Tuan Ibrahim Tak Faham Matematik Politik


 
Kalau Tuan Ibrahim ingin terus bertegas dengan naratif parti yang menang paling banyak kerusi mesti mengetuai kerajaan, eloklah beliau mulakan dengan memperjuangkan pemimpin Pas, bukan pemimpin Bersatu sebagai calon PM jika PN menang PRU16 akan datang….


TUAN IBRAHIM TAK FAHAM MATEMATIK POLITIK 


Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hanya parti yang memiliki majoriti kerusi di Parlimen patut mengemudi kerajaan.


Beliau mengambil contoh bagaimana ketika UMNO mengetuai kerajaan di era BN sebelum ini telah berjaya mewujudkan kestabilan hampir 60 tahun lamanya.


Kenyataan Tuan Ibrahim ini sebagai menyokong kenyataan Presiden Pas, Hadi Awang yang mengatakan parti itu sepatutnya mengetuai kerajaan kerana memiliki jumlah Ahli Parlimen paling ramai sekali.


Kenyataan Hadi itu sebagai mengktitik PH yang mengetuai kerajaan perpaduan di mana ia bukan diketuai oleh parti yang memiliki kerusi Parlimen Melayu paling ramai, sebaliknya dikuasai bukan Melayu.


Kenyataan Hadi mendapat sanggahan segera daripada Anwar Ibrahim yang menegaskan, soal jumlah majoriti bukan Islam dalam gabungan kerajaan bukan perkara utama, sebaliknya yang lebih penting ialah dasar yang dibawa oleh kerajaan perpaduan.


“Yang penting bukan soal jumlah majoriti ataupun tidak, yang penting dasar.


“Di mana dasar yang (menunjukkan) kita tinggalkan Islam, di mana? Kita khianat orang Melayu, mana? Kita curi tanah Melayu, curi saham, curi projek, di mana?


“Ini penting kita nilai dan jangan gunakan naratif kolot dan jumud yang lalu,” bidas Anwar lagi.


Dalam mempertahankan kenyataan Hadi, Tuan Ibrahim berkata, tiada salahnya Pas menggunakan naratif lama dengan mengatakan bahawa hanya orang Islam boleh memerintah Malaysia.


Katanya, ia adalah berdasarkan keadaan di ketika UMNO mengetuai BN sebelum ini,


Boleh pakai dan diterimakah hujah Tuan Ibrahim ini?


Ada beberapa perkara yang Tuan Ibrahim nampaknya terlupa atau sengaja buat-buat lupa dalam perkara yang disebutkannya ini.


Pertama, ketika UMNO memenangi paling banyak kerusi Parlimen di era BN, ketika itu gabungan tersebut juga memiliki jumlah kerusi Parlimen yang cukup dan selalu melebihi dua pertiga untuk membentuk kerajaan.


Dengan itu, memanglah tidak dipertikaikan penguasaan UMNO dan kedudukan kerusi Parlimen Melayu dalam BN ketika itu.


Kedua, dalam keputusan PRU15 lalu, walaupun Pas memenangi paling banyak kerusi Parlimen iaitu sejumlah 43, gabungan PN yang dianggotainya hanya menang 74 kerusi Parlimen saja.


Jumlah 74 itu jauh daripada 112, jumlah paling mininum bagi mana-mana parti atau gabungan untuk membentuk kerajaan.


Bukan saja dengan 74 kerusi itu PN tidak cukup jumlah untuk membentuk kerajaan, malah juga berada di belakang PH yang memenangi sejumlah 82 kerusi Parlimen.


Jadi, bagaimana dengan jumlah 43 kerusi dimiliki Pas daripada 74 dimenangi PN itu mampu mengetuai kerajaan?


Ini yang Tuan Ibrahim perlu faham dan sedar, maka sebab itulah disarankan ketika itu agar dibentuk sebuah kerajaan perpaduan lantaran tiada mana-mana parti atau gabungan yang boleh membentuk kerajaan secara sendirian.


Dalam pembentukan kerajaan perpaduan itu pula, itu pun setelah PN sendiri menolak untuk bersama, BN yang ada 30 kerusi, kemudian diikuti GPS dengan 23 kerusi, GRS 6 kerusi dan Warisan 3 kerusi, semuanya bersetuju untuk bersama serta bekerjasama dengan PH.


Maka, itulah sebabnya Anwar daripada PKR yang hanya memiliki 30 kerusi Parlimen dalam PH telah diangkat sebagai Perdana Menteri dan peneraju negara ini.


Anwar diangkat kerana beliau ketua PH dan disokong oleh DAP yang memiliki paling banyak kerusi dalam gabungan itu.


Ia sama juga dengan PN, kalaulah gabungan itu yang dipilih untuk menerajui kerajaan, siapa akan jadi Perdana Menteri?


Pemimpin daripada Bersatu atau pemimpin Pas?


Memanglah dalam matematik, angka lebih besar dikira menang dan patut menjadi ketua, namun dalam politik bukan begitu semestinya.


Banyak faktor lain kena diambil kira dan dijadikan pertimbangan, termasuk dari segi kemampuan.


Naratif lama yang disebut dan digunakan oleh Tuan Ibrahim itu tidak semestinya boleh dipakai sepanjang masa kerana matematik dalam buku tidak sama dengan matematik dalam politik.


Kalau Tuan Ibrahim ingin bertegas juga dengan naratif lama itu, beranikah beliau selepas ini bersuara bersama dakwaan parti itu memiliki jumlah Ahli Parlimen paling ramai, maka jawatan Perdana Menteri mesti diberikan kepada Pas jika PN menang PRU16 akan datang? – ShahbudinHusin 04/06/2023.


https://shahbudindotcom.net/


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/06/tuan-ibrahim-tak-faham-matematik-politik.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Hj Hadi Tuan Ibrahim Pula Dakwa Pas Ditawar Sertai Kerajaan

Selepas Hj Hadi Tuan Ibrahim Pula Dakwa Pas Ditawar Sertai Kerajaan

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 343 hits
KUALA LUMPUR Selepas dua hari Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mendakwa ada pihak menawarkan PAS menyertai Kerajaan Perpaduan timbalannya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengesahkan beberapa pihak menghubungi dan menemuinya bagi ...
Wakil Kerajaan Jumpa Tuan Ibrahim Tawar Kerjasama Juga

Wakil Kerajaan Jumpa Tuan Ibrahim Tawar Kerjasama Juga

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 354 hits
agendaily com29 05 2023Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan ada beberapa pihak menghubungi dan menemuinya bagi membuat tawaran sama seperti yang didedahkan...
Mereka Pun Jumpa Saya Tawar Pas Sertai Kerajaan Kata Tuan Ibrahim

Mereka Pun Jumpa Saya Tawar Pas Sertai Kerajaan Kata Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 29/5/2023 - jumlah : 316 hits
Tuan Ibrahim Tuan Man melihat tawaran itu hadir kerana data mengesahkan sokongan pengundi Melayu kepada PN jauh mengatasi PH PETALING JAYA Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan beliau turut dihubungi beberapa pihak untuk m...
Pas Info Chief Claims Kit Siang Made Govt Offer Tuan Ibrahim Says Otherwise

Pas Info Chief Claims Kit Siang Made Govt Offer Tuan Ibrahim Says Otherwise

papar berkaitan - pada 31/5/2023 - jumlah : 209 hits
PAS today claimed that it was DAP veteran Lim Kit Siang who offered the Islamist party to join the coalition government In a statement PAS information chief Khairil Nizam Khirudin claimed that Lim had made the offer because the ruling coali...
Selepas Hadi Tuan Ibrahim Pula Mengaku Diberi Tawaran Nampaknya Usaha Memikat Pas Bukan Main Main

Selepas Hadi Tuan Ibrahim Pula Mengaku Diberi Tawaran Nampaknya Usaha Memikat Pas Bukan Main Main

papar berkaitan - pada 30/5/2023 - jumlah : 258 hits
Aduhhh kini Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengaku beliau dihubungi oleh seseorang untuk mengajak parti Islam itu menyertai kerajaan perpaduan Tuan Ibrahim berkata tawaran itu disampaikan wakil kerajaan yang bertemu sendir...
Gelombang Pn Tak Padam Dijangka Kekal Dalam Prn Tuan Ibrahim

Gelombang Pn Tak Padam Dijangka Kekal Dalam Prn Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 2/6/2023 - jumlah : 166 hits
agendaily com01 06 2023Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man Gelombang sokongan rakyat kepada Perikatan Nasional dijangka tidak terhenti dan akan berterusan sehingga ke Pilihan Raya Negeri nanti kata Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man T...
Keadilan Kerajaan Madani Sekadar Satu Lagi Slogan Politik Sahaja

Keadilan Kerajaan Madani Sekadar Satu Lagi Slogan Politik Sahaja

papar berkaitan - pada 6/6/2023 - jumlah : 365 hits
Lim Sian See Satu perkara yang buat saya kurang selesa dan kurang percaya dengan kerajaan perpaduan hari ini ialah perkataan keadilan ini sekadar satu lagi slogan politik sahaja Sebab itu saya tidak mahu lagi membantu atau pertahankan keraj...
Video Nada Tinggi Jokowi Soal Cawe Cawe Politik Hingga Bicara Nyali Ganjar

Video Nada Tinggi Jokowi Soal Cawe Cawe Politik Hingga Bicara Nyali Ganjar

papar berkaitan - pada 8/6/2023 - jumlah : 216 hits
Presiden Joko Widodo berbicara mengenai alasan dirinya bakal cawe cawe di Pemilu 2024 Menurutnya cawe cawe menjadi tanggung jawab moral di masa transisi kepemimpinan nasional tahun 2024
Hanya Publisiti Politik Untuk Prn Rakyat P Pinang Tolak Dakwaan Sanusi

Hanya Publisiti Politik Untuk Prn Rakyat P Pinang Tolak Dakwaan Sanusi

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 154 hits
freemalaysiatoday com 05 Jun 2023Penduduk Pulau Pinang merasakan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor sepatutnya menguruskan dulu isu di tempatnya sendiri dan bukannya mengupas isu lain Menteri besar Kedah Sanusi Nor baru baru ini mengulangi baha...
Ratu Naga Laments Dap Unfazed About Madani Govt S Lavish Overseas Expenses Compared To Bossku S

Datuk Mastermind Behind New Pakistani Cartel At Klia

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

Jagung Rebus Ala Pasar Malam

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Difference Between Pickleball And Badminton

Panduan Praktis Mengurangi Konsumsi Listrik Di Pabrik Konveksi

Mawat Ulat Bulu Chord

Lukanegara Bertahta Diatas Tanah Mereka Chord

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Legacy Modernized The All New Bell Bullitt Gt Retro Full Face Helmet