Keadilan Kerajaan Madani Sekadar Satu Lagi Slogan Politik Sahaja



Lim Sian See
Satu perkara yang buat saya kurang selesa dan kurang percaya dengan kerajaan perpaduan hari ini ialah perkataan “keadilan” ini sekadar satu lagi slogan politik sahaja.
Sebab itu, saya tidak mahu lagi membantu atau pertahankan kerajaan perpaduan ini.
Selain kes RM42 juta SRC yang Najib telah disabitkan dan dipenjarakan hampir 10 bulan dahulu, Najib juga menghadapi kes-kes berikut.
KES 1. Kes jenayah SRC RM27 juta.
– ini sebenarnya adalah sebahagian daripada kes RM42 juta SRC tetapi dibuatnya kes berasingan atas kesilapan Tommy Thomas masa dahulu.
Kenapa pula Najib didakwa dua kali bagi kes yang sama? Dah dipenjarakan sebab SRC dan masih mahu dipenjarakan lagi ke? Najib telah didakwa pada tahun 2018 dan 5 tahun kemudian dia masih menghadapi kes ini.
Update terbaru ialah minggu lepas, pihak pendakwaan minta kes ini ditangguh lagi
“Timbalan Pendakwa Raya Mohd Ashrof Adrin Kamarul memberitahu hakim K Muniandy berkenaan perkara ini ketika sebutan kes hari ini.”
“29 Mei 2023: Sebutan kes SRC RM27 juta terhadap Najib ditetapkan 18 Ogos”
https://www.malaysiakini.com/news/666768
KES 2: Kes jenayah 1MDB-IPIC
– kes ini memang langsung tak ada lagi kes setelah kerajaan perpaduan telah menyelesaikan kes dengan IPIC
Dulu, kerajaan dakwa Najib akan menyebabkan negara kehilangan RM6.6b tetapi akhirnya, negara tidak kehilangan RM6.6b tetapi mendapat semula RM8.08b dan juga akan mendapat komitmen pelaburan bernilai RM7.5b lagi?
Kes ini yang didakwa pada tahun 2023 masih belum bermula.
Update terakhir ialah pendakwaan sekali lagi minta kes ini ditangguh sekali lagi pada minggu lepas selepas meminta tangguh pada bulan April lalu.
“29 Mei 2023: AGC needs more time to study Mohd Irwan’s second representation on CBT case”
https://www.astroawani.com/…/agc-needs-more-time-study…
KES 3: Kes jenayah 1MDB Audit
– pendakwaan telah kalah kes ini setelah hakim membebaskan dan melepaskan Najib setelah mendapati bahawa Najib tidak pernah minta laporan audit diubah dan segala perubahan dalam laporan audit yang didakwa telah diubah adalah remeh dan tidak material.
– Namun kerajaan merayu pula keputusan ini dan menyebabkan Najib masih perlu menghadapi kes ini.
KES 4: Kes jenayah 1MDB-Tanore
– Kes ini masih di peringkat mahkamah tinggi sejak Najib didakwa pada tahun 2018 dan telah dilanjutkan atas permintaan pendakwaan ke bulan November 2023 – iaitu 5 tahun selepas Najib didakwa.
– Sehingga kini, Zeti masih belum dipanggil – iaitu hampir 7 bulan selepas dia cuti sakit.
KES 5: Kes muflis LHDN
– Kes ini adalah paling mengarut. Kenapa pula RM2.6 bilion yang disahkan dipulangkan kepada penghantar asal 4 bulan boleh pulak dikatakan adalah pendapatan dan dikenakan cukai dan denda ke atas denda RM1.7 bilion?
– Sehingga kini, LHDN masih tidak mahu mendedahkan pengiraan taksiran cukai Najib dan hanya salah gunakan undang-undang untuk paksa Najib bayar sebelum merayu – iaitu undang-undang “bayar dulu, bincang kemudian”.
– menurut sumber LHDN, ianya mendiang Gopal Sri Ram yang suruh LHDN kenakan kes ini ke atas Najib secara paksa. Orang pun sudah mati tapi kes mengarut ini masih diteruskan?
KES 6: Saman sivil SRC
– Kes ini juga dimulakan oleh kerajaan Muhyiddin dan peguam peribadinya Rosli Dahlan pada tahun 2020 ketika Najib mula lawan Muhyiddin.
– SRC milik 100% kerajaan telah saman Najib dan mahu Najib bayar gantirugi RM42 juta. Najib telahpun didendakan RM210 juta (iaitu RM5 bagi setiap RM1 bagi RM42 juta berkenaan). SRC masih mahu Najib bayar lagi?
– lagi mengarut ialah kes ini telah ditundakan pada bulan Mei lepas untuk didengar pada tahun 2025 (iaitu hampir dua tahun lagi).
“5 Mei 2023: Perbicaraan kes saman SRC terhadap Najib ditetapkan 2025”
https://www.malaysiakini.com/news/664077
KES 7: Saman sivil 1MDB
– Kes ini juga dimulakan oleh kerajaan Muhyiddin dan peguam peribadinya Rosli Dahlan pada tahun 2020 ketika Najib mula lawan Muhyiddin.
– 1MDB milik penuh kerajaan mahu Najib bayar gantirugi US$8 bilion (RM37 bilion biarpun kerajaan sudahpun mendapat balik hampir semua wang yang didakwa hilang.
– Macam mana Najib mahu bayar RM37 bilion? Kamu pun sudah mufliskan dia melalui kes LHDN. Masih mahu bankrapkan dia yang sudah bankrap dan sudah dalam kerajaan? Jika kerajaan menang kes ini pun, kerajaan tak dapat satu sen manfaat.
– Kes ini masih diteruskan dan perdengaraan terakhir ialah dua minggu lalu di mana 1MDB dakwa Najib tak dedah kesemua aset miliknya kepada mahkamah sebab dia tak declare aset-aset yang dia dapat kembali setelah menang saman daripada kerajaan pada akhir tahun lepas – hanya sekadar mahu menyusahkan lagi Najib.
“26 Mei 2023: 1MDB dakwa Najib tak dedah kesemua aset miliknya kepada mahkamah”
https://www.malaysiakini.com/news/666555
Kami sedia maklum bahawa Mahathir telah buat segala-galanya untuk bunuh Najib dan maklum bahawa ianya kuasa Peguam Negara Tommy Thomas untuk mengenakan seberapa dakwaan yang dia mahu terhadap Najib.
– Mahathir telah pecat Ketua Hakim Negara.
– Mahathir telah langgar Akta JAC 2009 untuk melantik Ketua Hakim Negara baharu
– Hakim kes Najib pula digantikan dengan Hakim yang tiada pengalaman jenayah setelah kes bermula. Hakim ini juga telah dibuktikan oleh SPRM mempunyai konflik kepentingan dan telah salah fakta dalam kehakiman bertulisnya terhadap Najib.
– Mahathir lantik peguam swasta yang pro-PH untuk menjadi Peguam Negara
– Lalu, Tommy juga telah lantik dua orang peguam pro-PH untuk dijadikan Timbalan Pendakwa Raya kes Najib.
– Mahathir lantik ahli politik PKR anti-Najib sebagai ketua SPRM
– Mahathir lantik Ketua Polis Negara yang telahpun bersara sebab dia sangat setia pada Mahathir.
– Mahathir rampas semua aset-aset Najib dan bekukan akaun-akaun bank Najib supaya Najib kurang kemampuan untuk bela diri.
– Kerajaan Mahathir juga telah dakwa dua peguam bela Najib dan juga hampir semua ahli-ahli keluarga Najib.
Kita juga maklum bahawa Najib telahpun dinafikan hak pembelaan pada peringkat mahkamah persekutuan dan telah dimasukkan ke dalam penjara secepat mungkin oleh Maimun.
Setelah 6 bulan kerajaan perpaduan wujud, Najib tak dapat apa-apa keadilan pun. Dia masih dalam penjara sebab kesalahan yang begitu kejam iaitu bukan hak dia untuk sedekahkan RM42 juta duit SRC dan dia masih menghadapi semua kes-kes dimulakan Mahathir dan Muhyiddin ini.
Dia masih perlu berbelanja duit yang banyak setiap bulan untuk menghadapi 6 kes mahkamah yang dikenakan kerajaan biarpun dia tidak mempunyai sebarang pendapatan sebab berada dalam penjara.
Kita faham bahawa pengampunan Diraja adalah di luar kawalan kerajaan dan adalah hak YDPA dan ianya masih belum sampai giliran Najib.
Tetapi nak gugurkan kes-kes mengarut Najib adalah dalam kawalan kerajaan dan sekiranya kerajaan perpaduan benar-benar mementingkan keadilan, kenapa tiada satu pun kes mengarut yang dikenakan ke atas Najib pun tidak digugurkan atau ditarik balik?
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/06/05/keadilan-kerajaan-madani-sekadar-satu-lagi-slogan-politik-sahaja/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Proklamasi Mahathir Sekadar Muslihat Politik Orang Tersepit

Proklamasi Mahathir Sekadar Muslihat Politik Orang Tersepit

papar berkaitan - pada 5/6/2023 - jumlah : 131 hits
Oleh Adam MalikSebaik sahaja Tun Mahathir membuat kenyataan mahu berkerjasama dengan Kluster Mahkamah Tan Sri Muhyiddin Yassin maka secara tidak sengaja Mahathir telah mendedahkan muslihat politik nya Seperti yang portal kami tulis awal awa...
Bersih Persoal Kerajaan Madani Bersih Sedar Diri Tak

Bersih Persoal Kerajaan Madani Bersih Sedar Diri Tak

papar berkaitan - pada 28/5/2023 - jumlah : 147 hits
Bersih perlu sedar diri Kerajaan sekarang ni adalah kerajaan madani Apa yang diucap ditutur dikata dirancang dan segalanya lah Semua pencacai yang kononnya dulu reformis pentadbiran ker reformis rasuah ker dan apa sahaja reformis lah Semua ...
Gagal Di Sukan Sea Satu Peringatan Buat Kerajaan

Gagal Di Sukan Sea Satu Peringatan Buat Kerajaan

papar berkaitan - pada 24/5/2023 - jumlah : 235 hits
KUALA LUMPUR Ketidakstabilan politik negara sejak lima tahun lalu yang didakwa turut menjadi punca Malaysia gagal mencapai sasaran 40 pingat emas di pentas Sukan SEA Kemboja adalah satu peringatan kepada kerajaan yang mentadbir ketika ini B...
Mahu Dan Tidak Mahu Dibungkus Menjadi Satu

Mahu Dan Tidak Mahu Dibungkus Menjadi Satu

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 179 hits
MAHU DAN TIDAK MAHU DIBUNGKUS MENJADI SATU Assalammualaikum wbt Aku mahu itu Aku tidak mau ini Tapi persamaannya antara kedua duanya adalah semua daripada dan dengan izin Allah swt juga Percayalah Keinginan kita itu yang biasanya kita damba...
Bupati Paser Satu Satunya Kepala Daerah Di Kaltim Raih Satyalancana Wira Karya

Bupati Paser Satu Satunya Kepala Daerah Di Kaltim Raih Satyalancana Wira Karya

papar berkaitan - pada 11/6/2023 - jumlah : 140 hits
Penganugerahan Satyalancana Wira Karya oleh Presiden RI Joko Widodo kepada Bupati Paser Fahmi Fadli disematkan langsung Menteri Pertanian Syahrul Yasin Limpo saat pembukaan Pekan Nasional Kontak Tani Nelayan Andalan
Ingatkan Ramai Orang Pasang Solar Sekadar Suka Suka Rupanya Boleh Jana Pendapatan Dengan Tnb Ramai Tak Tahu

Ingatkan Ramai Orang Pasang Solar Sekadar Suka Suka Rupanya Boleh Jana Pendapatan Dengan Tnb Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 25/5/2023 - jumlah : 97 hits
Ingatkan ramai orang pasang solar sekadar suka suka rupanya boleh jana pendapatan dengan TNB ramai tak tahu Anda ada kawasan tambahan atau bumbung terbuka yang cantik dan luas tapi tak pasti apa yang boleh dibuat dengannya Anda boleh membia...
Drama Bukan Sekadar Lafaz

Drama Bukan Sekadar Lafaz

papar berkaitan - pada 27/5/2023 - jumlah : 300 hits
Nantikan drama adaptasi novel Bukan Sekadar Lafaz karya Sophilea akan datang di TV3 Drama ini diarahkan oleh Idora Abdul Rahman dan menampilkan Alif Satar dan Wanna Ali sebagai pelakon utama Bukan Sekadar LafazEpisod 20Tarikh Tayangan 2023R...
Nicol David Wanita Asia Pertama Digelar Ratu Skuasy Dunia

More Than Genetics How Life Experiences Shape Our Health

E Jamin Judiciary Bar Agree On Proposal To Reinstate Similar E Bail System

Is Anwar Ever Going To Release Najib

Video Suspek Serang Balai Polis Ulu Tiram Maut Ditembak

Kelebihan Berpuasa Hari Putih

Adakah Batuk Membatalkan Solat Ust Azhar Idrus

Mesothelioma Attorney Assistance A Beacon Of Hope For Victims Of Asbestos Exposure



Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya

Biodata Zubir Khan Penyanyi Lagu Yennode Macha Macha Macha Pemuda Bertangan Kudung Yang Menginspirasikan

Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia


Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Kdn Fc Berputih Mata Di Laman Sendiri

Gulai Udang Nenas

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq