy were justified. In the words of an old friend of mine, veteran journalist Zin Mamud, the congress is “divisive in nature”.

I agree.

And the presence of Tun Mahathir Mohamad at the congress did not go down well with non-Malays. What more when he too delivered a speech although he said he attended “as a Malay leader and not as prime minister”.

The non-Malays were not amused and I can't blame them for being so. But said a non-Malay observer, “This is the problem with non-Malays – they suffer from a victim mentality and cannot understand politics”. But as I see it naturally, the non-Malays were sad, angry and disappointed with Mahathir “allowing himself” to be associated with the congress organizers and to some of the things he had said.

However DAP’s Ramkarpal Singh’s take on Mahathir’s remarks, or rather a portion of it, somehow missed the point. As least that how I see it. The DAP man said Mahathir’s remarks on how the Malays were forced to accept orang asing or foreigners during British rule in exchange for independence “is downright insulting”.

Ramkaprpal was referring to a part of Mahathir’s speech at the congress when he said (in Bahasa Melayu): “The foreigners felt comfortable in this country and wanted to stay. Like it or not we were forced to accept or we would not have achieved independence.”

Another observer (a Malay this time) tells me, “Tun was merely talking about history. What’s there to feel insulted about ?” I concur but if I may add since our founding fathers had agreed to the terms set by the British it is only right for everybody in particular present day Malays to abide by what was agreed upon. The non-Malays we have now are born and bred in Malaysia and are not orang asing. But the problem, as I see it, is they are still viewed as orang asing or pendatang.

Back to Mahathir. A day or two before the congress, the prime minister was quoted as saying there would be no politics at the congress and “we are not racists... we are not attacking other people... we only want to give critical advice to the Malay community.”

It is worth nothing according to media reports, when Zainal gave his speech that hurt the feelings of non-Malays, Mahathir had not arrived at the congress venue and thus said Mahathir, “I did not hear what was said.”
Anyway, Mahathir kept his part of the bargain and gave the critical advice to the Malay community. As the non-Malay observer sees it, Mahathir’s appearance at the congress “was very cynical and he used it to lambast the crutch culture of the Malays”.

Indeed lambast his own race was what Mahathir did. Hard and blunt. Obviously too hard and too blunt for some Malay individuals, NGOs as well as political parties who hit back at him for putting down and embarrassing “your own people”. They blame him for woes “besieging” the Malays.

PAS blames Mahathir (and Pakatan Harapan) for “not realizing the Malay agenda“, but its president Datuk Seri Abdul Hadi Awang deems it necessary to pen a message on a PAS online bulletin board to sing Mahathir’s tune, saying, "Malays are in deep sleep and living in ignorance despite being in their own land.”

No big surprise the individuals , NGOs and political parties, what more PAS who had hit out at Mahathir, did not even raise an eyebrow although Hadi said the same things Mahathir said about their “bangsa“.

Which brings me me to this: What has the congress managed to achieve?

Well, for one, it has succeeded in hurting the non-Malays. If it meant to cement Malay unity, I don’t think it managed to do that as we have seen Malays “attacking” Malays as soon as the congress ended. And I am not referring to Mahathir only.

As the non-Malay observer puts it: “The congress is already proving a failure as contenting groups are rancouring among themselves – NGO like ISMA versus Zainal Kling, etc., and there is a lot of negative reaction to the congress even among the Malays.” To me, he’s right. - Mohsin Abdullah


Ahmad Maslan says never recieved 1MDB $money!
cheers.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://alditta.blogspot.com/2019/10/rancangan-tubuh-parti-baru-geng-kartel.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tubuh Parti Baru Jalan Terbaik Buat Azmin

Tubuh Parti Baru Jalan Terbaik Buat Azmin

papar berkaitan - pada 10/10/2019 - jumlah : 385 hits
Walaupun dinafikan oleh Zuraidah Kamaruddin dakwaan Dr Syed Husin Ali bahawa Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sedang merancang menubuhkan sebuah parti baru bagi meneruskan perjuangan politiknya adalah sesuatu yang logik dan banyak kemunasaba...
Esok Tubuh Kerajaan Baru Kalau Betul Pm Jujur Nak Perkasa Islam

Esok Tubuh Kerajaan Baru Kalau Betul Pm Jujur Nak Perkasa Islam

papar berkaitan - pada 9/10/2019 - jumlah : 344 hits
Ucapan Tun M di kongres sahkan Islam Melayu terhakis di bawah PHBANGI Kongres Maruah Melayu pada Ahad lalu mengesahkan segala dakwaan UMNO dan PAS selama ini bahawa kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan dan kepentingan masyarakat Melayu...
Parti Baru Putra Bakal Bertanding Prk Tanjung Piai

Parti Baru Putra Bakal Bertanding Prk Tanjung Piai

papar berkaitan - pada 1/10/2019 - jumlah : 426 hits
Parti Baru PUTRA Bakal Bertanding PRK Tanjung Piai Hajat meletakkan calonnya untuk bertanding merebut kerusi dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai ia tidak memberi kesan besar terhadap pengundi mahupun menggugat parti lain Naib Pre...
Mat Hasan Ajak Dr M Tubuh K Jaan Baru Bersama Bn Pas

Mat Hasan Ajak Dr M Tubuh K Jaan Baru Bersama Bn Pas

papar berkaitan - pada 8/10/2019 - jumlah : 214 hits
Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mempelawa Dr Mahathir Mohamad menubuhkan sebuah kerajaan baru sekiranya perdana menteri itu benar benar ikhlas mahu memulihkan kedudukan orang Melayu dan Islam di negara ini Mohamad berkata kerajaan baru...
Baru Dapat Rasa Aiskrim Matcha Family Mart

Baru Dapat Rasa Aiskrim Matcha Family Mart

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 675 hits
Dulu dulu Family Mart ni popular sekitar Selangor dan Kuala Lumpur Sejak Oden popular semua dok pakat serbu Family Mart Yang jauh nak merasa tu memang tak dapat lah kan Tapi sekarang Family Mart dah buka di merata Negeri Dekat Negeri Sembil...
Dalam Sehari 5 Kali Ulang Cakap Anak Tak Ikut Baru Boleh Tunjuk Rotan

Dalam Sehari 5 Kali Ulang Cakap Anak Tak Ikut Baru Boleh Tunjuk Rotan

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 295 hits
Sikap tegas mak ayah bertukar garang sebenarnya kerana emosi Jika diikutkan tegas dan garang sangatlah ketara bezanya Dalam kamus istilah tegas bererti jelas terang dan lantang Manakala garang pula bermakna menyerang dengan buasnya atau mar...
Ancaman Gerakan Zaman Baru New Age Movement

Ancaman Gerakan Zaman Baru New Age Movement

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 277 hits
Asal usul Gerakan Zaman Baru adalah bersumberkan kepada ajaran agama Hindu Buddha falsafah Yunani Yahudi dan Mesir Kuno termasuk falsafah Tao Menurut Dr Fouz A Kurdi ajaran ini masuk ke dalam Islam seawal akhir abad pertama Hijrah dan menja...
Ke Pimpinan Dprd Dki Baru Anies Pesan Banyak Raperda Harus Diselesaikan

Ke Pimpinan Dprd Dki Baru Anies Pesan Banyak Raperda Harus Diselesaikan

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 208 hits
Kita berharap kemitraan bisa berjalan dengan baik Dan agenda agenda untuk diselesaikan bersama Ada banyak Raperda yang sekarang dalam proses antrean Kita berharap itu nanti bisa segera mulai dituntaskan ungkap Anies di Gedung DPRD DKI Jakar...
Baru Sehari Dilantik 335 Anggota Dpr Dan Dpd Tak Hadiri Sidang Paripurna

Baru Sehari Dilantik 335 Anggota Dpr Dan Dpd Tak Hadiri Sidang Paripurna

papar berkaitan - pada 3/10/2019 - jumlah : 373 hits
Hampir setengah anggota DPR dan DPD tak menghadiri sidang paripurna MPR Rabu Dari 711 anggota DPR dan DPD hanya 376 anggota yang hadir berdasar absensi yang dibacakan saat pembukaan sidang Artinya 335 anggota lainnya tidak hadir Padahal mer...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Suspek Buruan Kes Samun Toreh Dicekup

A Botched Shot

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Worldcoin Dan Ai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3


Resepi Spaghetti Seafood Marinara

Drama Skuad X Lakonan Imran Aqil Yusof Hashim

Enjoy The Rhythm Of Life A Nature Inspired Residence In Hefei China

Hopes Of The Chinese For Pn

Mara Beli Hartanah Terlebih Nilai Di Uk Australia Meskipun Ditolak Mof

Ikut Sop Tampal Lubang Jalan Dalam Tempoh 24 Jam Kkr Seru Syarikat Konsesi