Tuan Rumah Minta Idea Deko Ruang Kosong Dekat Rumah Terhibur Lihat Respon Netizen
Tuan Rumah Minta Idea Deko Ruang Kosong Dekat Rumah, Terhibur Lihat Respon Netizen
Zaman sekarang, telefon pintar bukan lagi sekadar alat untuk membuat panggilan atau menghantar mesej. Ia dah jadi macam kotak ajaib, pelbagai perkara boleh dilakukan hanya melalui satu peranti kecil di tangan.
Contohnya, dahulu jika kita ingin menyunting gambar, kita perlu menggunakan komputer atau mengupah pakar dalam bidang grafik.
Namun kini, sesiapa sahaja mampu melakukannya sendiri hanya menggunakan aplikasi penyuntingan yang tersedia dalam telefon.
Terdapat pelbagai filter, alat suntingan dan kesan khas yang ditawarkan, cukup lengkap untuk menghasilkan gambar yang cantik dan menarik.
Tapi, apa berlaku jika netizen yang terlebih kreatif mula menyunting gambar seperti seorang pakar grafik profesional?
Minta idea dengan netizen memang tak jadi apa…
Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang mencuri tumpuan di Threads baru-baru ini. Dalam satu hantaran, dia memuat naik gambar ruang kecil kosong di bawah tangga rumahnya, dengan satu permintaan.
“Ruang bawah tangga sebagus ni sesuai dijadikan tempat apa ya?” katanya sambil berkongsi gambar asal ruangan tersebut.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, netizen ternyata tidak melepaskan peluang terhidang untuk memperagakan bakat suntingan masing-masing.
Melihat kepada hasil suntingan yang dihidangkan, memang tidak kering gusi dibuatnya. Bahkan, ada yang berkongsi idea ‘di luar kotak’.
Kami kongsikan beberapa hasil suntingan menarik untuk tatapan anda di bawah.

Namun, tidak kurang juga yang tampil memberikan idea bernas dan kreatif untuk dijadikan inspirasi ramai.

BACA: Pekerja Restoran Di London Dedah ‘Sikap’ Sebenar Uyaina Arshad, Raih Perhatian Ramai
Sumber: Threads @kiftinaya
The post Tuan Rumah Minta Idea Deko Ruang Kosong Dekat Rumah, Terhibur Lihat Respon Netizen appeared first on Siakap Keli.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://siakapkeli.my/2025/12/22/tuan-rumah-minta-idea-deko-ruang-kosong-dekat-rumah-terhibur-lihat-respon-netizen/