Tu Lah Hadi Jangan Memandai Mengatur Urusan Umno Kau Bukan Jurucakap Umno Pun Kang Kena Kapirkang Kah Kah




Usah berlagak seperti jurucakap tak bertauliah Umno, ketua bahagian beritahu Hadi




Nora Mahpar -January 1, 2022 4
Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, tindakan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bertegas mahu bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional memperlihatkan wajah sebenar parti itu yang tidak mendengar suara akar umbi mereka dalam mempertimbangkan sebarang keputusan.
PETALING JAYA: Pemimpin bahagian Umno membidas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tidak perlu berlagak seperti jurucakap tidak bertauliah Umno yang seolah-olah memperkecilkan peranan mereka dalam membawa suara akar umbi bertegas tidak mahu bekerjasama dengan Bersatu.
Mereka merujuk dakwaan Hadi yang majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno cenderung untuk terus bekerjasama dengan partinya, di sebalik pendirian PAS mahu bersama Bersatu.
Ketua Umno Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata tindakan Hadi yang bertegas mahu bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN) memperlihatkan wajah sebenar PAS yang tidak mendengar suara akar umbi mereka dalam mempertimbangkan sebarang keputusan.
“Di dalam PAS, mungkin mereka akan ikut apa sahaja yang dikatakan pemimpin, walaupun ia tidak benar, umpama suatu ketika dahulu Umno dikafirkan oleh mereka, tetapi sekarang tak pula?
“Tetapi dalam Umno, keputusan Umno dari Perhimpunan Agung Umno…dari bawah, kalau MKT nak, tetapi akar umbi tak mahu, tidak akan jadi kenyataan. Hadi kena faham kaedah Umno ini…MKT boleh ditukar bila-bila masa, tetapi MKT tak boleh tukar akar umbi.
“Kalau tak ada angin kenapa pokok bergoyang? Tak payahlah nak jadi jurucakap kepada Umno, tiada orang suruh pun,” katanya kepada FMT.
Beliau mengulas kenyataan Hadi yang “menasihatkan” ahli Umno mengikut keputusan dibuat MKT, bukannya pandangan pemimpin di peringkat bahagian.
“Saya difahamkan majoriti ahli MKT Umno (mahu) bekerjasama. Umno kena ikut pemimpin…majlis tertinggi dia, bukan bahagian-bahagian. Bahagian-bahagian ni akar umbi…itu lain cerita,” kata Hadi selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Masjid Rusila, Marang semalam.
Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Shafei Abdullah berkata akar umbi Umno jelas sepakat tidak mahu menjalin kerjasama dengan Bersatu, tetapi PAS tetap berkeras mahu Umno menerima “sahabat” mereka dalam Muafakat Nasional (MN).
“Akar umbi yang tidak mahu dengan Bersatu sebab sikap Bersatu di bahagian-bahagian besar kepala masa Muhyiddin Yassin jadi Perdana Menteri, walaupun tiada orang (jentera), dia langgar sana sini.
“Dia ingat Umno ni kayu ke? Sebab itu akar umbi tak boleh terima Bersatu…tiada kena-mengena dengan orang atas (Majlis Kerja Tertinggi Umno),” katanya kepada FMT.
Beliau berkata, Hadi sengaja mencipta suasana agar pengundi melihat Umno yang bersalah kerana enggan bekerjasama dengan PN.
“Saya rasa dia (Hadi) sengaja cipta suasana supaya nampak kita yang tak mahu dia (PAS dan Bersatu). Macam yang dia buat di (pilihan raya negeri) Melaka…supaya orang Melayu marah kita, sedangkan dah jelas dari hari pertama MN lagi, kita nak perkukuhkan MN, tetapi tak mahu Bersatu. Tetapi Hadi tetap nak Bersatu…kalau dia nak pergi ke Bersatu, selamat berjuanglah,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/01/tu-lah-hadijangan-memandai-mengatur.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usah Berlagak Seperti Jurucakap Tak Bertauliah Umno Ketua Bahagian Beritahu Hadi

Usah Berlagak Seperti Jurucakap Tak Bertauliah Umno Ketua Bahagian Beritahu Hadi

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 192 hits
Bersungguh benar nampaknya kerajaan memberi hujah berhubung keengganannya membenarkan pencarum mengeluarkan wang RM10 ribu daripada simpanan KWSP Semalam dalam perutusan khasnya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menghuraikan beberapa jeni...
More Umno Leaders Attack Hadi Awang

More Umno Leaders Attack Hadi Awang

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 312 hits
More Umno leaders have come out to slam PAS president Abdul Hadi Awang for acting like an Umno spokesperson Pasir Puteh Umno division chief Zawawi Othman and Wangsa Maju Umno division chief Shafei Abdullah have both slammed Hadi s claim tha...
Rentasan 1042 Gempar Kini Hadi Fitnah Ph Demi Raih Sokongan Umno Te

Rentasan 1042 Gempar Kini Hadi Fitnah Ph Demi Raih Sokongan Umno Te

papar berkaitan - pada 5/1/2022 - jumlah : 277 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 10421 ALAM SEKOLAH YANG SENDU 2 DRON YANG BUTA 3 PEMIMPIN ISLAM PH TIDAK ISLAMIK KATA HADI 4 KETIDAKTENTUAN CUMA CIPTAAN MANUSIA
Another Umno Leader Blasts Hadi For Majority Want Umno Pas Tie Up Claim

Another Umno Leader Blasts Hadi For Majority Want Umno Pas Tie Up Claim

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 268 hits
A second Umno leader has lambasted PAS president Abdul Hadi Awang for his latest call for the two parties to work together in future elections He claimed yesterday that a of Umno supreme council leaders wanted the party to cooperate with PA...
You Are Not Umno S Spokesman Division Heads Rap Hadi

You Are Not Umno S Spokesman Division Heads Rap Hadi

papar berkaitan - pada 2/1/2022 - jumlah : 258 hits
You are not Umno s spokesman division heads rap Hadi More Umno leaders have come out to slam PAS president Abdul Hadi Awang for acting like an Umno spokesperson Pasir Puteh Umno division chief Zawawi Othman and Wangsa Maju Umno division chi...
Hadi Schooled On Decorum After Saying Umno Leaders Back Mn

Hadi Schooled On Decorum After Saying Umno Leaders Back Mn

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 217 hits
Hadi schooled on decorum after saying Umno leaders back MN An Umno leader has ticked off Abdul Hadi Awang after the PAS president claimed that most of the Malay party s top guns supported Muafakat Nasional the pact between the two parties U...
Hadi Umno Should Listen To Their Leaders Grassroots Different Story

Hadi Umno Should Listen To Their Leaders Grassroots Different Story

papar berkaitan - pada 1/1/2022 - jumlah : 269 hits
PAS president Abdul Hadi Awang believes that most Umno Supreme Council members are in favour of cooperating with the Islamist party through Muafakat Nasional and Perikatan Nasional during future elections Not all leaders in Umno want this c...
Umno Jangan Lupa Mudah Lupa Diri Tidak Ada Istilah Abang Besar Muhyiddin

Umno Jangan Lupa Mudah Lupa Diri Tidak Ada Istilah Abang Besar Muhyiddin

papar berkaitan - pada 20/12/2021 - jumlah : 216 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan UMNO supaya tidak mudah lupa diri dan kembali menjadi angkuh apabila mahu membuat keputusan sesuka hati tanpa berbincang dengan rakan parti komponen kerajaan lain Presiden Bersa...
Umno Disaran Buang Beban Jangan Tunggu Bencana Dan Bala

Umno Disaran Buang Beban Jangan Tunggu Bencana Dan Bala

papar berkaitan - pada 24/12/2021 - jumlah : 335 hits
Hishamuddin KJ dan Annuar Musa antara pemimpin yang boleh memainkan peranan PENTING bersama Ismail Sabri mengembalikan semula kegemilangan umno Kenapa banjir dan bencana berlaku era PM umno Tugas utama memastikan PM tidak digulingkan dan da...
Bring Back The Rotan Lapaq App Founder Calls For Return Of Caning In Schools

Supaya Tak Sepi Di Hari Tua

Konsert Xpdc Kita Peng Yu Gegarkan Tawau

Resipi Bubur Pulut Hitam Mudah Dan Sedap

Zahirah Macwilson Kongsi Momen Bersenam Video

Komposer Ross Ariffin Meninggal Dunia

Mdec X Bsn Team Up To Power Malaysia S Next Gen Digital Leaders

Permohonan Kolej Vokasional 2026 Syarat Lokasi Kursus


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Teknik Penternakan Ikan Bioflok Di Malaysia

Mengenali Pembedahan Thyroidectomy Apa Yang Perlu Korang Tahu

Kejohanan Akuatik Dunia Elvis Tersingkir Di Separuh Akhir 10m Platform Bernama

Perlu Ada Sinergi Kukuh Antara Kerajaan Bagi Pembangunan Sektor Pertanian Pm Berita Harian

Lain Kali Sensitif Sikit Awak Tu Ada Pengaruh Pempengaruh Mohon Maaf Dakwa Ada Plot Twist Dalam Kes Zara Qairina

Hiburan Baru Nikah 3 Bulan Suami Tergamak Jual Isteri Di Michat Servis Harga Rm44 Sehingga Rm98