Tuan Guru Presiden Pas Berbahas Dewan Parlimen Berubah Bagaikan Dewan Kuliah Universiti



1. Pada tepat jam 12.00 tengah hari tadi, giliran Ahli Parlimen Marang, YB DS TG Haji Abdul Hadi Awang membahaskan Titah Diraja. Saya tidak menyangka suasana perbahasan menjadi begitu menarik dan mengasyikkan. Sesiapa yg berada di dalam Dewan mahupun menonton secara langsung pasti berasa teruja kerana suasana Dewan yg biasanya gamat dgn pertelingkahan dan bertikam lidah berubah menjadi diskusi ilmiah bagaikan dalam dewan kuliah universiti.

2. Asalnya masa yg diperuntukkan hnya 30 minit tetapi atas budibicara Dato' Timbalan Speaker, TG dibenarkan untuk berbahas selama 1 jam kerana ramai Ahli Parlimen lain daripada BN mahupun Pembangkang yg berminat bangun membuat pencelahan. Mereka bertanya dgn penuh adab tatasusila bahkan ada Ahli Parlimen DAP yg memanggil nama "TG" sedangkan kebiasaannya sesama Ahli Parlimen akan memanggil " Yang Berhormat (nama kawasan yg diwakili). Ada Ahli Parlimen BN yg bangun bertanya memulakan dgn lafaz "Subhanallah, Tabarakallah" kerana beliau begitu tertarik dgn isi perbahasan TG.
3. Antara kelainan yg dapat saya perhatikan dalam perbahasan kali ini, TG berucap tanpa teks, hanya sesekali merujuk catatan isi penting, ia membuatkan suasana yg lebih santai, spontan, byk eye-contact dan gerakan tangan.
4. Di awal ucapan, beliau menyebut perbahasan akan menyentuh 2 perkara yang terkandung dalam Titah Diraja iaitu:
a) Sokongan Yang di-Pertuan Agong terhadap segala inisiatif bagi mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan dan pemerkasaan Mahkamah Syariah.
b) Seruan Yang di-Pertuan Agong agar hentikan berpolitik untuk kepentingan sempit

5. Berikut adalah intipati utama ucapan perbahasan beliau:
- Seruan transformasi yg diwar²kan oleh kerajaan perlulah mengikut petunjuk di dalam Al Quran. Transformasi positif sepertimana dalam ayat 11, Surah Ar Ra'du, yg bermaksud "Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubahnya sendiri"
- Pembangunan insan akn dpt membangunkan negara dan ummat, Allah memulakan Islam di bumi Mekah yg kering, tidak ada apa² hasil,lalu manusia dibangunkan dgn ilmu, akhlak, dan jatidiri

- Kita kembali kepada Perlembagaan yg diasaskan oleh mereka generasi awal samada di pihak kerajaan dan pembangkang yg sama² memperjuangkan kemerdekaan walaupun berbeza dasar dan pendekatan politik. Suruhanjaya Reid telah menetapkan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Islam sebagai Agama Persekutuan, manakala agama lain bebas diamalkan, dan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, dan hak bahasa ibunda masing². - Yang di-Pertuan Agong menyeru agar mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan. Apabila hendak mendaulatkan Islam, perlulah berpandu kepada agama Islam yg disebut dalam Al Quran iaitu Ad Din dan kaffah (sempurna) sifatnya. Kita jgn terpengaruh dgn takrif agama mengikut Bahasa Inggeris, penjajah kita dan juga yg terkandung dalam Kitab Bible. TG memetik :
"Jesus said to them, “Render to Caesar the things that are Caesar’s, and to God the things that are God’s.” ( Mark 12:17). Ia menunjukkan pemisahan agama dan politik sedangkan Islam agama yg berdaulat. Islam menentang diktator dan teokrasi

Ayat Quran menyebut mengenai adanya pemerintah yg berlagak bagaikan Tuhan samada bernama raja seperti Firaun dan Namrud, ataupun Al Malak (pemimpin²).
[Pencelahan oleh YB DAP Bukit Mertajam- mohon penjelasan lanjut berkenaan tafsiran Bible yg dibaca oleh TG]
- TG menceritakan tentang sejarah dlm agama Kristian yg menindas golongan ilmuan, manakala golongan agamawan bersekongkol dgn pemerintah, merebut kuasa melalui pengutipan cukai pengampunan dosa. Apabila Tamadun Islam mula mempengaruhi Barat maka lahirlah ideologi Sekularisme yg memisahkan agama daripada politik.
- Apa yg dibawa ke negara ini oleh penjajah British bukanlah ajaran asal Kristian tetapi ajaran yg sudah dipinda bagi menyekat kuasa agama Islam dengan merampas kuasa Raja². Agama dihadkan sekadar nikah-cerai, pembahagian harta-pusaka, dan wakaf. Kuasa tanah, pentadbiran, dan kerakyatan diambil oleh British. Slps merdeka, pemikiran British ini patutlah dibuang

- Usaha pemerkasaan Mahkamah Syariah amatlah dialu²kan. Apa yang ada hari ini, Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah Majistret padahal kita sebut Islam adalah Agama Persekutuan.

Bagaimana Mahkamah Syariah lebih rendah daripada Mahkamah di daerah²
Saranan Yang di-Pertuan Agong agar Mahkamah Syariah diperkasakan amatlah disokong dan dilalukan.
[Pencelahan oleh YB PKR Bukit Katil yg mencadangkan agar Hakim Mahkamah Syariah dilantik oleh Suruhanjaya sepertimana Hakim Mahkamah Sivil, agar mereka bukan sekadar penjawat awam biasa]
- TG bersetuju cadangan itu tetapi mahukan aspek yg lebih luas iaitu kadar hukuman. Kuasa hukuman sepatutnya lebih tinggi dan sebolehnya menepati syariat yg sepenuhnya. Dalam hal ini, penganut bukan Islam jgn bimbang kerana wujudnya jaminan dalam Islam iaitu tidak ada paksaan untuk memeluk Islam. Ayat Quran juga menyebut mengenai larangan meroboh rumah ibadah agama lain. Lihatlah di Mesir, masih ada gereja yg dimiliki oleh Kristian Ortodok Koptik yg ada sebelum Islam. di Iran ada rumah api yg dimiliki oleh penganut agama Majusi, di Indonesia alam Melayu ini masih ada candi Borobudur. Ini menunjukkan kebebasan beragama yg dijamin oleh Islam.
- Dalam aspek pelaksanaan undang², org Islam tertakluk kepada undang² Islam tetapi hal ehwal umum seperti trafik jalanraya, undang² tetap sama utk semua yg Islam dan bukan Islam. Contohnya, tidak boleh dibuat lampu hijau untuk org Islam boleh jalan manakala yg bukan Islam kena berhenti, pasti huru-hara di jalanraya.
[Pencelahan oleh YB BN Rompin yg berpandangan soal pendekatan kita apabila menyebut pemerkasaan Mahkamah Syariah berbanding penekanan Hudud boleh membuatkan org bukan Islam tidaklah terkejut sangat yg cuba memahami Islam]
- TG menjelaskan dalam Islam adanya undang²; perdagangan, keluarga, jenayah, antarabangsa, semuanya ada dalam Islam. Seringkali golongan orientalis menggunakan Hudud sebagai senjata menyerang Islam, hukum potong tangan dijadikan hujjah menakutkan org bukan Islam

- Pernah berlaku satu Dialog pada tahun 1971, di antara Vatican City (wakil Barat) dan pemikir Islam yg dianjurkan di Vatican dan Riyadh. Isu potong tangan ini timbul, mereka menyangka apabila ada sejumlah 70,000 pencuri maka kesemuanya dipotong tangan. Mereka tidak sedar bahawa undang² Islam sifatnya mendidik, bukan menghukum. Hukuman yg hendak dijatuhkan sangat ketat termasuk ciri hakim, saksi, penjenayah, kadar curian, hubungan pencuri dan mangsa. Mengikut Islam, hakim perlu cari jalan membebaskan pesalah kerana Islam menggalakkan pengampunan dan bertaubat. Apa yg penting undang² ini mendidik, bagi menggerunkan penjenayah dan semua orang. Apa yg hendak ditakutkan jika kita tidak mencuri? Lihat di Arab Saudi adanya keamanan, kedai boleh ditutup hanya dgn kain tanpa kunci yg kukuh mahupun jaga yg gagah perkasa. Inilah kehebatan undang²
- Hukuman sebatan dalam Islam bersifat tidak mencederakan tetapi memalukan pesalah. Hukuman tidak boleh pecah kulit, bukan macam dalam penjara hari ini yg menggunakan rotan yg kuat sehingga tercabut kulit dari isi. Dalam sirah ada seorang tua yg kurus melakukan kesalahan, dijatuhkan hukuman 100 sebatan, org bertanya kepada Nabi, bagaimana hendak dilaksanakan hukuman ini? Nabi menjawab, ambil 100 ranting, pukul 1 kali sahaja di khalayak ramai. Inilah keindahan hukum Islam, jgnlah percaya seperti dlm filem yg ingin memburukkan imej Islam.
[Pencelahan oleh YB PKR Penampang yg berpandangan tidak setuju undang² agama diperluaskan lagi penguatkuasaannya krn itu syarat asal kemasukan Sabah ke dalam Malaysia dahulu]
- TG menjawab dalam Perlembagaan Malaysia adanya sistem Federalisme yg memberikan hak agama adalah kuasa kerajaan negeri, maka terpulanglah kepada Kerajaan Negeri masing², Beliau mengimbau kembali sejarah Islam. adanya pemerintahan yg begitu luas daripada India sehinggalah ke Sepanyol di Barat yg turut mengamalkan federalisme, zaman itu tiada lagi internet dan telefon. Raja Najasyi, pemerintah Habsyah yg baru memeluk Islam berhadapan dgn paderi Kristian yg tidak bersetuju dgn beliau, Hudud ditangguhkan berasaskan realiti masyarakat di situ. Ini adalah keanjalan yg ada dalam pelaksanaan Syariat Islam

*Timbalan Speaker memaklumkan ramai yg berminat dgn perbahasan YB Marang,
[Pencelahan oleh YB BN Bagan Serai yg menyatakan beliau begitu tertarik mendengar penjelasan mengenai undang² Islam yg diterangkan oleh TG, beliau meminta pendapat perlukah diubah undang² bagi mencegah jenayah dadah yg masih belum dapat ditangani sehingga sekarang?]
- TG menerangkan adanya 3 bahagian dalam undang² Islam iaitu Qisos (hal kecederaan), Hudud (hal moral), dan Ta'zir (hal yg tiada dalam Hudud dan Qisos). Dadah termasuk dalam Ta'zir yg tertakluk kepada budibicara pemerintah. Undang² Islam adanya aspek ruh spiritual, ini tidak ada pada undang² Barat. Makna spiritual ini ialah seseorang itu percaya bahawa sekiranya dia tidak dihukum di dunia, dia tetap tidak dapat lari daripada hukuman di Akhirat. Sebab itu dalam sejarah Islam, ada pesalah datang serah diri mengaku salah kerana adanya aspek spiritual dalam diri ini. Perbincangan lanjut diperlukan dalam hal ini, kerana masa yg ada sekarang singkat dan bukannya dalam kelas kuliah undang².
[Pencelahan sekali lagi oleh YB BN Rompin bangun mencadangkan agar Perlembagaan sediaada tidak dipinda tetapi Mahkamah Syariah yg perlu diperkasa.]
- TG menjawab ada perkara yg beliau setuju dan ada yg beliau tidak setuju. Islam sebagai agama persekutuan tidak perlu dipinda, tetapi undang² lain boleh dipinda seiring dgn perkembangan semasa.

Semenjak beliau berada di Parlimen pada tahun 1990 lagi, sudah banyak kali pindaan Perlembagaan dibuat. Ini menunjukkan kita boleh fleksibel, tidak perlu jumud dlm semua perkara. Contohnya, hukuman gantung sampai mati yg menggunakan tali. Islam menetapkan hukuman bunuh perlu dilaksana tetapi bukan menyeksakan. Hukuman mati tetap perlu ada, cuma kaedah yg berbeza. Dalam Islam adanya perkara Tsawabit (yg sudah tetap, tidak boleh berubah) dan Mutaghaiyyirat (yg boleh berubah mengikut perkembangan.
[Pencelahan oleh YB BN Julau yg bertanya berkenaan berita dalam media bahawa TG mendakwa org Islam ditawarkan wang oleh gerakan Missionary untuk memeluk agama Kristian]
- TG menjelaskan beliau mendapat maklumat berkenaan wujudnya aktiviti sedemikian seperti di negara Afrika. Dalam Islam pun ada, iaitu wang zakat untuk menggalakkan org masuk Islam, dalam Kristian pun ada, itu hal agama mereka. Apa yg lebih penting ialah menjaga keharmonian, sebab itu dalam Islam menggalakkan dialog antara satu sama lain bagi berhujjah dgn tidak menimbulkan ketegangan. Biar kita berbeza pendapat, jgn berpecah.
[Pencelahan sekali lagi oleh YB BN Julau yg berpandangan tidak boleh org yg dihormati dan bergelar TG membuat dakwaan sebegitu terhadap agama Kristian]
- TG berkata terserah kepada pihak berkuasa utk menyiasat dan membuat tindakan selanjutnya. Beliau memetik kata² Imam Al Ghazali, "agama asas kehidupan manusia, kuasa pemerintahan adalah pengawas, perkara yang tidak ada asas akan runtuh."
Apabila kita tidak mengikut agama, maka akan runtuh kehidupan. Usah percaya dgn Islamophobia, yg mengatakan Islam agama pengganas sedangkan Kristian juga ada pengganas sepertimana di Ireland, pengganas dalam agama Hindu juga ada di India, 2 PM India dibunuh oleh penganut Hindu. Jgn dituduh Islam sahaja. Sebenarnya, Islam menentang keganasan, menggalakkan hubungan yg baik sesama insan. Islam melarang membunuh kucing, dan boleh memperoleh pahala apabila memberi minum anjing yg dahaga, bagaimana mungkin Islam membenarkan manusia dibunuh sesuka hati?
- Seterusnya, TG membahaskan betapa pentingnya memartabatkan Bahasa Melayu yg merupakan Bahasa Kebangsaan, bahasa perantara kaum. Bahasa adalah naluri fitrah manusia, yg menjadi medium komunikasi, dan mencari ilmu. Bagi mengilmukan sesuatu bangsa maka perlulah dipelajari dalam bahasa ibunda masing², yang menjadi jiwa bangsa. Mengapa ilmu asas pun hendak dipelajari dengan menggunakan bahasa asing? Solat itu dalam Bahasa Arab tetapi kita belajar solat dalam Bahasa Melayu.
Mengapa kita tinggalkan bahasa kita sendiri untuk belajar Sains? Hal ini menyebabkan kaum Bumiputera ketinggalan.
Kita cuba lihat di peringkat antabangsa, ketua² negara asing berucap di PBB dalam bahasa ibunda sendiri

*Timbalan Speaker menggesa YB Marang membahaskan mengenai isi kedua Titah Diraja berkenaan hentikan berpolitik untuk kepentingan sempit.
Beliau turut memberi izin YB Marang berbahas sehingga jam 1.00 petang.
- TG menjelaskan kita tidak boleh berhenti daripada politik kerana ia adalah sebahagian kehidupan manusia. Namun, yg masalahnya apabila berpolitik melampau, sehingga meninggalkan akhlak, perangai yg baik. Ini tidak elok. Seruan ini kpd semua, tidak dituju kepada pihak tertentu. Lantas, TG memetik kata² Saidina Abu Bakar As Siddiq dilantik sebagai Khalifah Ketua Negara, "wahai tuan-tuan, saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, saya bukan org yang terbaik. Kalau saya baik, tolonglah saya, jika saya tidak baik, perbetulkanlah saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat. Ini menunjukkan budaya memecat pemimpin tidak digalakkan dalam Islam, kita perlu sabar dan memperbetulkan pemimpin.
- Lihat pada Arab Spring, apa yg jadi? Musim bunga yg tidak berbuah sehingga berlaku campurtangan asing dalam negara yg lebih menghuru-harakan negara. Walaupun saya tidak setuju dgn kerajaan, tetapi kita sabar. PAS menyertai arena politik tanah air sejak sebelum merdeka sehingga ke hari ini, parti² lain banyak yg baru ditubuhkan kemudian. Kita sabar, kita menang, kita kalah, kita rebah, kita bangun, kita banyak kerusi, kita tiada kerusi langsung, kita tidak kisah, yg penting jgn mengacau rakyat. Ini yg perlu kita jaga betul². (bunyi tepukan sokongan daripada Ahli Dewan).
Saya tidak mengampu sesiapa, org hendak sokong, sokonglah, yg tidak mahu, tidak mengapa.
6. TG menamatkan ucapan beliau pada jam 12.50 tengah hari. Sesungguhnya, suasana ucapan perbahasan beliau tadi begitu menarik kerana wujud perbincangan dua hala secara ilmiah dan penuh adab. TG dgn berani menyampaikan mesej dakwah Islam secara hikmah dan tegas berprinsip kepada sekalian Ahli Dewan samada yg beragama Islam dan bukan Islam

7. Sejurus TG menamatkan ucapan, sempat mengiringi beliau ke kereta sambil mengucapkan tahniah atas ucapan yg begitu menarik. Beliau memaklumkan tidak dpt meneruskan ucapan sehingga jam 1.00 petang kerana tekak sudah kering. Beliau bertolak pulang ke Pejabat Agung PAS bagi meneruskan tugasan untuk mpengerusikan mesyuarat parti pula.
Catatan oleh,Syed Ahmad Fadhli,Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS

#Sumber :   

MR :   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/11/tuan-guru-presiden-pas-berbahas-dewan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nama 7 Calon Bersatu Dan 3 Pas Yang Dikatakan Bakal Bertanding Parlimen Selangor

Nama 7 Calon Bersatu Dan 3 Pas Yang Dikatakan Bakal Bertanding Parlimen Selangor

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 359 hits
PAS Selangor belum bincang agihan kerusi nafi tanding 3 ParlimenFaiz ZainudinPETALING JAYA PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengenai pembahagian kerusi di negeri itu termasuk memuktamadkan calon yang akan bertanding pada Pilihan R...
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat Menguap Tidak Ikut Adab Islam

Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat Menguap Tidak Ikut Adab Islam

papar berkaitan - pada 11/11/2020 - jumlah : 317 hits
FAZLI RADZITular di media sosial gambar dan petikan video yang menunjukkan Ahli Parlimen Pasir Puteh Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh menguap besar tanpa menutup mulut Dalam rakaman video singkat itu wakil rakyat Pas tersebut dilihat men...
Kakitangan Parlimen Dijangkiti Covid 19 Dewan Rakyat Ditangguh Hingga Esok

Kakitangan Parlimen Dijangkiti Covid 19 Dewan Rakyat Ditangguh Hingga Esok

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 230 hits
Dewan Rakyat meluluskan usul untuk menangguhkan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke 14 pada hari ini sehingga pukul pada 1 petang dan bersambung semula pada pukul 10 pagi Selasa Usul tersebut dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perd...
Kakitangan Dewan Negara Positif Covid 19 Sidang Parlimen Ditamatkan Awal

Kakitangan Dewan Negara Positif Covid 19 Sidang Parlimen Ditamatkan Awal

papar berkaitan - pada 2/11/2020 - jumlah : 187 hits
Sidang Dewan Rakyat terpaksa ditamatkan lebih awal hari ini iaitu pada pukul 1 tengah hari setelah beberapa kakitangan Dewan Negara didapati positif Covid 19 Perkara itu diusulkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Has...
Panggil Sidang Khas Parlimen Atau Dahulukan Usul Undi Tak Percaya Dalam Dewan Saran Adun Ph

Panggil Sidang Khas Parlimen Atau Dahulukan Usul Undi Tak Percaya Dalam Dewan Saran Adun Ph

papar berkaitan - pada 21/10/2020 - jumlah : 188 hits
Timbalan Pengerusi AMANAH Melaka Datuk Sofi Wahab menyarankan agar Perdana Menteri memanggil sidang khas Parlimen lebih awal bagi menentukan sekiranya beliau masih mempunyai majoriti sokongan di dalam Dewan Adun Durian Tunggal itu berkata i...
Kenyataan Ahli Parlimen Pas Tentang Injil Akan Ditangani Esok

Kenyataan Ahli Parlimen Pas Tentang Injil Akan Ditangani Esok

papar berkaitan - pada 3/11/2020 - jumlah : 228 hits
YDP Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berkata kenyataan Ahli Parlimen PAS Nik Muhammad Zawawi Salleh yang dikatakan menimbulkan rasa sakit hati orang ramai akan ditangani esok PETALING JAYA Yang di Pertua Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun akan ...
Hanya 80 Ahli Parlimen Dibenar Masuk Ke Dewan Rakyat Bermula Esok

Hanya 80 Ahli Parlimen Dibenar Masuk Ke Dewan Rakyat Bermula Esok

papar berkaitan - pada 5/11/2020 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun hanya membenarkan 80 ahli Parlimen memasuki dewan pada satu satu masa bermula esok dengan waktu persidangan dipendekkan dari 10 pagi hingga 2 petang minggu depan Timbalan Speaker Rashid H...
Pas Selangor Belum Bincang Agihan Kerusi Nafi Tanding 3 Parlimen

Pas Selangor Belum Bincang Agihan Kerusi Nafi Tanding 3 Parlimen

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 247 hits
PAS Selangor berkata dakwaan mengatakan parti itu akan bertanding di 3 Parlimen dan selebihnya diberikan kepada rakan sekutu Barisan Nasional dan Perikatan Nasional tidak benar PETALING JAYA PAS Selangor belum mengadakan perbincangan mengen...
Isu Hadkan 80 Orang Sebelum Ini Pun Bukan Semua Ahli Parlimen Yang Ada Dalam Dewan

Isu Hadkan 80 Orang Sebelum Ini Pun Bukan Semua Ahli Parlimen Yang Ada Dalam Dewan

papar berkaitan - pada 9/11/2020 - jumlah : 210 hits
KUALA LUMPUR Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun pelik apabila keputusan membenarkan 80 Ahli Parlimen memasuki dewan pada satu satu masa bermula dengan waktu persidangan dipendekkan dari 10 pagi hingga 2 petang bermula hari ini ti...
Ph Must Safeguard Its Voter Base To Land Second Term For Anwar Says Analyst

Drama Anggun Mikayla

Tetaplah Beriadah Di Bulan Ramadan

Honor Pad 9 Tablet Terbaik Untuk Berhibur Dan Kerja Mula Dijual Seluruh Negara Pada 28 Mac

Arul Rasheed Feat Shana Abella Gemersik Aidilfitri Chord

Hukum Berbuka Puasa Di Bulan Ramadhan Dan Cara Bayar Fidyah

Perumahan Izara Bayu Sutera Kediaman Idaman Tepi Tasik Dengan Ciri Smart Home

8 Resepi Air Balang Viral Di Bazar Ramadhan



Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo

Biodata Abdul Qawiy Aro Qawiyaro Personaliti TikTok Islamik

10 Fakta Biodata Siti Khadijah Halim Pelakon Drama Berepisod Wanita Syurga TV3 Gandingan Redza Rosli


Pemilik Tanah Aina Perlu Akur Dengan Undang Undang Tidak Perlu Keluar Kenyataan Seolah Olah Dizalimi

Tuntutan Khairat Kematian Madani

Salam Nuzul Al Quran 1445h

Sotong Masak Hitam Tak Hitam

Kata Nak Berlakon 5 Bulan Keluar Running Man Ramai Persoal Kehilangan Jeon Somin

Setelah Kes Dibawa Ke Mahkamah Kini Giliran Dr Akmal Tunjuk Islam Itu Pemaaf