Tubuh Badan Sihat Adalah Kekayaan Paling Utama Dalam Kehidupan Petua Mudah Untuk Amalan




Saya yakin anda tentu ingin kekal sihat bertenaga dan mengharapkan diri agar sentiasa dijauhkan daripada masalah kesihatan yang kronik.
Hanya orang yang pernah ditimpa masalah kesihatan saja yang tahu betapa besarnya nikmat punyai tubuh badan yang sihat. 
Saya sendiri makin sedar nikmat sihat ini bila umur meningkat tua. Masa muda tak berapa sedar diri sangat. Maklumlah masih kuat dan segar. Kebanyakan masalah datang sebab cari sendiri seperti terseliuh pulun main bola, jatuh basikal ketika buat lagak aksi berani dan seumpamanya.
Bila umur dah melebihi 5 siri, sakit datang secara tiba-tiba tak perlu cari. Ada saja masalah muncul. Bahu yang elok saja di waktu pagi, jadi lenguh dan sakit di waktu petangnya tanpa ada apa-apa sebab pun.
Perbezaan antara rasa tidak segar berbanding sihat sangat kuat dirasakan apabila anda meningkat umur. Makin kuat dapat merasakan perbezaan itu, makin kuat pula sedar betapa nikmat sihat itu dipandang remeh ketika muda dahulu.
Point nak bagi tahu kat sini adalah, ketika usia masih muda, masih kuat dan sihat, tolonglah jaga kesihatan diri. Disiplinkan juga diri anda untuk amalkan langkah berjaga-gaja dengan ikuti petua-petua mudah penjagaan kesihatan.
Buat sikit-sikit secara konsisten, dalam tempoh masa yang lama berkekalan dapat menghasilkan kesan yang sangat besar terhadap kesihatan tubuh badan anda bila umur makin meningkat.
Jalan pintas untuk sihatBagi anda yang ada duit lebih daripada mencukupi, tentu ada salurkan sikit kepada pembelian ubat-ubatan dan juga pil pemakanan tambahan yang banyak dijual di farmasi. Itu amalan kebanyakan orang yang ada duit lebih.
Ia juga amalan orang yang cari jalan pintas untuk kekal sihat. Rasa mudah macam itu. Telan pil siang dan malam kemudian duduk lepak tengok TV atau borak kosong berjam-jam di kedai kopi.
Jika memang duit banyak, pembelian seperti itu tidak menjadi hal, walaupun ia kurang bijak pada pendapat saya. Pemakanan tambahan, kalau anda rajin cari maklumat kajian yang banyak dijalankan di barat menunjukkan tidak ada apa-apa kesan untuk kesihatan tubuh badan.
Makan sayuran segar, ulam dan buah-buah yang pelbagai secara mentah adalah jauh lebih mujarab berganda-ganda dari makan supplement.
Tapi kalau anda percaya pada janji penjual pemakanan tambahan tersebut, tak apalah.
Bagi anda yang duit hanya sekadar cukup makan, masih juga nak beli pemakanan tambahan, sedangkan pembelian pil-pil seperti itu harganya amat mahal, akan membuatkan kehidupan anda jadi tertekan. Sedangkan ia tidak diperlukan sangat.
Kekal sihat cara mudah selamat.
Sebenarnya sistem tubuh badan anda amat cemerlang dalam aktiviti memulihkan kesihatan dengan sendiri.
Ia boleh diperkuatkan lagi melalui perkara-perkara mudah, yang anda boleh segera jadikan amalan. Dan semua amalan itu dapat anda lakukan secara percuma. Terpulang pada anda sendiri samada nak amalkannya atau tidak saja.
Berikut saya kongsikan antara perkara-perkara yang boleh elakkan anda dari jatuh sakit dan seterusnya dapat kekalkan kesihatan diri.
1. Ziarah orang sakitMenziarahi orang yang sakit walaupun sekadar demam selsema membuatkan badan anda secara semulajadi memperkuatkan sistem ketahanannya.Kesan yang sama juga terhasil walaupun anda sekadar melihat photo orang yang sakit.
(Sumber: “Mere visual perception of other people’s disease symptoms facilitates a more aggressive immune response.” dari Psychol Sci. 2010 May;21(5):649-52. Epub 2010 Apr 2.)
2. Haiwan peliharaanMembelai binatang peliharaan seperti anjing atau kucing dapat menguatkan sistem ketahanan badan. Ia tidak semestinya kucing sebenar, malah sekadar patung anak kucing juga dapat memberikan kesan yang sama. (sumber dari buku: “59 Seconds: Change Your Life in Under a Minute“)

3. BersenamIni tak payah nak diterangkan lagi, semua orang tahu mengenai kelebihan bersenam tapi malangnya ramai yang lebih suka mencari alasan kenapa tidak dapat bersenam daripada mencuri masa untuk melakukannya
Sematkan dalam minda bahawa bersenam adalah satu dari keutamaan dalam hidup anda sama seperti makan dan minum. Insyaalah anda akan mula cari masa untuk melakukannya dan abaikan perkara lain yang kurang penting dari itu.

4. Kawal tekananElakkan daripada hidup dalam keadaan tertekan. Tekanan atau stress adalah salah satu daripada punca terjadinya kacau bilau dalam sistem ketahanan badan anda.
Rajin carai maklumat cara untuk hilangkan stress. Keluar berborak secara berjadual sesama kawan yang anda senangi adalah satu dari cara terbaik lupakan tekanan.
Masuk hutan berkelah atau jungle trracking juga sangat mujarab hilangkan tekanan. Malah di Scotland, kalau tak silap saya, arahan untuk luangkan masa dengan alam semula jadi adalah satu dari ubat yang doktor berikan. Boleh bagi pada majikan supaya anda dibenarkan cuti pergi masuk hutan sebentar.
Satu lagi cara mengelakkan tekanan hidup adalah dengan mengamalkan kehidupan yang ringkas mudah dan sederhana. Kemas dan buag semua barang tak perlu. Buang juga amalan tak perlu dan sebagainya. Rajin baca blog ini untuk amalkan hidup ringkas. :)

5. MenulisYa! menulis.
Tentu anda terkejut mendapat tahu bahawa menulis boleh membantu anda menjadi sihat.
Kajian mendapati mereka yang mencurahkan keluar dalam bentuk tulisan, kisah kehidupan trajik atau trauma yang telah dilalui sebelum ini dapat meningkatkan tahap kesihatan. 
Ini berikutan kajian yang menemui masalah kesihatan seseorang ada hubung rapat dengan kisah zaman silam dan juga trauma kehidupan yang telah dilalui.
Jadi untuk sihat, ceritalah pengalaman anda. (Sumber: Disclosure of traumas and psychosomatic processes.” from Soc Sci Med. 1988;26(3):327-32.)

6. TidurTidur dengan secukupnya. 
Tidur sebenarnya salah satu daripada keajaiban sistem pemulihan tubuh badan manusia. Tidur secukupnya jangan disalah faham dengan belasah tidur cukup-cukup sampai lebih daripada 8 jam sehari.
 Jika anda seorang yang kaki jaga malam seperti spesis burung hantu, pastikan anda gantikan semula pada waktu tengahhari.

7. Buat keputusan untuk bahagia. Hanya mereka yang bahagia sahaja kebiasannya sihat.
Mereka yang tidak bahagia kebiasannya dilanda berbagai penyakit, pening, sakit urat, pitam, stroke dan lain-lain. 
Jangan berikan syarat untuk bahagia seperti .. 

“Aku rasa bahagia, jikalau kesihatan aku pulih semula”.
Sebaliknya anda perlu buat keputusan untuk bahagia sekarang juga walau apapun yang terjadi. Angkat tangan mohon pada Tuhan, minta dikurniakan ketenangan. Kesihatan tentu akan menyusul.

8. PlaceboPlacebo membuatkan rawatan yang anda ambil kerkesan 4 kali ganda daripada biasa. Walaupun anda tahu ianya hanyalah placebo, ia tetap berkesan.
Sebab itu sekali sekala bila ada masalah yang misteri atau tak tahu punca, saya akan pergi jumpa kawan ustaz yang pandai perubatan alternatif. Bagi dia buat apa yang dia pandai buat, ketuk dengan kayu, hembus ke telinga ayat Al-Quran pakai corong kertas panjang dan lain-lain. Buat saja lah. Biasanya masalah hilang juga.
9. Pilih doktorJika anda masih tidak sihat sekali sekala, pastikan berjumpa doktor yang baik hati dan anda suka, kerana ia lebih banyak membantu untuk mempercepatkan kesihatan berbanding dengan doktor yang biadap, berlagak atau tidak anda sukai.
Saya sarakan anda amalkan semua yang saya sebutkan di atas agar tidak lagi perlu untuk memikirkan tentang kesihatan.
Anda juga dapat mengurangkan kos ubat merawat sakit dan wang tersebut dapat digunakan untuk menabung dan seterusnya mencapai status cemerlang manusia yang hidup ringkas.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.hidupringkas.com/2023/04/9-cara-mudah-kekal-sihat-dan-elak-sakit.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Petua Hilangkan Bau Badan

Petua Hilangkan Bau Badan

papar berkaitan - pada 7/4/2023 - jumlah : 558 hits
Badan yang berbau selalu menganggu tugas harian kita terutamanya yang bekerja dalam bidang perkhidmatan ataupun bersemuka dengan pelanggan Kadangkala rakan rakan pun lari bila ternampak kelibat kita Kalau anda ada masalah seperti itu jangan...
Resipi Bubur Nasi Berlauk Paling Mudah Dan Sedap Gerenti Menambah

Resipi Bubur Nasi Berlauk Paling Mudah Dan Sedap Gerenti Menambah

papar berkaitan - pada 10/4/2023 - jumlah : 354 hits
Sebut sahaja bubur nasi berlauk dah terbayang keenakannya yang lazimnya digandingkan dengan sambal ketuk dan kangkung goreng belacan Di samping lobak masin kacang dan ikan bilis goreng serta telur masin Kadang kadang ada nasi lebihan di rum...
Beras Yang Dapat Menurunkan Berat Badan Dan Menyebabkan Kita Sihat

Beras Yang Dapat Menurunkan Berat Badan Dan Menyebabkan Kita Sihat

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 300 hits
BERAS YANG DAPAT MENURUNKAN BERAT BADAN DAN MENYEBABKAN KITA SIHAT Sebelum kita memilih beras elok kita faham tentang Glisemik Indeks Untuk menurunkan berat badan dan sihat kita perlu pilih beras yang rendah GI GI Tinggi 70 100 GI Sederhana...
Petua Atasi Demam Urat Doktor Kongsi Tip Tradisional Terus Hilang Lenguh Badan

Petua Atasi Demam Urat Doktor Kongsi Tip Tradisional Terus Hilang Lenguh Badan

papar berkaitan - pada 5/4/2023 - jumlah : 628 hits
Mak mak yang keletihan menguruskan anak dan rumahtangga pasti adakalanya kalah dengan tubuh sendiri yang terlampau penat Demam urat biasanya buat ibu terbaring lemah dan lenguh seluruh badan Akibatnya bukan hanya tidak mampu berdiri kuat ba...
Cornflakes Madu Wajib Ada Resipi Legend Mak Paling Mudah Bakar 10 Minit Je

Cornflakes Madu Wajib Ada Resipi Legend Mak Paling Mudah Bakar 10 Minit Je

papar berkaitan - pada 12/4/2023 - jumlah : 281 hits
Tak sah raya tanpa membuat dan menyajikan biskut Cornflakes Madu yang menjadi kesukaan anak anak Belum tiba hari raya lagi biskut yang satu ini sudah separuh balang Begitu hebatnya penangan Cornflakes Madu Tercari cari resipi yang mudah Res...
Petua Rebus Biji Sagu Supaya Jernih Bulat Tak Mudah Hancur

Petua Rebus Biji Sagu Supaya Jernih Bulat Tak Mudah Hancur

papar berkaitan - pada 31/3/2023 - jumlah : 229 hits
Sagu memang sedap dijadikan sajian atau dicampur dalam Jika sagu biji kecil agak mudah untuk dimasak namun sagu kasar ni lain sikit perangai dia Menerusi perkongsian Opah Mas Cotek sagu kasar terlalu banyak kanjinya Jadi kena pandai masak b...
Resipi Cheese Cake Raya Paling Mudah 5 Bahan Je Dah Siap Senang Betul

Resipi Cheese Cake Raya Paling Mudah 5 Bahan Je Dah Siap Senang Betul

papar berkaitan - pada 6/4/2023 - jumlah : 607 hits
Apa agaknya kek raya pilihan mama untuk keluarga tahun ini Kek yang mudah dengan bahan yang ringkas sudah semestinya jadi pilihan Kek keju atau cheese cake lima bahan perkongsian resipi ini anda kena cuba Padu betul Resipi cheesecake menggu...
Kebaikan Dnd369 Sacha Inchi Oil Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Kebaikan Dnd369 Sacha Inchi Oil Untuk Kesihatan Tubuh Badan

papar berkaitan - pada 11/4/2023 - jumlah : 364 hits
hai assalammualaikumKebaikan DND369 Sacha Inchi Oil Untuk Kesihatan Tubuh Badan Bermula dengan nak cek Thyroid sahaja lepas tu terus kena follow up dengan doktor untuk cek kesihatan lain Alhamdulillah Tyroid nad tak berapa serius normal kat...
Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Derma Jihad Untuk Siti Mastura Cubaan Normalisasi Fitnah Pas Patut Ajar Ahli Parti Dan Pimpinan Pas Jaga Bab Fitnah Ini

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Doa Untuk Orang Tua Yang Sakit Arab Latin Artinya

Singgah Makan Di Restoran Lemang To Ki Bentong

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Shrink S One Year Suspension Over Lewd Text Shockingly Inadequate Victim

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life

Fishing As A Stress Reliever