Tuan Ibrahim Pas Tak Tanding Di Prk Sabah Untuk Elak Perangkap Musuh


 


KUALA LUMPUR - Selepas akur dengan keputusan untuk tidak mempertaruhkan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menceritakan wujud desakan supaya parti itu diberi laluan ketika rundingan kerusi dibuat sebelum ini.
Namun, katanya keputusan untuk PAS tidak bertanding itu dilakukan bagi mengelak daripada perangkap yang dipasang oleh musuh.
"Dari segi strategi politik ini macam-macam tapi kita menerima (keputusan). Sebenarnya PAS terlibat dari awal lagi perundingan dan perbincangan (kerusi).
"Cuma apabila dibuat keputusan, walaupun PAS mendesak supaya diberi laluan tetapi ada beberapa masalah dan perkara. (Jadi) kita fikir kita (perlu) berjiwa besar, kita bersetuju dengan pandangan Presiden.
"Menghadapi pilihan raya ini perlu strategi yang betul, jadi kita mengelak perangkap yang dipasang musuh. Jika kita bertanding akan timbul bertembungan sesama sendiri, natijahnya adalah kerugian kepada muafakat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Muktamar Pemuda PAS kali ke-61 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (Putik), Kota Bharu, hari ini.
Semalam, PAS mengambil pendirian untuk memberi laluan kepada sekutunya dalam Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Sabah, bagi mengelakkan pertembungan dengan calon parti sekutunya.
Perkara itu dinyatakan presidennya Abdul Hadi Awang, berhubung ketiadaan calon daripada parti itu dalam pilihan raya kali ini.
Sementara itu, Tuan Ibrahim yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian mengakui bahawa wujudnya rasa kecewa susulan keputusan itu namun yakin perkara itu boleh diatasi.
"Kita boleh urus, insya-Allah ahli PAS ini terkenal dengan ahli yang patuh dengan keputusan parti. Sebab bagi kita untuk elak pertembungan sama-sama kita, kita berpegang keputusan parti.
"Alhamdulillah walaupun rasa kecewa di mana-mana tak boleh nafi, tapi secara keseluruhan kepimpinan PAS di Sabah dan jentera akur dengan keputusan dan kenyataan yang dibuat oleh presiden," jelasnya sambil menyatakan keyakinan PN akan memenangi PRN Sabah. #sumber
http://www.pahangdaily.blogspot.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://pahangdaily.blogspot.com/2020/09/tuan-ibrahim-pas-tak-tanding-di-prk.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prn Sabah Pas Gerakkan Jentera Bantu Calon Sekutu Perikatan Nasional Tuan Ibrahim

Prn Sabah Pas Gerakkan Jentera Bantu Calon Sekutu Perikatan Nasional Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 17/9/2020 - jumlah : 434 hits
nbsp PUTRAJAYA Parti Islam SeMalaysia akan menggerakkan jenteranya bagi membantu calon Perikatan Nasional dan sekutunya yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke 16 kata Timbalan Presidennya Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man Me
Tuan Ibrahim Luahkan Rasa Kecewa Pas Di Anggap Tidak Sesuai Di Sabah Dan Sarawak

Tuan Ibrahim Luahkan Rasa Kecewa Pas Di Anggap Tidak Sesuai Di Sabah Dan Sarawak

papar berkaitan - pada 13/9/2020 - jumlah : 614 hits
KOTA BHARU Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man meluahkan rasa kecewa apabila ada pihak termasuk dalam parti dan sekutunya yang menganggap agenda perjuangan parti itu tidak sesuai di Sabah dan Sarawak Anggota Parlimen Kubang Merian i...
Ulama Pas Terlalu Marah Gelar Musuh Sebagai Anjing Jilat Anu Tuan

Ulama Pas Terlalu Marah Gelar Musuh Sebagai Anjing Jilat Anu Tuan

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 468 hits
FAZLI RADZI Nampaknya gagal membendung amarah Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Mokhtar Senik menggunakan gelaran anjing kepada musuh partinya Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat tersebut juga mengaitkan sifat sesetengah anjing dengan tabiat ...
Pas Hasrat Tanding 10 Kerusi Prn Sabah

Pas Hasrat Tanding 10 Kerusi Prn Sabah

papar berkaitan - pada 8/9/2020 - jumlah : 431 hits
PAS berhasrat bertanding di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri pada Pilihan Raya Negeri Sabah hujung bulan ini kata Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan Beliau bagaimanapun berkata perincian kawasan DUN yang bakal ditandingi parti itu ...
Prk Sabah Uji Kesetiaan Pas Pilih Logo Dacing Atau Pn

Prk Sabah Uji Kesetiaan Pas Pilih Logo Dacing Atau Pn

papar berkaitan - pada 10/9/2020 - jumlah : 431 hits
Hubungan rasmi Pas dengan UMNO melalui Muafakat Nasional telah terjalin hampir dua tahun yang lalu iaitu sebaik BN kalah PRU14 Hubungan Pas dengan Bersatu pula hanya terjalin kira kira enam bulan lalu iaitu sejak tertubuhnya kerajaan pintu ...
Prn Sabah Ppbm Puji Sikap Terbuka Pas Tak Tanding Elakkan Pertembungan Tiga Penjuru

Prn Sabah Ppbm Puji Sikap Terbuka Pas Tak Tanding Elakkan Pertembungan Tiga Penjuru

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 431 hits
PETALING JAYA Keputusan PAS memberi laluan kepada rakan dalam gabungan Perikatan Nasional bagi memastikan pertandingan dua penjuru pada Pilihan Raya Negeri Sabah adalah sikap terpuji kata pemimpin PPBM Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Muhamma...
Tuan Ibrahim Upset With Allies Who Claim Pas Not Suitable For Borneo

Tuan Ibrahim Upset With Allies Who Claim Pas Not Suitable For Borneo

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 419 hits
MUKTAMAR Deputy PAS president Tuan Ibrahim Tuan Man has expressed disappointment with political allies who claimed that his party s agenda was not suitable for East Malaysian territories In his closing speech at the 66th PAS national delega...
Pas Nak Bertanding Tapi Perangkap Musuh Perlu Dielak Demi Muafakat Nasional

Pas Nak Bertanding Tapi Perangkap Musuh Perlu Dielak Demi Muafakat Nasional

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 335 hits
Selepas akur dengan keputusan untuk tidak mempertaruhkan calon dalam Pilihan Raya Negeri Sabah Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man menceritakan wujud desakan supaya parti itu dibei laluan ketika rundingan kerusi dibuat sebelum ini N...
Pas Tidak Tanding Prn Sabah Ini Penjelasannya

Pas Tidak Tanding Prn Sabah Ini Penjelasannya

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 379 hits
PAS dalam merencana strategi politik dan menghadap cabaran semasa yang ada melihat secara gambaran besar dan jangka panjang di mana dibimbing dan dipandu oleh Majlis Syura Ulamak Timbalan Presiden PAS Dato Sri Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man me...
Ringgit Slips Against Dollar As Us Rate Cut Hopes Fade

Fire Guts Tour Bus On Mex Highway

Nst Turns 180 The Tun Reaches A Century And Media Council 50 Years In The Making Names Founding Members

Navigating The Night How Moon Powered Navigation Is Revolutionizing Wilderness Survival

Digital Marketing For Business Success

Ceo Nvidia Puji Model Ai China Berkelas Dunia

Tng Ewallet Kini Boleh Digunakan Untuk Bayar Gaji Secara Sah

Apa Itu Grave Disease Kenali Punca Gejala Dan Kenapa Ia Bukan Kanser Tiroid


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masjidilharam Kota Ibadah

Tradisi Mencandat Sotong Antara Warisan Ekologi Dan Sains Cahaya

Erma Fatima Pegang Tangan Amira Othman Video

Bantuan Tunai Rm300 Sebulan Melalui Elaun Sara Hidup Nelayan 2025

Buat Cucur Nasi Viral Rangup Diluar Lembut Didalam

Lahir Dan Mati